"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, August 23, 2009

Kenyataan Akhbar Ke-2 Yusri Isahak - 23hb. Ogos, 2009

Tujuan saya untuk bertemu pihak media adalah untuk menjelaskan beberapa kekeruhan yang timbul akibat penampilan saya minggu lalu. Saya mendapat banyak reaksi dan spekulasi daripada pelbagai pihak. Jadi saya tampil untuk menjelaskan bahawa kenyataan akhbar tersebut diadakan dengan iniasiatif saya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ianya dibuat untuk membersihkan nama baik saya dan keluarga.

Untuk itu, saya mempertahankan segala kenyataan yang saya buat sebelum ini. Di pihak saya, saya menganggap kes ini sudahpun selesai. Namun apa yang saya perhatikan, sejak 20 Ogos yang lalu, pelbagai tohmahan telah dilontarkan yang mana menyimpang daripada tujuan asal saya membuat kenyataan akhbar. Keadaan ini membuatkan saya terpanggil untuk membuat sidang akhbar ini kerana saya merasa sedih melihat serangan-serangan peribadi yang dilakukan terhadap Rohaizat.

Secara tidak langsung saya merasa dibabitkan sama di dalam usaha-usaha memburuk-burukkan Rohaizat. Tetapi apabila keadaan semakin buruk dan Rohaizat dikeji sedemikian rupa, saya merasa menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan kedudukan saya selanjutnya dan juga menyampaikan apa yang saya rasa.

Saya tidak boleh berdiam diri apabila melihat kenyataan saya tempoh hari digunakan tanpa henti terhadap Rohaizat, seorang manusia yang saya kenal secara peribadi adalah seorang yang baik hati. Saya juga sedar walaupun dia telah melakukan kesilapan, dia telah membetulkannya dan pihak Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang juga telah menarik balik tuntutan mereka terhadapnya. Saya tidak berniat untuk menganiaya atau menyokong sesiapa. Apa yang telah terjadi harus dijadikan tauladan, bukan hukuman.

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, Rohaizat adalah kawan saya, saya tahu hati budinya dan dia anak jati Permatang Pasir. Dia sendiri telah lama menabur bakti di sini. Jika orang seperti Rohaizat dibiarkan dikeji dan dirosakkan nama baiknya semata-mata untuk kepentingan politik, akan hancurlah hidup seorang lagi manusia yang boleh membawa perubahan yang baik kepada masyarakat setempat.

Semasa saya tampil ke hadapan tempoh hari ialah kerana saya merasa marah dan kecewa kerana saya dijadikan kambing hitam di dalam kes yang membabitkan Koperasi itu. Kerana itu kenyataan terbuka dibuat semata-mata untuk mempertahankan diri saya dan menjelaskan apa yang telah berlaku. Malangnya, usaha saya untuk menjelaskan kedudukan saya di dalam kes itu telah digunakan untuk menghentam dan memburuk-burukkan Rohaizat habis-habisan.

Saya yakin akan timbul tuduhan bahawa saya mendapat ganjaran dan habuan untuk tampil membuat kedua- dua kenyataan akhbar ini. Sebanyak mana wang dan harta dunia sekalipun tidak akan dapat membeli saya untuk menggadai bangsa, agama dan negara saya.

Sebagai seorang Islam dan warganegara yang bertanggungjawab, saya cuma ingin menyatakan apa yang berlaku, tanpa takut atau mengharapkan balasan ataupun dieksploitasikan oleh mana-mana pihak. Saya percaya rakyat mengharapkan budaya politik yang sihat dan mencerminkan kematangan bangsa yang telah merdeka selama 52 tahun. Pembangunan dan kestabilan negara yang telah dicapai selama ini tidak harus dilupakan begitu sahaja.

Tujuan kenyataan akhbar saya ini bukanlah untuk mendapat publisiti atau untuk mana-mana pihak mengeksploitasi apa yang terjadi. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua pihak agar sama-sama bermuhasabah diri dan menghindarkan sengketa sesama kita. Janganlah kita keji-mengeji, hina-menghina, fitnah - memfitnah sesama Islam kerana ia akan mendatangkan perpecahan yang boleh mengancam kepentingan kita bersama.

Percayalah, di dalam bulan Ramadan yang mulia ini apa yang saya lakukan adalah kerana desakan hati nurani saya.

Sekian terima kasih.

27 comments:

Anonymous said...

hai? dah hilang arah tuju ke pakatan rakyat ni sehingga nak mempergunakan yusri untuk PRK permatang pasir? terkutuk sungguh perbuatan anda.. hahahahhahahaha!

Anonymous said...

dah agak .. dlm tv baca skrip .. itulah manusia x boleh kena gertak sikit .. habis pegangan diri ... spr dijangka yusri akan buat kenyataan begini ..
kalau nak berjuang menebus maruah diri dan keluarga buatlah betul2 ..
Bukan senang utk berjuang kearah kebenaran ,perlukan kuat iman dan lasak dr segi minda dan takutkan Allah.
Utk menjadi pejuang ke jln Allah bukan senang..
satu soalan adakah kenyataan anda di tv itu lahir dr hati murni anda @ sebaliknya ,,tgk baca skrip?

-thethinker- said...

laa ni musim hujan , katak suka laa.. keluar berparti sakan..

Pakatan Rakyat takkan tak ambil pengajaran , dulu Adun lompat masuk PKR , pastu keluar ngan 2 orang lagi . Lepas tuu , budak Yusri ni jadi saksi , pastu , tarik balik pulak. Kalu laa adun yg kaya raya pun bole dibeli , ini kan pulak loyar buruk.

hangpa heran tak , awat dia buat kenyataan kat KL bukan kat penang . Macam adun lunas tuu , awat buat kat kl , bukan kat lunas . adun behrang , changkat jering , pun buat kenyataan kat kl , bukan kat perak... awat haar ?
apasai depa tak berani buat kenyataan kat tempat asal .. awat buat kat KL , baru jumpa ngan seorang tuu kot...

Tinta Hitam said...

Ianya mcm surat sumpah Kedua Bala..Biasala tu.beliau sendiri terlibat didalam pecah amanah wang koperasi berkenaan.Cuma beliau marah kerana dia shj dituduh oleh UMNO tanpa melibatkan Rohaizat.

Skg kredibiliti Yusri pulak dipertikaikan oleh org ramai...

Anonymous said...

tu.. lah,klau you glamor macam yusri kru takpe ..ni yusri komisen pakatan royan sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak berguna,apa le nak dijelaskan lagi terang2 you dah digunakan... untuk kepentingan di orang

hurry...! hurry...! mari kita sama2tngok kat kedah..

apa dah jadi,apa dah jadi kawin2 bercerai lagi... yb pkr kluor pakatan royan lagi...

tu.. lah klau nak sangat koasa,kawin ikut nafsu tak tngok bakal istri ini lah akibatnya cerai talak 3

syabas yb. radzhi keputsan yang tepat! perkahwin tak ada restu camtu lah,takan jadi perkahwinan pkr,dap,pas *pkr@parti kankang rojak,dap@duit aku punya,pas@parti aku sial madi tiga ramli lagi elok

**pkr@parti kurang rukun,dap@devil action parti n pas@parti aksi songsang..

lahir lah generasi luar nikah... jgan tak bagi,bagi lah sijil lahir and kpt walaupun lahir tanpa ayah.. gagasan pr@pakatan royan kesamarataan kan! kan! kan?

suatu hari nanti rakyat kesamarataan malaysia akan di banjiri dengan generasi tanpa ayah..
camne apo komen tok2 guru.. hehehe

Tinta Hitam said...

Saya juga tak terperanjat kalu selepas ni Hafizah isteri kedua Rohaizat pulak mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan semua berita berita negatif Roahizat dgn beliau dan memaklumkan betapa Rohaizat tu suami yang bertaqwa,baik budi serta pengasih penyayang....

Anonymous said...

Dia ni saudara kembar Bala yang hilang tempoh hari. tak lain tak bukan mesti mat monggolia tu dah turning over Yusri.

Tak pa Yusri, sekarang kredibiliti kamu terjejas, berapa dia orang bayar kamu. sungguh malang nasib mu. Lidah bercabang, tak ubah macam katak spesis ibrahim ali.

Don't play-play with the rakyat...

Anonymous said...

KEHKEHKEH SATU LG PRODUK TERNAKAN HARAM FUCKTAN RIOT..SEPATUTNYA KALIAN BERBANGGA LAA KEHKEHKEH YEHAAAAAAA!!!

TAKEBEER!!...TAKEBEER!!...TAKEBEER!!

umnoTHEdoggy said...

anon 10:31pm,

uit,hang hati2 skit..sat lagi umno trasa..pasal suma yg hang cakap tu umno duk buat slama ni..sshhh..ckap mlm dgar2..org lain yg hang sembuq,lain yg trasa..hehehe..

Anonymous said...

Serangan saat saat akhir umngok yang dah nazak nak menang sangat ni akan timbul macam2 benda pelik.TV semua dah menggila membabi tolong promote umngok dan hentam pembangkang.

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan-tuan...

Baca betul-betul apa yang diperkatakan oleh En.Yusri tu....

Selama ini dia hanya mempertahankan diri dari dipersalahkan (dikambing hitam kan)oleh gerombolan BN. Namun...beliau secara peribadi anggap Rohaizat kawan yang baik....
Fahamkan dulu kenyataan tu...

Maknanya.....dalam kes gelapkan wang....jangan salahkan Yusri wahai BN....

Tapi secara peribadi En.Yusri dan Rohaizad merupakan kawan baik....

Baca betul-betul lah dulu....

Dan tak semua orang berbakat boleh berkata-kata tanpa skrip seperti Anwar Ibrahim atau Tuan Guru....Yusri salah seorang yang memerlukan skrip.....termasuklah aku jugak...

Kadang-kadang komen hampa ni pon sebijik macam UMNO lah....

Anonymous said...

kawang camne nak baca betui2 aku tahu baca jawi jer..

sape beli dulu ngan yusri tu.. hha! pak uban tu kan.. las tu bila dah dibayor mula mngalabah.. hehehe

zali said...

yusri...yusri...yusri...

zali said...

jalan daaa!

Fatimah Zuhri said...

LOL Funny

You tell that Mahfuz fella if you want to put fingers towards rohaizat make sure you look yourself in the mirror.

Anak sendiri JUAL dan EDAR dadah ada hati nak pecah belahkan rumahtangga orang..isk isk isk

arce said...

yusri, yusri.kena gertak ngan UMNO kamu dah kecut yer, jangan bimbang yusri ingatlah allah bersama dengan orang2 yang benar, takutlah akan allah bukan takut dengan manusia.kamu bimbang selepas ini kamu tidak akan mendapat projek ataupun kerja dengan kerajaan UMNO ke, atas sebab kamu mengaku yang BN telah mengkambingkan hitam kamu.rezeki ada dimana2 sahaja yusri.

Anonymous said...

yusri yusri ape kau takutkan rezeki ader dimane-mane enkau duduk jer kat depan skolah pondok madrasah surau masjid buat sdikit cermah cercah org lain ..and than minta lh sumbangan derma.. itukn keje jugak tak payoh lah kau jadi loyaer buruk..

Anonymous said...

"Saya juga tak terperanjat kalu selepas ni Hafizah isteri kedua Rohaizat pulak mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan semua berita berita negatif Roahizat dgn beliau dan memaklumkan betapa Rohaizat tu suami yang bertaqwa,baik budi serta pengasih penyayang...."

bodoh nye TINTA HITAM ...lantak pi laa...bini dia..dia kawen dgn cara sah. yang nak sibuk watpa? laki-bini nye hal pon nak wat politik..bodoh nye PAS. Salah ka bini de 2? Islam larang ka? dasar PAS nak memecahbelah kan umat.
klu Hadi Awang tu bini 3 pon aku tak kesah sbb dia mampu.

chot said...

yusri persis jantan gersang...

ari2 citer cam ni...skrng citer cam2

last2 skali...org chop ko jantan kaberet....

satu lagi produk kuda longkang...

muraisenja said...

Rohaizat bekas loyar yusri pun bekas loyar.... memang betul la kata pepatah org kampung aku "loyar is the most liar in the world" .....

last sekali dua-dua jadi loyar buruk.. dua-dua tak boleh pakai... dua-dua haprak.... dua-dua mangkaq...

Triple H said...

apa kecoh-kecoh.. esok kita tgk sapa yg kena!!
yeay!! yeayy!! esok raya kat Pmtg Pasir!

Triple H said...

apa kecoh-kecoh.. esok kita tgk sapa yg kena!!
yeay!! yeayy!! esok raya kat Pmtg Pasir!

Anonymous said...

Yusri, ingat lah anak ku. Kau akan menjadi seperti Mufti Perak yang disanjung apa bila kenyataan beliau menyebelahi Pakatan yang telah rosak akhlak dan mati jiwanya untuk menerima kebenaran. Namun dicaci, dimaki, dihina, dicerca apabila berpandangan yang tidak sealiran dengan mereka. Namun teguhkan pendirian kerana "Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL Pasti JATUH!".

Anonymous said...

Dah kata..PR suka buat FITNAH!!!!!

Anonymous said...

Itu tandanya si Mamat ini sudah menerima satu ugutan manja dari pemimpin UMNO. Nasib baik tidak dihilangkan seperti Si Bala....

Apa yang nak dihairankan perubahan sikap manusia ini kerana dalam Kerajaan Barisan Nasional ugut mendatangkan kesusahan, rasuah memang dihalalkan.

Persoalannya apakah UMNO mampu mengubah pemikiran rakyat satu Malaysia supaya menyokong mereka...?

Hanya penyokong, pembodek dan ahli UMNO saja akan mengikut apa saja kata pemimpin UMNO seperti lembu yang telah dicucuk hidungnya....

Tapi rakyat satu Malaysia, tetap mahukan perubahan politik dalam Malaysia... apa pun yang akan dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO, kami tetap bertindak mengikut slogan "LAWAN TETAP LAWAN..."

Anonymous said...

woit jefry... hak belum bertaubat lagi ke??

Unknown said...

Hah! Kalau nak tau cerita sebenar tentang pompuan yang mendakwa "isteri kedua" Rohaizat, di sini penerangannya...

Erotomania: also known as De Clerambaults' syndrome is usually described as a rare delusional syndrome that characteristically involves a woman who believes that a man, typically of a higher social, economic or political status, is in love with her.

that Rafizah is one crazy woman....apa orang Melayu cakap…'GILA BAYANG'…hakikatnya Rafizah itu pengacau rumah tangga orang dan mempergunakan gelanggang politik PAS untuk membalas dendam akibat godaannya ditolak...mentah-mentah pemimpin PAS percaya tanpa usul-periksa, tanpa bukti yang sah... rumah tangga Rohaizat aman damai kerana kedua-dua suami-isteri telah masak benar dengan sikap pengacau yang bernama Rafizah ini yang telah bertahun-tahun mengganggu mereka berdua...happiness is the best revenge for the haters! yang saya tak faham kenapa orang pecaya cakap si rafizah tapi tak pecaya penafian rohaizat dan ibu-bapanya…Itu fitnah semata-mata!

Abdullah Penegak Kebenaran