"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, August 23, 2009

ADUN Lunas:Jangan Mimpi Kekal Kerusi Exco..!!

Dipetik Dari Malaysiakini

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah esok untuk memaklumkan permintaan PKR supaya ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan EXCO.

"Atas kuasa Tuanku untuk melantik dan juga menggugurkan mana-mana EXCO. Saya akan sembahkan permintaan daripada PKR supaya dia digugurkan.

"Kerusi itu kekal kuota PKR kecuali PKR kata berilah pada sesiapa sahaja," kata Azizan.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim di Wisma Darul Aman di Alor Star, Azizan berkata Pakatan Rakyat bersedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat tindakan Mohd Radzhi termasuk pilihan raya kecil.

Mohd Radzhi, yang dilantik memegang portfolio EXCO Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia selepas memenangi pilihan raya umum tahun lepas, mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi wakil bebas hari ini atas alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.

Dalam sidang medianya di Kuala Lumpur hari ini, Mohd Radzhi berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan EXCO.

Sementara itu, Ahmad berkata PKR kesal sikap tidak bertangungjawab Mohd Radzhi yang keluar parti.

"Khabar angin dia hendak melompat telah lama kedengaran tetapi mengapa dia pilih hari ini untuk keluar parti. Ia tidak lain untuk melemahkan PKR dan merendahkan pimpinan PAS Kedah," kata Ahmad.

Ahmad berkata PKR akan meminta Mohd Radzhi meletak jawatan sebagai ADUN Lunas kerana beliau menang bertanding atas tiket parti itu.

Kedah mempunyai lima ADUN dari PKR dan tiga daripadanya termasuk Mohd Radzhi dilantik sebagai anggota EXCO Kerajaan Negeri.

PAS mempunyai 16 ADUN dan tujuh daripadanya dilantik sebagai anggota EXCO Kerajaan Negeri. BN pula mempunyai 14 ADUN, manakala DAP hanya mempunyai seorang ADUN.

35 comments:

Anonymous said...

-23hb Ogos 2009-Pihak Parti Keadilan Rakyat menerima maklum bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohammad Radzhi Salleh ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.
Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Kedah kita amat kesal dengan sikap yang tidak bertanggungjawab ini. Telah menjadi satu kebiasaan apabila ada pilihanraya kecil, akan ada isu-isu lompat parti. Kita menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh Barisan Nasional untuk memanipulasi isu menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti
Prestasi lemah beliau dalam kerajaan negeri juga amat mengecewakan pimpinan parti, ini termasuklah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah, dan masalah perkahwinannya di Thailand yang kini sedang dalam proses di Mahkamah. Kami juga telah memberi amaran keras kepada beliau untuk membuat perubahan prestasi kerja beliau dan khidmatnya di kawasan, namum beliau tidak bersedia untuk melakukan perubahan yang membuatkan ia mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Ekoran daripada itu juga Cabang Padang Serai telah digantung oleh MPP dan diambil aleh pengurusan dan pentadbirannya oleh Majlis Pimpinan Negeri sehingga mesyuarat agung cabang yang akan diadakan nanti. Keputusan ini dibuat pada mesyuarat MPP 26 Julai 2009 yang lalu.
Sehubungan dengan itu kepimpinan PKR Kedah berdiri teguh mendokong dan menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Ust. Azizan bin Abd. Razak sebagai Menteri Besar dan selanjutnya mencadangkan kepada YAB Menteri Besar untuk memohon pekenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah mengugurkan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pimpinan Parti Keadilan Kedah juga dengan ini mendesak YB Radzi juga untuk meletak jawatan sebagai ADUN Lunas.
Sekian,

Anonymous said...

"Prestasi lemah beliau dalam kerajaan negeri juga amat mengecewakan pimpinan parti, ini termasuklah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah, dan masalah perkahwinannya di Thailand yang kini sedang dalam proses di Mahkamah."

Patutlah kes kahwin rupanya patutlah ade masalah. ishkkk mmg orang UBN cam nie kesemuanya. asyik kawin tak tentu arah aje/

zali..ko kawin 2 juga ke???? dah bagi tahu bini 1st ke belum

zali said...

kata la razi ada masalah...pkr
kena la ambil pendekatan yang
sesuai untuk cuba membantu dia
menyelesaikan masalah tu...

bantu tidak tapi beri tekanan lagi
dengan memberi amaran keras...

mesti la razi angkat kaki.

mana sikap setiakawan,bantu
membantu dalam pkr?...tak ada
rupanya...semua hanya mementingkan
kuasa dan diri sendiri.

lepas tu nak berlagak lagi nak
desak razi letak jawatan...apa ke
jadahnya?

pkr cuma boleh persembahkan tapi
biar sultan yang tentukan...

Anonymous said...

ala biasalah PKR mane banyak duit mcm BN,dia ada masaalah pastu BN hulur duit spesial draw yg dok kumpul dr tiap2 minggu yg dia buat.apa lagi on lah lompat perty.duit haram dapat memang best,pas tu duit tu buat rumah kow-kow besar,buat makan,lagi best nak dekat raya bagi kat fakir-miskin hasil duit haram dari melompat party,nak lagi best lagi buat pegi haji.sail menyusahkan orang saja mamat ni.aku sumpah kau mati lidah terjelir woi.

ghostWRITER said...

inilah nasib diri lunas yang malang..
jadi katak si katak lompat,
bila dah tahu the truth of PKR,
kenala tahan telinga dan cacian,
sebab ini perkara biasa dalam PR, semua bagi mereka salah, yang betol cuma aljuburi..takebeer!!!

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Bagi kami, ini adalah rentetan daripada strategi PKR yang memakan diri sendiri.

Membentuk kerajaan dengan cara lompat parti tidak ada kesudahannya, malah tiada jaminan pun. Terbukti orang yang melompat ini adalah orang yang tidak setia.

Harap selepas ini PKR lebih berhati-hati dalam memilih calon. Pastikan calon tersebut benar-benar menghayati dasar perjuangan, dan bukannya ada kepentingan peribadi.

www.pemudakemehe1.blogspot.com

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Bagi kami, ini adalah rentetan daripada strategi PKR yang memakan diri sendiri.

Membentuk kerajaan dengan cara lompat parti tidak ada kesudahannya, malah tiada jaminan pun. Terbukti orang yang melompat ini adalah orang yang tidak setia.

Harap selepas ini PKR lebih berhati-hati dalam memilih calon. Pastikan calon tersebut benar-benar menghayati dasar perjuangan, dan bukannya ada kepentingan peribadi.

www.pemudakemehe1.blogspot.com

Anonymous said...

sebagai ahli parti keadilan rakyat amat kecewa dengan berita adun lunas hari ini,kenapa dan mengapa DSAI boleh terlepas pandang lagi? mudah sesangat adun pkr melompat parti!berapa ramai adun pkr yang bekas umno dalam pkr?DSAI perlu beri perhatian kes lompat parti ini dari berlaku lagi!!harap di selangor tiada adun pkr melompat ya,tolong buat sesuatu dari sekarang!demi amanah rakyat marhain kepada DSAI dan parti keadilan rakyat bersama pakatan rakyat keseluruhannya!peluang telah diberi rakyat,jangan sampai rakyat marhain hilang kepercayaan tarhadap pakatan rakyat!umpama bidalan diluah mati emak,ditelan mati bapak!maksudnya rakyat juga jadi mangsa keadaan!!!!DSAI jangan leka,amanah rakyat keatas DSAI mengubah keadaan tidak ttercapai dengan kerenah adunPKR sendiri yang miskin iman sebahagian melayunya!memang mengecewakan!UMNO memang parti RM!duit haram jadi mainan liciknya untuk memperdayakan adun pkr yang bermasaalah,kenal pasti adun pkr yang lemah imannya dari sekarang sebahagiannya melayu!dsai harapan rakyat jangan amanah rakyat dipersiakan!waallahualam.

Anonymous said...

PR tak ade duit mcm UBN. UBN ada duit bagi rasuah. zali.. nape tak komen pasal kahwin??? ke mmg UBN semua kawin 2???

dah dinyatakan mmg ADUN nie bermasalah tapi Ustaz Azizan kesian lagi kat dia..tak nak buang.last2 dia yg nak kuar buat ape nak kesian lagi. aku cuma kesian sbb dia makan umpan UBN.

zali ko makan umpan UBN bape banyak?? aku dengar tahan sampai 7 keturunan tak abis

kodok said...

SALAM..

KAMI SEBAGAI RAKYAT YG MAUKAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN DI NEGERI2 YG DI PERINTAH KERAJAAN RAKYAT..DENGAN INI MEMOHON PERKENAN AYAHANDA2 MENTERI BESAR SUPAYA BUBARKAN DUN NEGERI MASING2 DENGAN SEGERA SEBELUM KEADAAN MENJADI PARAH…
DENGARLAH RAYUAN JUGA HARAPAN DARI ANANDA2 INI SEMUA..HIKAYAT PERAK KEDUA DAN KETIGA PASTI AKAN BERULANG KEMBALI JIKA AYAHANDA2 HANYA MENGAMBIL SIKAP BERJAGA2 SAHAJA TANPA BERTINDAK MEMBUBARKAN DUN DENGAN SEGERA.

ANANDA2 YG DIBAWAH INI LEBIH BANYAK MENGAMBIL TAHU APA YG KAMI TAHU DARI HASIL AMATAN YG DI ATUR PIHAK PERANCANG.

DENGAR YA BAPAK2 KEPALA MENTERI DI SETIAP NEGRI YG ANANDA2 MAKSUDKAN..(rayu rintih meraung sambil mmegang kaki DS AZIZAN n TS KHALID)

Unknown said...

jom join http://laksamana-hang-tuah.blogspot.com/

Melayu Barua DAP said...

Alhamdulillah kebenaran pasti datang, selamat kembali memperjuangkan islam dan Melayu, Radzi. Takbir!

Anonymous said...

Radzi...bukan Takbir..dia Takebeer

Anonymous said...

SEPERTI YG BERLAKU SEMASA DI PERAK TELAH SAMA BERLAKU DI PERMATANG PASIR.

sukatengok said...

PR perlu buat sesuatu segera...

http://perakexpress.com/www/2009/08/24/kedah-dan-selangor-dalam-bahaya/

anti umno said...

Memanglah Radhi ada masalah dan masalahnya tidak dapat diselesaikan oleh PKR. Masalahnya pula bukan boleh diselesaikan dengan 5 ribu, nilai masalahnya ialah 5 juta. Kalau PKR boleh bayar 5 juta kepadanya tentu dia tak lari.

Umno saja yang boleh selesaikan masalahnya. 5 juta perkara kecil saja kepada Umno. Selama pun ini Umno dok offer kepada ramai wakil rakyat PR berjuta juta nilainya. Setakat ini hanya kaki kemaruk dan anjing kepala busuk saja yang sudi menyondol tahi.

Selamat jalanlah radhi.

Anonymous said...

Allah SWT itu Maha Adil dari keadilan anwar,strategi yg s'dara2 lihat hari ni yg ada di s'mnjung m'sia sebenarnya telah dimulakan oleh anwar 15 thn lpas (thn 1994) di sabah semasa anwar mnjawat jwtn tpm@menkew@timbalanpresidenumno tika itu..

bawah wang palsu beli penggundi,bawah pengundi hantu,tangkap org indon on the spot@pelacur pun ade.. buat ic palsu untuk undi bn masa tu.. lpas tu beli yb rubin balang n lajim ukim lompat ke bn dari pbs,semua yang ada kekalutan ni angkara anwar yang maha pencipta dosa2 besor di bumi m.sia pada hari ini

maha kalentong@maha pembohong besor anwar ni kat sabah satu sen belah tujuh pun dah takpakai..

taubat nasuha lah! cow anwar dah banyak sangat dosa besor2 yg cow dah buat.. kembalilah ke pangkal jalan.. cow dah sesat jangan lah cow bawah sesat orang orang lain, saye nak dengor fatwa tok guru terhadap anwar boleh jamin masuk syorga tak anwar ni.. sebab parti diae pkr

PUTRAKENCANA said...

BERSYUKURLAH MEREKA SUDAH MULAI SEDAR, DIPERMAINKAN OLEH SI ANWAR.



Adun Lunas keluar PKR
Oleh Azman Mahmood dan Nahar Tajri
bhnews@bharian.com.my

Mohd Radzhi Salleh

Radzhi umum jadi wakil rakyat Bebas, hilang kepercayaan terhadap parti

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Kedah, Mohd Radzhi Salleh, mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti itu.

Turut keluar PKR ialah Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai yang dibubarkan, Jamaludin Abu Hassan yang mendakwa ada bukti rakaman perbualan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi telefon mengarahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan supaya mewujudkan ketegangan pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 17 Ogos lalu.

Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri, mahu mengekalkan jawatan Exco negeri kerana ia pelantikan Sultan. Beliau juga tidak bercadang menyertai mana-mana parti lain.

Keputusan beliau keluar parti itu juga berikutan pembubaran PKR Bahagian Padang Serai yang diumumkan Jamaludin.

Mohd Radzhi dan Jamaludin menegaskan mereka tidak lagi yakin kepada perjuangan PKR yang hanya menjaga kepentingan peribadi dan mengamalkan kronisme.

Keputusan mereka disokong 14 ahli jawatankuasa bahagian itu dan kira-kira 200 ahli parti berkenaan.

Bercakap pada sidang media di sini, semalam, Mohd Radzhi berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada pentadbiran dan pucuk pimpinan Kerajaan Pusat yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, sejak Pakatan Rakyat (PR) memenangi lima negeri pada pilihan raya umum lalu (tetapi Perak diterajui semula BN), hala tuju dan perjuangan PKR lebih menjurus kepada kepentingan peribadi.

"Perjuangan PKR (hanya) untuk membela seseorang (Anwar). Itu yang menyebabkan saya mula terasa.

"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab kepada ahli jawatankuasa bahagian... saya keluar bagi menyokong keputusan mereka (bubar bahagian)," katanya.

Mohd Radzhi juga mengakui ramai pemimpin PKR Kedah tidak lagi selesa dan mungkin turut keluar parti.

"Kalau tidak tuan-tuan (wartawan) tak (akan) dengar apa yang berlaku (kekecohan kerajaan PR) di Perak dan Selangor sekarang. Ini berlaku kerana perasaan tak puas hati," katanya.

Beliau bagaimanapun menolak andaian mereka keluar PKR kerana dibeli parti lain.

"Kalau kena beli, kami dah masuk parti yang beli kami. Sekarang kami tak kena beli, kami masuk Bebas," katanya.

Jamaludin pula berkata, beliau keluar PKR kerana pemimpin parti itu mengamalkan kronisme membabitkan pembahagian jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri selain PKR Kedah menidakkan peranannya di Padang Serai.

"Ahli Jawatankuasa bahagian syorkan saya bubarkan bahagian dan keluar parti," katanya.

Mengenai rakaman perbualan Anwar menerusi telefon dengan Gobalakrishnan, beliau menjelaskan:

"Saya pasti apabila saya dapat rakaman perbualan melalui telefon pada 18 hari bulan (Ogos) lalu. Kita ada bukti rakaman itu," katanya.

Diminta mengulas lanjut mengenai rakaman itu, beliau berkata rakaman visual itu berada dalam simpanan pihaknya.

"Kita akan buat CD (cakera padat) dan kita akan edarkan dalam masa terdekat. Saya tak mahu cakap (kandungan perbualan), nanti orang kata saya yang cakap.

"Kita nak CD itu yang cakap, dengarlah CD itu nanti," katanya.

Gobalakrishnan ditahan pada hari penamaan calon 17 Ogos lalu kerana mencetuskan kekecohan dengan menampar seorang anggota polis di pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

Anonymous said...

Ape ko igt semua org boleh di beli engan duit? hahahaha..terima jer la hakikat..tak usah tabur fitnah RM5juta ke ape...masalah dgn bini dia bukan maslah kita. ADUN PAS pun ade masalah dengan bini..tgk jer kat Kelantan..bini sampai 3..
yg no 3 mintak cerai..sket pon korang tak berdecit..pe masalah nya? diorang mampu.. Masalah lagi besar dlm PKR neh..lagi besar bila PKR Padang Serai dibubarkan...tentu ada yang tak kena...

Anonymous said...

1-Datuk Chua Jui Meng - Katak MCA
2-Datuk S.Subramaniam - Katak MIC
3-Datuk Fauzi Abdul - Katak UMNO
Rahman
(dan ramai lagi..boleh rujuk MALAYSIAKINI)

Berapa banyak wang PKR dan PR untuk mem'beli' diorg? betul kah? hahaha mengata orang lebih! jangan fitnah org..lihat apa anwar boleh buat.

TS Khalid Ibrahim diminta bayar RM66.6 juta kepada Bank ISLAM! banyak duit dia klu boleh bayar...hahaha...duit sapa agaknya tuh?

ATOK said...

Anony 9.03 pagi yang bangang.....

datuk Chua Jui Meng,S Subramaniam dan datuk Fauzi Abdul keluar dari Bn atas dasar kesedaran.....
tapi katak yang keluar dari pakatan ke umno bn semua kaki...kaki duit,kaki betina,kaki songlap....

yang banyak duit nie umno.....tak payah tanya duit khalid Ibrahim...tanya aje Najib berapa juta yang dia ada..tak pun tanya pencacai umno kat sini macam zali and the geng...berapa umno agi upah......kalau kumpul setahun boleh hantar emak,ayah dan adik naik haji...naik haji hasil duit haram......memang puak umno seumpama sampah.....

anony.....jangan dok menyamar la....tunjukkan diri yang sebenarnya...duit upah banyaknye.....

Anonymous said...

lagi satu ATOK...betulkah anak Mahfuz Omar dok 'beriadah' dalam jel kat aloq staq kerana kesalahan mengedar dadah? hang bengang ka? tulaa jgn dok jaja aib org...
hang macam TGNA gak sik merapu.. aku tak tau la..mana tau Jui Meng tuh pun kaki betino...ex-BN kn...hehehehe anwar pon amek 'sampah-sampah' BN gak...tengok la neh...da tau BN tu

"semua kaki...kaki duit,kaki betina,kaki songlap...." (ko kate..)

yang dok percayo pe bende? hahaha.. hang lupe anwar tu pon ex-UMNO...hehehe...

zali said...

dasar kesedaran ke?

pru13 chua,subra dan fauzi ni kalau bertanding dan menang...jika keadaan memerlukan,depa senang-senang akan keluar pr parti haram tong sampah.

sapa yang bodo?
sapa yang bodo?

dah tentu la atok totok pr...

F.R.U said...

sampah2 hanya layak duduk dlm tong sampah bercop "UMNO"..Maka makin tinggilah timbunan sampah2 itu..

Blog Cerpen said...

anon 9.41 pengutip cerpen dari blog darulehsan dan sewaktu dengannya yang takde telur ka, lain kali check dulu blog tu sapa tuannya, kalau takde tuan ambik baca buat cerpen ja, tak boleh percaya blog yang kita tak tahu siapa dia ... blog Perisik-Rakyat ni sekurang-kurangnya kita tahu tuan dia bernama fauzi dan kita boleh saman kalau berita yang dibawa itu palsu.

Wong Ka Wai said...

Tak perlu gaduh mengenai jawatan exco ini. Dengar khabar angin, kerajaan PR di Kedah sudah nak tumbang kerana katak-katak yang melompat parti.

Bubar DUN segera! Saya sokong 100%!

buka kedai online dengan RM100

Anonymous said...

Ha.. Ha.. Ha..
Padan muka Pakatan Rasuah. Keluar lagi sorang. Seperti biasa, budak bangang PR ni tentu akan jadikan UMNO sebagai mangsa. Sapa yang memperkenalkan strategi lompat nie yer..??? Sekarang, senjata dah makan tuan. Berkat bulan Ramadhan yang mampu menyedarkan dan menginsafkan manusia untuk kembali ke pangkal jalan. Buat Pengliporlari, Topeng Perak, Tulang Besi, ko bila nak sedar. Insaf sebelum mata terpejam dengan penuh kehinaan.

Anonymous said...

skrip bangsat PR mmg dah boleh dibaca,..

Klu DYMM Sultan Kedah terima permohonan MB,.maka Sultan bijaksana dan menyokong PR

Jika Sultan xperkenan,.maka di kata Sultan ada kepentingan bisness atau pun di pulas tangan oleh UMNO,.

MMG DASAR PR BANGSAT LAGI CELAKA

Anonymous said...

Jadi Exco...elaun bertibum, jadi Bebas tak der elaun nanti kalau tak jadi Exco....manusia jenis mana nie yang tak nak elaun tambahan...melainkan "ELAUN" yang diterima berpuluh kali ganda bila keluar parti...

joostspring said...

ATOK....

song dah dgn nama mu tu...blk duk rmh jela mu ni,pas tu dduk snyp2 jah..xsoh duk kecek byk la..nak mapuh dah mu ni...

org2 BN xperlu nak susah payah dedahkan kebodohan,kedajalan,kedunguan dan sewaktu dgn nye..

Allah sendri yg telah balasnya sedikit demi sedikit tambah2 lg d bulan ramadhan ni..

Anonymous said...

Penyakit KATAK ni dah jadi tabiat la pulak sebelum pilihanraya...aku malaih dah nak ambik tahu...benda akhir zaman...standard la...kita tengok esok siapa yang KENA!!!!...yang pasti aku yakin 100%...Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui...kat dunia boleh lah jadi raja..akhirat pasti tidak akan terlepas...bulan-bulan puasa ni baik la muhasabah diri masing2 daripada dok bergaduh kat sini...aku kutuk hang, hang kutuk aku...apa dapat???Sakit hati???...biarla katak dengan dunianya...what's comes around goes around...

Anonymous said...

biar kan mereka terjun dengan labu2nya..takat mana la diorang bleh wat....nak kekal berkuasa sampai 100 tahun lagipon aku tak kisah...tapi kena ingat la skit....umur kita Allah yang pegang....kalo tak kenal balasan di akhirat kelak,korang watlah sampai ada duit bertimbun2,rumah berbijik,kereta berduyun2....Allah Maha Mengetahui...

Anonymous said...

Takpa, sapa nak lompat macam katak puru, silakan...

Lepas ni bila rakyat pula melompat akibat pengkhianat2 ni, Putrajaya PR akan tawan, masa tu dah terlewat untuk mat monggolia berbuat apa-apa. Fikir-fikirkan..

"DON'T PLAY-PLAY WITH THE RAKYAT"

PUTRAKENCANA said...

Melayu lain tu bila nak sedonya, kawan kita tu ADUN Lunas dan pengikutnya dah sedo dari kesilapan mereka.

PUTRAKENCANA said...

Syukur Alhamdulillah , mereka sudah sedo dari di perkudakan oleh DAP.