"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 08, 2009

Sesi ‘Dialog’ Dengan Penduduk Seksyen 23

Semua melihat apa yang berlaku dalam sesi dialog tersebut. Saya merasakan ianya peristiwa yang amat memalukan ummat Islam. Tengah-tengah bulan puasa pula. Sedih. Itulah apa yang berlaku bila tidak menghayati ajaran agama dan tidak juga menerima asuhan yang baik dari pemimpin. Hishamuddin memberi sokongan dan dorongan secara terbuka dan selepas itu menyedari tidak boleh secara terbuka, mesti secara tertutup. Seterusnya mengutuk tetapi semua tahu, reaksi awal adalah apa yang sebenar tersemat di hati. Hakikatnya tukang demo tidak dikenakan apa-apa tindakan hingga ke hari ini. Sedangkan tindakan mereka jelas melampaui batas. Ini adalah bukti bahawa Hishamuddin membela dan melindungi mereka. Begitu juga si Noh Omar, ‘hero Melayu’ gelar mereka.

Matlamat sesi dialog adalah untuk mendapat pandangan dan reaksi penduduk terhadap cadangan pemindahan berkenaan. Ianya merupakan langkah terakhir dalam proses lima langkah seperti berikut :-

1. Tapak cadangan dari PKNS - Ini adalah kerana telah dipersetujui PKNS akan menggantikan tapak kuil di Seksyen 19 dengan tapak lain milik mereka kerana tapak di Seksyen 19 akan diambil alih oleh mereka.

2. Persetujuan MBSA bahawa lokasi berkenaan adalah sesuai. Ini adalah wajar memandangkan MBSA adalah pihak yang bertanggung jawab atas perancangan bandar Shah Alam.

3. Persetujuan AJK Kuil – ini telah diperolehi selepas proses perbincangan pada hujung bulan Mei. Nota mesyuarat ditanda-tangani sebagai bukti persetujuan mereka kerana tidak mahu berlaku penafian atau bertukarnya fikiran. Surat inilah yang dijaja oleh orang-orang demo kepala lembu itu. Persetujuan AJK kuil perlu kerana dasar PR ialah musyawarrah bukan paksa pindah ke mana orang lain tetapkan.(Itu dasar UMNO – rujuk pengakuan bangga KT).

4. Persetujuan Kerajaan Negeri atas cadangan untuk memindahkan kuil ke tapak yang dicadangkan. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri mahu memantau semua aktiviti pembinaan dan perobohan kuil.

Pada tahap ini, cadangan mencapai status sebagai ‘cadangan rasmi’ dan barulah boleh dibincangkan dengan pihak awam, terutama penduduk sekitar kawasan berkenaan. Mengadakan perbincangan bersama penduduk sebelum mendapat persetujuan ke empat-empat pihak ini tidak memberikan sebarang makna, kerana cadangan itu belum lagi merupakan cadangan rasmi.

5. Pertemuan dan perbincangan dengan penduduk berhubung cadangan yang telah dipersetujui terlebih dahulu oleh ke empat-empat pihak seperti di atas. Ini adalah kerana walau macam mana sekalipun, penerimaan oleh penduduk sekitar adalah penting untuk menjamin keharmonian.

Jika berdasarkan peraturan yang sediada, peruntukan jarak melebihi 50 meter tidak mewajibkan sebarang perbincangan diadakan dengan penduduk. Namun dasar PR adalah untuk mengadakan perbincangan walaupun jaraknya melebihi 50 meter, jika dilihat akan memberikan kesan. Sekiranya penduduk bersetuju, maka inilah yang ideal dan cadangan itu boleh dilaksanakan. Sekiranya setelah dikemukakan, penduduk menolak maka adalah lebih baik untuk dipertimbangan tapak alternatif sekiranya ada.

Malangnya kerajaan Negeri Selangor tidak diberi peluang untuk membentangkan cadangan ini di peringkat ke-5. Cadangan ditolak sebelum ianya dikemukakan dengan cara amat tidak sopan.

Hakikatnya, sekiranya cadangan ditolak secara sopan sekalipun – iaitu tanpa sebarang aksi yang telah ditunjukkan sebelum ini, kerajaan PR akan mengambil kira pandangan penduduk. Namun atas sebab hasutan pihak tertentu dan kempen salah-maklumat yang dilakukan maka cadangan ditolak mentah-mentah dengan cara paling tidak sopan. Yang dipertikaikan adalah cara bantahan dibuat, bukannya bantahan itu sendiri. Ada yang menganggap kerajaan negeri sudah pun mahu mula pembinaan! Sedangkan tiada pelan kuil yang telah diluluskan. Nak bina macam mana kalau tiada pelan?

Kami dituduh tidak mahu mendengar pandangan penduduk. Yang hadir pada hari tersebut melihat secara jelas siapa sebenarnya yang tidak mahu mendengar. Ini boleh dibuktikan melalui video clip yang tersiar di beberapa blog. Hanya blog UMNO yang tidak mahu menyiarkannya kerana tahu ianya hanya akan memalukan mereka. Semua tahu yang berperangai sedemikian bukan ahli PAS dan bukan PKR. Nafikanlah berapa kali sekali pun, rakyat tahu ini perangai UMNO.

Saya diberitahu juga ada pihak yang mendakwa bahawa mereka yang terlibat membuat kacau semasa sesi dialog tempohari adalah terdiri dari ahli PAS dan PKR. Sekiranya benar, maka saya cadangkan mereka ini dihadapkan di bawah lembaga displin parti, dipecat dan sekiranya didapati bersalah dikenakan tindakan dibawah akta hasuatan. Dalam masa yang sama, saya juga berharap jika ada ahli UMNO yang terlibat sama, maka mereka juga dikenakan tindakan yang sama. Mahukah mereka melakukan perkara yang sama sekiranya benar-benar yakin?

Teringat saya kisah Haji Bakhil. Dia tanam duit di sesuatu tempat dan meletakkan papan tanda ‘Tiada Duit Di Sini’. Datang pula Haji Bahalol menggali dan mengambil duit berkenaan. Seterusnya dia meletak papan tanda yang menyatakan ‘Bukan Hj Bahlol yang ambil duit di sini’. Bagi saya, begitulah penafian mereka terhadap keterlibatan UMNO dalam soal ini.

Esoknya Najib dengan gembiranya mengumumkan sesi dialog tersebut merupakan bukti kegagalan PR mentadbir Negeri Selangor. Persoalannya, adakah kemungkinan orang-orang yang bertindak samseng diminta berkelakuan sedemikian supaya Najib boleh membuat kenyataan sebegini? Sudah pasti mungkin! Dan ini juga merupakan penjelasan munasabah mengapa mereka bertindak sedemikian rupa. Tanpa provokasi dan tanpa sebab seperti yang telah dijelaskan.

Sebenarnya kenyataan Najib sendiri itu pun tidak benar sama sekali. Kerajaan negeri telah berjaya mengadakan sesi dialog dengan penduduk dan maklumat yang diinginkan telahpun diperolehi (walaupun bukan melaui jalan perbincangan yang diharapkan) iaitu penduduk setempat menolak cadangan tersebut. Mungkin bagi Najib ‘kejayaan’ diukur berdasarkan nilai projek yang dijalankan. Khir Toyo membelanjakan RM600,000 dan ini dianggap ‘kejayaan’. Walaupun masalah tetap tidak diselesaikan! Kontraktor juga yang untung.

Sebagai kerajaan yang perihatin, kami mengambil kira penolakan ini oleh penduduk Seksyen 23, bukan kerana ianya dilakukan secara biadab, tetapi kerana ianya adalah pandangan penduduk setakat mana yang boleh diperolehi. Walaupun ramai yang berdiam diri, namun itulah keputusan yang dizahirkan.

Begitu jugalah dengan kenyataan Khir Toyo. Dia dengan gembiranya menyatakan bahawa semasa dia MB, tiada masalah sebegini. Ya, betul kerana kami sebagai pembangkang merupakan pembangkang yang bertanggung jawab. Kami tidak menggunakan provokasi samseng atas isu-isu perkauman dan agama seperti mereka. Mereka bila jadi pembangkang, jelas merupakan pembangkang yang tidak bertanggung jawab! Bila memerintah pun menjadi kerajaan yang tidak bertanggung jawab, bila pembangkang begitu juga, pembangkang yang tidak bertanggung jawab!

Seterusnya kami telah pergi melawat tapak alternatif dengan kadar segera. Kami ingin memenuhi hak penduduk Seksyen 19 dan juga hak kuil tersebut. Tapak tanah di tepi kilang Nitto Denko Seksyen 23 telahpun kami lawati pagi tadi bersama PKNS, MBSA, para ADUN dan juga MB. Seterusnya akan dikemukakan kepada AJK kuil. Sekiranya mereka setuju, akan disediakan kertas cadangan untuk kelulusan Exco Kerajaan dan melalui 5 proses yang sama seperti yang telah dinyatakan. Lokasinya ditanda dipeta yang disertakan.
Sambil semua perkara ini diusahakan, saya berharap semua bertenang dan bersabar. InsyaAllah masalah ini akan diselesaikan dengan baik walaupun UMNO berusaha untuk mengagalkannya. Itulah sahajalah yang UMNO pandai buat: KACAU.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

11 comments:

Anonymous said...

nak kata diorg tak skolah, reti pulak membaca.. ni kalau dah ada penerangan camni pun masih nak pertikai, mmg pemikiran lembu tahap gaban.. - Neo

Anonymous said...

Isu Kepala Lembu dan pemindahan kuil jelas SIKAP BIADAP UMNO TERPAPAR UNTUK SEMUA.

Sy meragui kebijaksaan NAJIB TUN RAZAK serta menteri nya dlm memberi rumusan kpd perkara ini.sebagai PM NAJIB dilihat terang-terang seolah-olah bangga melihat penindasan yg dilakukan oleh UNITED MALAY RASICT ORGANISATION @ UMRO (UMNO)terhadap kaum india di MALAYSIA.PEMIMPIN seperti NAJIB tidak layak bergelar Perdana Menteri Malaysia kerana bersikap acuh x acuh kepada perkara ini.

Golongan pemimpin UNITED MALAY RASICT ORGANISATION @ UMRO (UMNO) ini seperti tidak mengikuti perkembangan media dan berita semasa.bila ditanya wartawan amat mudah memberikan rumusan seperti org yg buta kepada isu semasa.adakah pemimpin dikalangan UNITED MALAY RASICT ORGANISATION @ UMRO (UMNO) seperti NAJIB,HISHAMMUDIN serta yg lainnya telah senang dgn kedudukannya sekarang sehingga gagal mengikuti keadaan semasa negara.

sebagai rakyat malaysia sy kecewa dgn rumusan yg diberikan NAJIB dan menteri lainnya dan terbukti 1malaysia yg dilaungkan oleh manusia tidak bermaruah ini NAJIB TUN RAZAK gagal sama sekali.

NAJIB TUN RAZAK tidak layak bergelar Datuk Seri.NAJIB TUN RAZAK jikalau anda membaca komen ini anda adalah sampah negara!!!

Anonymous said...

http://www.amkpendang.blogspot.com/
Perhatian: Yang berambut panjang atau pakai topi 1Malaysia tu, merupakan anak Tan Sri Osman Arof EX-MB Kedah yang juga laki kepada Raja Azura (pelakon, pelawak, pengacara, penyampai radio sinar FM)

Yang pegang mikrofon berbaju putih di belakang tu, Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Seksyen 24.

Edyes said...

Binatang Tak Boleh dibawa Berbincang
Salam buat semua,

Walaupun saya bukan salah seorang residen di sek23, namun saya percaya bahawa saya juga akan mempersoal sejauh mana berkesannya penyelesaian kuil di sek19 dengan membawanya ke sek23 sebagaimana majoriti penduduknya adalah Islam.

Apabila mengalihkan suatu bebanan liabiliti yang sukar ditanggung dari satu bahu ke suatu bahu yang punya kriteria yang sama, ini tidak akan menyelesaikan masalah malah mungkin akan bertambah. Atas sebab ini jugalah perbincangan secara matang diperlukan!

Bukankah sepatutnya penduduk sek23 menggunakan peluang kesempatan bersemuka dengan MB dan YB terlibat? Kesempatan ini telah disalahguna, atau tidak digunakan dengan cara yang betul dan berhemah.

Penduduk sek23 mempunyai hak untuk berkeras dan bertegas. Penduduk sek23 juga mempunyai hak untuk samada ingin bertolak ansur atau tidak. Malah dialog yang dianjurkan bertujuan untuk memenangi hati penduduk sek23. Dialog tersebut adalah jalan untuk menyelesaikan masalah dan medan untuk berbaik sesama umat. Mungkin juga ianya adalah satu peluang untuk kerajaan negeri menunjukkan betapa perkiraan mereka adalah salah dan penyelesaian secara baik wajar dituntut pada hari tersebut.

Tetapi, apa yang berlaku di dewan MBSA cukup memalukan. Dari sudut kemanusiaan, dari sudut keagamaan, dari sudut ke-bangsa-an, dari sudut politik dan dari segala sudut yang ada, penduduk sek23 tidak lebih dari sekumpulan manusia yang membenarkan diri mereka dikuasai nafsu syaitan. Peruntukkan akal yang telah Allah kurniakan, yang membezakan antara haiwan dan kemanusiaan gagal digunakan.

Wakil penduduk sek23 bukan hadir untuk berbincang, bukan hadir untuk menyelesaikan masalah, bukan hadir untuk menggunakan kebijaksanaan dalam menyelesaikan kerumitan. Mereka hanya hadir untuk merosakkan rundingan dan menambah koleksi provokasi perkauman.

Perlakuan tersebut memalukan agama dan bangsa. Perbincangan belum pun bermula disambut dengan berbakul caci-maki. Memaki-hamun mencaci-maki dalam sebuah medan perbincangan meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang tiada tolak ansur dan penuh prejudis perkauman. Kelaluan wakil penduduk sek23 tak ubah sebagai mencemarkan kesucian Islam dimata masyarakat.

Kita sebagai orang islam sepatutnya menunjukkan contoh teladan betapa Islam itu adil kepada semua dalam semua aspek. Pemerintahan Islam itu adil dan penuh tolaransi maka penganut agama lain akan terpesona dengan kebenaran Islam.

Jika rasa hormat terhadap pemimpin adalah perkara lain, bagaimana pula dengan rasa hormat terhadap Ramadhan bulan mulia? Di manakah rasional? Di manakah adab tatasusila?
Saya percaya, jika Islam menjadi panduan sudah tentu perbincangan akan bermula dan berakhir secara baik. Tidakkah kita punya agama untuk dirujuk?

Sekali lagi saya nyatakan, saya tidak menyokong perpindahan kuil ke sek23 kerana ia umpama menyelesaikan masalah sek19 dengan menambah masalah sek23. Namun demikian, saya menentang sekeras-kerasnya usaha wakil penduduk sek23 menggagalkan rundingan. Mereka tak ubah seperti binatang.

Sape PR/BN nak panjangkan zakar? said...

bravo YB khalid!

Anonymous said...

http://syaomel85.blogspot.com/
Cakap Tak Serupa Bikin..!!!!

Anonymous said...

Nilaikanlah sendiri,apakah ia selari dengan apa yang dikatakan????Jika Isterinya pun dia tak mampu bimbing,apakah ia mampu jadi pemimpin buat kita????

Anonymous said...

YB...PADA SAYA...KITA YANG MEMERINTAH, MANE KITA NAK BINA DAN IKUT SYARAT KITA BINA...DULU MASA DIA ORG ADE MINTAK PENDAPAT KITA KE..SEKARANG KITA YANG MEMERINTAH..BOLEH JALAN DENGAN PENGACAU SEMUA NI...YG MEMEKAK KEBANYAKAN BUKAN ORG SEKSYEN23...PERCAYA TAK....

Anonymous said...

Bila mcm tuh tuduh org UMNO.Kalau org PKR dgn PAS semua baik belaka.Piiiiirah.....Cuba bagaiman tindakan provokasi org PKR dgn PAS.Terutama PKR...bohong aje.

Anonymous said...

Sedap kan bagi komen2 atas masalah orang lain...

Tuan puan yg beragama Islam lagi bijaksana, setujukah apa kiranya kuil di seksyen 19 dipindahkan ke kwsn perumahan tuan puan?

Jangan hanya sekadar berkata bermati-matian mengata orang lain atas hak yang diperjuangkan...kalau kena batang hidung sendiri amacam?

yb khalid, ini saja ke jalan penyelesaian kerajaan selangor? ingatkan ramai yg bijak pandai...rupanya bebal jugak...

Bila isu mengenai kuil ini dipolitikkan, baru semua orang celik mata & tahu di mana seksyen 23 shah alam...satu dunia tahu tu!

Padahal pada masa kami mula2 menduduki kawasan ini pada tahun 2005, SEMUA ORANG MENJAUHKAN DIRI & MENGATAKAN KAMI BODOH KERANA MEMBELI RUMAH DI SINI KERANA SEKSYEN 23 NI DULU BEKAS LOMBONG DAN OFIS INDAH WATER ADA LAGI DI DLM KWSN PERUMAHAN....silalah datang jenguk...kdg2 boleh mendpt 'bau2an' yg fresh lagi...

Sekarang ni bila kawasan ni dah ramai penduduk & selesa untuk didiami...dah masuk fasa 3 dan InsyaAllah tak lama lagi akan didirikan satu supermarket...datang pulak malaun nak pindah kuil kat kwsn perumahan kami...YANG LANGSUNG TAK ADA DLM PELAN!


KALAU TUAN PUAN BERADA DI TEMPAT KAMI, TAK SAKIT HATI KE? TAK MARAH KE DITOLAK UMPAMA BOLA KE SANA SINI OLEH RODZIAH DARI BULAN MEI 2009? TAK SEDIH KE KHALID SAMAD, ORG ISLAM SENDIRI MENYURUH DALAM PAKSAAN SUPAYA KAMI MENERIMA BULAT2 PERPINDAHAN KUIL DR SEK 19 KE SEK 23?

Bila kami mengikut saluran2 yg sepatutnya & berbicara dengan adab sopan, kami diketepikan seolah2 kami ni langsung tak ada nilai...

TAPI APABILA KEMARAHAN PENDUDUK SUDAH MEMUNCAK...MCM2 LABEL YG KAMI TERIMA....dari orang Islam sendiri pulak tu...

Justeru itu, di bulan Ramadan yg mulia ini, saya mendoakan agar segala perbuatan tuan puan dibalas dengan keadilan yang setimpal dari Ilahi. InsyaAllah. Amin.

Anonymous said...

Hi. My name is Isaac. I’m an Indian. I’m a Christian. I’m also a resident in Section 23. I would like to say a few words regarding this issue, if I may. I read somewhere that states that ‘there was no Chinese tionghua at the said dialogue ‘…I beg to differ because my friend, who is Chinese, went to the meeting and so does a few other Chinese who oppose to the relocation of the said temple.
As for me, I admire the courage of my Malay neighbours who stands up for their rights as well as the Indians who stood their ground & request to have a temple that is close to their house. If the state government would offer to build a church of my belief, I’d jump for joy as well.
However, after much deliberation, a few of the neighbours of the Buddhism faith & Christianity (including yours truly) decided not to attend the said dialogue not because we are afraid to or were intimidated as suggested by certain quarters but out of respect to both parties involved in this dispute, i.e. the Malays and the Indians of Section 23, Shah Alam. Neither the Indians nor the Malays of Section 23 requested for the said temple to be relocated here but now they are at opposing side just because the state government deemed that Section 23 is ‘a strategic place’ for the relocation and somehow managed to ‘skipped certain requirements needed’ for the said relocation. After being pressured by the residents and ngo’s and receiving a letter from the Ruler of Selangor (aired by tv3 if I’m not mistaken) only then the state government succumbs & decided to hold an open dialogue with the residents. Alas, by then, the damage was severe and as they say, ‘all hell broke loose’. No pun intended.
My personal opinion is that, this issue could have been handled differently & wisely from the beginning from the yang berhormats’ namely, yb Rodziah & yb Khalid. However, they played ‘a cat & mouse game’ with the residents particularly with the Malays (not to mention lying to the residents on more than one occasion) and ‘sweet coated’ their talk with the Indians and the head priest of the said temple.
After a few months, this issue has taken a new turn and erupted & snowballed into the infamous demonstration by the Malays due to the lack of effort from both the yang berhomats’.
My wish is that outsiders do not view this issue from the political point of view nor the religious point of view because we, the residents of Section 23 are getting along beautifully with each other regardless of gender, race or religion. To the yang berhormats, please ensure that your duty to the public is upheld above your personal interest or political agenda. Also, stop seeing every little issue as a ‘political issue’ which clearly shows how mature our politicians and their followers are. No pun intended here either.
Thank you.