"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, October 02, 2009

Allah Maha Besar...

Petang ni aku gerak ke Bagan Pinang dengan geng-geng Barisan Rakyat Blogger...

Sebahagian dari kami dah pun sampai di Bagan Pinang.

Lepas ni... All out... kita akan bekerja kuat dan berusaha keras untuk kemenangan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. buat masa ni aku tak dapat apa-apa figure tentang suasana dekat sana... aku tak berani nak cakap sapa kuat dekat sana...

Yang aku tau dan aku yakin sangat-sangat cuma 1 je...

Allah Maha Besar..!

13 comments:

web admin said...

terus berjuang saing!

kita sama2 berjuang sampai ke akhir

cahaya malam said...

salam..

moga mendapat ganjaran
Allah..

wassalam..

Anonymous said...

dah lama tunggu topeng perak post artikel....lamanya cuti raya...

mr. a said...

sesungguhnya Allah itu maha berkuasa dilangit dan dibumi...

dino_yp@yahoo.com said...

Insyaalah BN akan menang, PR akan ranap. Takbir!

Fisabilillah said...

I'Allah mereka yang mengamalkan rasuah akan dimusnahkan oleh Allah Taala sedikit demi sedikit.
Moga2 PR beroleh kejayaan yang hakiki. Allah Maha Berkuasa. Allahuakbar!!!

Hapuskan BN musuh Agama dan Bangsa.

Anonymous said...

raya bghu nie ana p tengok kawasan bagan pinang dan memang kawsan nie umno control 110&, dan isa samd banyak fulus so chances na menang calun kita memang sukar ibarat macam na mengalahkan DSAI di permatang pauh..macam tu lah realitinya di bagan pinang..tambah orang umno di sini umno piang....apapun kita bagi a good fight..namun hakikatnya isa ni banyak duit dan camp tentera umno punya dan zahid hamidi memang akan all out undi pos depa punya..tambah calun kita lak underdog bukan orang local,dan orang bagan pinang nie memang allergic dgn orang luar..so apa pun selamat berjuang pd para bloggers PR bagi menambah pengalaman sebagai persedian prk13 insyaAllah ..takbirr..

agas linggi said...

tq bro..semoga Allah memberikan pahala yg berlipat kali ganda pd lu..

Anonymous said...

Abang Sekalian,

Welcome to Bagan Pinang. Kita dah ready kat sana. Masuk ikut mana? Kita boleh sambut.

PUTRA MERDEKA said...

Esok proses penamaan calon akan berlangsung, Calon BN Tan Sri Isa Samad tentunya akan turun diiringi dengan sokongan ribuan pengundi dan pemimpin disamping doa dan restu yang mahukan beliau kembali beraksi sebagai wakil rakyat yang sah bagi penduduk Bagan Pinang.

Calon PAS pasti akan di hantar oleh Presiden dan kuda belangnya dan tentunya akan diapit oleh sekutu yang di Bagan Pinang dilihat bersekongkol namun di Selangor bercakaran dalam pelbagai isu dan di Pulau Pinang berdolak dalik dengan isu penggiliran jawatan Ketua Menteri.

PAS dan Pakatan Rosak tahu bahawa kemenangan hampir mustahil bagi mereka kali ini dan menurunkan majoriti undi merupakan suatu bonus. Dari kempen ceramah yang mereka buat pun jelas tidak mendapat sambutan. Laungan takebeer hanya berlegar disekeliling kuda-kuda belang taksub jer.

ZulPAS yang diimport dari lenggeng pun dah 3 kali kalah bertanding Pilihan Raya di kampung halamannya, nak letak calon anak tempatan di Bagan Pinang sah-sah tak de, sebab PAS tahu BP bukan tanah subur untuk menanam kebencian dan menabur benih fitnah, itu sebab PAS tak aktif di Bagan Pinang.

Di Selangor PAS dah berpecah kepada 2 kelompok, yang menyokong Hasan Ali yang mahukan si kafir dalam Pakatan menghormati Islam dan Melayu, sementara 1 kelompok lagi yang sudah ditanam dengan semangat Babi gila yang memuja Khalid gagap, ronie liu dan khalid samad yang menjual dan menggadai agama.

Di Pulau Pinang, PKR dah mula bercakar dengan DAPig, Karpal sudah minta Anu-war Aljuburi menjelaskan apa yang Yusmadi katakan mengenai isu penggiliran jawatan KM.

Beginilah bahana nya apabila berkawan dan bersekongkol hanya kerana untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN, bukannya ada asas, malah niat masing-masing pun saling tidak ikhlas. Mereka hanya bernafas kerana berjaya mengupas dan memutar belit isu agar orang ramai, rakyat dan pengundi KELIRU!

KELIRU ni boleh kena kepada sesiapa sahaja! tak kira yang sekolah atau tidak, yang berjawatan tinggi atau peon, yang menagih dadah atau yang suka meliwat, yang muslimah atau muslimut atau pun musibat...sesiapa sahaja.

Hari ini rakyat dah semakin sedar dan jelas akan penipuan, pembohongan, fitnah, tipu daya dan sandiwara yang jelas mengelirukan mereka. Mereka semakin muak dan jelak dengan tindak tanduk pembangkang yang jelas tidak ada agenda pembangunan untuk rakyat, yang ada pembangunan untuk poket mereka sendiri...

Lu Fikir La Sendiri!

Eden Undi BN!
Hidup UMNO!

Rohaifi Azri said...

LARANGAN SPR, PAKATAN RAKYAT SEHARUSNYA MEMILIKI LAMBANG/BENDERA SENDIRI!!!


SPR yang trauma dengan jentera kempen Pakatan Rakyat (PR) telah mengeluarkan arahan supaya DAP dan PKR tidak meletakkan gambar pemimpin, poster serta kibaran bendera mereka dalam menghadapi Pelihanraya Kecil Dun Bagan Pinang. Konpius / keliru juga dibuatnya apabila SPR yang terlebih trauma berbanding lawan PAS pada PRK ini iaitu UMNO-BN.


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilaporkan berkata kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.


Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Tan Sri Isa Samad yang juga bekas naib presiden Umno dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.


Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu. Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.


SUDAH TIBA MASANYA PR memiliki logo dan lambangnya sendiri. Sebagaimana UMNO dan parti komponen lain yang membentuk Barisan Nasional (BN) yang menggunakan lambang Dacing, PR juga sewajarnya mencipta satu lambang yang mewakili parti-parti komponen di dalam Pakatan Rakyat.


Sekiranya Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tetap berkeras menyatakan hanya parti bertanding sahaja yang dibenarkan memasang bahan kempen. Maka UMNO juga sewajibnya hanya meletakkan lambang parti mereka sahaja dan menurunkan semua Dacing-dacing sebagaimana PAS yang hanya menggunakan lambang partinya.


SPR, JANGAN JADI BARUA DAN JANGAN HENDAKNYA DILIHAT MAHU MEMENANGKAN UMNO-BN!!! SUBURKAN DEMOKRASI, HAPUSKAN KUKU BESI!!!

Anak Bugis said...

Semoga kejayaan di pihak kita..

Dalam politik ada seribu peluang,
seribu kemungkinan...

Anonymous said...

Usaha kamu blogger2 rakyat sentiasa di sanjung tinggi oleh rakyat Malaysia yang mahukan negara ini bebas dari kebejatan pemerintahan Barisan Najis.

Perjuangan mu diiringgi dengan doa kami semua rakyat. Selamat berjuang.