"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, October 23, 2009

TGHH Akan Dipecat..?

Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.

hadi awang interview 040208 anger"Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

"Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis menteri besar Kelantan dalam blognya malam tadi.

Mengulas perkembangan beberapa mesyuarat agung khas yang dikendalikan oleh PKR, Umno dan MCA tahun ini, Nik Aziz berkata:

"Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan mesyuarat agung khas dan MCA pun boleh mengadakan EGM-nya sehingga sempat menggugurkan presiden dan timbalan presidennya.

"Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan perlembagaannya melalui kongres khas mereka. Maka kita?

"Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang (presiden MIC Datuk Seri S) Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

"Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya, mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu."

Tokoh popular PAS itu berkata, muktamar tersebut penting bagi mengelakkan "ghok-ghak" atau kekacauaan dalam parti Islam itu sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Orang boleh terima atau tidak boleh terima, bawa ke muktamar khaslah, senang cerita. Biar tentu sah, hendak ikut yang mana. Kita hendak kekal yang mana dan buang yang mana," kata Nik Aziz lagi.

"Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS di peringkat pusat."

Beliau mengulas analisis ahli akademik Universiti Islam Malaysia (UIA) Dr Aziz Bari yang mengaitkan kemerosotan undi PAS di Bagan Pinang baru-baru ini dengan kekecohan di Selangor – dipercayai, antaranya, kontroversi melibatkan Hassan berhubung isu jualan alkohol dan isu siasatan awal jawatankuasa khas DUN negeri itu.

Malah, profesor undang-undang terkenal itu juga mengkritik Abdul Hadi yang tidak membuat sebarang kenyataan terhadap isu melibatkan Hassan itu sehingga menyimpulkan sikap sedemikian dengan perwatakan negatif bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menulis di Sinar Harian awal minggu ini, Dr Aziz berpendapat, sudah sampai masanya PAS "membuat langkah drastik dengan mendisiplinkan atau menyingkirkan Hassan" daripada parti itu.

Bagaimanapun, tambah pensyarah itu lagi, usaha itu sukar kerana Hassan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Abdul Hadi dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa.

Menulis di blog Tok Guru.com, Nik Aziz juga berkata, beliau bersetuju dengan sebahagian kritikan keras Dr Aziz itu

Dalam muktamar khas yang dicadangkan itu, Nik Aziz menekankan keperluan kepada proses pemilihan yang ringkas, telus, dan melindungi kerahsiaan undi.

Muktamar tersebut boleh mengambil masa sehari atau dua hari, tambahnya.

Nik Aziz berkata, walaupun beliau "jarang tidak sedap hari sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam", teguran terpaksa disuarakan "kerana dalam keadaan-keadaan tertentu, ia bersifat wajib".

"Hati saya pernah bergolak di zaman bekas presiden PAS yang mahsyur, allahyarham Datuk Mohamad Asri.

"Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya, sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjudul Kemuncup dalam Perjuangan," katanya.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mustafa enggan mengulas kenyataan tokoh PAS ini.

Sumber : Malaysiakini

22 comments:

Anonymous said...

Pecat Hadi dan balacinya sebab beliau sudah mengkafirkan umno dua dekad lalu dan sekarang nak pula berkerjasama dengan kerajaan kafir umno pula. dia ludah ke langit kena mukanya sendiri. Manusia tak da pendirian dan kawan dengan melayu kafir.

Anonymous said...

Rasenya,jika ada usul nak pecat TGHH dan puak2nya TGHH takkan terpecat..

ADIL 4EVER said...

Jika terbukti ada yang pro UMNGOK, setuju singkirkan mereka walaupun pemimpin-pemimpin atasan

ADIL 4EVER said...

Jika terbukti ada yang pro UMNGOK, setuju singkirkan mereka walaupun pemimpin-pemimpin atasan

Leeky said...

Ketiga-tiga mereka ini sebenarnya hendak memelayukan islam bukan nak islamkan melayu. Bagi mereka islam hanya untuk orang melayu.
Mereka ini perlu disingkirkan walaupun pahit dan walaupu pada PRU13 PR tidak mungkin dapat menubuhkan kerajaan.

Anonymous said...

aku sokong tok guru singkirkan dorg

Anonymous said...

aku sokong tok guru singkirkan dorg

leeky said...

Saya tak nampak apa kelebihan TGHH jika dibandingkan dgn Perisiden yg sebelumnya. Kurang buat kenyataan yg membangkitan kemarahan Be End.
Lebih suka mendiamkan diri seolah-olah orang yg berkecuali. Kalau si Nasa, langsung tak nampak kenyataan kontroversi dia terhadap Be End. Kalau MCA boleh buat takkan PAS tak boleh. PAS perlu berani berubah.

Anonymous said...

bagus juga TGHH ni keluar..
maka hilang sudah pengaruh ulama dalam PAS..maka dengan ini BN akan kembali berkuasa dengan Hebat..semoga TGHH, Dato Nasa & Dato Hasan Ali menjadi ahli UMNO dan meneruskan ke arah perpaduan..
Tinggal PAS yang menjadi Alat dan kuda PKR dan DAP..untuk apa berjuang jika bukan atas islam..perpaduan ada dalam islam...

Anonymous said...

egm harus dilakukan segera untuk menyingkirkan nik aziz..seterusnya pas keluar dri pakatan..

Anonymous said...

kepada semua pembaca di sini.. sila beri perhatian dgn tajuk yg saya ambil dari blog ini...

Hikayat Tiga Masons Melayu:Mahathir,Anwar dan Nik Aziz

ini link dari blog:
http://mistisfiles.blogspot.com/2009/10/hikayat-tiga-masons-melayumahathiranwar.html

patut ke tak patut.. tuan-tuan nilailah sendiri...

Anonymous said...

ini semua adalah tuntutan terdesak setelah PAS berkompromi dgn DAP/PKR. Puak2 kapir dlam pakatan menjadi panas dgn kelantangan pemimpin tertentu yg lebih memperjuangkan Islam dari menjaga hati pengundi2 cina dan india. Talibarut2 PAS mulai panas bila pengundi kafir dah mula lari dr PAS. Sebab mereka ni lebih takut Ronnie Liu Ngeh Siva dan kafir2 tu dari takutkan ALLAh. tahniah untuk Dr Hassan Ali YB Zulkifli Nordin yg lantang memletakkan ISLAM lebih tinggi dari kerusi yg mereka menangi. Jgn jd kuda kepala lembu mcm 2 khalid Brahim khalid samad. Satu mat kuil satu lagi mat beer kat 7E.

mm said...

SEMASA MEMERINTAH TERENGGANU TGHH DAN GENG MENJADI KEBENCIAN DIKALANGAN RAKYAT TERENGANU. KERANA MEREKA ORG TGANU X SUKA PAS. PIKIR SENDIRI. SEBALIKNYA DI KELANTAN ORG SYG PAS. TERMASUK BKN ISLAM. PIKIR SENDIRILAH SEDARA - SEDARA.

BOLOS said...

....yg sebtolnya...3 trio ini,,tidak perlu berbaik2 dgn UMNO..Tidakkah mereka sedar yg parti umngok sudah semakin uzur????.Mereka memerlukan kita sebab mereka sudah nak mampos!!...Pas xserik lg ke kena tendang dari kerajaan perpaduan suatu ketika dahulu...xkan dah lupa kot??Xkan la secab kesian dgn umngok,trus mahu tubuh kerajaan perpaduan??Sebab apa mua kesian??sb sama2 melayu??..CHIT..
Mereka la melayu yg tikam melayu!!!Fikir-fikirlah...

Anonymous said...

Buat apa si hadi, nasha dan hassan batangkali masih duduk dalam Pas lagi,suruh mereka keluar dan masuk umno supaya menjadi kafir macam umno. Tak caya tanya Hadi sendiri, dia yang katakan umno tu kafir. Sejarah tidak menipu manusia.

Anonymous said...

mcm ni la. buat egm. kalau ahli setuju buat je. jgn bising. dlm egm biar dorang xplain. tapi aku mmg muak nengok muka hasan ali stopa ali....kemaruk nak jadi menteri. kalau umno nak sgt dorang tu, ambil lah. tak heran. PAS bukan mati terkubur kalau manusia hipokrik mcm dorang keluar. oiiii brader..kalau TGNA dah di jemput ALLAH pun PAS tetap teguh kecuali malaun UG tu ambil alih. nak jaga terengganu pun pun tak mampu...kenapa PAS Kelantan terus memerintah dan kenapa PAS Terengganu tak mampu....

mie said...

ibarat menarik rambut dalam tepung...rambut jgn putus,tepung jangan berselerak... moga kesudahannya hanya yg terbaik utk perjuangan dan bukannnya bertambah kusut...

dulukini said...

kepada balaci balaci BN tu jangan mimpilah PR akan lemah. Perubahan InsyaAllah akan menjadikan PR lebih baik.

Sekiranya dilihat kepada isu2 lepas dia orang nie yg banyak memeningkan PR dengan kenyataan yang berbelit pasal kerajaan perpaduan dengan BN.

Bagi orang BN pula dia orang mesti akan sokong sebab sekarang dia orang dah semakin lemah itu aje. BN akan cuba meneguk di air yang keruh.

Lagipun bagi aku Ustaz Hadi, Nasaruddin dan Mustafa kurang memberi sumbangan kepada PR. sori kalau tersilap cakap. Pendek kata Ustaz Hadi tak macam Presiden PAS yang lepas.

dulukini said...

Lagi satu lupa pulak Hassan Ali tu mmg semacam aje aku tengok. Pendek kata macam dah tak ikhlas berjuang, mungkin pikir duit sangat kot.

Takpun offer kerajaan rasuah BN sebagai MB selangor sukar nak ditolak. Kalau inilah gaya pemimpin boleh blah.

Anonymous said...

apapun lebih baik PAs bersatu dgn UMNO jika dibandingkan dgn DAP ynag terang2 tidak akan menyokong negara Islam dan tidak mungkin akan mnyokong Islam. Wpun UMNO tu bukan sebuah parti Islam tetapi ahli2nya adalah melayu yang beragama Islam dan ramai yg berjuang untuk Islam. Pikir2kan lah.
DAP terang2 menolak Islamtermasuk kawan baik nya PKR. Agenda DAP amat licik dan tersusun rapi dlm merampas kuasa Melayu Islam jika kita masih tidak sedar.
Sedarlah demi perjuangan Islam dan Melayu kerana apapun tindakan kita akan menyebabkan kuasa melayu semakin lemah dan Islam juga akan terjejas dgn sendirinya.
Jangan kita jadi bodoh mcm Nizar yg kat Perak tu yg gila meroyan untuk jadi MB Ehsan untuk perjuangan politik DAP.

Anonymous said...

pas nak tubuh negara islam camner klu pemimpin dap suruh langkah mayatnyer dulu. kerjasama yang dah tak bemberi erti lagi. dap cuma mahukan undi melayu melalui pas.. bila dah perintah penang contohnyer.. mana dipandang wakil rakyat pas. ke mana perginyer janji lge kepada wakil rakyat pas di pmtg pasir. yang gemok cuma puak dap sahaja.

jepah said...

ish, aku cukup geram kalau org ckp knape x gabung ngan umno tapi gabung dengan dap.

apa, igt kalau gabung ngan umno ingat boleh daulatkan islam?!!! pirahh, umno pegang malaysia 50 tahun, umat islam jadi haprak, buat maksiat mcm pkara biasa.

dap walaupun dia kapir, lebih baek dari org islam y perangai mcm org kapir. igt, org munafik tempatnye neraka paling bawah.
(sori, angin satu badan ni...haha)