"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 18, 2009

Penyakit UMNgOk DiKalangan MeLAYU

Setelah dikejutkan dengan wabak H1N1 kini rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan sejenis wabak penyakit berjangkit yang sangat berbahaya, yakni penyakit UMNgOk. Namun rata-ratanya yang dijangkiti hanya kaum Melayu.

Antara gejala-gejala penyakit UMNGOK ini ialah:
  1. Assobiyah yang sangat melampaui norma seorang manusia.
  2. Redha diperbodahkan pemimpin Zalim yang korup asalkan mereka MeLAYU.
  3. Alah yang teruk kepada perkataan PAS, PKR dan DAP.
  4. Turut alah dengan laungan "Takbir", "Reformasi" dan "Makkal Sakthi".
  5. Perasaan benci kepada Alim Ulama terutama Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
  6. Memisahkan Agama dari segala aspek kehidupan kecuali upacara nikah-kahwin dan upacara pengkebumian.
  7. Seringkali terkena sawan "Kepala Lembu" yang mengakibatkan kepala lembu yang tidak berdosa akan diarak beramai-ramai sambil melaungkan perkataan "Hidup MeLAYU" dan "Ketuanan MeLAYU".
Itu hanya sedikit contoh daripada berpuluh-puluh lagi gejala penyakit ini yang tak mampu ditulis lagi. Namun jangan dirisau setiap penyakit yang ALLAH S.W.T turunkan pasti diturunkan sekali dengan ubatnya.

Untuk penyakit berbahaya ini, doktrin untuknya ialah cepat-cepat keluar UMNO dan cepat-cepat mendaftar untuk menjadi Ahli Pakatan Rakyat ditempat yang berdekatan dengan premis kediaman. Insya-ALLAH penyakit itu sembuh dalam kadar tempoh kurang daripada 24jam anda keluar UMNO/BN.

Sumber - Na'im Nik'mat @blog

4 comments:

Anonymous said...

Penyakit-penyakit dan wabak yg sedang dihadapi oleh PAS/PKR dikalangan meLAYU islam macamana pulak? mereka yg berpenyakit ini amat susah utk diubati malah tiada vaksin setakat ini melainkan dikuarantin dan dihapuskan. Itu saja vaksin yg sesuai utk mereka. Apa penyakit/wabak mereka ini? tak lain tak bukan, jumud, hasad dengki kianat, dendam, riak, nepotisma, korupsi, seks luar tabi'i, nafsu serakah yg amat tinggi dll penyakit jiwa/mental...

Anonymous said...

*Penyakit-penyakit dan wabak yg sedang dihadapi oleh PAS/PKR dikalangan meLAYU islam macamana pulak? mereka yg berpenyakit ini amat susah utk diubati malah tiada vaksin setakat ini melainkan dikuarantin dan dihapuskan. Itu saja vaksin yg sesuai utk mereka. Apa penyakit/wabak mereka ini? tak lain tak bukan, jumud, hasad dengki kianat, dendam, riak, nepotisma, korupsi, seks luar tabi'i, nafsu serakah yg amat tinggi dll penyakit jiwa/mental...*
-----------------------------------

satu lagi penyakit ahli umno. akan memfitnah orag lain dgn perkara yg sama dibuat oleh pemimpin mereka. cnthnye penyakit2 yg mangkuk ni tulis... oi mangkuk sila buktikan....ade brani? kalo xbrani mintak tolong ezam kotak sbb dia ade bnyak kotak rahsia...ha...ha...ha...

Anonymous said...

Salam,
Sempena tahun baru Hijrah ni, Kepada semua2 yg bagi komen kat sini, ada perasan tak korang, kalau kauorang tengok keadaan negara kita dan parti2 politik semasa, ada nampak tak korang bahawa politik kita sekarang ni hampir sama dengan keadaan yg berlaku pd zaman Rasulullah dulu...

Macam ni,
Rasulullah asal dari Bani Quraisy, di Makkah, (sama macam PAS asal dari Umno), Rasulullah memperkenalkan 1 agama baru yg berbeza carahidup dengan yg di anuti/diamalkan oleh majoriti penduduk Quraisy. Rasulullah di tentang oleh Ketua2/pemimpin2 Quraisy Makkah yg sudah biasa dengan agama dan adat2 jahiliah yang memberikan keuntungan kepada golongan partinya dan kroni2nya selain rasuah dan menentang habis-habisan pembaharuan/agama baru yang di perkenalkan oleh Rasulullah.

Rasulullah terpaksa keluar /hijrah dari Makkah ke Madinah(biro agama Umno, keluar dari Umno-tubuhkan PAS) dan menjadi pemimpin di Madinah (macam Pakatan Rakyat)yg turut di huni oleh Yahudi (macam parti DAP) dan golongan Munafik Madinah yang mungkin ada dalam parti PAS atau PKR.

Rasulullah membangunkan/memerintah Madinah dengan menggunapakai Sahifah Madinah, yg merangkumi semua penduduk Madinah termasuk Yahudi dan golongan Munafik.

Apa yg Rasulullah buat selepas itu ialah melakukan penerangan/dakwah tentang Islam supaya org2 bukan Islam melihat kebenaran Islam (sebagaimana dibuat PAS di Kelantan, Kedah) dan kebenaran yg dibawa oleh Rasulullah menyebabkan ada Yahudi yg memeluk agama Islam atau dlm situasi di Malaysia, ada yg sudah tertarik dan menyokong kebenaran Islam di kalangan penyokong DAP atau org Cina.(Berlaku sekarang!)
Ini akan dengan sendirinya mengecilkan bilangan golongan munafik dan Yahudi yg anti kepada Islam dan Rasulullah.

Dalam jangka panjang pula, Rasulullah membanteras golongan Yahudi dan Munafik ini dengan berlakunya perang keatas golongan Yahudi dan golongan munafik ini di Madinah...peristiwa ini mungkin akan berlaku dalam Pakatan Rakyat di masa akan datang...iaitu pembersihan golongan talam dua muka dalam Pakatan Rakyat samada dalam PAS, PKR atau Dap.

Kaedah pemerintahan Rasulullah di Madinah dan keindahan Islam menyebabkan ramai pemimpin hebat Quraisy memeluk agama Islam seperti Khalid AlWalid, Abu Sufian dan lain2. Ini kita boleh kaitkan dengan kisah dalam blog Dr. Mahathir dimana Che Det ada menyatakan, adanya bekas pemimpin2 Umno yg sudah benci dengan kebusukan Umno dan akan memilih PAS sebagai wadah perjuangannya di masa akan datang kerana PAS ingin menerapkan Islam dalam semua aspek pemerintahan sebagaimana Rasulullah memperkenalkannya di Madinah keatas semua bangsa di sana.

Selepas pembanterasan dan sokongan secara senyap2 dari ahli2 dalam Umno dan Be eNd ini, maka Pakatan Rakyat akan beranjak kepada peristiwa seterusnya iaitu mengambil alih Makkah (pembukaan Kota Makkah) dari Kaum Quraisy...
pengambilalihan/PembukaanPutrajaya daripada parti perkauman Umno../puak2 Quraisy Makkah...

Mungkin berlaku pada pilihanraya umum ke 13 nanti, insya'Allah,
Wallahuaklam

Anonymous said...

Betul kata Hadi yang umnogok ni adalah parti orang kafir. Sebab tuhannya adalah Bangsa Melayu atau assabiyah.