"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 18, 2009

Tulang Besi Mungkin Tidak Dapat Hadzir Konvensyen Blogger Atas Masaalah Kewangan

Dengan rasa sedih dan rendah hati, dimaklumkan bahawa kemungkinan besar Tulang Besi tidak dapat hadir dalam Konvensyen Blogger PAS.

Faktor utama ketidak hadiran Tulang Besi adalah faktor ekonomi. Oleh kerana pemberitahuan program ini hanya berlaku minggu ini, maka kos yang akan ditanggung oleh Tulang Besi untuk hadzir adalah kurang sikit dari RM 1000. Jumlah ini adalah jumlah yang sangat besar untuk Tulang Besi kerana Tulang Besi bukan seorang yang kaya.

Tulang Besi tidak mampu membeli kereta mewah seperti Honda Elyson dan makanya, Tulang Besi tidak mampu untuk menanggung belanja perjalanan yang berjumlah hampir RM1000.

Rasa terkilan sangat sangat. Tulang Besi antara yang pertama mendaftar. Bersemangat sangat Tulang Besi nak hadzir. Tapi, sayangnya Tulang Besi cuma mendapat konfirmasi tarikh dalam minggu ini. Sepanjang beberapa hari Tulang Besi mencuba untuk mencari jalan yang murah untuk pulang, namun tiada. Tiket semuanya mahal-mahal kerana kebetulan cuti Awal Muharram menaikkan lagi harga tiket.

Tulang Besi juga cuba mendapatkan sponsor, namun itu pun gagal juga. Kalau ada yang berminat untuk sponsor Tulang Besi, masa masih belum terlambat. Boleh masukkan wang ke akaun Tulang Besi (Maybank - 164173601834 : Abdul Rahman Abdul Talib).

Walau bagaimanapun, Tulang Besi sedang berusaha untuk mencari wakil kepada Tulang Besi dalam Konvensyen tersebut.

Pengajaran kepada penganjur program yang melibatkan bloggers :
  1. Jangan ingat semua bloggers ini berada dalam negara. Dunia internet / www adalah dunia sejagat. Bloggers Malaysia boleh berada di Alaska, USA tapi masih dapat dirasakan kedekatan bloggers tersebut dengan rakyat Malaysia.
  2. Maka, apabila membuat program sebegini, haruslah dikonfirmasi tarikh sekurang-kurangnya SEBULAN AWAL. Kalau tarikh program ini dikonfirmasi sewaktu saya mendaftar, kos saya cuma dalam RM300-400 ringgit.
  3. Apabila telah membuka pendaftaran, haruslah melayan mereka yang mendaftar dengan cara pribadi. Ertinya, maklumkan kepada mereka yang mendaftar secara terus. Bukan buat pengisytiharan seminggu sebelum program sebegini.
Sekali lagi, sedih saya kerana saya tak dapat nak hadir program ini. Saya telah bercadang untuk menghadiri program ini semenjak ia diwar-warkan. Namun, saya tak ada cukup wang untuk menghadiri program sebegini. Saya antara yang paling awal mendaftar kerana saya mahu membeli tiket awal, tapi pihak penganjur tak dapat memberi konfirmasi awal. Hanya last minit seperti ini.

Wallahualam

Tulang Besi

“Permintaan Untuk Menghadziri Konvensyen Blogger PAS
...
Sat, November 7, 2009 9:08:49 AM
From: Abdul Rahman Abdul Talib
...
View Contact
To: penerangan.paspusat@yahoo.com
________________________________________
Assalamualaikum,

Saya sebagai ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 memohon untuk menghadiri seminar konvensyen blogger PAS

Terima Kasih

Tulang Besi”

Seterusnya saya dapat respon dari Penerangan PAS Pusat:

“Re: Permintaan Untuk Menghadziri Konvensyen Blogger PAS
...
Sat, November 7, 2009 7:02:43 PM
From: Lajnah Penerangan Pas Pusat
...
View Contact
To: Abdul Rahman Abdul Talib
________________________________________
telah didaftarkn. “

Tulang Besi

18 comments:

Anonymous said...

Apabila hati sdra menyatakan ingin hadir, sdra "telah" pun hadir - setidak-tidaknya roh sdra ada di sana nanti.

Anonymous said...

Tak payah hadir...buat menyampah aje....jenis manusia munafik.

Unknown said...

khabar angin bertiup akan ada gelaran 'abdullah bin ubai' masa konvo trsbt.ada yg takut kot?

JEBATSDK said...

salam...tak apela..setidak2nya saudara dah berniat nak pegi...semua yg berlaku ada hikmahNYA..


PANGLIMASDK

Anonymous said...

pulak dah..
nape tak btau awal2 bro..
nape xbukak n3 ni awal2...

aduhaii.....

Anonymous said...

golongan pengampu jahanamkan parti kata Ustadz Hadi.

baca kat blog GB

BOND 0134331159 said...

aku takut peristiwa yang jadi kat nik aziz jadi pulak kat hang

nik aziz ditaja ke mekah - disabotaj dan merajuk

hang ditaja ke konvensyen -
disabotaj dan merajuk

ALA AKU PUN TAK PI JUGAK.....

kita persiapkan diri kita,sebab ada maklumat rahsia PRU13 jadi dalam 2011 sebab UMNO takut 2012 sebab dia puak tu kalau hang tengok gambaq tu la.....

Anonymous said...

nak buat macam mana.. takda rezeki ko.. ramai lagi bloger yg hadir mampu menterjemahkan idea2 yg bernas.. tak mungkin prog tu gagal kalau ko tak join..

melor45 said...

Duit yang kau dapat dulu takan dah habis kot,jangan dok belanja sampai pokai walaupun duit tu belum sah halal ke haram hasil dari memfitnah pimpinan PAS dulu.

Anonymous said...

syukur tulang besi tak datang

perosak jemaah

Anonymous said...

uik..Heran aku..

Hari tu TB cakap gaji dia besar, kerja luar negara, gaji dia lebih besar dari gaji CEO sebuah GLC negeri S'gor yg Hasan Ali tak bagi kat dia...takkan RM1000 pun dah tak larat kot? Alahai...

Dalam posting lepas kalau tak silap aku ada ura2 TB memang tak nak hadir ke Konvokesyen tu..rakut blogger2 diBTNkan...
Sekarang apsal sedih pulak...

Anonymous said...

elokle tu..

abiskan boreh jo..

takdo lai kan elok idup menyusahkan orang

Anonymous said...

Bro Anon,
December 19, 2009 3:04 PM

Gua dah cakap, TB ni lain macam sikit fael(perangai) dia.
Kalu dia nak menegakkan benang basah beria2x benar.

sekarang nak banyar rm1000 pun tak kan takde kot.

pastu bagi le alasan. macam2x alasan.
dah sah TB kaki putar belit, kaki putar alam..
Apa macam korang percaya tak sekarang??@@#$$$!!!!

Anak Lenggong said...

Kah..kah..kah..sponsor dia udah menyampah kat bangkai ni..kata gaji besar ..ishhh RM1k pun banyak kee..so pejuang taik kucing laa camni..hanya menunggu sedekah daripada orang baru nak berjuang..kah kah kah ..ko pun sama jugak dengan Topeng Perak tu nunggu sponsor untuk beli ganja dia...

Tokwear said...

ni untuk simulate pasal sponsor haji ke haper aaa?

tulang ikan said...

hahhahaha posting yg menunjukkan kebodohan TB.Ari 2 sembang gebang TB banyak duit tp boleh pulak nk mintak ehsan org ramai sponsor die....
ala ni sume idea bersekongkol ngn TP nk dapat duit lebey....
hakkktuihhh amik ko!!!!hahahhaha

tulang ikan said...

mcm la TB xde program xleh nk jalan hahhahahhahahah

Anonymous said...

TB boha jer lebih...Org mcm nie jgn bg duitla...bukan bole caye...pembohong besar...!!!