"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 05, 2010

Email Pembaca: Kerajaan Meja Makan...

Assalamulaikum wbt

Sebenarnya dalam konteks Kerajaan Kelantan, saya malas nak ulas tetapi makin lama makin parah. Keparahan kerajaan Kelantan masa kini boleh dikatakan sebagai copy and paste dari UMNO dan BN. Jika dulu orang-orang PAS mengata Mahathir dipengaruhi oleh anak-anak beliau dan Pak Lah oleh budak tingkat 4 dan sekarang penyakit itu telah berjangkit dalam Kerajaan Kelantan yang boleh dikatakan sebagai mesyuarat meja makan.

Apa yang berlaku dalam Kerajaan Kelantan lebih parah kerana Mahathir dan Pak Lah tidak melantik anak atau menantu menjadi pegawai atasan syarikat milik Kerajaan tetapi ini yang berlaku pada Nik Aziz. Pelantikan menantu Nik Aziz sebagai pembuat keputusan syarikat tersebut mendedahkan kepada Nik Aziz diserang oleh musuh mahupun kawan. Selaku MB, beliau sepatutnya memikirkan implikasi sekiranya sesuatu yang diluar dugaan berlaku sekiranya melantik seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan sebagai pemimpin syarikat milik kerajaan.

Walaupun menantu beliau itu mempunyai kelayakan, namun implikasinya lebih besar. Apa yang dilhat di sini, Kerajaan Kelantan juga berada di ruang meja makan rumah Nik Aziz. Ini membuat rakyat Malaysia tertanya-tanya apa bezanya PAS dengan UMNO sekiranya urusan Kerajaan boleh berada di ruang makan rumah setiap pemimpin.

Apa gunanya EXCO sekiranya keputusan pentadbiran Kerajaan diputuskan melalui mesyuarat meja malam? Terus terang saya katakan, keluarga Nik Aziz sendiri tidak menghayati perjuangan yang di bawa oleh Nik Aziz sehingga menjadikan Kerajaan Kelantan berada dalam perbalahan.

Walaupun sekarang ini PAS selesa mentadbir Kelantan tetapi adakah PAS akan selesa dalam PRU 13 nanti?

Saya juga mengandaikan bahawa Nik Aziz tertekan dengan tuntutan keluarga beliau dan juga kemahuan para EXCO. Dalam konteks ini Nik Aziz lebih menyebelahi keluarga beliau dari kemahuan EXCOnya sendiri. Itu pandangan saya. Terus terang saya katakan, untuk melantik menantu atau anak sebagai CEO atau MD boleh tetapi di syarikat milik sendiri bukan milik Kerajaan kerana syarikat milik Kerajaan adalah milik rakyat.

Adakah di Kelantan sudah ketandusan insan-insan yang berilmu yang boleh mentadbir syarikat milik Kerajaan dan cuma yang ada, menantu Nik Aziz sahaja? Fikirkan semuanya dan saya amat berharap sekiranya email saya ini dapat dihantar terus untuk tatapan Nik Aziz selaku MB Kelantan. Ini adalah luahan perasaan rakyat biasa yang mencari keadilan dan ketulusan pemimpinnya.

Sekian

Othman Inayatullah

3 comments:

Kaki Merayap said...

setuju!

benda ni da kena batang idung PAS..
modal ni yang akan digunakan oleh puak2 UMNGOK..

dino.yp@gmail.com said...

hamPAS ni bertopengkan Islam jer...

Anak Lenggong said...

alaa baru nak sedar ke mainan hipokrit peminpin PAS ataupu PAS4ALL ...mana ada lagi perjuangan penubuhan negara islam dan hukum hudud...cuma penyokong PAS je yang dok mempertahankan hukum hudud..tapi cakap mereka ni cakap sampah jee dan hanya berborak ditepi jalan dan jugak kedai kopi ataupun sambil dok melayan judi pertandingan bunyi suara burung..belalang..cegkerik..pas ni ada pertandingan gelak nik ajis..hj hadi ..nasarudin..dan pemimpin pas pulak..gelak sapa yang paling kuat, merdu ataupun semput.

Jangan tak tau PAS sekarang ni dah jadik PARTI AJIS SEKELUARGA...takde sape berani menegah dan menghalang nik ajis daripada bercakap dan bertindak..penyokong cuma pak urut umpama burung belatuk jee