"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, January 04, 2010

Isu Nama Allah: Mengapa Tiada Rayuan Dalam 24 Jam Seperti Kes Nizar?

Reactions: 
Sewaktu Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar adalah MB yang sah, maka UMNO telah membawa kes tersebut ke mahkamah Rayuan. Hasilnya, tidak sampai 24 jam, keputusan Mahkamah Tinggi itu telah di berhentikan dari dilaksanakan.

Dalam kes Nizar, dengan tiada asas yang jelas, Hakim lantikan Linggam tersebut telah memberi “stay-of-execution” kepada keputusan Mahkamah Tinggi menyebabkan Nizar terpaksa mengosongkan pejabat MB yang baru beberapa jam beliau duduki itu.
(Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini.)

Soalannya, mengapa UMNO tidak menggunakan taktik yang sama dalam kes “Nama Allah” ? Mengapa UMNO tidak membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan dengan segera dan mendapatkan “stay of execution” ( pemberhentian dari perlaksanaan) secepat seperti dalam kes Nizar tempohari?

Bagi saya, isu nama Allah ini adalah isu yang digunakan UMNO untuk memerangkap PAS serta untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Mana mungkin UMNO yang sudah 50 tahun menentang Islam tiba-tiba bersemangat untuk memperjuangkan Islam?

ISU INI SUDAH LAMA MAHU DIGUNAKAN UMNO

Sebelum saya ditendang dari “Muslim Blogger Alliance” pimpinan Mahaguru 59 (tanpa sebab), saya mendapat satu email berkenaan pertemuan beberapa blogger (termasuk Mahaguru59) dengan pegawai-pegawai JPM serta Zahid Hamidi.

Antara isu yang dibesar-besarkan dalam pertemuan itu adalah isu nama Allah yang diminta oleh Gereja Katholik Malaysia.

Saya nakal dari email yang dihantar oleh Mahaguru58 :
  • The invitation to me was relayed by Rocky Bru @ Ahiruddin Atan, President of All Blogs to discuss amongst many other topics, the problem being created by the publishers of the Malaysian Roman Catholic Magazine 'Herald' who remain obstinate in using the term 'Allah' to represent their idea of God in their Malay section of their Christian magazine.
Ini bererti, UMNO sudah lama bercadang menggunakan isu “nama Allah” ini untuk menyemarakan semangat kebangsaan Melayu supaya timbul perasaan tidak senang di kalangan orang Melayu dengan bangsa dan agama lain.

Padahal isu Najib lulus 10 lesen judi baru itu lebih jelas bertentangan dengan Islam dan tidak pun Mahaguru58 serta JPM memperjuangkannya.

JELAS, isu ini satu perangkap untuk memecahbelahkan PAS dan juga Pakatan Rakyat. Ia bukan bertujuan untuk memperjuangkan Islam sama sekali.

Lagi pula, mahkamah di Malaysia di tangan UMNO. Mengapa UMNO tidak menggunakan mahkamah dalam hal ini, saya pun tidak tahu.

NAMA ALLAH SUDAH DIGUNA SECARA MELUAS OLEH ORANG KRISTIAN DI SABAH SARAWAK SEBELUM MENYERTAI MALAYSIA

Tujuan penggunaan nama Allah ini bukan tujuan jahat dari pihak Gereja Katolik. Ini kerana di Sabah dan Sarawak, mereka telah menggunakan nama Allah sejak sekian lama, malahan sebelum menyertai Malaysia lagi.

Ini adalah lantaran kemasukan bahan-bahan Kristian dari Indonesia yang kesemuanya menggunakan nama Allah di dalam nya.

Adapun, tuduhan bahawa tindakan ini akan menyebabkan orang Islam murtad adalah tuduhan yang tidak bijak. Di Indonesia,fenomena murtad adalah lantaran dari ideology PANCASILA yang diperkenalkan oleh orang Islam sendiri dan bukannya orang Kristian.

Di Malaysia, tidak mungkin akan berlaku peristiwa murtad hanya kerana orang-orang Krisitian dibenarkan menggunakan nama Allah. Lagi pula, Gereja Katolik tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana khabar angin berkaitan dengan kemurtadan satu masa dahulu.

Dan, peristiwa murtad di Malaysia pun adalah lantaran kelemahan usaha dakwah serta tekanan dan penindasan usaha dakwah yang sekian lama dilakukan oleh UMNO. Bukan kerana penggunaan nama Allah oleh agama2 samawi.

ISU MURTAD DI MALAYSIA

Bukankah sebuah NGO Islam di Malaysia pernah menyamar dan menghadiri “mass” di salah sebuah gereja di Malaysia. Hasil dari penyamaran mereka menunjukkan bahawa “muka-muka” Melayu yang menghadiri “mass” itu adalah mereka yang sudah kristian dan berasal dari Sabah dan Sarawak. Ertinya, tidak dapat dipastikan bahawa usaha memurtadkan orang Islam ini berjalan dengan agresif atau tidak?

Cumanya, orang-orang yang biasanya kita anggap orang Melayu yang menghadiri upacara agama Kristian ini adalah mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak dan mereka memang telah Krisitan sejak asal.

Saya pernah makan di restoran ayam golek dan roti john di Cheng,Melaka pada hari Krismas. Dan restoran tersebut bersebelahan dengan sebuah gereja. Dan saya pun terkejut melihat ramai muka Melayu yang menyambut Hari Natal di Gereja tersebut. Saya bertanya kepada tuan punya restoran, mengapa ramai Melayu yang bersembahyang di Gereja tersebut. Tuan punya restoran tersebut, seorang yang berumur, berkata itu semua adalah mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak dan mereka telah kristian sejak lahir lagi. Saya bertanya bagaimana beliau tahu. Dia menjawab, dia bertanya sendiri kepada “muka-muka” Melayu tersebut. Mereka semua adalah Kristian

Sebagai penutup, jelas bahawa isu ini hanya mainan UMNO semata-mata. Jangan kita lupa peristiwa 13 Mei, Operasi Lalang dsbnya di mana UMNO selalu memprovokasi keadaan yang biasanya berakhir dengan kerugian di pihak kita.

Adakah logik sebuah parti yang sudah 50 tahun menentang Islam tiba-tiba mahu memperjuangkan ISlam? Inilah yang orang-orang tua panggil "Musang Berbulu Ayam".

Tulang Besi

p/s - di bawah adalah email dari Mahaguru58 berkenaan dengan perjumpaan beliau dengan orang JPM dan Zahid Hamidi satu masa dahulu :

[muslim-bloggers-alliance:766] Mahaguru58 and other Bloggers Dialogue with the Minister in charge of Islamic Affairs, PM's Department
muslim blogger alliance X
Repl MAHAGURU58 Assalamualaikum dear MBA members. I was invited to a closed door meeting with...2/14/09
MAHAGURU58Loading... 2/14/09

MAHAGURU58
to MUSLIM
show details 2/14/09

Assalamualaikum dear MBA members.

I was invited to a closed door meeting with Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hamidi, Minister in the Prime Minister's Department and in charge of Islamic Affairs, Government of Malaysia day before yesterday at the Shangrila Putrajaya. The meeting took place at 9pm at a designated meeting hall in the exclusive hotel.

The invitation to me was relayed by Rocky Bru @ Ahiruddin Atan, President of All Blogs to discuss amongst many other topics, the problem being created by the publishers of the Malaysian Roman Catholic Magazine 'Herald' who remain obstinate in using the term 'Allah' to represent their idea of God in their Malay section of their Christian magazine.

Fellow blogger Nuraina Samad who blogs at http://nursamad.blogspot.com, the daughter of National Laureate, Allahyarham Tan Sri Samad Ismail, was also there and two other bloggers who wish to remain anonymous.

Also attending on behalf of the Malaysian Government's side was Dato' Hj Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abd.Aziz, the Director General of JAKIM, the Islamic Development Department of Malaysia, Dato' Hj
Ibrahim bin Lembut, the Director General and Chief Syarie Judge of the Syariah Justice Department of Malaysia, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al Attas, the Director General of IKIM, the Institute of Islamic
Understanding Malaysia and other top officials of the Ministry (Islamic Affairs, Prime Minister's Department).

The main subject of discussion centred upon the Minister's wish that the Malaysian Bloggers especially those of us here in The Muslim Bloggers Alliance led by me together with All Blogs under Rocky Bru join forces with the Ministry (Islamic Affairs) and support JAKIM, IKIM and other related Islamic Affairs Departments to help clear the misunderstandings being unleashed upon the Malaysian populace by those who have vested agendas against Islam and the Muslims of Malaysia by creating this wave of controversy by pushing for such unheard of demands before to use 'Allah' for their obviously unIslamic publications, etc.

The Minister has been following postings done by many of us in the Malaysian Blogosphere and supports the good work that most of us do to help fight against the enemies of Islam through our respective blogs.

He admits to regularly read me too and also said that many of his fellow ministers support me and those of us here in the Muslim Bloggers Alliance.

Rocky Bru and Nuraina Samad are at the moment embroiled in engaging the Islamophobes out there in our volatile Malaysian blogging scene and have asked me to join forces with them in clearing the air about what our stand is against the Christian Catholic magazine usage of 'Allah' to describe their distorted idea of God when in truth they do not preach what Eesa Alaihis Salam himself preached that is to worship
none other than Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

We discussed many things and amongst the ideas mooted was my idea to first and foremost register our MBA and after that to launch a 'Mobile Dakwah Unit' national team where we would be using a 3 sided open panel van to travel to most major cities and rural areas.

Volunteers would then stop these Mobile Dakwah Units at places to be chosen in major towns and public fields.

We would after Isya' prayers start screening informative documentary films about what Islam truly is and to help the public gain truthful information about our Islamic faith.

The screening will be done using projectors and utilize mobile projection screens when needed or use the area's building walls when necessary.

Airing informative documentaries through the broadcasting channels doesn't attract on the field interactions such as what I proposed to the Minister and the JAKIM, IKIM and Syariah DG's?

We need to return to the basics and approach the public face to face.

We can then after screening such films and documentaries attend to and answer any questions posed by the public as far as matters such as the Hudud Laws of Islam, the subject of apostasy as in the cases of Lina Joy, Subashini and others, this usage of Allah by the Christian Catholic Herald Magazine, and other matters which are being misunderstood by the majority of Malaysians, both Muslims and
Disbelievers alike?

By using this direct to the people approach, we will then also be able to distribute booklets, brochures, informative DVD's and other Islamic Information material for free to the general public.

The Minister supports this idea of mine and asked me to coordinate with JAKIM, IKIM and the Syariah Justice Department to work out the program.

As far as the monetary needs are concerned, the Ministry will help where it can and Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi asked that we here in the MBA come up with about 40 dedicated bloggers whom he wants
to join him and the other top government officers in a meeting to discuss this matter proper.

He also said that he wishes to have those of us who attended the meeting at Shangrila Putrajaya to be ready to have an audience with His Majesty, the Yang Di Pertuan Agong soon to address this current situation where Islamophobia has been festering for quite some time without the decisive corrective action be taken by those before him?

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi also asked that we work in tandem with one another and not to let the cat out of the bag for now for we have enemies both in and out of the ummah.

I am sharing this confidential development with you who are subscribed to and registered with the MBA in total trust that you will not disclose about this meeting between myself, Rocky Bru, Nuraina Samad, those two other bloggers and the Minister and others especially the Director General's of our nation's top most Islamic Departments because I need to select and choose those who are willing to be amongst our top 40 MBA delegation to be invited to the next meeting with the Minister and others.

I am also giving you notice for each and every MBA member who is registered with us to update your details in the member profile.

I am going to update the official MBA website with a list of every MBA member with links to their respective blogs for the general public to access and view them.

I need each of you dear MBA members to email me with your full list of personal details for at the moment we do not yet have a proper working committee to prepare all these.

I know that most of us are terribly busy with our own work and personal life's but this is Fardhu Kifayyah as far as I am concerned for the future of our ummah here in Malaysia depends on what we choose to do in order to see to it that our Deen is protected from the evil designs of our enemies out there, both declared and covert.

You need to be courageous and be firm when speaking up for Islam.

I need you to be with me in seeing to the proper registration and formation of this Muslim Bloggers Alliance.

Today, we have come to be recognized as a legitimate representative of the Muslim Bloggers this side of the world.

The Minister himself has given us his blessings and we stand to be able to contribute officially as an Islamic NGO and do what we can for the ummah and the nation using our collective pool of thoughts and ideas to help our fellow Muslims and Malaysians in general.

I ask that you please email me your full details as per the usual necessary details needed for registering your membership here in the MBA:
  1. Full name
  2. Full blog address
  3. Email address
  4. Contact Mobile Number
  5. Gender
  6. Age
  7. Profession
We do not have a secretary yet.

For now it is all up to me and Brother Ades has graciously set up and sponsored our main website. He himself is quite busy with his studies and I do not wish to burden him unnecessarily.

I'm okay with the setting up of this MBA on my own for now but when we are all ready to meet and set up our office in actuality, I hope that those of you who are able to will come forth and do your part by assuming ownership and taking responsibility for the running of the MBA proper.

I do not wish to see this MBA die with me. I need you to carry on after I'm no longer around or unable to if I'm to live to be old and grey in the real sense of the word. :P

Please resend me your details here to my emails :

admin@themuslimbloggersalliance.org
mahaguru58@gmail.com

Remember, keep this info contained in this email confidential.

I trust you to hold to this in the Name of Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "MUSLIM BLOGGERS ALLIANCE" group.
To post to this group, send email to muslim-bloggers-alliance@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to muslim-bloggers-alliance+unsubscribe@googlegroups.com
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/muslim-bloggers-alliance?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

4 comments:

Anonymous said...

Penggunaaan nama Allah adalah isus asas akidah islam, berkaitan syahadah., berkaitan amalan syirik jika salah gunaan.

berkaitan Nizar, beliau sepatutnya tidak jadi Mbesaer. PAS berapa kerusi sangat di Perak? orang melayu Perak bukan sokong PAS. Kerusi Melayu paling banyak di kuasai UMNO. Nizar jadi MB kerana gabungan Pakatan rakyat. Itu pun dapat bantahan dari Lim Kit Siang. jadi dari awal2 lagi Nizar tak layak jadi MB Perak ikut DAP, tetapi atas kasih sayang Sultan maka dapat juga Nizar merasa jadi MB. Lepas tu dapat pula Datuk. akhir sekali Nizar membantah keputusan Sultan kerana lantik Zambri pula jadi MB.

Nizar oh Nizar. Baik jadi Ingeniur lagi bagus. Buat apa kerja politik.

lurus said...

kalu hanya dgn satu isu ni jer umnongok rasa dia akan jd pembela agung islam trnyata mereka silap sbb banyak lg isu dari dulu smpai skrg mereka ni x sanggup nak settlekan sbb mereka terang2 tolak hukum islam (HUDUD). rakyat malaysia makin cerdik jgn risau2. skarang zaman tnpa batasan so senang rakyat malaysia dapat segala jenis info. yg penting isu ni xbleh brterusan sbb akan memalukan umat islam kt malaysia. syabas TGNA dan pemimpin tertinggi PAS krana sepakat menolak keputusan ini.

allahuakbar, allahukbar, allahuakbar !!!!

Anonymous said...

Yang aku tahu nama ALLAH SWT memang telah digunakan dalam Injil dan Taurat tapi Injil dan Taurat yg asli. so bila dua kitab ini yg telah di ubahsuai mengikut nafsu para kaffir yahudi laknatullah maka mereka ini TIDAK LAYAK MENGGUNAKAN NAMA ALLAH SWT sbb mereka TIDAK LAGI MENGANUTI AGAMA SAMAWI YANG DIBAWA OLEH NABI MUSA AS, NABI ISA AS DAN YG TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW. kat sini ada dua isu yg berbeza so jgn terpedaya dgn mereka (YAHUDI laknatullah) fikir2 kan.....

Anonymous said...

Tulang Besi,
pesanan aku pada kamu ya...!!!!!
Kamu pasti bakal menerima nasib yang sama macam khalid samad tak lama lagi. cakap tak serupa bikin, mengadu domba, pemecah belah masyarakat.

Suatu hari Allah akan turunkan bala kesusahan pada kamu pula. Harap bersedia menerimanya.