"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, January 04, 2010

Keterangan YB Khalid Samad Berkenaan Isu "Kalimah Allah"

NOTA EDITOR: Ini adalah artikel tulisan YB Khalid Samad berkaitan dengan isu "Kalimah Allah" yang sekarang amat hangat diperkatakan. Terpulang pada anda semua untuk membuat penilaian.

Sekian.

Isu Kalimah

Isu kalimah ‘Allah’ kembali mendapat perhatian umum semenjak keputusan mahkamah untuk membenarkan majalah ‘The Christian Herald’ menggunakannya. Ada yang menyatakan saya menyokong malah menggalakkan penggunaan perkataan Allah oleh masyarakat Kristian.

Sebenarnya kenyataan tersebut tidak benar. Saya tidak menyokong ataupun menggalakkannya. Saya sekadar menyatakan bahawa penggunaan kalimah tersebut oleh masyarakat bukan Islam merupakan satu perkara yang diharuskan berdasarkan ayat-ayat Al-Qur'an dan kebiasaan masyarakat antarabangsa, khususnya masyarakat Arab.

Oleh yang demikian, saya berharap kali ini sesiapa juga yang ingin melontarkan pandangan agar dapat membaca penjelasan saya sehingga tamat dengan berdarkan hujah dalil dan bukan berdasarkan sentimen

Kenyataan saya sebelum ini merupakan ‘a statement of fact’ atau satu kenyataan fakta dan soal saya menyokong atau menggalakkannya tidak timbul sama sekali. Ianya dipohon bukan oleh saya tetapi oleh sebahagian masyarakat Kristian tanpa apa-apa dorongan dari saya.

Namun, apabila saya ditanya, saya menyatakan fakta bahawa pada dasarnya tiada halangan untuk orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana sudahpun digunakan di banyak negara dan diperakui oleh Al-Quran sendiri. Hujjah-hujjah berhubung persoalan ini telahpun saya nyatakan dalam tulisan saya sebelum ini.

Apa yang saya hendak tegaskan di sini ialah bahawa yang menentukan Islam atau tidak Islam bukan dengan penggunaan kalimah Allah tetapi kefahaman terhadap Allah sebagai Tuhan yang Esa. Ini disebut sebagai konsep ‘Tauhid’. Itulah sebabnya mengapa apabila seseorang memeluk agama Islam dia mengucap -
  • “Aku naik saksi tiada tuhan (yang disembah) melainkan Allah”.

Ini bahagian pertama dari dua kalimah syahaadah. Ucapan ini berbentuk penafian dan penolakkan akan wujudnya tuhan-tuhan lain selain Allah. Ianya bukan sekadar mengatakan -

  • “Allah adalah Tuhan”

Tetapi lebih dari itu ia juga menolak wujudnya tuhan-tuhan lain. Kalau kita perhati dan fikirkan sejenak dengan mata hati, maka kita akan memahami sebabnya.

Masyarakat Jahilliyah pada zaman Rasulullah (SAW) memang percaya pada Allah. Namun mereka juga percaya pada tuhan-tuhan rekaan mereka sendiri yang mereka dakwa adalah anak pada Allah atau pengantara di antara manusia dan Allah. Termasuk di dalam kategori tuhan-tuhan palsu ini adalah Al-Latta wal Uzza dan beratus-ratus lagi tuhan yang mereka letakkan di keliling Kaabah pada masa itu.

Di antara bukti bahawa masyarakat Jahilliyah menggunakan kalimah Allah adalah dalam kisah surat perjanjian pemulauan kaum Bani Hashim oleh kaum Quraisy di mana akhirnya surat perjanjian tersebut telah habis dimakan serangga. Yang tinggal hanya mukaddimah surat tersebut yang berbunyi, “Bismikallahhumma” atau ‘Dengan namamu Allah, Tuhan kami’.

Walaupun kaum Musyrikin zaman Nabi (SAW) percaya pada Allah dan menggunakan kalimah ‘Allah’, ini tidak bermakna mereka telah Muslim. Mereka tetap kafir musyrik walaupun mereka percaya kepada Allah dan menggunakan kalimat ‘Allah’. Yang menjadikan mereka musyrik adalah kerana mereka mensyirikkan Allah dengan mengadakan tuhan-tuhan lain yang turut disembah.

Itulah sebabnya apabila seseorang memeluk agama Islam dia menegaskan keEsaan Allah. Dia menegaskan keEsaan Allah supaya membezakan pendiriannya dari mereka yang mengatakan Allah mempunyai anak dan sekutu. Kepercayaannya terhadap keEsaan Allah yang menjadikannya Muslim bukan kepercayaannya terhadap wujudnya Allah semata-mata.

Begitu jugalah keadaannya berhubung golongan Ahlul-Kitab ia itu Yahudi dan Nasrani. Konsep Trinity pegangan orang-orang Nasrani telah pun wujud pada zaman Rasulullah (SAW). Walaupun mereka turut menggunakan kalimah ‘Allah’, tetapi kepercayaan ummat Islam dibezakan dari kepercayaan mereka melalui konsep keEsaan Allah yang dibawa Islam. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menegur kesesatan kepercayaan orang Nasrani yang mendakwa Isa (AS) sebagai anak Allah dan Allah sebagai satu dari tiga. Ini semua ditegur walaupun pada masa yang sama orang Nasrani terus menggunakan kalimah Allah. Di antara ayat-ayat ini adalah Ayat 72 dan 73 Surah Al-Maidah di mana Allah berfirman,

“Telah menjadi kafir mereka yang menyatakan sesungguhnya Allah adalah Al-Masih anak Mariam…” (ayat 72)

“Telah menjadi kafir mereka yang menyatakan sesungguhnya Allah adalah yang ke-tiga dari tiga...”

Dalam kedua-dua ayat ini tidak dapat dinafikan bahawa kaum Nasrani atau Kristian menggunakan kalimah Allah tetapi kepercayaan mereka yang menolak keEsaan Allah menjadikan mereka kafir. Tiada kutukan dari Allah terhadap penggunaan kalimah Allah oleh mereka.

Andaian bahawa orang Nasrani sekarang berpegang kepada konsep Triniti dan orang Nasrani pada zaman Rasulullah tidak dan oleh itu mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah adalah tidak berasas. Ini jelas dari ayat-ayat tersebut yang diturunkan pada masa itu dan menegur kepercayaan orang Nasrani pada masa itu.

Konsep Tauhid yang menentukan seseorang itu Muslim atau sebaliknya. Inilah pada dasarnya yang membezakan Islam dengan agama yang lain. Namun, tidak juga mencukupi dengan hanya itu. Ada juga satu aspek lagi dalam kalimah syahadah ummat Islam yang bererti “Aku naik saksi Muhammad Rasul Allah”. Oleh itu, kalau ada sekalipun golongan yang mengEsakan Allah tetapi menolak keRasulan Nabi Muhammad (SAW), dia tetap bukan seorang Muslim. Termasuk dalam golongan ini kumpulan Qadiayani dan mungkin juga Sikh dan Yahudi.

Berdasarkan penghujahan yang dibentangkan di atas, jelas bahawa masalah kalimah Allah yang ingin digunakan oleh bukan Islam adalah masalah yang diada-adakan. Yang membeza Islam dan bukan Islam adalah konsep Tauhid dan keRasulan Nabi Muhammad (SAW) bukan kalimah Allah. Ini sebenarnya perkara asas dan wajib difahami oleh semua ummat Islam. Dengan kefahaman ini mereka mampu menangkis segala usaha untuk mengelirukan mereka (sekiranya ada) dengan penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam. Tanpa kefahaman ini, hakikatnya mereka sudah pun berada di dalam kekeliruan walaupun tiada pihak lain yang menggunakan kalimah ‘Allah’.

Dari sudut dakwah Islamiah, sekiranya orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah maka ia memudahkan kita berdakwah kepada mereka. Melalui penggunaan kalimah yang sama ini, iaitu ‘Allah’ kita sudah mempunyai titik pertemuan dari mana untuk bertolak. Ini di dalam Al-Quran diistilahkan sebagai “ila kalimatin sawaain” atau ‘atas kalimah yang sama’ dan metodologi dakwah sebegini yang telah digunakan oleh Rasulullah (SAW) berdasarkan perintah Allah yang terdapat di dalam Surah Al-Maidah ayat 64.

“Katakan (Wahai Muhammad); Wahai Ahli Kitab, marilah kepada kalimah yang sama di antara kami dan di antara kamu, iaitu kita tidak menyembah selain Allah dan janganlah kita mensyirikkanNya dengan sesuatu…”

Hakikat bahawa hanya ada satu Tuhan yang sama ditegaskan lagi dalam Surah Al-Ankabut ayat 46 yang bermaksud ;

Dan jangan berhujah dengan golongan Ahli Kitab kecuali dengan cara yang terbaik dan jangan (berhujjah sama sekali) dengan yang Zalim di kalangan mereka. Dan katakan, Kami beriman dengan apa yang telah diturunkan kepada kami dan apa yang telah diturunkan kepada kamu, dan tuhan kami dan tuhan kamu adalah satu, dan kami berserah kepadaNya.”

Sebenarnya isu ini merupakan sesuatu yang menguntungkan ummat Islam. Ia mampu menjelaskan kepercayaan Tauhid yang dibawa Islam di kalangan ummat Islam dan bukan Islam. Sambil itu ia membuka pintu dakwah kepada golongan bukan Islam, khususnya golongan ahli kitab.

Namun ianya sengaja dikelirukan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik mereka, untuk mencari titik perbalahan menakutkan ummat Islam dan mengelirukan ummat Islam dengan lebih lagi. Melalui kekeliruan ini mereka akan terus berkuasa, kerana rakyat yang keliru mudah ditipu dan dikuasai.

Wallahua'lam
KHALID SAMAD

19 comments:

tok iskandar said...

Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.

These activities include the hosting of international, regional and national conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation’s young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.

The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.

The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.

The Calvary Convention Centre when completed will have a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational environment.

khabarnya terbesar di asia dan dah menelan kos rm150 juta.terletak di bukit jalil area kuala lumpur.bukan selangor.karang totok umno yang buta geografi ingat kat selangor pulak.kalau kl ni kira bawah pentadbiran DBKL yang diketuai oleh menteri wilayah persekutuan.

orang umno tak nak demo ke.takkan pemimpin korang tak tahu gereja ni nak bina di sini.siapa yang meluluskannya

tok iskandar said...

memang korang miskin politik.setahu tok ketua hakim negara,tun zaki azmi bekas timbalan pengerusi jawatankuasa tatatertib umno.ahli umno lah tu.pemimpin umno pulak tu.patut mamat ni letak jawatan kerana gagal uruskan masalah ni.
macamana boleh biarkan hakim bukan islam bicarakan kes ini.kalau kes nizar dulu bila mahkamah tinggi isytihar nizar mb perak yang sah terus ke mahkamah rayuan bersidang tak sampai 24 jam dan membatalkan keputusan mahkamah tinggi.mana lagi penting.BN dapat perintah perak atau nama Allah.nampak sangat tak ikhlas.elok hishamuddin letak jawatan kerana rasa macam tak layak je dia jadi menteri dalam negeri.bukan ke mamat ni lawyer dulu?kenapa lambat sangat rayuan kes nama Allah ni?rakyat sekarang dah cerdik.x adanya kami nak berdemo seperti yang diharapkan najib.orang umno lainlah sejak kalah banyak negeri ni banyak masa terluang boleh buang masa

Anonymous said...

Khalid Samad ni kat parlimen cakap lain dan kenyataan dia disini lain pulak..nak menegakkan benang yg basah!

Anonymous said...

PAS dah tolak Khalid Samad - tak selari dgn pendirian PAS

Harris said...

Hujah yang bleh diterima YB khalid..Isu ni bgtu mengelirukan umat islam di malaysia.

-admin khalidsamad.com- said...

Salaam tuan,

Sedikit pembetulan dalam perenggan ke-3 terakhir disebut:

“ala kalimatin sawaain” atau ‘atas kalimah yang sama’

sepatutnya:

“ila kalimatin sawaain” atau ‘kepada kalimah yang sama’

Sekian harap maklum,
-Pejabat YB Khalid Samad-

Anonymous said...

Kata orang nasi dah jadi bubur. harap kan pagar , pagar makan padi harapkan PAS YB Pas dah termakan bodi..
Kalau lah saya ini agung, kalau lah saya raja yang di sanjung, kalu lah saya segala nya yang terunggul.. jatuhkan sahaja hukum kafir laknatullah kepad YB Pas tu.. atau hukum kan dia mengikut lunas-lunas Islam keran sedang bersekutu dengan orang-orang kafir..

Anonymous said...

Bila mereka pun menggunakan Allah, maka peluang mereka untuk mengkafirkan umat islam akan bertambah mudah. Mereka mengagungkan jesus, bukan Allah. Mereka nak kelirukan umat islam. Tak pernah kedengaran orang putih sebut Allah. Apa yang mereka sebut ialah "god" "jesus".

Anonymous said...

LEPAS NI PAK AJIS ADE CHAN BLEY JADI MALAIKAT PLAK KOT. DIA DH NYANYUK. KEHKEHKEH

TAKEBEER!!

TAKEBEER!!

TAKEBEER!!

Anonymous said...

AHH JADI WALI PUN KENE BALUN, PAK AJIS TUKA TITLE LEPAS NI NK JADI STUPID CUPID PLAK KOT. SKNG NI SIBUK BALUN RAKYAT KELATE YG KAWIN LEBIH. ERR DIA JELES KOT. OK LA TUH KEHKEHKEH

TAKEBEER!!

TAKEBEER!!

TAKEBEER!!

Anonymous said...

wahai saudara islam, ingat tak sejarah penurunan surah al_kafirun kepada nabi Muhammad s.a.w ... sebagai mana Rasulullah mengadili masalah ketika itu, macam itulah kita umat islam harus melakukannya.. demi allah ini adalah sesuatu yang baik...

Anonymous said...

subhanallah....
sya membangkang sepenuhnyer..
penggunaan kalimah Allah...
sya khuatir...
ianya akan mengelirukan...
umat islam..
terutamanya....
kanak2...
org jahil....
anak2 muda...
kalau utk org beragama utk saudara khalid...
mngkin ianya satu rahmat...
dan titik pertemuan utk berdakwah..
tetapi bagaimana dgm mrk2 yang agak jahil...
saudara...
sdg kan ari org islam pun byk tnggal solat....
org islam byk tinggal perintah Allah...
org islam byk bermusuhan...
saudra kata nak dakwah org kristian...
mungkin saudara bakal ditertawakan...
maaf saudara..
ini kenyataan...
ap yang pasti..
penggunaan kalimah Allah...
ada kesan positif dan negatif...
namun kesan negatif mengatasi kesan positif...
lebih2 lg sya secara jujur...
semakin bosan melihat pertelingkahan...
sesama muslim...
baik dari pas mahu pun umno...
ap yang sya tahu....
islam terus tercalar di bumi malaysia...
dek kerana permusuhan sesama islam sendiri...
semoga ALLAH dgn kerahimannya..
menyatukan umat islam di malaysia khususnay dan umat islam seluruh dunia amnya...

Anonymous said...

“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Anonymous said...

Orang yang keliru adalah orang yang jahil, sama seperti orang yang dah mati. Ini ada di tulis dalam kitab muktabar. Mengapa orang melayu di malaysia keliru dengan isu Allah, adalah di sebabkan umno menutup sekolah agama rakyat yang menutup peluang untuk kanak2 dan remaja mempelajarinya. salahkan pemimpin umno yang bermula dari Mahataik kerana menggangap pelajaran agama kolot. Adakah malaysia sekarang terlalu maju dengan ilmu duniawinya? hatta penggunaan Allah pun orang melayu tak boleh berfikir waras kerana jahil.

Kalau orang melayu jahil, pandukan saja pada bijak cerdik agama walaupun mereka tu orang politik. Kerana mereka tu belajar agama, tapi orang umno hanya mengejar ilmu dunia sampai istillah Allah pun tak boleh mentafsirnya. Itulah jangan hina agama sendiri dengan perkataan, orang agama ni nak buat jarum pun tak tahu, tapi orang umno tahu apa pasal isu Allah? Apa pun tak tahu serupa macam mayat yang telah mati, tak boleh fikir. alangkah malunya ulama umno senkarang membisu dan jadilah mereka juga manusia bisu macam juga seperti mayat.

Anonymous said...

Jika kamu suka membuka aib orang, maka sudah masanya Allah membuka aib kamu.

jangan kamu berselindung lagi, sudah terang lagi bersuluh, jangan cuba nak tegakkan benang basah mu.
RAKAMAN PARLIMEN ADA BUKTI SEGALA-GALA PERCAKAPAN KAMU.

ITULAH BALA JIKA SUKA SANGAT MENGAGUNG-AGUNGKAN NAK BINA KUIL HINDU BANYAK2X.

Anonymous said...

Orang jahil adalah orang yang telah mati. Menulis sesuatu yang mereka sendiri tak faham. Samalah seperti orang yang dah mati. Di zaman kemilangan islam di Byzantine orang islam dan kristian brsembahyang sebelah menyebelah di gereja, walaupun islam adalah pemerintah ketika itu. Mengatakan islam agama ekstrem adalah sama dengan tindakan umno yang bodoh menafikan keperluan agama lain untuk beribadat demi kebaikan manusia sejagat.

Islam itu gemilang kerana islam adalah agama yang toleransi dan adil. Inilah masalah dengan umno bila tertalu taksub pada kulit dan mengamal rasis yang bukan menjadi suatu ajaran islam. Tidak tahu membeza antara ajaran agama dan pemahaman perkauman.Bila sesuatu perkara berlaku seperti isu Allah, orang-orang umno telah hilang panduan dan bercelaru akibat dari kejahilan agama yang lahir dari perbuatan dan kebodohan mereka sendiri.

Muhammad said...

ISU PENGUNAAN KALIMAH ALLAH :

1Bukan Islam Tidak Berhak-Dr Khalif Muammar
2Penggunaan Kalimah Allah Yayasan Sofa
3Antara Nama dan Hakikat-IKIM
4HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH-JAKIM
5Antara Celaru Dan Keliru
6Isu Kalimah Allah - Dr. Siddiq Fadzil
7Keputusan Majlis Fatwa : Penggunaan Kalimah Allah
7Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din

Wan Adli, Kubur Panjang, Pendang said...

Dalam isu Allah, nampaknya YB mengiktiraf penggunaan nama Allah oleh Gereja Katolik untuk menamakan ‘God’ mereka yang Triniti. Hal ini menunjukkan seolah-olah YB menganggap ada objek tasawur lain yang boleh dinamakan sebagai Allah selain Allah yang Esa. Oleh itu, saya ingin tanyakan YB satu soalan daripada al-Qur’an, surah Maryam (19), ayat 65, “hal ta‘lam lahu samiyya?”, terjemahannya adakah YB “mengetahui sesuatu yang senama denganNya?”

Anonymous said...

yang aku dapat simpolkan la dari pe yang aku tgok pasal kes ni,,,puak2 yang nyokong guna name Allah oleh orang kristian contohnye khalid smart nia,de sorang dalam pkr tu(sape ntah name die?)aku bace dalam siasah tak salah aku,,pastu sape2 lagila yang nyokong cam khalid samad ni,,,sbenarnye dorang ni nak kan sokongan dari bukan islam untuk sokong dorang,,dorang gunakan alasan negara kita ni berbagai bangsa n agama,,pastu orang2 cam khalid smart ni mesti dpt sokongan bukan islam,sbb nak tggu undi orang melayu payah nak dapt,sbb melayu ramai lagi skong umno,,so dorang gunakan la cara ni,satu jela aku nak pesan,,kalu dah sume dlam hidop korang tgok untuk kepentingan diri,parti politik berbanding kepentingan agama islam kita sendiri,camnilah jadinya.,,,aku bukan penyokong umno yep..bukan penyokong pas,,,apatah lagi Keadilan yang tak tau pe yang dorang pejuang,,terus terang aku cakap aku tak suka Keadilan,,dari pemimpin sampai pencancai sume tak leh pakai,,byak kuar parti ngan buat perangai bodh pas rakyat beri dorang menang mase pru 12 aritu,,,politik malaysia ni kutur,,,hu3