"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 05, 2010

Tulang Besi Sokong 100% Kenyataan Presiden PAS Dalam Isu Kalimah Allah

NOTA EDITOR : Tulang Besi menyokong 100% pernyataan Presiden PAS dalam isu "Kalimah Allah". Walaupun pada dasarnya Islam tidak mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama-agama samawi, namun Kerajaan Malaysia tidak dapat diharapkan untuk memastikan peggunaan kalimah Allah SWT tidak disalahgunakan.

Ini, pada akhirnya, akan menyebabkan kemarahan antara kaum yang sangat-sangat tidak dikehendaki oleh PAS. Oleh sebab itu, eloklah ditangguhkan sahaja keputusan penggunaan nama Allah oleh "The Herald" demi menjaga keharmonian antara kaum di Malaysia. Itulah kefahaman Tulang Besi terhadap pernyataan Presiden PAS dalam isu ini. Dan Tulang Besi memberi 100% sokongan terhadap pernyataan ini.

Di kesempatan ini, Tulang Besi juga bersedih kenapa Timbalan Mursyidul AM PAS lebih suka mengambil sikap yang menguntungkan UMNO dalam isu ini?

Tuesday, January 5, 2010
Kenyataan Penuh Presiden PAS


PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS)

8 comments:

Anonymous said...

Aku sokong juga TB, sebab isu ni bukan isu baru, saja di ambil kesempatan oleh puak umno kononnya untk menjaga islam. Boleh percayakan parti asabiyyah berjuang untuk agama. Sebab parti asabiyyah macam umno ni memang parti orang kafir, sebab mereka tak percaya pada hukum islam. Contohnya judi di halalkan walau terang-terangan adalah terlalu jijik dan haram. Tapi boleh pula presiden umno ni membenarkannya tak ade pun juak-juak umno ni melalak atas jalanraya untuk menentangnya. Tapi isu Allah yang hukumnya harus pula di kecohkan. Mana rakyat tak kata umno ni parti orang sesat, perkara harus di bisingkannya tapi yang haram lagi haram jadah di bolehkan. Sah umno ni parti kafir harbi.Tak boleh harap hanya sebuah parti sampah.

Harris said...

YESS!!Aku pong sokong gak ngan pendirian parti PAS..Yg sbetolnye ni sumer umNGOK punye pasal leh jadi cam ni.52 tahun memerintah!!

Anonymous said...

Si celaka yg dilaknat Allah TB msih mahu mementingkan politik PAS dari kesucian Agama Islam.

Saya sbg org Islam sedia menyokong UMNO atau PAS atau mana2 pihak yg mahu menangani isu kalimah Allah ini.

Kesucian agama Islam lebih utama dari PAS/UMNO. Tapi sgt dukacita sekali PAS masih mendahulukan politik dari agama.

Saya menyeru semua bangsa malaysia yg beragama ISLAM,..Ayuh kita pertahankan kesucian agama islam dan kalimah Allah,.

Anonymous said...

Memang dah dijangka dgn pendirian pempinan PAS mengenai isu ini. Semalam kenytaan Nik Aziz lain pulak. Konfius dgn PAS ni. PAS terpaksa berpendirian sedemikian kerana takut hilang undi dari khalifah syuhadah (Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal dan Gobind, Sivarasa, Hindraf , dll) dan penyokong-penyokong mereka.

Maka selepas ni bolehlah puak PAS dgn gengnya berkongsi Allah. Nik Aziz/Hj Hadi akan berkata pada LGE/LKS/Karpal. etc.."Allah you, Allah I jugak..Allah utk we all, sama mcam PAS for all dan sekarang kalimah Allah for all us regardless of faith and believes i.e Allah for islam (PAS), Allah for Christian, Allah for Sikh, Allah for Buddha, Allah is and for Hindu...dan macam-macam lagi jenis Allah hasil dari persetujuan dan restu PAS.
Maka dgn itu PAS memang betul-betul celaka dan pemimpin-pemimpinya pun memang celaka. TB dan TP lagi celaka tahap haprak. Semuga Allah Yg Maha Esa akan megampunkan celaka-celaka dari PAS ini dari azab api neraka..

Anonymous said...

pencatat komen katsini semuanya bodoh mcm lembu...

Anonymous said...

BANGI - Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung menyebabkan kekufuran dan syirik.

Menurutnya, semua pihak termasuk Institusi Raja-raja dan kerajaan digesa supaya mengambil serius isu penggunaan kalimah Allah ini dan mengambil langkah segera dalam menangani masalah ini.

“Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur,” katanya dalam sidang media, semalam.

Beliau berkata, isu ini merupakan isu yang melibatkan agama yang mampu mewujudkan suasana tidak harmoni dalam negara sekiranya penggunaan kalimah tersebut dibenarkan.

Menurutnya, niat sebenar akhbar tersebut untuk menggunakan kalimah yang sebelum ini hanya digunakan oleh umat Islam diragui kerana agama Kristian sebelum ini hanya menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord :dalam kitab Injil mereka.

“Saya mahu tunjukkan bukti bahawa hanya agama Islam sahaja yang menggunakan kalimah Allah berdasarkan kitab al-Quran dan Injil.

“Dalam Kitab Injil agama Kristian tidak menggunakan perkataan Allah sebaliknya mereka menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord, namun kalau kita merujuk pula dalam al-Quran kalimah Allah digunakan dalam setiap muka surat,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam perlu bersatu membantah usaha ini bagi mengelakkan yang buruk berlaku kepada agama Islam pada masa hadapan.


KESIAN ANON 10.29 TU. SAMA BODOH MCM LEMBU SBB KOMEN KAT SINI GAK KAN TOPENG!. APE NAK HERANKAN, PAS MMG MCM TU. KEHKEHKEH

TAKEBEER!!

TAKEBEER!!

TAKEBEER!!

lurus said...

kalau btul zaman rasulullah SAW org2 kafir juga ada pakai nama Allah SWT itu ok sbb masa tu Rasulullah SAW ade utk menjelaskan perkara sbenar. tapi skrg umat islam dlm kekeliruan dan akidah pun x brape baik jadi aku sokong keputusan Presiden PAS dan Musyridul Am PAS dlm isu ini. aku masih lg brpegang yg penganut kristian dan yahudi skrg ni bukan lg ahli kitab sbb dia orang dh ubah Injil dan Taurat mengikut nafsu mereka jd kat mana relevannya diaorang ni nak pakai nama ALLAH SWT. tahniah TB diatas sokongan kau pd Presiden.

Allahuakbar, alllahuakbar, allahuakbar !!!!

Anonymous said...

Jeffrey, setakat kau cut and paste tak payahlah nak bagi komen kat sini. Gunalah idea sendiri. Jangan jadi bodoh macam orang umno. Malas nak menulis copy idea orang. Sampah betul kamu. Buat menyemak je kat sini. Elok kau mencacai kat lam blog umno macam parpu kari tu.Blog sampah.