KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan campur tangan sekumpulan Ahli Parlimen Australia dalam pertuduhan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda sokongan dan bukannya berniat untuk campur tangan dalam urusan negara.
Nik Aziz berkata, tidak salah bagi Ahli Parlimen berkenaan mencampuri urusan perbicaraan kes liwat Anwar kerana ianya menyatakan sokongan mereka.Beliau turut melahirkan rasa kurang senang kerana kes liwat berkenaan didedahkan kepada umum dan dibicarakan di mahkamah kerana ianya membuka aib orang.
“Orang luar (Ahli Parlimen Australia) bagi sokongan. Sokongan ini bukan campur tangan. Campur tangan lain, ini sokongan. Sokongan untuk menghilangkan aib orang.
“Kita sokong orang luar negeri seperti mana Tun Dr Mahathir buat untuk sokong lawan Israel. Sokongan ini hak fitrah manusia. Mereka beri sokongan supaya benda (kes liwat) ini tidak dibawa ke mahkamah sebab tak ada bukti. Tak ada orang tengok. Masalahnya sekarang ini bukan soal sokongan tetapi takut Anwar jadi Perdana Menteri,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam. Beliau berkata, pengguguran kes liwat Anwar itu bukanlah alasan utama sebaliknya ia membabitkan soal maruah.
“Gugur kes itu soal kedua. Yang penting sokongan jangan bawa benda aib ke mahkamah. pertama kerja zina, liwat ini kerja barang sulit. Yang sepatutnya kalau seorang tentu barang sulit kecuali ia membahayakan orang ramai," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan kes liwat Anwar Ibrahim dikaitkan dengan beliau kembali setelah hampir sepuluh tahun kes yang sama pernah dikaitkan terhadap beliau semasa Tun Mahathir menjadi perdana menteri adalah disebabkan politik.
Ini kerana pada pandangannya ini satu cubaan untuk menggagalkan hasrat pakatan rakyat termasuk Anwar menjadi perdana menteri sekiranya pakatan rakyat memerintah Malaysia.
“Barang kali sudah lebih 10 tahun ia didedahkan. Sejak zaman Dr Mahathir lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Pas yang menentang keras sebarang campur tangan asing termasuk tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia dalam pertuduhan kes liwat Anwar.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia tidak rela menjadi mangsa campur tangan pihak asing dan atas alasan itu, Pas akan sama-sama mempertahankan kedaulatan negara, lebih-lebih lagi Malaysia adalah sebuah negara Islam dan ia mesti dipertahankan daripada campur tangan negara asing yang bukan Islam.
”Saya sebagai rakyat Malaysia, negara kita yang berdaulat tak perlu campur tangan asing, apatah lagi negara-negara barat yang bukan Islam. Masalah ini berlaku mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi campur tangan asing. ”Campur tangan asing (terhadap Malaysia) tak boleh, tapi dalaman sendiri (Malaysia) mesti ada kehebatan,” katanya.[link]
*Nota den : Kita boleh lihat perbezaan besar antara dua statement Tuan Guru. Statement TG Nik Aziz menguntungkan Pakatan Rakyat. Statement TG Hadi pula menguntungkan UMNO. Padahal kedua-dua Tuan Guru mengulas isu yang sama iaitu tentang 50MP Australia yang dikatakan masuk campur hal ehwal Malaysia. Bagi den, statement TG Nik Aziz adalah super cerdik. Bagaimana dengan anda?
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Tuesday, February 23, 2010
Bukan Campur Tangan Tetapi Sokongan - TGNA
Labels:
MalaysiaWaves
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
N.Ajis memang lebih cerdik dari hadi, itu sebab dia boleh bagi syurga, boleh cekik kek, boleh berkawan dengan setan, boleh mencarut, boleh itu, boleh ini...
nama pun N.Ajis..huhu
alhamdulillah...bukalah mata dan baca betul2 statement TGNA ni..mmg trdapt banyk perbezaan statement antara dua Tok Guru ni...TGNA jelas menyebelahi PR manakala TGHA menyebelahi UMNO..tak kiralah apa saja hujah dari TGHA, yg jelas statementnya benar2 menguntungkan UMNO..semua media UMNO bangsat menggunakan statement TGHA sebagi back up depa...tak boleh bukak mata lgi ka????
tak nampak lagi gabungan UG ni nk menghancurkan PR khususnya PAS!!!
x pernah dengan perkataan munafik ka!!!!
aku tak rase statement Haji Hadi menguntungkan UMNO..da byk kali aku ckp, bila soal agama, bangsa dan negara, rakyat malaysia kena bersatu..ketepikan ideologi politik, kerana ia soal kedaulatan agama, bangsa dan negara yg lebih utama..
haji hadi bila membuat komen itu atas dasar dia sbg rakyat malaysia, bukan presiden PAS etc..jelas dia ketepikan soal politik kerana beliau cukup sedar tanggungjawab beliau sbg seorg rakyat malaysia..
Nik Aziz asik dgn politikking dia..ckp politik tak abis2, kalu betul takpe, ini asik menegakkan benang yg basah..setiap ape yg keluar dari mulut Nik Ajis adalah liability kepada agama,bangsa dan negara..byk da, tak larat aku nak list kan kat sini..
sedarlah wahai firaun2 kecil sekalian, buka la mata..buka la pintu hati..
HADI drive U-TURN
Presiden Pas Bidas Media Arus Perdana
Presiden Pas Abdul Hadi Awang membidas media arus perdana kerana sekali lagi memutas belitkan kenyataannya bersabit bantahan ahli parlimen Australia yang membantah pertuduhan liwat fitnah terhadap Anwar.
Media tempatan melaporkan Abdul hadi sebagai berkata kononnya beliau melihat bantahan Australia itu sebagai campurtangan dalam urusan negara yang harus di hentikan.
Hadi berkata tidak ada pihak yang akan berdiam diri apabila melihat sistem keadilan sesebuah negara di cabuli semata-mata untuk agenda politik sempit.
"Saya merasa malu sebagai rakyat Malaysia. Sepatutnya jangan ditanya mengapa MP Australia campur tangan, sebaliknya apa yang kita buat pada diri kita sendiri," tegas Hadi.
"Patut kita persoal badan kehakiman kita, sistem kehakiman kita, proses kehakiman kita. Adakah sudah bermaruah. Ini kita patut persoal, kita kena baiki diri kita sendiri, jangan tanya mengapa orang soal kita," tambah beliau.
anon 943am
ako setuju,ako sokong penuh komen enkau..1.agama islam ~jika ada menganggugugatnya ~galangganti adalah nyawa! saya pertaruhkan 2.negara malaysia segala-galanya 3.bangsa adalah maruah
tak abis2 dgn "firaun kecil".. pegi join Zul Kulim la klu camtu... - Neo
aku rasa staement dari kedua2 tok guru ni sama. cuma aku rasa quote yg diambik tu mungkin x habis kot...mungkin juga TGHA sambung kalu sokong tuduhan liwat tu ditarik balik bukannya mncampuri urusan dalaman negara...tp sekadar sokongan mcm yg TGNA ckp....mungkin jugak kan....???kalu ambik input dari media umno ni aku dh x berapa nak percaya lg..sbb berita yg betul dan sahih dari diaorang ni cuma keputusan nbr ekor jer....
Yang paling cerdik sedara muhyiden yassin.. hehehe
"Bagi saya 1 minggu utk selesaikan perbalahan dlm MCA".. itu KPI saya.. hehe dah berbulan daa..
Buat je laa ulasan yang boleh meredakan rasa perasaan gundah gelana...mana satu cakap ketua ni nak pakai sebab kedua-dua nya bercakap sebagai orang politik...
knapa apabila ahli parti lain yg ingin mambuat statement (mungkin boleh menjadi isu)pada press harus berbincang dahulu ttapi Tuan Presiden x prlu???
bila dah terkena, baru nak guna alasan media putar belit!!!
check dulu ahli parlimen OZ yg bersungguh2 nak sokong aljuburi tu sapa...bru buleh bual..
TGHH lama dah sedar pasal kes ni,nik ajis sekor jah xkabar lagi..
molek benar r tu penyokong kuat aktivis gay n lesbian sokong aljuburi..kena ats ekor molek..
maksud nik ajis tu betul r...ahli parlimen OZ tu sokong aljuburi sbb mmg geng2 OZ tu sokong golongan main jubo ni...
dan sikit hari lagi ada r nik ajis akn keluarkan fatwa main jubo halal,asalkan xsokong BN...
ade message yg cuba disampaikan hj hadi ni..
(i) say "no" to kerajaan perpaduan, but nape dia yg mulakan?
(ii) say "no" to MP Australia, but u-turn kata differently
(iii) say "no" to masuk BN, but kerjasama dalm bentuk agama, politik, ekonomi "yes"..tak same ngan Nik Ajis..
(iv) say "no" to UMNO, but senyap2 buat discussion ngan UMNO..kenapa tidak "DAP"
(v) say "no" to kes liwat anwar but tak sertai penyokong anwar di mahkamah..tak pernah kata saiful berbohong..
(vi) say "yes" to PAS but bagaimana puak2 edrogan vs ulama dalm PAS?
setiap kali ape yg dikatakan tak konsisten..itupun selepas nik ajis kuarkan "fatwa" yg berlainan..
ape yg cuba disampaikan oleh Haji Hadi sebenarnya? adakah beliau cuba menyatakan bhw kerana politic constraint, beliau terpaksa spin kenyataan2 earlier?..adakah beliau ingin menyatakan secara tidak langsung pendirian peribadi beliau?
aku tak tau..tp aku tau jauh disudut hati, Haji Hadi adalah seorg yg berniat murni kerana agama, bangsa dan negara adalah lebih utama..
anti-firaun kecil..
secara peribadi.... aku beranggapan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah menguatkan lagi ikatan Perpaduan dalam Pakatan Rakyat..........
Manakala kenyataan Hadi pulak terdapatnya 'lubang' yang boleh dimanipulasikan oleh Ummat Yahudi Bani UMNO dan para penjilatnya......
Lagi 1.... napa Hadi x penah walau sekali hingga tulisan ini ditulis... melawat Anwar di Mahkamah atau membuat satu kenyataan terbuka menyokong Anwar... yang bersama-sama dalam satu Pakatan?...
Apa perasaan Hadi kalau dia pulak yang dituduh merogol Rafidah Aziz atau Shahrizat Jalil dan apabila kes ini dibawa ke Mahkamah..... Pemimpin2 PR yang lain dalam 1 pasukan buat tak tau je?... Langsung taknak bagi sokongan moral pada beliau....?
Susah sangat ke nak buat kenyataan akhbar menyokong Anwar... kalaupun tak dapat tiru macam Tuan Guru Nik Aziz yang meluangkan masa ke Mahkamah beri sokongan moral pada DSAI?..
Mungkin Hadi perlu beri laluan pada DS Nizar Jamaludin untuk menerajui PAS pada PRU 13 akan datang....
ni cuma pendapat peribadi aku je...
perompak..
haji hadi tahu perangai dan selera nuar berehim ni..sbb tu dia xnak sokong aljuburi tu...kl sokong aljuburi bermakna dia sama2 r duk tambah dosa free...
yg si nik ajis nyanyuk ni lak base jenis xsedar dah..xleh nak mikir secara waras dah si ajis tu..
yg nik ajis ni sedar ko tak sedar latar belakang MP OZ yg duk sokong si aljuburi ni...
molek bebonar r org yg menyokong golongan gay,lesbian,biseks dan perjuangkan supaya perkhawinan sejenis dibenarkan di OZ menyokong aljuburi dlm kes ni...memperjuangkan hak2 golongan bernafsu songsang adalah perjuangan ketua kumpulan OZ tu si darnby...
LU FIKIR LA SENDRI...
Ada aljuburi disebalik darnby...hahahaha
Post a Comment