"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 23, 2010

Mengapa Kaedah Menegur Ikut Saluran Dalam PAS Sudah Tidak Berkesan Lagi

Dato Tuan Ibrahim sering mengeluarkan kenyataan menyuruh ahli-ahli mengikut saluran sekiranya mahu menegur dan membetulkan parti. Di bawah saya ingin membawa bukti mengapa saranan Tuan Ibrahim sudah tidak berkesan lagi.
Saya dapat satu komen dalam blog saya:
"June 6, 2009 9:02 AM
Afyan said...
PAS adalah parti yang paling kuat dalam PR.
Jadi ini yang Anwar cemburu, kerana tanpa sokongan PAS impiannya untuk menjadi PM takkan menjadi.
Jadi, cara yang dia ada ialah menyusup ke dalam PAS melalui proksinya.
Ini yang dapat dikesan oleh para ulama.
Dan berlakulah pertembungan sebagaimana yang berlaku pada hari ini."
Yang tulis komen ni nama dia Afyan Mat Rawi. Dia ni Ketua Penerangan Pemuda Gombak. Dia tulis komen ni dalam blog saya untuk semua orang membacanya. Banyak lagi fitnah si Afyan ni saya boleh dedah tapi cukuplah satu ni dulu.

Sampai hari ni Afyan Mat Rawi ni tak bawa satu bukti pun. Beliau percaya fitnah ni bulat-bulat tanpa membuat walaupun sedikit pengkajian. Bukan setakat itu, beliau menyebar fitnah jahat dan jijik seperti ini kepada sesiapa sahaja yang beliau dapat. Dan bukan beliau seorang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah jahat dan jijik ini.

Fitnah ini disebar di majlis2 PAS, usrah2, perjumpaan2 dalaman dsbnya. Apabila ada ahli dan penyokong yang menggunakan saluran dalaman, maka akan wujud kumpulan seperti Afyan Mat Rawi ini yang akan ke hulu ke hilir memfitnah mereka yang ikhlas ini.

Ertinya kaedah menegur dari dalam sudah tidak berkesan dalam PAS lagi. Apa yang dipanggil “akhlak jemaah” tidak wujud lagi apabila kumpulan seperti Afyan ini dibiarkan berleluasa dalam PAS. Dan mereka ini mendapat sokongan dari para “ulama” dalam PAS. Dengan kata lain, mereka seperti maksum dan bebas berkata apa sahaja. Saya pun pelik, apa guna si Afyan ni belajar sampai ke UIA tapi akal yang Allah SWT beri dia tidak mahu guna.

(Kadang2 saya terfikir. Mereka yang menyebar fitnah seperti ini, tidak takutkan mereka dengan pembalasan Allah SWT? Mereka ni benar2 faham akidah Islam atau tidak? Ataupun mereka dengan sengaja menukar akidah mereka kepada akidah lain?)

FITNAH DIGUNA MENUTUP TINDAKAN KHIANAT

Fitnah ini disebar bagi menutup hakikat yang sebenar, yakni wujud usaha untuk membawa PAS kepada UMNO seperti yang didedahkan oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa di bawah:
“Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam. Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda tu sensitive, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of the particular clause is reference to UMNO”.
Mereka sedar tak, orang yang mereka fitnah ni, dah aktif dalam PAS masa mereka ni masih terkencing dan terberak dalam lampin lagi. Khalid Samad tu bukan setakat aktif dalam PAS sejak dulu, tapi pernah merengkok dalam ISA. Sanggup korbankan kerja yang gaji beribu-ribu demi memenuhi kehendak parti. Husam Musa masuk PAS sejak 1982 dan menghadiri Muktamar PAS yang telah mengambil usul kepimpinan ulama di Dewan Bahasa Pustaka.

Tiba-tiba mereka boleh gelarkan Husam dan Khalid sebagai proksi Anwar? Hebat sangat perjuangan korang ni sampai boleh fitnah orang sebegitu sekali?

Mereka tidak sedar mereka dipergunakan oleh puak2 dalam PAS yang kemaruk nak duduk sekelambu dengan UMNO. Mereka sanggup menghambakan diri mereka dengan menyebarkan fitnah yang jahat seperti ini kepada semua yang mereka jumpa. Mereka seperti tidak lagi takut pada dosa dan perhitungan di akhiray.

Pernyataan Ustaz Nasa membuktikan:
a. Tiada konspirasi geng Anwar dalam PAS
b. Anwar tidak cemburu pada PAS
c. Tentangan kepada geng UG adalah atas tindakan mereka berjumpa dengan UMNO dalam gelap
d. Tindakan tersebut bukan sebab mereka mahu mengikut telunjuk Anwar.
Begitu jijik fitnah yang mereka taburkan demi melindungi perbuatan mereka yang kotor dan mual itu. Mereka tiada perasaan malu dan mencipta fitnah demi menjayakan konspirasi mereka yang jijik itu. Mereka tidak hirau PAS dan parti berpecah. Yang penting hubungan UMNO dan PAS dijalin.

Tulang Besi

5 comments:

Anonymous said...

kalu perkara yg tak sehaluan dgn parti kata "fitnah"..fitnah plak tu kalu datang dari parti lawan, boleh la kalu kite nak buat tak ambil peduli, but kalu dalam dalaman? mcm mane pula?

ni suma UMNO punye keje, tali barut UMNO, pencacai UMNO etc suma segala mcm maki keluar..termasuk la si ZUL tu..

apakah semakin sempit pemikiran anda ni..selidik la dulu..jgn taksub kepartian..

kite diberi akal dan fikiran digesa cari kebenaran..yg benar ttp benar, tinggal mcm mane kepala otak korg je yg fikir, yg bodoh jd outputnye bodoh, dan sebaliknye..

firaun2..

Serupademo said...

sekat ada puak pro ug dale pas lo gi jadi kucar wakyoh habis dale PAS.

dewatawanberapi said...

kalau dah susah sangat...bubarkan je parti hamPAS ni...siapa bergantung pada siapa sebenarnya???
Yang pasti kalau takde kes si nuar...pas ni umpama parti 'hidup segan mati tak mahu'Tak caye...imbas balik sbl 1998....

Anak Lenggong said...

Begini lah cara nya orang nak kan perhatian...serupa budak kecik jee dok nangis kat tepi jalan untung2 dapat gak sekupang dua...duit colection minta sedekah nak bawak kemahkamah dah banyak kee...ataupun dok tetap 2 ratus jee..

Anonymous said...

Aku tak heran, sebab geng Ganu tu memang natang macam gerombolan umno. Semua kerja buta tuli dan tak lain tak bukan, tujuan untuk mengadakan kerajaaan perpaduang adalah motif utamanya nak tipu melayu. sudahlah! semua barua umno boleh belah.