"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, February 01, 2010

Rakaman Bukti Hasan Ali Langgar Keputusan Muktamar PAS Shah Alam & Ipoh

Assalamu'alaikum,

Kepada Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi AJK Disiplin PAS Pusat,

Dengan ini, saya Abdul Rahman Abdul Talib ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 ingin mendedahkan bukti tindakan-tindakan Datuk Hasan Ali yang telah melanggar keputusan Muktamar PAS di Ipoh dan Shah Alam. Tindakan salah laku beliau adalah :

1.0 Mendedahkan rahsia parti kepada blogger UMNO sehingga telah menjadi bahan kempen Barisan Nasional dan UMNO untuk menjatuhkan PAS.

2.0 Menyebarkan fitnah dan pembohongan berkenaan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang melawan keputusan Muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.

Untuk itu saya menyerahkan rakaman kenyataan Dr Hasan Ali yang membuktikan aduan saya di atas. Sila klik di sini.

BEBERAPA PENJELASAN KEPADA KENYATAAN HASAN ALI

Sebagai menjawab isu2 yang dinaikkan Hasan Ali dalam rakaman ini :

a. Isu SELCAT: Klik di sini, sini, sini, sini dan sini.

b. Isu "International Tourism Zone (ITZ)": Klik di sini dan sini.

c. Isu-isu lain : Klik di sini.

Saya berharap pihak JK Disiplin MENGKAJI SEMULA keputusan mereka atau membuat PENDAKWAAN BARU berdasarkan laporan saya ini.

Ingatlah hadeeth Nabi SAW yang bermaksud "Takutlah kamu akan doa orang yang dizalimi". Itu sahaja nasihat saya pada JK Disiplin PAS Pusat.

Sekian, terima kasih.

Abdul Rahman Abdul Talib
Ahli PAS


p/s - Satu salinan rakaman ini telah pun diserahkan kepada Dato Tuan Ibrahim oleh AB Banjary. Saya hairan bagaimana bukti ini tidak diambil kira oleh JK Disiplin di dalam membuat penilaian?

8 comments:

Anonymous said...

PAS Perak wajib saman anak Ali ni sbb tuduh dicucuk hidung oleh DAP

Anonymous said...

boss, mp3 loh. apa kes wav pulak.

p/s- apa komen tuan guru presiden ? sonyap yo.

Perak Jati said...

Kami anggota Jamaah Pas Perak bukan bodoh macam puak2 reformis yg busuk hati dan penuh dgn dendam. Kami mahukan ikatan ukhwah dalam jamaah bukan musuh-memusuhi faham.

Salam.

AbgTuah said...

TOLONNNN..
TOLONNNN..
TOLONNNN..

CELAMATKAN PASSS..
CELAMATKAN DAPSSS..
CELAMATKAN PKRRRR..
CELAMATKAN PRRRRR..

ADUSSS..
ADUSSS..

DAH NAK TENGELAM NIII...
DAH LEMASS NIEEE..

AWWWW..AWWWW..(CIPLAK GAYA AKU313)

Noni said...

Kami pendokong2 PAS dengan ini menyatakan bahawa kami tidak mengizinkan golongan2 yang mengaku dinya "Reformis PAS' yang tidak berakhlak, membelakangkan ukhwah dan tidak menghormati pemimpin untuk mengkotak-katikkan PAS.

Tulang Besi said...

Anonymous Noni said...

Kami pendokong2 PAS dengan ini menyatakan bahawa kami tidak mengizinkan golongan2 yang mengaku dinya "Reformis PAS' yang tidak berakhlak, membelakangkan ukhwah dan tidak menghormati pemimpin untuk mengkotak-katikkan PAS.
.

Buat zalim ni sebahagian dari akhlak PAS ke?

Mersing_Mari said...

Tulang besi,

Tak payah la kau nak ngomel, orang semua dah tahu perangai kau tu yg busuk hati dan berdendam pada bekas UG. Aku pun dulu tak suka pada cadangan UG tapi bila mereka dah nyatakan tidak ada lagi UG, habis la. So, apa yg kau dendam sangat kay depa tu?

kau tak puas hati pasal AJK Disiplin, kenapa kau tak jumpa pemimpin pusat itu hari, dan buat bantahan. Atau kau sendiri cadangkan diri kau sendiri yg jadi AJK tu.?

Jadi, tidakkah bodoh perbuatan kamu tu wahai si TB? Kamu ngaku kamu belajar di Mesir, belajar agama, tapi, perangai kamu tak ubah macam orang yg tak belajar agama, mendendam dan menidakkan keputusan yg dibuat. Kamu ada penyakit hati ka? Kamu ngaku kata nak memperbaiki Jamaah, tapi cara kamu tu tak melambangkan langsung sebagai ahli Jamaah. Kamu langsung tidak menunjukkan rasa hormat pada seorang ketua yg telah dilantik.

Kamu selalu mempromosikan perkataan "WALA". Apakah wala itu tidak penting dalam berpasukan? Apa akan jadi kalau tidak ada sikap wala dalam berpasukan pulak?
Maka jawapannya ialah jadinya sepertimana sikap kau tu....asyik memperlekehkan, mengkomplain, seolah2 kamu itu sorang aje yang benar. Kalau jadinya macam ini sampai bilapun pasukan itu tak akan aman, tak akan maju.

Saya rasa "penyakit" yang kamu bawa tu sangat bahaya pada satu2 pasukan dan kalau saya adalah pengarah pasukan, maka, orang yang pertama yang akan saya tendang ialah kamu. Pasukan tidak akan maju, pasukan tidak akan menunjukkan prestasi yang tinggi malah pasukan akan menjadi huru-hara dengan kehadiran "penyakit ini". Dalam berpasukan boleh menegur, tapi ada adapnya, ada caranya. Tak malu ke pada kami? Kami bukannya ada pelajaran agama yg tinggi macam engkau, tapi, kami tahu dan faham adat berpasukan.

Jadi, utk TB dan rakan2 seperjuangan dan seidiologi dengannya, cara terbaik ialah you orang keluar dpd jamaah dan buatlah jamaah engkau sendiri. Dan kalau kau orang nak komen, nak bantai ka, maka, bantai la Jamaah kau orang sendiri. Ada berani ka TB untuk buat parti kau sendiri?

Anak Lenggong said...

Alaa..pe nak heran TB dan TP ni pacacai upahan husam sahaja..so apa jugak arahan dan yang tak menyebelahi husam ..habis di tibai oleh mereka berdua ni..kalau tak nanti pulus tak masyukkk...mereka ni cuma leh menyalak kat sini sahaja..sama seperti penyokong pak angguk pas yang lain cuma leh bercakap tepi longkang je..