"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 16, 2010

UMNO Bahagian Cheras Sedia Menerima Nasaruddin Mat Isa

Reactions: 
NOTA EDITOR: Isu ni isu lama iaitu di waktu Tok Guru Nik Aziz meminta Nasa keluar dari PAS dan masuk UMNO atas isu Kerajaang Perpaduang. Hujjah saya amat mudah - Mana mungkin Syaitan mahu mengambil orang beriman untuk menjadi sahabat perjuangan mereka?

Nasa telah bertindak selama ini dan mendapat keredhaan dari puak2 UMNO sehingga ada puak UMNO yang sanggup menerima Nasaruddin Mat Isa secara terbuka. Pelawaan ini jelas menunjukkan betapa UMNO sayang dan cinta pada Nasaruddin. Sekali lagi saya nyatakan, tidak mungkin Syaitan akan suka pada orang yang beriman dan beramal soleh. SOMETHING MUST BE WRONG WITH NASARUDDIN MAT ISA.

Artikel di bawah ini saya dapat dari Blog UMNO Cheras sendiri dan bukannya dari sumber kedua atau ketiga. Artikel ini ditulis oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras sendiri, Syed Al Habshee. Terpulang pada saudara/ri untuk membuat penilaian.

Tulang Besi
UMNO Cheras sedia terima Nasharuddin jika ditendang keluar daripada PAS

SARANAN Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO gara-gara menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan dilihat sebagai usaha terbaru beliau menolak penyatuan umat Islam.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang terkejut dan kecewa dengan perkembangan terbaru itu menyifatkan Mursyidul Am PAS itu semakin angkuh dan takbur.

"Sungguh memalukan, seorang Tok Guru tidak mahu kepada usaha penyatuan umat yang dilakukan PAS-UMNO, sebaliknya timbalan presiden disyorkan keluar parti", tegas beliau.

Berikutan itu, Syed Ali tidak menolak kepimpinan PAS sekarang ini telah terbelah kepada dua – satu menyokong kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan satu puak lagi taksub dengan Nik Aziz.

"Kita tidak campur tangan dalam rumahtangga PAS, tetapi desakan supaya Nasharuddin keluar daripada PAS kerana isu kerajaan perpaduan amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang kononnya berjuang atas landasan Islam", tegasnya.

Sehubungan itu katanya, desakan supaya Nasharuddin keluar daripada PAS membayangkan bahawa sikap sesetengah pemimpin PAS yang tidak boleh menerima pandangan dan teguran orang lain.

Sebaliknya beliau menjelaskan, Nasharuddin telah menunjukkan dirinya sebagai salah seorang pemimpin Islam yang sanggup mengetepikan agenda politik kerana kepentingan penyatuan umat.

"Jika Nasharuddin ditendang keluar daripada PAS, UMNO Bahagian Cheras bersedia pada bila-bila masa untuk memberi tempat kepada beliau sebagai ahli parti” ujarnya.

Beliau menjelaskan, ketokohan dan kewibawaan Nasharuddin amat diperlukan kerana beliau telah membuktikan keikhlasannya untuk bersama merintis jalan kearah perpaduan orang Melayu.

"Mengapa Nik Aziz bertindak sedemikian rupa hanya kerana ada pihak yang ingin kembali bersatu atas nama persaudaraan sesama Islam, ini bermakna beliau sememangnya tidak mahu kepada perpaduan umat", tegasnya.

Syed Ali menyifatkan haluan pemimpin PAS sekarang ini semakin jauh terpesong dan tersasar daripada tuntutan ajaran Islam yang sebenarnya kerana dipengaruhi oleh kepentingan politik.

Posted by syed ali alhabshee at 2:40 PM

18 comments:

AzamDean said...

wah..makin hebat lak UMNO jadi pemburu katak ni.. wahahahahaahaha

fatamorgana said...

tolong ka Nasa masuk la UMNO cepat lagi climaks wayang Politik Malaysia ni...ko pun dah dipandang UMNO

dulukini said...

eloklah tu kalau NASA rasa UMNO tak rasuah pergilah join parti laknat BN tu.aku nak tengok ape NASA kata bila dia nak join BN nanti, adakah UMNO makin tak rasuah..kekkeke... tak mungkin sampai bila2.

Baba said...

aku igt ust nasa ni d bawa oleh almarhum ust fadzil noor masuk jd SUA..mgkn almarhum meninggal awal menyebabkan xsempat nk tarbiah ust nasa ni, yg menyebabkan ust nasa ni jd merapu ja akhir2 ni...

Awang Dogol said...

Woii..si Bangang TB (Tong Busuk)

Kurang ajar betoi hang ni no kata puak kita ni syaitan. Apa...hang ingat hang tu malaikat ka? Cakap betoi2 macam "Tong Busuk".

Woiiiii..bangang TB,
Ini politik la....sapa2 pun boleh masuk parti mana. Kalau aku tak suka parti hang tu...aku masuk la parti UMNO. hang tak payah la nak sekat orang nak masuk mana2 parti. Hang tak payah la nak kutuk orang nak pindah parti mana sbb itu dia punya hak. Kalau parati hang tu dah teruk, dah nak karam...maka adalah lebih baik dia pindah saja. Tapi. persoalannya...adakah dia (Ustaz Nasa) tu kata dia nak pindah masuk Umno? Pernah kah dis sebut atau dia tulis nak joiunt Umno? Atau.....hang ni memang jenis manusia yang berhati busuk....Ustaz Nasa tak dak apa2....tapi...hang ni saja yang suka bawa mulut. Rupanya macam ni noh perangai hang yang mengaku belajaq agama? Macam syaitannnnn...

Weii...si bangan TB,
Hang ni aku rasa otak mangkok kot...atau otank hang ni yang dah putus? Kami sebijikpun tak pernah nak kata suruh dia masuk Umno tau? Kami cuma nak ajak berunding mencari suatu kemuafakan demi masyarakat melayu dan islam di negara ini. Bukan nak ajak masuk umno la....dan bukan juga mereka2 tu nak joint umno. Apa.....hang ingat bila nak ajak berbincang...maka seseorang itu akan sokong adan akan masuk paarti tersebut ke? Hoooooo...kalau cam tu, bila hampa sokong DAp maka hampa akan masuk DAP la? Hoooo....kalau hampa sokong DAP maka lepas ni hampa boleh la buang lebai hampa tu dan pakai selepang kain kuning pulak la dan duduk di tokong2 maacam penganut Budda buat tu ke? Boleh ka aku beranggapan macam tu pulak kat hang? Boleh ka aku berperasangka buruk macam tu? Bangang betoi la hang ni. Memang betoi2 bangang...

Heiiii....+BANGANG.....+BANGANG orang macam si TB ni. Orang ajak buat benda yang baikpun dituduh yang bukan2...BUSUK HATI BETOI....MACAM TONG BUSUK...TONG BANGANG KOT?

Anonymous said...

alaaa jangan ler layan TB@Tulang Besi Cabuk ni... dier ler dajjal sebenar ank setan! anak iblis!

Anonymous said...

blog ini rasanya bukan perisik tetapi perasuk rakyat yg sentiasa mengamarahkan pembaca blog dgn bahasa yg tak elok dan membuat cerita kartun , komen tu elok-elok la sikit teruk sangatke UMNO sampai dikata setan , wallahualam

ANUaww pengecut said...

kah.. kah.. kah.. Ade sape2 lagi nk masuk UMNO... baguih le, asyik ikut kate Nik Ajis nyanyuk tu susah nanti. Silap2 dipanggil sampah pula. Diri dia tu Bapak Sampah tak perasan pulak kot. kah.. kah.. kah..

ANUaww pengecut said...

Nik Ajis Bapak Sampah???

Sikap Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul kerana menganggap ia tidak mempunyai fadilat disifatkan sebagai 'menyimpang'.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, ini kerana memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan diri setiap umat Islam.

Sehubungan itu, beliau menganggap sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah.

"Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam empat perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan kias (ijtimak ulamak).

"Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang," ujar beliau di sini hari ini.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengenai sebab utama Maulidur rasul tidak disambut di negeri ini.

Ketika ditemui semalam, Nik Abdul Aziz berkata, bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Bagaimanapun beliau berkata, corak pentadbiran yang diamalkan kerajaan negeri telah menerapkan nilai Maulud yang sebenarnya.

Abdullah menjelaskan, Maulidur rasul perlu disambut sebagai tanda orang Islam menyayangi baginda dan mengeratkan hubungan kerohanian antara baginda dengan umatnya.

Tegasnya, Allah sendiri memuliakan nabi maka adalah sunat bagi umat manusia turut meraikan hari kelahiran baginda.

"Apa ini maulud..maulud merupakan perhimpunan untuk memuji dan memperingati hari kelahiran nabi dengan mengadakan jamuan sedekah dan membaca kisah-kisah mengenai nabi.

"Nabi tak pernah larang dan tak pernah suruh tetapi zaman sahabat baginda dulu mereka meraikan kedatangan maulud dengan cara itu," tegas beliau.

Anonymous said...

Sama la Perosak Raktyat sanggup terima Zaid ibrahim, chua jui meng dan beberapa orang lagi yang tak glamor. Sang PR sakit hati sangat, yang melompat dari PR ke BN lebih ramai dari BN yang melompat ke PR.
Jangan nak tegakkan "Batang" yang basah. Yang jadi mangsanya nanti K-Y Jelly. Cuba la terima ketentuan-Nya. Ni la akibatnya tak pernah bersyukur dan tak muhasabah diri. TQ.

matgeram said...

ajak le skali semua geng yang menyokong krajaan perpaduang wahai tuan sayid!

Anonymous said...

Siapa sangka satu hari nanti... Husam masuk umno. Tunggulah kalau orang lain yang jadi MB selepas nik aziz nanti.
Sebelum ni, Husam nak buat kerajaan perpaduang dengan melantik YB umno sebagai timbalan exco kerajaan negeri kelantan.
Tapi berita itu mati senyap begitu saja. Tidak ada blogger yang bising pun. Rangkaian(network) blogger 'celaka' tidak mahu berita itu dipanaskan. Lagi satu, kenapa blogger 'celaka' tak mahu mempolemikkan isu lantikkan kickdeffella sebagai pegawai penerangan Husam?. Manusia yang tidak ada kena mengena dengan parti PAS yang akhirnya mempalit lumpur kepada PAS. Inilah masalah blogger 'celaka' kerana bekerja mengikut arahan 'tuan'dan cari makan.

Ampatuan Jr said...

Terkini.......!!!!!!!
Aku terdengar Nizar akan masuk DAP sebab Lim Kit Siang suka dia kerana Nizar ni tak cerewet sangat dgn hal2 DAP.Kalau Nizar kekal dlm PAS susah sikit sebab PAS tak sure boleh dapat lebih dpd 4-5 kerusi jer dlm PRU-13 nanti,kalu Nizar jadi calon DAP sure menang walaupun dia tanding tempat cina.Satu lagi aku terdengar Karpal dan Guan Eng pun ada plan nak masuk PAS sebab mereka terpikat dgn stail PAS berceramah.Lagi pun orang PAS dah mula samakan Guan Eng dgn Khalifah Umar, so ok la tu...So Nizar masuk DAP Guan Eng masuk PAS,hmm...cantik tu! mcm kes tukar suka sama suka la!! cuma Karpal si benggali ni berat sikit,nak samakan dia dgn khalifah mana aaa???


Dulu PAS......

Anonymous said...

Ampatuan JR!
1.Nik amalina dok tunggu khabaq hang kat blog dia!!Hangpi jenguk sat kat blog dia!!
2.Awat hang takut kat ibnu baituttah ka!!
3.jangan bantai beghattt sangat!!
4.kalau semua umat islam bersatu nanti!!malu pulak nak peluk dan jabat tangan!!!

maw said...

pak nasa nak poie kek mano pon oghang n9 tatak lugi ma!.poie tak ghugi dapek pun tak untong.

matkambing said...

pada akhir tahun 70'an dan 80'an. memang sudah ada adun dap yang berbangsa melayu di perak. sila rujuk sejarah dun perak.

Anonymous said...

Kalau Nasharuddin masuk UMNO, mungkin UMNO akan letak dia lawan Khalid Samad atau mana2 ahli parlimen PAS golongan Erdogan. Boleh teka siapa menang? satu lagi UMNO memang perlu orang macam Nasharudddin akan membawa imej Islam lebih baik kepada UMNO.

Tapi saya ingat nasharauddin bukan nak masuk UMNO tapi seprti lain2 pemimpin PAS lebih kepada perpaduan Islam. Tapi kalau nak masuk UMNO. memang suggguh menguntungkan UMNO.

Kalau boleh semua golongan perpaduan masuk UMNO, kita lihat apa jadi kepada PAS, mungkin hancur lebur PAS kerana kumpulan mereka kebanyakannya terdiri dari ulama. Tanpa ulama patah lah sayap PAS. Cuba try!

Anonymous said...

aku tertarik dgn ayat..

"Mana mungkin Syaitan mahu mengambil orang beriman untuk menjadi sahabat perjuangan mereka?"

bukankah syaitan juga boleh menyerupai seperti orang beriman...kecuali rasullullah je

betul ke beriman???? tak tentu lagi org beserban, berkopiah dan berjubah tu beriman....semua tu pakaian tradisi je, mcm baju melayu juga....isi dalam sapa yang tahu.

ALLAH S.W.T saja yg maha mengetahui.