"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 16, 2010

Berita Utama Mulai Malam Ini Dan Esok Pagi: TGNA Bla Bla Bla...

Lapor MalaysianInsider:
Kelantan tidak akan menganjurkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini meskipun Umno dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat sebagai anti-Islam kerana didakwa merancang untuk membatalkan acara itu bulan ini.

“Kami tidak menganjurkan perarakan sebagaimana amalan sebelum ini. Tetapi sudah tentu perarakan diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri, yang dianjurkan oleh orang ramai untuk melahirkan kecintaan mereka terhadap Nabi Muhammad,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

“Secara rasmi tiada perarakan yang ditaja oleh kerajaan negeri. Sebaliknya kami akan adakan syarahan agama di Stadium Sultan Muhammad IV pada 25 Feb dan disusuli dengan sembahyang khas,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Kebanyakan negara Islam menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan perarakan selepas solat. Bagaimanapun Arab Saudi tidak mengadakan perarakan.

Minggu lalu Utusan Malaysia melaporkan kerajaan negeri Pulau Pinang merancang untuk membatalkan perarakan tahun ini, sekali gus mengundang kritikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang.

Laporan dan krtikan itu dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan menegaskan, kerajaan negeri pimpinannya tidak pernah memutuskan untuk membatalkan acara itu kali ini.

Beliau menyifatkan laporan Utusan Malaysia sebagai satu pembohongan.
Dalam kenyataannya, Timbalan Menteri Besar Kelantan menambah perarakan itu bukan satu kemestian.

“Umat Islam boleh memilih untuk mengadakan ataupun tidak. Tetapi apa yang penting ialah mereka berpegang teguh pada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad,” kata Ahmad.

“Dan, ia juga tidak diamalkan ketika zaman Nabi,” katanya.
TPU - Erk...??? tak de "Perarakan"..?

Tok Guru "Jahat"..! MeLAYU UMNO Melompat..! malam ni Tok Guru masuk tiwi berita utama..! gerombolan akan keluar "Fatwa Berarak Di Hari Maulidur Rasul"..! Tuan Guru Muhyiddin akan di interbiyu..! Mursidul Am UMNO akan masuk tiwi..! esok Tok Guru masuk muka depan semua Media Perdana..!

Brahim Ali..? Get Ready..!

Kah kah kah kah kah...!!!

10 comments:

Anonymous said...

"sikap MB Kelantan,nik abdul aziz memperkecilkan sambutan maulidur rasul kerana ia tidak mempunyai fadilat disifatkan sebagai "menyimpang".Pengasas pondok Geting,Abdullah Saamah berkata,ini kerana memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan setiap umat Islam.."
1.nak percaya sapa ni!!
2.nak ikut nasihat master bahasa arab atau sapa!!
3.Abdullah samah pas apa!!
4.sama-sama kelantan pulak berbalah!!!

Anonymous said...

aku da ckp nik aziz ni bukan ulama! dia ni hamba and dayus politik semata2 ingin kuasa..

aku pelik nape penyokong PAS ni mengagung2kan mamat ni mcm mamat ni nabi..berkata syg tok guru, sucinye nik aziz yg terpacul sgt la menjengkelkan..

yg aku pelik tu smpai ade yg ckp, sedangkan nik aziz yg suci tu pun sokong anwar...

taksub! teringat kan penganut2 ajaran sesat bila cuba pertahankan rasul melayu aritu..

Anonymous said...

hahahahaa ye la..UMNO je la betul..aku rasa la..dulu Nabi belum wafat..baginda ada wasiatkan kut..buat lah perarakan setiap setiap tarikh hari lahir baginda.. wahahahahahaha...selawat banyak2..itu caranya kita nak ingat Nabi...tapi tak tau la plak ada surat wasiat untuk orang UMNO kot..kerajaan negeri batalkan..korang sendiri yang UMNO mintak la permit nak berarak..apa susah..nak berhimpun merusuh untuk ekonomi boleh...tapi perarakan Maulidur Rasul...?? ko tak nak lak sukarela..ok dah tau KM Penang batalkan..inisiatif la sndiri mintak pemrit apa sume..alahai..small the pieces la..stakat nak politik..dah tu salahkan PAS..dah bajet taupun nak berarak tu satu bende yang tak mesti..cuma tradisi..tau nak merengek..UMNO betul la...

kuda_laut said...

huh..xder maknya berarak keliling bandar dengan sepanduk cintakan rasul..nak buat apa kalau ajarannya pun d humban ketepi..sampai sanggup langgar mengatakan hukum hudud kolot dan ketinggalan zaman..mana lagi penting..?perarakan atau menghayati ajaran yg di sampaikan oleh nabi..?lu orng fikirlah sendiri beb..

Anonymous said...

Orang bawa sepanduk, mereka bawa sepanduk. Orang masuk lobang taik mereka pun ikut sama. Itu pengikut agama umno yang mengamalkan islam kapal selam. Sekejap timbul, sekejap tenggelam, lepas tu takleh tenggelam pula.

Berarak kesana kemari tanpa sebab, membuang masa tapi ajaran dan sunnah nabi tak mereka peduli. Lepas tu berlagak macam orang islam tapi semua mereka munafiq besar.

Ajaran dan sifat Nabi s.a.w. seperti siddiq(bercakap benar), amanah dan berdakwah langsung mereka tak peduli. Menipu rakyat, bercakap bohong, tidak jujur, makan rasuah semua ada pada gerombolan umno. Nak berdakwah langsunglah tak tahu sebab ajaran mereka semua dah sesat.

Cakapkan apa saja semua ada pada gerombolan manusia yang sesat ni. Cakap saja banyak tapi semua otak sampah. Buang masa rakyat saja.

samdeen said...

Kalau kita sayang dan cintakan Rasul sepatutnya kita melaksanakan perintah dan ajarannya dalam hidup kita. Bukan hanya bab solat, puasa, zakat dan haji sahaja semata-mata tetapi keseluruhannya sekali termasuk bab berekonomi,berpolitik dan sosial. Sebab apa yang rasul ajarkan itu adalah perintah dari yang maha Esa.

matkambing said...

membiarkan rakyat berbalah didalam hal yang remeh temeh adalah taktik umno supaya rakyat melupakan kezaliman dan rasuah yang dibuat oleh pemimpin umno. nampaknya rakyat malaysia mudah terpedaya dalam hal ini!

Anonymous said...

Kalau tak buat perarakan, tok sah harap budak melayu kelate nak pergi stadium dengor ceramak Tok Guru kecuali ada rock concert. Sekurang2nya berarak di bandar Kota Baharu ada juga sikit sebanyak meniup semgant hamba sementara duk lepak tepi jalan.

Anak Lenggong said...

Sebagai umat Islam yang sayangkan Rasul mereka, salah kah jika umat Islam hendak menghormati dan memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW yang dicintai?

Nik Aziz sebagai orang tua yang selama ini banyak bercakap mengenai agama serta ajaran Islam, apakah elok baginya untuk mengatakan bulan kelahiran Rasulullah SAW langsung tak mempunyai sebarang fadilat ???

Bumi Kelantan yang diwar-warkan sebagai negeri serambi Mekah, saban tahun menganjurkan Majlis untuk memperingati hari keputeraan Baginda Sultan Kelantan. Tetapi mengapakah negeri yang kononnya dihuni oleh ramai "ulamak Pas" ini sanggup mengenepikan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW ?

Bukan untuk mempertikaikan Sambutan Keputeraan Sultan Kelantan, tetapi kenapa tarikh lahir Sultan begitu diraikan dan tarikh kelahiran Nabi SAW dilupakan? Adakah Sultan lebih mulia dan lebih disayangi daripada Nabi bagi Nik Aziz?

Upacara keputeraan baginda Sultan Kelantan tidak pula dipertikai dan diperlekehkan oleh Nik Aziz tetapi sambutan bulan kelahiran Rasulullah SAW pula direndah-rendahkan serta diremehkan. Malah Nik Aziz serta para pengikutnya begitu galak memperlekehkan pula golongan umat islam yang menyambut kedatangan bulan Maulud.

Mungkin Nik Aziz serta pengikut-pengikut jumudnya lebih selesa meraikan perarakan sambutan Tahun Baru dan juga sambutan hari Kemerdekaan. Begitu juga dengan "berarak" merata rumah sewaktu sambutan Tahun Baru Cina dan juga Deepavali.

Cara Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa bulan Maulud langsung tidak mempunyai fadilat adalah amat BONGKAK dan sombong sekali.

Apakah Nik Aziz lupa bahawa tanpa Rasulullah SAW, siapalah kita sebagai umat akhir zaman ini?

Nik Aziz diangkat oleh seluruh jemaah Pas kononnya sebagai ulamak pewaris Nabi. Tetapi ulamak jenis apakah Nik Aziz ini yang begitu celupar menidakkan kelebihan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW sendiri ???

Apakah Nik Aziz mahu menghalang umat Islam dinegara ini daripada memperingati serta memuliakan Maulidur Rasul dengan menyatakan bulan Maulud langsung tidak mempunyai fadhilat?


"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"

Imam Mutawalli Sha'rawi, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295)

Mungkin Nik Aziz berasakan dirinya maksum sehingga boleh mengeluarkan segala kenyataan yang boleh menyelewengkan aqidah para jemaah taksubnya. Nik Aziz lupa bahawa di akhirat nanti yang layak memberikan syafaat hanyalah Baginda Rasulullah SAW dan bukan dirinya.

Nik Aziz seharusnya menggunakan umurnya yang masih berbaki sedikit itu dengan lebih mendekatkan diri kepada Penciptanya. Bukan meroyan merapu memecahbelahkan perpaduan umat Islam dinegara ini.

Nik Aziz harus kembali ke pangkal jalan setelah tersesat jauh kerana merasakan dirinya amat disanjung dan seolah-olah diberi 'lesen' khas untuk mengungkapkan kata-kata celupar terhadap Rasulullah SAW !

Anonymous said...

cara ko pun BONGKAK DAN BONGAK la lenggong..alahai..ye la ko sorang je la alim ulamak..boleh la ganti mufti Perak nanti.. OK..salam 1MalaysiaL.

gaya dia sah2 jilat bontot NAJIB habissssssss