"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, February 18, 2010

Waspada Dominasi "Geng Gganu" - Tulang Besi

Reactions: 
PAS perlu bimbang terhadap dominasi pemimpinnya dari Terengganu yang lebih dikenali sebagai "Geng Gganu" yang didakwa mengawal tindakan politik Presidennya Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, kata seorang penulis blog popular.

Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman Talib yang sering mendedahkan isu-isu dalaman PAS berkata kumpulan tersebut mampu menguasai parti ekoran kedudukan "strategik" mereka.

"Ini luahan beberapa Ahli Jawatankuasa PAS yang saya kenal, idea (Kerajaan Perpaduan) ini dipersetujui oleh mereka-mereka yang dulunya menjadi pemimpin PAS Terengganu, atau saya panggil "Geng Gganu".

"Nama-nama seperti Ustaz Abu Bakar Chick, Haron Taib, Idea Perpaduan, Muzakarah (PAS-UMNO) ini disokong mereka dan yang saya risau akan Presiden PAS yang lebih suka menyokong kehendak-kehendak "Geng Gganu" daripada kehendak majoriti Ahli Jawatankuasa, Ahli-Ahli PAS dan juga para penyokong Pakatan Rakyat yang mengundi PAS" katanya.

Abdul Rahman berkata, beliau difahamkan bahawa, dalam kes tindakan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali yang dikritik Mursyidul Amnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai antara "beberapa kerat pemimpin bermasalah", hanya Abdul Hadi dan beberapa pemimpin Terengganu yang mempertahankannya (Dr Hasan Ali dan beberapa nama yang disebut).

"Jadi Presiden hanya melebihkan "Geng Gganu". Sebab itulah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pernah mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan dibuat sebulat suara. Kalau dibuat pengundian, saya yakin agenda kumpulan Terengganu pasti akan ditolak,” katanya.

Abdul Rahman yang konsisten menentang keras idea Kerajaan Perpaduan dan Muzakarah PAS-UMNO berkata, penguasaan kumpulan tersebut berleluasa terutamanya di Pejabat Presiden PAS.

"Tengok dalam Pejabat Presiden, semua orang Terengganu, Setiausaha Politik, Dr Samsuri Mokhtar, Setiausaha itu, Setiausaha ini semuanya orang Terengganu", katanya yang mengaku adalah seorang Ahli PAS kawasan Lembah Pantai.

Penguasaan pemimpin-pemimpin Terengganu di peringkat pusat PAS, antaranya di kerusi Presiden, Setiausaha Agung, Dewan Ulama, Dewan Pemuda, akhbar organ parti (Harakah) dan unit IT PAS, sentiasa disebut-sebut dikalangan mereka-mereka yang tidak bersetuju dengan "Geng Gganu".

Kumpulan tersebut yang sering dikaitkan dengan idea Kerajaan Perpaduan dengan UMNO sering diperolokkan di blog-blog "anti UG" sebagai geng "Kerajaang Perpaduang" (sebutan mengikut loghat Terengganu).

Nama Tulang Besi atau Abdul Rahman, seorang Perunding Perniagaan di luar negara mula menjadi perhatian banyak pihak selepas dia bertindak mendedahkan beberapa siri pertemuan antara PAS-UMNO selepas pilihan raya umum lalu ke pengetahuan umum melalui laman web TKO dan juga lama web peribadinya MalaysianWaves.com.

Beliau yang sering menyerang Dr Hasan kerana tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat pernah berkhidmat sebagai orang kanan penceramah motivasi tersebut selama dua tahun sehingga 2007 yang menjadikannya (Tulang Besi) sebagai "orang dalam".

10 comments:

Anonymous said...

kita tunggu.. siapa yang kena..

Anonymous said...

lantik la tulang besi jd org kanan PAS...dia kemaruk pangkat tu....

Sape BN/Pakatan Rakyat yang nak besar dan panjangkan zakar? said...

najib pembela rakyat! Takbirr!!

Anonymous said...

Apa macam kalau ganti dengan geng Kelate Al-Golok .

MALAYSIABARU said...

malaysiabaru.com said,

BILA PIKIR BALIK....

AKU RASA DATUK DR HASAN ALI SENDIRI YANG BAGI MAKLUMAT DALAMAN PAS KEPADA TULANG BESI...

SUPAYA PAS CEPAT HANCUR

SUPAYA HADI PIN LETAK JAWATAN CEPAT

INI SEMUA KERJA HASAN ALI BUKAN KERJA TULANG BESI...

HASSAN ALI DAN KHIR TOYO DAH BERPAKAT...AWAS PAKATAN!

MAYBE TULANG BESI CUMA JADI 'KELDAI' BAGI PIHAK HASAN ALI UNTUK BAGI HADI PIN CEPAT BERUNDUR.. SETERUSNYA PAS BERPECAH BELAH

ALAHUWALAM

matgeram said...

nak besar dan panjang, hang memang bengap sebab sokong orang yang zalim!

Awang Dogol said...

Woi bangang,

Hampa nak lantik si TB tu jadi orang kanan PAS. Kah...kah...kah...orang putus wayar macam tu hampa nak lantik...kah...kah...kah...

+Bangang.....+Bangang

Anonymous said...

hancuss...

Anak Lenggong said...

Begini lah sifat orang yang kemaruk nak sangat pangkat dan kuasa..kalau orang suka geng kelantan ..ngape pulak didalam pemilihan pemimpin geng kelantan terkandas sedangkan bukan takde perwakilan yang datang daripada kelantan sewaktu pemilihan dilakukan..ini bermakna geng t'ganu tu mendapat undi dan sokongan yang tinggi daripada keseluruhan perwakilan dari seluruh negara...kalau semua perwakilan tu datangnya daripada t'ganu sahaja lain la cerita..kah kah kah...kalau nak angkut semua pemimpin tu daripada kelantan tunggu je la next pemilihan..bangang betul laa TB ni..

Asyik dok mengutuk hadi pasal nak dok semeja ngan umno je..dah banyak kali ko ulang laa..dan hadi sendiri pun dah kata kes tu sudah ditutup...tapi ko tak pula menyebut dan mempersoalkan yang 2minggu lepas nik ajis pujaan ko mencadangkan perkara yang sama iaitu nak berbincang dengan umno sampai kata asal pas ditubuhkan adalah daripada para ulamak umno sendiri (siap bagitau sejarah lagi tuu)....dalam kes ni ko senyap pulak sebab apa..!!!..sebab nya orang yang menyebut ni orang kelantan sama dengan puak ko..ni lah sikap hipokrik manusia yang bernama Abdul Rahman ..ni..

Kalau nak sangat pangkat ataupun nak dapat elaun sebagai wakil rakyat ataupun pengarah syarikat ...tunggu je laa PRU13..leh lobi kat husam dan nik ajis tu baik..baik punya..nak jilat pungkoq nik ajis pun takpe..

Anonymous said...

Aku sokong Muzakarah PAS dan UMNO.
Kenapalah Tulang Besi takut sgt dgn Muzakarah nih.. Pelik sungguh.
Moga2 pemimpin2 PAS berjaya menyatupadukan Umat Islam di M'sia ini. Aku nampak perjuangan PAS dlm Pakatan Rakyat agak terbatas.
Tak percaya kenapa kerajaan Selangor tidak haramkan kilang ARAK di Selangor nih. Kalau tak boleh pun at least kempen/planning ler utk tutupkan kilang ARAK nih...