"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, May 05, 2010

UMNO Bila Nak Buat Sistem Tender Terbuka?

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga), menuduh Kerajaan Penang tidak telus dalam sistem tender terbuka yang diamalkan oleh kerajaan PR setakat ini.

Soalan saya pada Datuk Azhar, UMNO sendiri adakah mereka mengamalkan sistem tender terbuka? Adakah Dato Azhar muka tak malu menuduh orang lain sedangkan diri sendiri kotor sehingga ke akar umbi?

Sebelum nak marah pada Kerajaan Penang, Dato Azhar patut menyoal parti dia sendiri. Yakni, bilakah UMNO sendiri hendak melaksanakan sistem tender terbuka? Rasanya Dajjal keluar nanti pun, UMNO tidak akan laksana sistem tender terbuka.

Macamlah UMNO kritik PAS tak laksana hudud. Dia sendiri kalau nak laksana hudud, alamat kena tunggu beberapa hari sebelum kiamat lah baru UMNO nak buat hudud. Mustahil parti yang rasmi kilang arak Guiness di Sungai Way akan laksana hukum syariah Islam.

MUSTAHIL. MUSTAHIL.

Lepas disoalnya UMNO, barulah dia ada hak menyoal kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jangan ikut resmi ayam jantan, Encik Azhar. Berkokok sekampung, tapi ekor penuh tahi.
Jangan buat malu orang Penang. Kalau nak kelentong pun, jangan sampai orang tahu.

Tulang Besi
BN: Sistem tender terbuka Pulau Pinang tak telus

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) hari ini mempertikai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam pemberian beberapa tender yang didakwanya tidak telus.

Beliau mendakwa tindakan itu langsung tidak menggambarkan kerajaan negeri mengamalkan sistem tender terbuka yang berlandaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).

"Bagi tender satu projek di Taman Perindustrian Batu Kawan, ada lima syarikat yang memohon tender itu.

"Tetapi syarikat yang berada pada kedudukan kelima yang dipanggil oleh Ketua Menteri (Lim Guan Eng) untuk rundingan," katanya ketika membahaskan usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Georgetown, hari ini.

Selain itu, Azhar mendakwa bagi projek Bukit Jambul Country Club, tender diberikan kepada syarikat Taiyo Resort (KL) Bhd walaupun terdapat beberapa syarikat lain yang disenarai pendek.

"Terdapat syarikat yang mempunyai keupayaan dan telah membuat keuntungan besar tidak dipilih, sebaliknya kerajaan negeri memilih syarikat yang mempunyai masalah kewangan," katanya.

Sehubungan itu, Azhar meminta kerajaan negeri mendedahkan minit mesyuarat berhubung pemberian tender bagi projek itu.

Azhar turut mempertikaikan manifesto DAP yang yang menyatakan bahawa setiap syarikat yang mendapat tender bagi projek bernilai lebih RM10 juta, perlu memberi sumbangan.

"Sumbangan itu untuk siapa, kerajaan negeri atau masuk poket siapa?" katanya.

15 comments:

Anonymous said...

Memang menjadi dasar UMNO. Semua orang lain buat tak betul dan akan tanya mengapa tak buat itu dan ini. Masa ia perintah dulu mengapa tak buat? Bila dibuat, kritik sana sini.
Kononnya nak membela Melayu bila hilang kuasa. Masa ada kuasa dulu tak peduli pun kepada Melayu.

Awang Dogol said...

SISTEM TENDER TERBUKA UMNO...

1) Projek APCO : Direct deal.
2) Projek Kapal Selam : Direct deal

Ha...ha...ha....

susahati said...

gebang saja bolehlah.semua projek puak umno la dok balaih.bukan dipulau pinang sahaja.dikedah lagi terok.projek federal dikontrol ketua bahagian.buka tender wayang tongkoi sahaja.yang dapat semua puak kroni ketua umno bahagian.inilah yang berlaku dikedah.aku ingat dipulau pinangpun lebih kurang juga.yang kenyang dua kerat sahaja.balik-balik orang serupa sahaja yang dapat.kesian tengok kawan-kawan aku yang menganggur tak dapat kerja.

joe penang said...

Aku x pasti kat penang buat camna. Payah2 buat la discalimer:
Kerajaan tidak tertakluk menerima tender terendah. Ala. Cam kontrak kerajaan pusat/negeri yg dikuasai umno/bn tu. Sure pas ni x point nak melalak.

Tu je isu kepincangan nak sebut dalam dun? Sebutlah isu pembinaan masjid seri ampangan nt, isu 2 masjid di pmtg pauh dlll.

Tunjuklah awak tu pejuang islam. Kan Penang dipegang komunis? Habis islam ditekan...

Awang Dogol said...

Kalau lantik PM yang dikaitkan dengan pembunuhan tu...apa ke jadah nya...???
Patut la kat Malaysia ni makin lama BN memerintah...makin banyak pembunuhan yang kita dengar....

Makin lama BN memerintah makin banyak kes rasuah yang berlaku sbbnya PM Malaysia sendiri yang terlibat dan dikaitkan dengan rasuah.

Itupun puak2 Melayu UMNONgok tak nak sedar....???

Anonymous said...

Azhar pi hisap.....buang karan jer hang nie.

Anonymous said...

mana blh open tender ma...
nanti komisen miss....
Hidup BN!!! Hidup Umno!!!
Sesah selagi boleh!

Anonymous said...

umno...projek...komisen...kroni...suku sakat....politik wang.

Anonymous said...

ahahahaha kelakar aku ngn umno penang ni..dia sibuk pasal open tender orag..dia nak buat open tender..tak gak...ahahaha..

Anonymous said...

ahahhaa tule babi,..

senang saja hang pusing balik soalan,.bukan nak beri jawapan,..

org tya KNP PENANG TAK BUAT OPEN TENDER???

jwpan hang,.."JGN BISING,.UMNO PUN XBUAT OPEN TENDER,..!!!

maknanya,..sama lah PR dgn UMNO yg selalu di katakan xtelus tu,..

x gitu tule babi?????!!!!

tuan komrad said...

wat je open market..lepaih nih sesape nak mentekedarah duit rakyat,bleh la apply...

bukan takat pr,malah umngok,mic,mca bleh turut serta...juden pon digalakkan memohon...

wakakakakakakakakakakakak...

p/s-open tender wat kuil solomon temple suruh umngok wat..diaorang expert...

Unknown said...

Malang rakyat Pulau Pinang dapat ketua Pembangkang yang tak cerdik ni. Kalau tak paham proses nak pilih kontraktor ( JKR Standard open tender ), sila la tanya YB Farid, Quantity Surveyor UMNO tu..

kami Quantity Surveyor so apa yang kami belajar di Universiti dulu2 dan diamalkan dalam JKR ( mengikut amalam buku - tp tu scr rasmi, praktikal tak ikut pun ).. nak pilih kontraktor cara terbaik adalah

OPEN TENDER..
kerajaan penang dah buat, patutnya ucap tahniah. Jangang bangkang benda yang betul

ni antara kriteria pilih kontraktor mengikut prosedur JKR :

1) Harga yang terbaik. ( mksd nya tak semesti harga termurah krn harga termurah kdg2 bahaya. contoh QS estimate kos nak buat bangunan 100 juta. tp petender terendah letak harga 50 juta. so kalau kita bg tender pd yg tawar harga terendah, of coz kesannya akan jd bangunan runtuh maybe runtuh sebelum siap pun.. sbb harga tu x logik. terlampau murah. selalu harga yg terbaik tu adalah harga yang tak lari jauh dari anggaran QS )

2) kedudukan kewangan, modal kontraktor/ petender/ pembida ( ni penting nak tgk kontraktor kewangan dia kukuh atau tiak )

3) latar belakang dan pengalaman kontraktor dalam melaksanakan projek ( ni pentig nak tgk kontraktor ni pnah buat projek ke tdk )

4) rekod kerja terdahulu ( ni pntg samada kontraktor ni byk buat lambat siap ke apa ke )

5) projek dalam tangan ( ni penting nak tgk kontraktor ni mampu tak nak buat projek. kalau projek ada 10, tp pekerja x byk lingkup la )

6) latar belakang petender, ahli lembaga pengarah, profesional, pekerja ( ni nak tgk sykt ni ada pekerja yg berkelayakan, pengalaman tak )

7) loj dan jentera ( ni kalau kontraktor tu ada jentera, loji maka dia ada kelebihan )

8) tempoh masa penyiapan ( kadang2 ini boleh jd faktor terpenting atasi faktor2 lain. sebab kalau lambat siap kerajaan dah rugi dari segi " loss of opportunity " )

9) dan lain2 lah kriteria mengikut apa yg ditetapkan klien ( kerajaan negeri.. sesetangah tender meletakkan syarat hanya bumiputra layak masuk tender )


so asas nya benda2 atas tu. QS yang dilantik akan buat analisis berdasar faktor2 tu dan cadang kontraktor terbaik untuk dipilih. Bukan faktor harga saja penting, tapi byk faktor lain perlu diambilkira. Keputusan akhir di tangan klien ( dalam kes ni kerajaan negeri ) samada nak ikut cadangan QS atau tidak lantik mereka yg disenarai pendek. tak kan benda remeh tu pun tak paham. malu jer rakyat lantik jadi ADUN pastu ADUN2 lantik jd Ketua Pembangkan di DUN Pulau Pinang. Nak kritik pun biar nampak cerdik. huhu.

p/s : amalan dalam JKR.. prosedur memang macam tu. tp bila QS dah senarai pendek kontraktor yg sesuai.. last2 akan ada panggilan dari org2 VIP ( biasanya menteri ) spy projek dianugerah kepada pihak2 tertentu. Dalam projek JKR ada lembaga pemilihan tender yang dianggotai pengarah2 bkaitan. Tp kuasa veto menteri lah. sbb tu selalu walau kita cadang org yg layak, last2 yg dpt adalah KRONI UM NO. Boleh kata 90% berlaku macam tu dalam Malaysia bg projek milik JKR. sapa kroni kuat maka dia la yg akan dpt projek. Even ada kes kontraktor yg belum ada pengalaman dianugerahkan projek dengan harga 2 kali ganda harga anggaran QS. means QS anggar 36 juta, tp yg dpt kontraktor yg tak da pengalaman dgn harga rm 72 juta. sebab tu byk projek yg runtuh sblm habis DLP ( defect liability period - kiranya macam warranty la )

..maybe diaorang puak2 ADUN pembangkang Pulau Pinang ni marah sbb bila PR memerintah, diaorang dah tak boleh guna jalan belakang, kroni nak dpt projek. kena guna jalan yg lurus lg betul dan bersaing scr adil. sbb tu diaorang panas.

eden ni umno said...

woii sewel tak payah nak komen panjang borjelo dongar sini den nak cerito kisah bonar yang borlaku kek bahau...

jang kau ado tanah kosong tak untuk buek umah dibawah skim pprt...buleh la orang tuo ko dapat umah batu ganti umah yang dah uzur...

camno nak dapek skim bantuan tu leman...

gini...ko boghi den nombor ic bak den daftar buleh dapek tapi ko undi sapo maso PRU...PR ko BN

Den undi PR...mano dio tau kalo den undi PR pun

eh buleh tau jang...nengok tang numbor ic ko jo dah tau ko undi sapo...kalo ko undi PR payah la nak dapek

wakakaka... skim bantuan pun buleh samun nikan pulak nak buek tender torbuko...jangan harap la lagi kuek samun eh...

Awang Dogol said...

Aku rasa degan pendedahan oleh saudara affif nazmi ni tentu salah seekor katak kat Penang tu akan terasa.....ha...ha...ha..

Siapa katak tu hah..???

Anonymous said...

affif,..cerito panjang2 tpi penutup nampak bodoh,..

..maybe diaorang puak2 ADUN pembangkang Pulau Pinang ni marah sbb bila PR memerintah, diaorang dah tak boleh guna jalan belakang, kroni nak dpt projek.

klu dh pembangkang mana bleh dpt projek bodoh,.baik jln depan ataupun belakang


DEPAN BELAKANG SAMA SAJA SAMA RASA