"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 04, 2011

Nasruddin Tantawi, Khairy Jamaluddin & PAS

Risiko paling besar dalam bidang penulisan ialah apabila kita menulis atau mengeluarkan sesuatu pendapat yang kita tahu ianya amat-amat bertentangan dengan orang ramai dan juga pihak-pihak yang berada disekeliling kita.

Hari ni aku berhajat untuk mengambil risiko tersebut memandangkan pendapat aku dalam hal ini diyakini amat-amat bertentangan dengan orang ramai dan juga pihak-pihak yang berada disekeliling aku.

Mekasih...

Perkara pertama yang menggembirakan aku dalam minggu pertama tahun 2011 ialah apabila terbaca berita dibawah:
Nasrudin tawar Khairy masuk PAS

KUALA LUMPUR, 3 Jan: "Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Kenyataan Nasrudin ini dibuat ekoran kenyataan Khairy yang menyatakan hasrat untuk berundur dari pentas politik dan tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang.

"Saya mengajak Khairy mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita," kata Nasrudin.

Bagi Nasrudin, Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda Umno sebaliknya mengambil Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda Umno ke jawatan Timbalan Menteri.

"Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Khairy Jamaludin," katanya.

Bagaimanapun, kata Nasrudin, beliau menghormati hasrat peribadi Khairy dan menyifatkannya sebagai "satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau."

Menurut Nasrudin, Khairy mempunyai potensi dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini "dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun."

"Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh," tambahnya.

"Jika Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman Umno yang beliau hadapi," katanya lagi .

Katanya, jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya.

"Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar, pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

"Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar," kata Nasrudin lagi dalam kenyataannya itu.
Akhirnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berjaya berfikir dengan cukup-cukup rasional dan melangkau masa labih dari sepenggal. mungkin agak terlambat, tapi cukup awal untuk berada dihadapan mereka-mereka yang berikiran "ortodoks" ataupun "exstremist".

Mungkin ramai yang berselisih pendapat dalam hal membawa KJ kedalam PAS... al-maklumlah KJ bukanlah seorang politikus "suci" dalam persada politik tanahair. 1Malaysia tahu betapa KJ adalah sejenis manusia rakus yang seringkali disabitkan dengan RM, RM, RM, RM & RM yang 100% dipertikaikan sumbernya.

Politik wang tak dapat dipisahkan dengan KJ & KJ juga tak dapat dipisahkan dengan Politik Wang. kemenangan KJ dalam pemilihan disabitkan dengan wang, kemenangan KJ di Rembau disabitkan dengan wang dan kemunculan KJ dimana-mana pelusuk tanahair juga dikatakan membawa aroma wang.

Mungkin KJ dan wang adalah kembar seperanakan. yang tu aku tak tau. kena tanya mak dengan bapak KJ.

Balik pada topik.

Kehadiran KJ didalam PAS pastinya akan mendapat tentangan daripada para pemikir-pemikir "ortodoks" ala-ala "taliban" dan juga "extremist" didalam PAS. dosa-dosa silam KJ akan berkumandang dicorong-corong media tidak rasmi dan juga kedai-kedai kopi dan pasti aroma wang akan kembali subur dibibir para forumer-forumer bebas dimana-mana sekiranya KJ memohon dan diterima menjadi ahli PAS...

Jangan lupa... istilah "beruk" akan kembali hangat dipasaran... beruk, beruk, beruk..!

Aku tak nak ulas panjang hal-hal remeh-temeh (bagi aku la) dekat atas sebab untuk menguasai Putrajaya, PAS & Pakatan Rakyat perlukan seorang yang berfikiran "fresh", "berkarisma" & juga "praktikal" seperti KJ.

Kalau nak harap dekat Ketua Dewan Pemuda PAS & Ketua AMK yang ada sekarang, jangan kata Putrajaya, nak pergi Hentian Putra pun aku tak berapa yakin boleh sampai tanpa bantuan pemandu bas express. sesat dulu la baru sampai beb...

Pada aku, KJ ada semua kriteria-kriteria yang diperlukan untuk menarik sokongan anak muda, baik yang jantan, mahupun yang betina. cuma nasib KJ dalam Pemuda UMNO kurang baik sebab sokongan agak berkurangan kerana tradisi UMNO ialah "pauk kau", "puak aku" tak leh campur-campur walaupun dalam 1 parti. biasa la... UMNO... United Monkeys National Organisation... Organisasi Kera terbesar di Malaysia... jadi kena paham...

Orang yang punya kepala otak bagus macam KJ ni kalau masuk dalam PAS, akan bawa 1 perubahan yang besar dalam politik Malaysia. cuma risiko paling besar yang bakal KJ hadapi sekiranya menyertai PAS ialah - bersedia untuk menjadi "punching bag". bukan mudah bagi seorang yang pernah bergelumang dengan kerja kotor berada dalam PAS.

Cukup-cukuplah berada didalam UMNO yang sudah berada di akhir zaman tetapi masih tak sedar diri. berjuanglah diatas nama Islam dan bukan MeLAYU.

19 comments:

matkambing said...

saya bersetuju benar dengan pendapat sdr poji. memang kita ketandusan pemimpin yang berfikiran segar untuk menarik anak muda berpolitik. saya rasa kj boleh digilap untuk menyertai gerakan islam yang dibawa oleh pas. terima kasih kepada sdr poji kerana menulis rencana ini.

Anonymous said...

KALO KJ KUAR BN UMNO DAN JOIN PAS...
GUA DAN GENG2 PEMUDA UMNO SABAH AKAN KUAR UMNO BN....
KAMI AKAN BERSAMA KJ BERSAMA PAS...
INI JANJI KAMI....
TERUS TERANG KAMI PUN NAK BERTAUBAT DA...

mak sedare tuan komrad bodo said...

hahaha...br skrng korng sedar pas kekurangan pemimpin berfikiran ke depan ke..heheheh

aku best said...

banyak pemimpin PAS yang berfikiran kedepan. cuma tak masuk TV jer.....

Anonymous said...

jangan berfikiran kebelakang mcm UMNO dah le... fikiran Jahiliah. Banyak dah benda Jahiliah dah mai....

pas forever said...

aku bekas pemuda pas zaman abang din.

aku setuju benar dgn poji tentang KP pas skg.

Irama Suci said...

alhamdulillah itulah sikap sebaik2 seorang muslim, saling maaf dan memaafkan. moga jadi kenyataan untuk kebaikan Islam. Ambil iktibar Saidina Umar Al-Khattab sebagai contoh...Islam untuk semua..

Anonymous said...

ALJUBURI
Yesss...yesss...yess....KJ masok PAS...ooowwwwhhh yeeaaaahhh....sker sangat nie, nanti bole la wali trompah sucikan dosa2 silam dia ...heehee...harap2 KJ jgn la wat PAS tu mcm mak bapak dia punya gak eeh...heehee...elok gak setelah setahun berlalu KJ bertanding utk post presiden PAS...huahuahua..memang elok la Poji..sesuai sangat la tu KJ masok PAS.

yobrizab said...

anon 1.50pm, jeleslah tu.

yobrizab.

joostspring said...

kahkahkahakahakhakhakaah...

masuk la pas cepat2 beruk@KJ wei...

hahahahhahahahahahahahhahahaha...

bapak segala rasuah di malaysia..

projek fail di ganu hasil air tangan kj..

pkfz hasil air tangan kj..

kahkahkhkhakhkahkhakhak....

anak haram tuan komrad said...

hahaha..kj bakal meletup dgn satu pendedahan besar melibatkn syrikt dr usa...tungguuu...bgsla die msk pas..umno pon bkn nk sgt kt mamat ni..dlu pon berkuasa sbb menantu pm..korng amek la die..pelik gak aku ..mamat tu xkuar pon lg dr bn tp pas dh terhegeh2 pelawa msk pas...hahahahaha..lawak btul la org2 pas ni..dieorg ni akan berkwn dgn sape aje asalkn matlamat jthkn bn tercapai..syabas kj..rosakkn pas plak lps ni.

Mohd Shubhi said...

Yang berfikiran ke depan dalam Pas disorokkan oleh yg berfikiran ke belakang...

OCPA said...

KJ tetap dulu,kini & selamanya UMNO,biar dia terus lingkupkan UMNO..
Kalu nak join PAS, setakat pegang jawatan tukang panjat pokok gantung poster bole le..Ingat, dlm PAS takde upah2 tau, semua tu dibuat dgn ikhlas..sanggup ke??
kah kah kah...

ahli pkr malaya said...

kj ni cerdik sikit dari shamsul amk.cuma tun m x suka dia.tapi dia terus wat kerja gak.yg aku pelik si sam amk tu.dulu dlm kongres suh budak dia serang pengerusi pkr melaka zainon jaafar.kesian kak non dah ketepi.pastu dpt jd pengerusi pkr melaka suh wakil melaka serang khalid ibrahim lak dlm kongres.kesian khalid dibuat camtu.jatuh air muka tan sri.aku hairan nape azmin lebih berkuasa dari anwar??? nape anwar biar pimpinan serang pimpinan begitu? konon pkr bebas serang pimpinan x mcm umno.yg aku nampak azmin sedang bersiap nk jadi pm.saingan dia akan musnahkn.kalo umi hafilda sendiri x leh setel guano mu nk setel rakyat bro.ramai kwn2 aku yg gerak pkr dah lebih 10 thn.modal pun dah puluh ribu seorg.peluang kaya kalu ikut bn bnyk dh tlepas.aku x kisah.tapi aku sedih la bila org yg serang pemimpin sendiri berkuasa mutlak pulak.ini mcm politburo parti komunis republic rakyat cina.aku mau lepas pru 13 azmin dgn sam jgn beri jawatan tinggi.anwar kena jaga rahsia taktikal.kalu azmin tau hancus.ahli lama dibawah nampak benda yg org diatas x nampak.azmin dgn sam jgn kecik ati.korang perlu direhatkn utk kesejahteraan rakyat.biasalah dlm bolasepak pun kekadang striker kne rehat beb.

Anonymous said...

"jangan kata Putrajaya, nak pergi Hentian Putra pun aku tak berapa yakin..."

kah..kah..kah..kah..kah

ahli pkr malaya said...

yg untung adalah sibotak licin berkilat mukhriz.kalah bertanding tapi dpt jawatan lumayan.dulu masa lah madey suh mansuh ap.skrg abak boyak dia jd timb menteri miti dia tak suh pulak mansuh ap.sebab anak dia dpt banyak duit.dasar munafik cakap belit belit.baru ni anak sykt petronas diapungkan.buat dyik lagi pukimak mukhriz.dia beri saham saham tu kpd perwakilan umno supaya leh menang timbalan presiden nnti.syaripah noli srpang 3 beranak dpt untung atas angin 240k.lepas ni afa lg anak sykt pwtronad nak apung lagi.kaya lagi si botak ni.undi pun dapat banyak nanti.radar keling pelikat jaki putar belit.....munafik.

rajabogak said...

Tak payahlah terima orang macam KJ tu buat perabis beras saja.KJ bukan seorang pejuang sejati yang berjuang untuk rakyat.Dia hanya nampak duit, duit,dan betina saja.

Anonymous said...

kj nak survey jer, respon pemuda mcmna?...nak masok pas boleh...tapi kena masuk PASTI dulu belajag usul tauhid...lpastu boleh ajag kt pemuda-2 nogori-9 tu...nogori yg ada rangkin pemuda-pemuda yg parah dlm beragama...80/20 boleh bg point % dia...pehtu kalu ok...boleh lah duduk dlm ajk biasa pas cawangan dulu...belajag dlm 5 penggal...baru boleh naik ke daerah....dan bgtulah step-2 gandaan seterusnya...bagi kejab kefahaman dulu, jika tidak,...buat tambah rosak jer jamaaah...

Anonymous said...

alahai korang ni. KJ nak ker?