"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, February 17, 2011

Berita Harian: Remaja cedera ditembak semasa serang anggota UPP..?

Laporan dari portal Berita Harian Online (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RemajacederaditembaksemasaseranganggotaUPP/Article)
Remaja cedera ditembak semasa serang anggota UPP
2011/02/16

TUMPAT: Seorang remaja cedera parah setelah ditembak ketika beliau bersama sekumpulan lelaki menyerang empat anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di perkarangan Hospital Tumpat, di sini, hari ini.

Remaja berumur 19 tahun itu parah akibat terkena dua tembakan di bahagian rusuk kanannya dalam kejadian pada 9.20 pagi itu kerana menyangka saudaranya, Said Mat Hassan, 56, maut akibat dikasari anggota UPP berkenaan, kira-kira satu setengah jam sebelum itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata Said ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.

Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.

"Melihat keadaan Said yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, selepas menghantar Said ke hospital, anggota UPP itu pergi minum di sebuah kedai makan berdekatan hospital berkenaan dan tiba-tiba lima kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki berhenti di hadapan mereka.

"Beberapa lelaki bersenjatakan cota terus meluru dan menyerang keempat-empat anggota UPP. Akibat serangan bertubi-tubi, salah seorang anggota UPP melepaskan satu das tembakan amaran ke udara," katanya.

Beliau berkata, tembakan itu tidak diendahkan kumpulan itu dan anggota UPP itu terpaksa melepaskan lagi tembakan bagi melindungi diri dan mengenai remaja berkenaan.

"Remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.

"Keempat-empat anggota UPP yang cedera itu pula dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tumpat," katanya.

Abdul Rahim berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, dan siasatan juga akan dilakukan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ibu remaja terbabit yang ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu di sini berkata beliau terkejut apabila melihat anaknya rebah berlumuran darah akibat ditembak di depan matanya.

Katanya, ketika itu dia ke Hospital Tumpat untuk menziarahi jenazah Said. - BERNAMA
Admin Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudin:

Rasanya KP Kelantan telah diberi maklumat yang salah oleh anggota yang membuat laporan. beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh KP Kelantan bercanggah dengan apa yang diceritakan oleh beberapa saksi kejadian yang ditemui oleh pihak kami.

Antaranya ialah berkenaan dengan laporan yang mengatakan bahawa anggota UPP terbabit diserang oleh mangsa yang ditembak.

Menurut saksi, mangsa yang ditembak tidak menyerang anggota UPP terbabit sebaliknya beliau berada agak jauh dari kumpulan orang kampung yang menyerang anggota UPP berkenaan tetapi tiba-tiba beliau ditembak tanpa disangka-sangka.

Anggota UPP terbabit juga dikatakan tidak langsung melepaskan tembakan amaran diudara sebaliknya terus sahaja menembak mangsa yang mana sebutir peluru mengenai sebelah kanan perut mangsa dan sebutir lagi peluru mengenai sebelah kanan dada mangsa.

Mangsa juga disyaki ditembak dengan sengaja kerana mangsa sebelumnya telah menyaksikan kejadian 4 orang anggota UPP terbabit membelasah Allahyarham Sa'aid sehingga lembik, malah mangsa juga dikatakan melihat bagaimana Allahyarham Sa'aid dipijak tubuh badannya oleh anggota UPP terbabit walaupun keadaan mangsa ketika itu sudah tidak bermaya.

Kenyataan KP Kelantan berkenaan tembakan yang dilepaskan juga bercanggah dengan apa yang berlaku. dilaporkan bahawa anggota UPP terbabit telah melepaskan 2 das tembakan dimana tembakan pertama berupa tembakana amaran di udara manakala tembakan ke 2 ialah untuk mempertahankan diri akibat serangan orang ramai.

Jika hanya 2 das tembakan dilepaskan termasuk tembakan amaran, bagaimana mangsa yang ditembak menerima 2 kesan tembakan iaitu 1 di bahagian kanan dadanya & 1 lagi di bahagian kanan perutnya?

Apa yang menjadi persoalan ialah, kenapa ketika kejadian, mangsa yang juga saksi kejadian sebelumnya menjadi mangsa tembakan? adakah ianya secara kebetulan atau adakah kerana beliau ialah "SAKSI" utama kejadian sebelumnya?

Dalam laporan tersebut juga dinyatakan bahawa anggota UPP terbabit menemui Allahyarham Sa'aid di dalam keretanya di tepi jalan dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulut berbuih.

Disini juga timbul persoalan. sekiranya begitulah keadaan mangsa, ianya menyerupai simptom sawan. Allahyarham tidak mempunyai rekod penyakit sawan dan yang lebih menghairankan lagi, kenapa dalam keadaan begitu, kereta yang dipandu oleh Allahyarham tidak terbabas sebaliknya berada di tepi jalan?

Apakah dalam keadaan tersebut, mangsa sempat memberhentikan keretanya di tepi jalan seperti mangsa berada dalam keadaan yang sihat?

Apa yang diceritakan oleh saksi ialah, mangsa (Allahyarham Sa'aid) sebelumnya telah dikejar oleh anggota UPP terbabit kemudian mangsa kemudiannya telah berhenti dan menyerah diri. sebaik sahaja menyerah diri, 4 anggota UPP terbabit telah bertindak menyerang dan membelasah mangsa sehingga mangsa tidak lagi berupaya untuk berdiri. dalam keadaan yang lemah tidak mampu berdiri, mangsa dipijak-pijak oleh anggota UPP terbabit sehingga tidak sedarkan diri.

Ini cerita sebenar yang dimaklumkan kepada pihak kami oleh saksi-saksi seramai lebih dari 10 orang yang ditemui.

Kita berharap agar kejadian ini disiasat dengan terperinci dan kita tidak mahu Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudin menerima nasib yang sama sepertimana yang menimpa Mendiang Kugen, Teoh Beng Hock, Atlantuya, Adik Aminurrasyid dan lain-lain mangsa keganasan pihak berkuasa.

Negara ini Negara yang mempunyai undang-undang. jika pihak-pihak yang sepatutnya menegakkan undang-undang tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut, pada siapa lagi mahu kita harapkan?

Sumber - Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Nizamudin

18 comments:

Anonymous said...

1.malas la nak ulas bab seludup beras ni!!
2.satu!mungkin dia terlupa bagi "cukai" kat puak UPP tu!!atau "cukai" tak cukup kot!!
3.UPP ni!!pada puak penyeludup kecik-kecik!!depa tunjuk herolah!puak penyeludup besaq!!seludup berkapai-kapai beras!depa buat tak tau jee!!
4.apapun!!pakat-pakat carilah rezeki yang HALAL!!baik penyeludup beras atau puak UPP!!

Amuraria said...

JANGAN PERCAYA BERITA HAIRAN !

Anonymous said...

POLIS LAKNATULLAH ...semoga Allah memberi balasan kepada puak polis yang menganjing di Malaysia

matkambing said...

rakyat tak akan hormat dan percaya kepada pihak pengusaan yang terletak dibawah kementerian dalam negeri! menterinya patut berundur kerana lemah! menteri dah hilang kawalan terhadap jabatan yang dikuasainya! memang hampeh dan bacul!

tuan komrad said...

hahaha..mule2 skali..sape suruh wt keje HARAM!!seludup2 beras ni..xkire la kecik ke bsr ke..yg penting mnde tu berdose sbb menyeludup..psl kes ni mr kite sm2 tunggu n tgk..mn satu crita btul..cite upp ke or cite org rmai yg ntah2 sumenye geng2 penyeludup tu..sng je nk tau..tnggu la laporn perubatan psl punca kematian allahyarham said tu..samada kene pkul ke or mmg sawan..hai..mcm2la org klate ni..

Anonymous said...

haram di sisi krjaan umon tahi jah....seludup ni bukannya mencuri duit rakyat....jg tulis ikut mulut aja. cuba pakai akal atau otak. org ramai tu semuanya org kampong,sedara- mara dan kawan2....yg kau tu komrad org apa....???org batu ke.aku rasa kalau kau kena pukul mcm tu alamak mampus seorang aja...

tuan komrad said...

haram la sbb lari dr cukai..tu kn undang2..mmgla undang2 tu ciptaan manusia..tp dr segi undang2 ni la dpt disiplinkn manusia..abs kalo xpayh ikt undang2..kucar kacir la negara..sbb tu undang2 diwujudkn..dlm piagam madinah pon nabi byk buat undang2..n undang2 tu utk kebaikn manusia..so kalo manusia xnk ikt ko nk suruh sape ikut...monyet ke...hahahaha..bodo la puak2 pr ni..

Anonymous said...

isu ni xde kaitan ng pr ke bn.
ni kes sama dengan allahyarham aminurrashid.pada hemat aku.polis mmg suka buat cerita bile mereka sudah bertindak di luar batasan.
apepun kite tunggu keputusan bedah siasat.

tuan komrad said...

btul kate anon ats aku ni..sm2 tunggu keputusan bedah siasat..arwah tu mti kne pkul ke or mmg ade penykit lain..xpyh la buat fitnh sna sini ye wahai puak2 pr..xtkt dose ke..opss..lupe plak..kebanyakan dieorg ni spesis monyet sbb xnk ikt undang2..hahaha

Anonymous said...

apa daya kita cuma ikan bilis dilautan .. depa tu jerung meroyan, depa buat apa pun maksum .. nyawa bilis ni berapa sen sgt la .. itulah hakikat kita yang tak pernah bernilai di mata depa kecuali bila mengundi tiba.
Masa tu gatal kita pun sanggup digaru ..masuk metro lagi ... sedar le..

puteri_kebayan said...

sama2 salah..
yg kena tembak pun salah, dah saudara dia wat salah...haruslah kena belasah.
upp pun salah...pi tembak org smpai 2x..

Anonymous said...

Kurang ajar betoi budak UPP ni. Bangsat betoi Ketua UPP yg menipu dan memfitnah keluarga mangsa pada rakyat seperti yg disiar dlm berita.

Memang nak mampus kot. Dah lama dah kot hidup kat dunia. Pukui orang sampai mati. Lepas tu tembak orang. Lepas tu menipu orang ramai. Lepas tu memfirnah keluarga mangsa.

Kau orang kalau jumpa muka2 tu bantai ja...jangan tunggu lagi. Memang barua betoi penguasa2 jenis macam ni.

Anonymous said...

oi komrad hapak.
suke2 hang na cite pasal undang2..kene ikot undang2.......
dah tahan suspek & belasah sampai mati tu ikot undang2 ke?
hapak la lu! :)

Anonymous said...

tuan komrad hnya tau undang2 dunia je..undang2 akhirat..jahil nak mampus..

aku asa..lau kena kat kuarga sendri, baru leh rasa, time tue br la nk sumph seranah kat upp,antara ayatnya " lau salah skli pun,nape d pukul..nape d lepaskn tembakan kat tubuh badan"...cam haram la lu...

undng2 tuan komrad...serang je ank bilis nie..matikn je...selamatkn menteri2...

lau cm nie punya hal..aku sarngkn amggota upp nie p tembk je menteri2 yg ada..bertimbung seludup duit negara tue...

lu mmng haram jadah la tuan komrad...

tunggu laporan taik ko...lau da undang2 tue org hamprak cm ko yg control...

Anonymous said...

Lain kali buat la kerja salah lagi...bila dh kena br nak bising...lepas ni...pakat2 buat kerja salah..dah kena..pakat2 bisng..amacam?

Anonymous said...

Pertama kerja menyeludup tu salah di sisi undang-undang, Kedua ia tak bayar cukai. Ini kerja penjenayah ekonomi.
Sepatutnya terima kasih kepada orang UPP yang bawa arwah ke hospital. Kalau dia tinggalkan arwah dalam keretanya macam mana. Pertolongan yang diberi patut diambil kira.
Untuk pengetahuan semua, dari pengalaman yang didapati bahawa geng penyeludup beras mereka tak hormat undang-undang dan penguatkuasa.

Anonymous said...

kpd smua Bloger tak payah hang pa duk lawan anjing2 n Babi2 Beruk Negara tu..tak kan menang pn... Hang pa kang smua dah tau BN kan pakar undang2, Menteri dorang kan lagi Hebat dari Tuhan, undang2 Islam dorg tolak jer...undang2 Allah ni tak adil bagi dorg, sbb tu dorg tolak, baik korg ishtihar pelang jer kat dorg tu...undang Malaysia ape la sgt kalo dorg dah pegang makhamah tu...smua Fakta bole auta ma....

Anonymous said...

woi komrat bodoh.. org tu dah meninggal.. yg ko kutukx2 buat pe...
dari segi hukum ALLAH .. dia tak buat dosa pon....dia cari makan untuk anak bini dia... selagi benda yg dia seludup tak beri kesan buruk macam dadah.. arak... dia tak berdosa.... beras yg dia bawak tu guna bagi org makan la bodoh....

kat sini cite pasal tuntut keadilan org yg teraniaya.. bukan nak cite pasal parti.. kalu dasar anjiung yg suka jilat buntut pemimpin lahanat.. memang macam ko...

sampai satu hari nanti ko teraniaya.. ko akan tahu macam mana yang dia rasa..... ko baca apa yang diorang kata.. dan tgk bukti.... kata 2 das tembakan... amaran dan 1 lagi pertahankan diri... nape budak tu dapat 2 das tembakan....

ko nei memang dah buta mata hati.... aku doakan ko akan diberi hidayah.. walaupun lepas ko atau keluarga kena kes macam tu

semoga Allah memberi petunjuuk pada ko...