"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 15, 2011

Koleksi Terbaik Pimpinan UMNO "Membela" Islam

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...


Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Undang-Undang Hudud.

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.

8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.

11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.

15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.

16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.

19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.

20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92

Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.

1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.

3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)

Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.

Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.

Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut.

1. “Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)

Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes 'The Zouk', Ampang)

1. "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya". - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001

2. “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” - Dato’ Rais Yatim, Jun 2001

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras.

13 comments:

Otak Geliga said...

nak bincang pasal Hudud? Pub? Arak?..hehe

sedar x apa yg kau tulis ni?...senangnya lupa apa yg berlaku skrg ni ye?

Tolonglah jgn ulas pasal perkara di atas tu....mcm ko marah menantu pukul lembu pulak.

ada pulak selit isu JAIS...ni nak kaitkan dgn tindakan JAIS pergi ke DUMC ke? nak justifiedkan dgn keadaan skrg ke? atau nak tunjuk kerajaan sokong org kerja kat PUB?

sooo soalan aku simple je....apa yg kerajaan PR buat sekarang utk perjuangkan agenda seperti yg kau utarakan di atas??

HangNadim® said...

Kah! Kah! Kah! Soklan aku pulak utk orang yg mengaku otak geliga: Ada tak nko dengar mana2 pemimpin Melayu UMNGOK yg sama-sama kerajaan PR utk memperjuangkan agenda melawan maksiat? Kah! Kah! Kah! Mamposss tak ada kan? Sebb Melayu UMNGOK ni memang dari dulu taik Maksiat! Wah! Wah! Wah! Bukan main lagi ... soooo soalan simple konon! Dei! Poooooodaaaah! Kah! Kah! Kah!

Anonymous said...

1.sekurang-kurangnya!!puak umnola yang bina semua masjid di kelantan no!!boleh jugak puak-puak pas tumpang beribadat terutama pada bulan posa ni!!
2.yang dok cakap bedegaq-degaq tentang islam!dah bertahun perintah kelantan!!buat masjid sebuah pun tak boleh!!
3.cukupla jadi barua puak kapiaq pua pas oii!!baca Al-Quran guna pembesar suara pun tak boleh!lepas ni baca Bissmillah kuat pun tak bole!!Puak islam pas bukan main dok jaga hati puak kapiaq!yang puak kapiaq dok murtadkan puak islam!!!
4.akai letak mana!!!!!

Mr Joker said...

"Sekurang-kurangnya"..?

Hahahahahahahahaha... Oih Samdol... x de masjid pun orang Islam boleh solat jugak... Syarat Sah solat x sebut pun WAJIB SOLAT DALAM MASJID/SURAU.

Buat masjid juta2 pun kalau nak isi dengan makmum 1 saf untuk solat subuh pun x guna..!

Buat masjid juta2 pun kalau stakat pergi solat jumaat sminggu sekali je x de maknanya..!

Buat masjid juta2 pun kalau pakai duit rakyat x de yang hebatnya..!

Yang oeruntuh Masjid kampung Bujal dekat kemaman terengganu tu parti mana..? bukan UMNO ka..?

Sama la UMNO dengan Yahudi Lakhnat... x dak beza langsung..!

Anonymous said...

1.nampak benar hangni muka tak malu poji oii!!
2.belambaq puak pas yang muka macam hang!!tuduh orang itu dan ini!!last sekali yang mula-mula dok beratur untuk dapatkan bantuan dari puak umno adalah puak-puak pas la!!
3.paling tak malu bila puak macam hang ni dok jadi barua puak kapiaq!!dapatla sekupang dua!merasala merc atau datuk atau datuk sri noo!!!
4.bab-bab agama ni seperti buat masjid dan sebagainya dibawah kuasa kerajaan negeri!awat puak umno ka yang dok perintah kelantan sekarang!!

Mr Joker said...

Yang berderet2 kenyataan dekat atas tu semuanya dari mulut Pimpinan UMNO...

X dak dok tuduh2 aih...

Terima jelah kenyataan pimpinan UMNO dengan pimpinan Zionis ni memang x dak beza...

2-2 lawan Islam, 2-2 tak mengaku kekuasaan Allah.

Ni bukan tuduh... ni kenyataan...

Kalau Najib & Muhyiddin tu mengaku kekuasaan Allah, dah lama dah Najib suruh BikMama tu tutup aurat, dah lama dah Muhyiddin tu suruh anak dia yang gila nak jadi artis tu tutp aurat.

Ingat... dosa2 isteri, suami tanggung selagi suami hidup...

Ingat... dosa2 anak betina pak dia yang tangging selagi pak dia hidup...

Nak nafi kenyataan ni..?

Kalau hang nafi kenyataan ni, hang oun sama dengan Zionis...

Tapi x pa la kalau hang sama dengan Zionis, pasai pemimpin hang sendiri pun Zionis... Puak2 mengaku Islam tapi lawan Islam...

Anonymous said...

1.oii mamat poji!!yang hang dok jawab melilau kesana-kesini!!buat apa!!hang jawabla bab pembinaan masjid dikelantan tu!!yang dok cakap berbelit-belit tu sapa suruh!!
2.cakap berbelit-beli!!last sekali puak hangpa ni kena belit sekupang je dengan kalpal singh!!!

Anonymous said...

woi....hang igt ameno bagi duit tu duit ameno ka...?ameno meniaga pa yg byk sgt duit....? hang pi suruh depa tulih kat masjid tu "MASJID NI HANYA UNTUK ORANG AMENO SAHAJA" .... bab masjid pon jd hal....

Hamba Allah said...

Saudara kena faham sistem Federalisma.

Sistem Federalisma yg diguna pakai mcm di negara kita mewajibkan semua pendapatan kerajaan negeri diserahkan kpd kerajaan pusat (cukai, hasil bumi dll). Kerajaan negeri tidak punya hak ke atas pendapatan yg dikutip di negeri masing2.

Kemudian kerajaan pusatlah yg akan mengagihkan semula pendapatan kerajaan2 negeri kpd semua negeri. Kerajaan negeri tidak akan mendapat balik 100% dari jumlah yg dikutip sebelum ini (biasanya kerajaan negeri dpt balik kurang drp 40%).

Jadi berkaitan isu pembinaan masjid dan infrastruktur2 lain memerlukan sokongan kewangan dari kerajaan pusat kerana kalau nk guna duit yg kerajaan pusat agih balik mmg x cukup.

Anonymous said...

Jangan bimbang, mursyidul am Ibrahim Ali dah ambik alih tugas Pas..

Hahahahhahhahaaa...

Anonymous said...

uiks! diam dah blogol2 umngok ni? isu ni susah nak menang. gi posting lain komenlah. jangan print komen korang yang ini tunjuk kat tuan anjing. karang kena belasah je sebab bodoh sangat.

pasal Islam baik korang tak yah sentuh lah. karang silap2 akidah pun lari. gi komen maki hamun kat topik2 lain.

jangan marah haaaa....

Anonymous said...

pencacai nyanyok angkut najis umngok ni kalau tak merapu tak sah, woi masjid yang kerajaan buat tu bukan duit umno, duit kerajaan. ada tau ka beza parti dengan kerajaan? buang2 lah sikit bengap tu.

Anonymous said...

PAS UMNO
Mengucap Yes Yes
Puasa Yes Yes
Solat Yes Yes
Zakat yes Yes
Haji Yes Yes
Hukum Islam Yes NO
= islam = Kafir

pikiarq ambik la, dah la UMNO bodoh, piang pulak