"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, March 05, 2009

Ketua PKR Bagan Serai Tidak Khianat..! - malaysiakini

Dalam entri aku bertajuk "Ketua PKR Bagan Serai Khianat..? - malaysiakini", aku ada persoalkan kedudukan Ketua PKR Bagan Serai dalam kejadian berhampiran Bangunan SUK Perak. sebabnya hangpa baca dalam entri tu.

Lepas tu tengahari ni jam 1:43 PM, aku terima komen dari :

Anonymous has left a new comment on your post "Ketua PKR Bagan Serai Khianat..? - malaysiakini":

Haramjadahlah aku kalau aku sokong haramjadah.
sila klik:http://tankuda.blogspot.com/

Aku cilok kenyataan dari Tan Kuda dalam blog dia :
  • Aku bukan takut bergaduh sebab aku pun biasa dok dalam 3 bulan pasai katok orang UMNO (tangan dia patah). Aku keluar 30HB Ogas 2004 sehari sebelum DSAI dibebaskan. Kawan-kawan kata aku yang masok pi bincang pasai pembebasan DSAI. DSAI keluar 1 Sept 2004 (31 Ogas-Hari Kebangsaan).
  • Pendek kata bukan soal takut atau soal belot, cuba pikiaq kalau waktu tu terjadi pergaduhan. Rapatlah PR di kutuk. Aku cuba nak cari jalan supaya puak bengong ni tak rapat dengan budak kita. Aku sekat sambil tolak depa ke belakang sehingga pecah sekatan depa tu, barulah ADUN-ADUN kita masuk ke depan, jumpa sekatan Polis pulak.
  • Dalam dok kelam-kabut tu aku dapat juga sigung 3~4 kali diperut berok yang pakai kopiah hitam tu. Aku tak kenai sapa dia ni. Puak tak ada teloq ni berani pasai dikelilingi SB yang bagi aku SB ini sebahagian dari komponen BN. Seperkara lagi, aku nak bagi tau bukan semua pekida boleh di beli macam depa ni, bagi aku slogan "AMAL MAKRUF NAHI MUNKAR" hendaklah di tegakkan dan diamalkan dan bukan juga untuk dijunjung saja tapi untuk dihayati dan menjadi pegangan hidup.
  • Kalau depa ada ayah, aku pun ada ayah tapi ayah aku pesan jangan sokong orang-orang yang melakukan kerja-kerja munkar, tak selamat hidup, mati jadi hantu. Aku akan jaga pesanan ini sampai mampuih.
  • Wasallam
Jadi persoalan dah terjawab... terima kasih Tan Kuda atas jawapan tu. aku andaikan bahawa Hang adalah antara mereka-mereka yang mengamalkan "AMAL MAKRUF NAHI MUNKAR" macam yang hang sebut dekat atas.

Persoalan dah terjawab... tak dak lagi kekeliruan.

"I don't need sex... the Government and the Police Fuck's me everyday..!"

PDRM Dah Masuk Hantu - malaysiakini

Malaysiakini melaporkan :
  • Polis akan menyiasat kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak, termasuk Speaker DUN V Sivakumar, berhubung persidangan tergempar bawah pokok kelmarin.
  • perak state govt crisis state adun assemble under the rain tree 030309Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata mereka semua, termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, akan dipanggil atas dakwaan berhimpun secara haram, lapor Sin Chew Daily.
  • Dalam sidang tergempar itu yang diadakan di tempat letak kenderaan tidak jauh daripada bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), mereka meluluskan tiga usul, termasuk membubarkan dewan.
SAH PDRM dah masuk hantu tak pun dah gila babi. sejak bila pulak Sidang DUN jadik perhimpunan haram? nampak gayanya lepas ni, setiap Sidang DUN kena mintak permit la...

Oit...!!! Kalau Bangunan yang tempatkan Dewan Undangan Negeri runtuh lepas tu Sidang DUN terpaksa buat dekat tempat terbuka kena mintak permit dari PDRM ka?

Malaysia dah jadi negara gila babi...

"I don't need sex... the Government and the Police Fuck's me everyday..!"

Entri Terpendek.... - malaysiakini

"I don't need sex... the Government Fuck's me everyday..!"

tolong komen...

Dato' Nasa Di Ipoh..! - malaysiakini

Semalam aku MSK ngan Dugong Darat pi makan dekat Restoran Seniman, Ipoh. masa nak keluar, aku capai kamera kot-kot tengah jalan kang ada peristiwa menarik berlaku. MSK cakap tak payah la... nak pi dekat ni ja...

Jadi aku tinggal kamera aku.

Tanpa kamera, kami gerak...

Aku ngan MSK makan nasik lemak ayam masak merah ngan kopi "o"kaw, dugong darat bantai makan chicken chop ngan milo ais.

Tengah syok-syok makan, aku perasan ada sorang mamat sampai dengan 2-3 orang geng dia. aku tak berapa ingat. Dugong Darat nganga... "Dato' Nasa"... kata Dugong Darat.

Betoi la... aduih... kamera tak bawak pulak. cilako...

Alternatif lain... camera hp berkekuatan 2mp tapi x dak flash. ah belasah la...

Dato' Nasa datang ngan apa aku tak perasan. apa depa sembang pun aku tak dengar.yang aku dengar, dia order Tomyam ngan kopi "o".

Yang aku nampak sebelum tu, meja yang Dato' Nasa duduk tu dah ada orang tunggu. brader baju kemeja biru.

Apa Dato' Nasa buat dekat Ipoh? dia tak balik Bota ka?

Orang Bota standby kasut ngan selipar... tunggu kot-kot "wira" hangpa balik...

Ketua PKR Bagan Serai Khianat..? - malaysiakini

Dekat sebelah ni ialah gambar Mohd.Nasib Rahim atau lebih dikenali sebagai Tan Kuda. Bekas calon bagi DUN Alor Pongsu PRU-12 merangkap Ketua KeADILan Bahagian Bagan Serai.

Pertama kali aku jumpa Tan Kuda masa program Dato' Seri MB dekat Bagan serai 25hb, Februari, 2009.

Masa dekat Bangunan SUK aku tak perasan sangat Tan Kuda ni ada ke x de, tapi bila aku dapat gambar dekat bawah ni dari blog ANAK SENGAT...

Erm... padahal aku tak perasan pun Tan Kuda ni... tapi sorang geng yang tengok gambar ni terperasan.

Aku pun pelik jugak bila member cakap... apasal Tan Kuda boleh berdiri mengadap sebelah kita sambil senyum je? padahal dekat belakang dia geng PEKIDA dok provoke orang kita.

Dua ni dok belah kita ke dok belah PEKIDA? Tunggu apa Tan nak jawab... kalau hang belot... masak hang..!

Tan Kuda yang berbaju putih membelakangkan Ayahanda Lajin...

339: HIDS Koleksi Gambar - malaysiakini

Untuk thread ni aku tak mau ulas apa-apa... korang tengok gambar je...


















Kenali Ayahanda Lajin PEKIDA Ipoh - malaysiakini

Ini adalah post yang akan menyakitkan hati sesetengah pihak yang gagal menggunakan akalnya yang waras dengan cara yang betul.

Jika anda merasakan bahawa anda tergolong dalam golongan yang gagal menggunakan akal anda yang waras dengan baik, maka anda digalakkan untuk meninggalkan sahaja post ini secepat mungkin. abaikan apa yang telah anda baca tadi.

Lihat gambar dekat bawah...
Individu dalam gambar diatas telah dikenal pasti sebagai Ayahanda Lajin yang dikatakan sebagai salah seorang ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA). apa itu PEKIDA..?

Aku pun tak tau apa itu PEKIDA. tapi korang boleh baca dekat [sini].

Bila baca dekat situ macam best sangat PEKIDA ni.

Korang luang masa sikit baca Perlembagaan PEKIDA Malaysia dekat [sini]. lepas tu korang tengok lagi gambar tingkah laku seorang yang bergelar "Ayahanda" dalam PEKIDA Ipoh, Perak, Malaysia.
Korang perhatikan tangan Ayahanda Lajin... simbol apa tu? kalau tak jelas, korang klik dekat [sini] untuk imej yang bapak besor - gambar ihsan ANAK SENGAT.

Aku quot sikit dari Perlembagaan PEKIDA Malaysia.

2. TUJUAN/ MATLAMAT
:
  • 2.1 - Menegak dan memperjuangkan syiar Islam sesuai dengan ajaran Al-Qu'ran dan Hadis.
  • 2.2 - Mengujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertua Agong, Sultan-Sultan, Dan Raja-Raja Melayu. Kerajaan dan Pemerintah dan mematuhi Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

  • 2.3 - Mengujudkan sumber kewangan masyarakat Islam dan menubuhkan Yayasan serta menggalakan ahli untuk bekerjasama memberi bantuan dan sokongan bagi meningkat dan meninggikan taraf kehidupan umat Islam di segala bidang serta mengadakan atau menebus harta, bangunan, dan lain-lain harta.
  • 2.4 - Menganjurkan kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli.
  • 2.5 - Mempertahankan Negara dari ancaman musuh dan anasir jahat, komunis, dan golongan anti Islam.
  • 2.6 - Mendirikan institusi pendidikan dan menjadikan bidang pendidikan sebagai tugas penting dan utama yang perlu dilaksanakan untuk ahli, anak-anak mereka dan masyarakat umum.
Jadi... apakah amalan mencarut, maki-hamun, dan jugak angkat tangan tunjuk simbol carut macam dalam gambar dekat atas tu tertakluk dalam Perlembagaan PEKIDA Malaysia ke?

Aku baca pulak dan aku quot dekat sini Perlembagaan PEKIDA Malaysia bab...


3.7
LUCUT MENJADI AHLI :
  • a) Sekiranya ahli dengan sengaja melanggar Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA. Keahlian adalah gugur dengan sendirinya dan Majlis Tertinggi berhak dan akan menghantar surat pemecatan rasmi sebagai ahli kepadanya.
  • b) Ahli yang didapati gila atau fikiran tidak siuman atau seumpamanya.
  • c) Gagal menjelaskan yuran tahunan selepas diberi notis selama tiga Bulan.
  • d) Menarik diri.
Jadi kalau ikut Perlembagaan PEKIDA Malaysia 3.7, Ayahanda rasanya dah melanggar Perlembagaan PEKIDA Malaysia fasa 3.7(a) dan juga tergolong dalam golongan yang disebut didalam Perlembagaan PEKIDA Malaysia fasa 3.7(b).

Terang-terang seorang yang bertaraf Ayahanda dalam PEKIDA perangainya samseng macam orang tak de akal. lain-lain gambar korang boleh tengok dekat [sini], aksi-aksi Ayahanda Lajin dalam misinya "Menegakkan dan memperjuangkan Islam sesuai dengan ajaran Al-Qur'an dan hadis".

Khak Ptuih...!!!

Orang-orang macam ni la yang bikin rosak PEKIDA... pimpinan PEKIDA pulak kalau benda-benda macam ni mana la nak ambik tau sangat. mungkin depa sibuk dok deal projek ngan UMNO. jadi tak heran la kalau hangpa baca dekat ruangan komen dalam mana-mana weblog, boleh dikatakan majoriti pengkomen manggelar PEKIDA sebagai PUKIDA.

Salah siapa? orang yang menggelar atau orang yang ada kuasa untuk perbetul tapi lebih suka dok diam? apa yang aku nampak sekarang ialah, pihak atasan PEKIDA langsung tak berminat untuk membersihkan nama PEKIDA yang makin hari makin buruk dan busuk dimata dan hidung kebanyakan rakyat Malaysia. sebab apa?

PEKIDA dah rosak macam UMNO/BN. 2-2 rasanya tak de beza. bernyawa semata-mata atas "kekuatan". "kekuatan" apa? kekuatan ahli-ahli yang SAMSENG. sape dapat nafikan bahawa PEKIDA dan SAMSENG dapat dipisahkan?

Kalau rasa nak dengar teguran ni, dengar. perbetul apa yang patut. kalau rasa hebat, tak payah dengar. buat macam tak de apa-apa yang berlaku. korang kan hebat? tapi hebat sangat ke korang berbanding Allah?

Wednesday, March 04, 2009

339: HIDS (bhg akhir) P*K*DA Buat Gila..! - malaysiakini

Habis Sidang Akhbar semalam, aku terus turun kebawah keluar dari Pejabat DAP di Wisma DAP Perak. dekat bawah beribu-ribu penyokong-penyokong Pakatan Rakyat berkumpul sambil kusyuk mendengar ucapan dari Dr.Hatta Ramli. macaam biasa la, ucapan yang berdegar-degar.

Sikit penjelasan dari Dr.Hatta Ramli -
  • UMNO mengatakan bahawa Speaker DUN tak boleh panggil Ahli-Ahli Dewan untuk satu Persidangan tergempar dan ianya adalah tidak SAH dari segi perlembagaan, tapi depa pi fail mintak mahkamah tolak keputusan Speaker yang gantung tugas depa supaya depa dapat masuk Dewan... jadi apa fikiran korang?
Tutup kes UMNO BAHLOL.

Masa Dr.Hatta dok bagi ceramah tu aku angkat kaki pi lepak kedai Mamak (aku tak tau sape owner kedai ni, mungkin jugak anak beranak Zambry...). masuk dalam kedai, aku bukak laptop (mekasih dekat geng yang bagi pinjam laptop dan BerukBand sepanjang aku lepak sini...) kendian aku update berita pertama dalam blog aku berkenaan apa yang berlaku di Bangunan SUK semalam - rujuk [sini].

Diakhir entri tu aku ada habaq "Tengah-tengah aku dok menaip ni ada pulak SB-SB dari depan SUK dok langkah datang...".

Dalam masa 5-10 minit lepas aku offline, aku dengar kecoh-kecoh dekat luar... dahhh... depa buat hal dahhh...

Aku simpan laptop, sandang balik beg atas belakang, capai kamera chow...

Rupa-rupanya geng-geng yang aku ingat SB-SB tadi dah berkumpul dekat satu kedai "Kamisuka Kopitiam" (ownernya orang UMNO) dekat hujung direct bangunan ni, ada la dalam 50 orang atau lebih. puaka-puaka tu pulak dok provoke orang ramai yang dok berkumpul dengar ucapan Dr.Hatta.

Kebetulan pulak masa Dr.Hatta tengah berucap YB Lim Kit Siang sampai, lepas YB Lim Kit Siang sampai, Dato' Seri MB pulak keluar tinggalkan Pejabat DAP. masa tu la mangkaq-mangkaq tu buat gila babi sekali lagi.

Ada orang tempatan dekat situ bagi tau aku mamat Songkok Tinggi tu bergelar Ayahanda dalam pertubuhan P*K*DA Ipoh... betoi tak betoi aku tak tau. masa kejadian ni aku tak perasan mamat Songkok Tinggi ni ada ke tak tapi yang pastinya kalau korang tengok dalam gambar dekat atas tu, mat misai ngan baju belang biru tu pun ada.

*yang muka macam KJ pun ada gak 2-3 orang hahahahaha..!!

Depa pakat-pakat dok balik batu, botol dan cawan kearah orang ramai yang berhimpun. ada sorang petugas keselamatan Pakatan Rakyat sempat depa tarik bawak masuk dalam Kopitiam tu kendian depa pakat-pakat belasah ramai-ramai.

Jadi dekat sini sapa yang menganjurkan keganasan? korang pikir la sendiri. yang beribu-ribu (penyokong Pakatan Rakyat) atau geng-geng SB dan P*K*DA?

Patutnya yang beribu-ribu ni la lebih berkemungkinan untuk buat kecoh tapi dekat Malaysia terbalik. geng minoriti yang selalu buat kecoh dan selalunya geng minoriti ni ialah ahli-ahli UMNO/P*K*DA yang mendapat PERLINDUNGAN PENUH dari pihak PDRM.

Ini bukan fitnah. ini adalah tuduhan yang berbukti dan aku dah jelaskan sebelum ni dalam entri ni siap bukti bergambar dan video rakaman lagi (akan diupload kemudian). untuk bukti bergambar korang jenguk je dekat [sini].

Dari pemerhatian aku sepanjang 10 tahun mengikuti perkembangan politik Malaysia, aku dapat simpulkan bahawa penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sering digambar dengan berbagai gambaran yang tidak baik padahal yang tak baik tu adalah dari kalangan UMNO/BN sendiri.

Depa ni banyak berselindung disebalik pihak PDRM dan juga pandai memanipulasi pertubuhan-pertubuhan terutamanya P*K*DA. P*K*DA ni pulak ahli-ahlinya BANGANG. amar makruf nahi mungkar tapi perangai macam anak setan.

*brader dalam gambar ni mengaku ahli UMNO masa Edisi 7 interview dia... ikut kenyataan "BERANI"nya, krisis di Perak tak kan berlaku kalau UMNO dibawah pimpinan Najib tak buat rancangan Gila Babi macaam yang berlaku sekarang.
Yang pegang jawatan dalam PDRM pun ramai yang BANGANG. TERUTAMANYA yang berpangkat. mentang-mentang hangpa "POLIS" ada pistol dengan gari dekat pinggang, hangpa nak tunjuk HERO. kalau berani pi lawan mungkar nangkir la woi..!

Lagi satu yang aku dok perati dari 10 tahun lepas... tiap kali ada kekecohan dekat mana-mana, jurugambar RTM, TV3suku, Utusan dan Berita Harian mesti ada "at the right place anda the right time..!". yang ni aku paling heran.

Nampak sangat perancangan MENATANG..!

Khak Ptuih...!

-Tamat Edisi 339: Hari Ini dalam Sejarah-

Kisah-kisah sebelumnya :
*terima kasih dari teman Topengperak_Xinwugi kepada pembaca-pembaca setia weblog teman yang tak seberapa ni. juga kepada pengkomen-pengkomen yang sangat-sangat aktif. master yoda, darth vader, zali, chot, sasaudengo, tok sidang, |1f34|-|1r3, orang tanjung, paloi bin mulau, sepat_ronggeng, tok ggawo, tungaklangit, belalang tempur, anonymous-anonymous sekelian dan jugak ramai-ramai lagi yang nama tu aku tak taip kat sini (mintak maaf ramai sangat sampai teman tak ingat...) korang semua best.

Selisih pendapat tu perkara biasa, tapi kalau sampai tahap macam Songkok Tinggi dengan dia [ni] memang dah melampau...

3 Pilihanraya Kecil Serentak - malaysiakini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai akan diadakan serentak pada 7 April ini.

Dengan keputusan itu, ketiga-tiga pilihan raya kecil iaitu kerusi Parlimen Bukit Gantang dan dua DUN - Bukit Selambau dan Batang Ai akan diadakan pada hari yang sama.

Batang Ai terletak di Sarawak manakala Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.

Hari penamaan calon bagi kerusi DUN Batang Ai juga akan diadakan serentak pada 29 Mac, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Kuching sebentar tadi.

Asst. Professor Dr. Shamrahayu Ab. Aziz..? - malaysiakini

Bernama melaporkan begini...
  • Beliau berkata tiga usul yang diluluskan adalah tidak berperlembagaan.
  • Ini kerana persidangan itu diadakan 100 meter dari Bangunan Dewan Undangan Negeri, bertentangan dengan Aturan Mesyuarat, yang menyatakan bahawa masa dan tempat persidangan itu mestilah yang diwartakan, katanya.
  • Beliau merujuk Aturan Mesyuarat 10(1) yang menyatakan terma Dewan Undangan Negeri ialah pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Sultan Perak dari masa ke semasa melalui pengisytiharan yang diwartakan.
Kemudian seorang sahabat menghububungi aku melalui email mengatakan...
  • Kedua, beliau dari Islamic Law Department bukan Public Law Department (yang berkaitan dengan Constitutional Law)
  • wasaalam.
Aku cuma nak bagi satu kenyataan yang mudah...

Kalau nak tau apa-apa tentang kereta, pi la tanya pakar kereta. yang hang pi tanya pakar basikal tu buat apa?

BERNAMA pun dah kena beli dekat UMNO/BN ka..?