"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 29, 2009

Saksikan Sendiri Mengapa UMNO Begitu Galak Menuduh PAS Diperalat DAP

Patutla galak sangat UMNO sekarang ni menuduh PAS dihambakan DAP. Rupanya, ada udang sebalik batu. Dari beberapa siri prosiding SELCAT, rakyat mulai sedar bahawa sewaktu UMNO memerintah Selangor dahulu, duit rakyat di Selangor mereka gunakan macam bapak mereka punya.

Adake patut belanja duit rakyat RM1.6 semata-mata untuk membawa keluarga pergi bercuti di Disneyland, California, USA. Pergi Disneyland atas nama urusan kerajaan tapi pihak Disneyland pun tak tahu diorang datang.

Kalau ini bukan tindakan khianat kepada bangsa Melayu, saya tak tau la nak kata apa. Duit RM 1.6 juta tu boleh membeli 40 rumah kos sederhana kepada 40 keluarga Melayu yang miskin BUKANKAH INI SATU PENGKHIANATAN KEPADA BANGSA MELAYU dan UMAT MELAYU SEDUNIA? Jawab wahai ahli2 UMNO sekelian jawab. Pemimpin kamu pergi bercuti ke Disneyland dgn wang rakyat RM1.6 juta, kamu penyokong bawah ni dapat apa? Nak pegi bercuti kat Morib pun takda duit. Hahahahaha.

Wahai ahli UMNO sekelian, janganlah kamu jadi kerbau. Kerja teruk kat sawah sampai kena sebat last2 nasik yang kamu tolong tanam padinya, dimakan oleh kucing yang di atas rumah.

Lihatlah jasa SELCAT mendedahkan perangai UMNO menjadikan wang rakyat macam wang bapak diorang. Yang herannya, Hasan Ali pegi lawan SELCAT???


Tulang Besi

Bagan Pinang:UMngok Umum Calon Paling Bersih..!!

Sebagaimana yang dijangka, Perdana Menteri Najib Razak memilih Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Ramai pihak termasuk mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sebelum ini menggesa Najib memilih seorang calon yang bersih dari rasuah politik bagi mengembalikan kreadibiliti parti itu di mata rakyat.

Isa disabit atas kesalahan merasuah perwakilan untuk pemilihan UMNO pada tahun 2004 dengan menganjurkan pertemuan dengan perwakilan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Beliau dilucutkan jawatan naib presiden dan digantung selama tiga tahun. Tempoh itu berakhir pada Jun tahun lalu.

Isa adalah Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang dan dicalonkan untuk Bagan Pinang atas reputasinya sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan untuk lebih dua dekad serta berpengalaman luas dalam politik negeri itu.

Dalam memilih Isa, Najib dilihat mengambil "jalan selamat" untuk memastikan UMNO mengekalkan kerusi tradisinya itu dan tidak kalah pada pilihanraya kecil di Semenanjung untuk kali kelapan berturut-turut sejak pilihanraya umum 2008.

UMNO-BN sebelum ini tewas pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir.

Isa diletakkan di Bagan Pinang bersandarkan popularitinya di kalangan masyarakat tempatan di situ walaupun kepemimpinan UMNO itu akan dilihat sekali lagi sebagai tidak serius dalam membersihkan parti itu daripada gejala politik wang.

Pemilihan Isa sebagai calon BN untuk Bagan Pinang dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

Sumber - Anjung Info

Malam ini PAS pula akan mengumumkan calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Pengumuman akan dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.

Kemungkinan Besar Tiada Tindakan Dari PAS Ke Atas Hasan Ali

Dato Hasan Ali tau bahawa apa sahaja yang beliau lakukan, tiada tindakan yang akan diambil ke atas beliau. Ini kerana beliau tahu Presiden PAS tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau.

Presiden PAS adalah seorang yang baik dan seorang ulama yang wara' dan banyak berjasaa dalam dakwah. Tetapi di dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran, beliau tidak akan berani membuat apa-apa keputusan tanpa mendapat kebenaran dari "kawan-kawan" Terengganu beliau, yakni Cikgu Pa, Ustaz Harun Taib dan Ustaz Bakar Chik.

Maklumat yang saya dapati, puak-puak Terengganu amat gembira dan amat menyokong tindakan Hasan Ali menggangu keharmonian Pakatan Rakyat di Selangor. Ini bererti Presiden PAS pun kelak akan menyokong dan mendokong tindakan Hasan Ali walaupun jelas tindakan Hasan Ali ini berlawanan dengan keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam.

Presiden PAS tidak akan dapat membuat keputusan yang mana keputusan itu berlawansan dengan kehendak dan kemahuan geng Terengganu.

Dan yang lebih menyedihkan tindakan Hasan Ali kali ini adalah bermotivasikan perkauman atau Kebangsaan Melayu. Presiden PAS sewaktu tahun 80an adalah antara yang lantang menentang kebangsaan Melayu. Ceramah ceramah beliau teruk menghentam kebangsaan Melayu dan beliau kerap memberi kuliah dan ceramah agama berkenaan dengan keburukan kebangsaan Melayu.

Namun apabila Hasan Ali jelas menghina usaha dan ajaran Tuan Guru Haji Hadi seperti sekarang ini, Presiden tetap tidak akan mengambil tindakan terhadap Hasan Ali. Mengapa? Kerana Presiden tertakluk kepada kemahuan dan kehendak "Geng" Terengganu yang sudah tidak laku dan bergantung ke jubah Presiden.

Saya kata tak laku kerana orang macam Abu Bakar Chik ditolak di DUN beliau sendiri pada 2004. Cikgu Pa telah kalah bertanding dalam DUN yang sepatutnya PAS menang tetapi pengundi PAS sendiri menolak beliau menyebabkan beliau kalah.

Ustaz Harun Taib baru2 ini di "boo" dalam satu ceramah di Kemaman. Belum pernah seorang Pesuruhjaya PAS di layan seperti budak umur 12 tahun sebegitu sekali. Dan lagi menyedihkan Ustaz Harun Taib adalah Ketua Dewan Ulama, namun beliau tetap di boo dan disorak oleh rakyat Terengganu dengan begitu mengaibkan sekali.

Presiden PAS, malangnya, masih meletakkan harapan dan kepercayaan kepada orang-oirang yang bertanggungjawab kepada kekalahan PAS di Terengganu 2004. Presiden PAS tidak meletakkan kepentingan dan keharmonian parti di atas. Presiden PAS melektakkan kemahuan dan kehendak "geng Terengganu" di atas segalanya malah melebihi kepentingan serta parti.

PAS akan melalui zaman kegelapan kembali. Orang2 yang bertanggugjawab di atas kemenangan PAS pada 2008 telah dibuang jauh-jauh. Orang2 yang bertanggungjawab atas kekalahan PAS di Terengganu 2004 telah diletakkan di posisi yang teratas dalam parti oleh Presiden.

Maka, walaupun Hasan Ali menghina Pakatan Rakyat, menghina PAS malahan memperlekehkan ajaran Presiden yang menentang kebangsaan Melayu, Presiden akan terus mendokong Hasan Ali sehinggalah agaknya PAS ditolak oleh orang Melayu dan juga orang Bukan Melayu.

PAS menang baru2 ini adalah atas undi orang bukan Melayu, Tindakan dan kenyataan Hasan Ali mengecewakan orang bukan Islam yang mengundi PAS. Mereka merasakan mereka ditipu.

Pada waktu yang sama, agenda Melayu yang diperjuangkan Hasan Ali tidak akan menambah undi Melayu kepada PAS kerana PAS bukan parti Melayu. Orang-orang yang sensitif undi Melayu akan mengundi UMNO, dan bukan PAS kerana UMNO adalah parti Melayu. PAS tidak sebut pun perkataan Melayu dalam perlembagaan.

Hasilnya nanti, tindakan Hasan Ali yang disokong Presiden akan menyebabkan orang bukan Islam lari, dan orang Melayu tidak bertambah. Hasilnya nanti UMNO akan kembali berkuasa dan orang Melayu yang diharapkan mengundi kita tidak kesampaian. Orang bukan Islam sudah tidak akan mengundi kita lagi.

Pegawai2 kerajaan yang dilindungi Hasan Ali ini akan kembali dengan tugas mereka menindas dan melakukan korupsi yang menjadikan PAS terus kalah dalam pilihanraya umum dan kecil.

Itulah nanti jasa dan pembalasan Presiden PAS kepada parti. Itulah nanti jasa Hasan Ali kepada PAS dan perjuangan Islam

Tulang Besi

Monday, September 28, 2009

Pegawai Kerajaan Dibuli SELCAT? Saksikan Sendiri di Youtube

Dakwaan ini dibuat galak kali sehingga Ketua Pemuda PAS Pusat yang duduk di Pahang pun guna hujjah yang serupa. Itulah dia hujjah yang kerap diulang dan diulang kononnya kasihan kepada pegawai2 kerajaan ini.

Dibawah diberikan beberapa rakaman di Youtube. Terserahlah kepada tuan-tuan untuk membuat keputusan. Bagi saya, tidak ada bukti pun menunjukkan pegawai-pegawai kerajaan dilayan seperti budak-budak.

Sedarlah, bahawa atas tindakan para pegawai2 kerajaan Selangor ini yang mengeluarkan peruntukan setahun (Januari ke Disember 2008) pada bulan March 2008, telah menyebabkan PAS tewas di majority kerusi di Selangor.

DAP tidak kalah walau satu kerusi dan PKR hanya kalah dibeberapa kerusi sahaja. Yang menjadi mangsa paling teruk adalah PAS. Dan, apa yang Teng Chang Kim lakukan ini adalah untuk membantu PAS supaya pegawai2 ini tidak lagi menghambakan diri pada UMNO.

Sikap Hasan Ali membela pegawai2 ini tanpa membawa apa2 bukti yang menunjukkan mereka dilayan seperti budak-budak adalah satu bentuk penghinaan kepada PAS dan seluruh jentera PAS. Juga, ianya berlawanan dengan keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam.

Selain dari itu, boleh juga melihat kenyataan Dato Hasan Ali di sini :
Dan boleh juga melihat kenyataan Teng Chang Kim bagi menjawab beberapa persoalan dan isu yang ditimbulkan ke atas SELCAT:
Tulang Besi

Gobala Krishnan Ditahan Di Cameron Highlands...

Berita baru diterima... YB Gobala Krishnan telah ditahan ketika berada di Cameron Highland. setakan ini pihak kami masih belum dapat memastikan atas kesalahan apa beliau ditahan.

Undi Pos: Kenyataan Bersama Para Blogger..!

1. Kami yang terdiri daripada penulis-penulis blog yang prihatin terhadap sistem perjalanan undi POS bersetuju bahawa sistem undi POS haruslah dikemaskini sejajar dengan kehendak demokrasi dan keadaan semasa. Objektif kami adalah untuk melihat sistem Undi POS menjadi lebih baik dari yang baik.

2. Kami juga menyambut baik janji Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta semua pihak yang boleh mengenal pasti kelemahan kepada proses undi pos itu agar memaklumkan kepada SPR secepat mungkin sebagaimana yang disiarkan di utusan online bertarikh 15/9/09 seperti berikut :
  • ''Beritahu saya kerana saya pun nak perbetulkan kalau ada," Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Atas dasar kesedaran dan semangat cintakan negara, maka kami bersetuju untuk membuat kenyataan bersama sebagai menyambut permintaan Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Kenyataan bersama kami adalah seperti berikut :
3. Adalah amat malang bagi Malaysia, walaupun sudah 52 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya terutamanya undi Pos dengan lebih bebas dan adil. Ternyata sepanjang undi POS diperkenalkan masih banyak dakwaan-dakwaan tentang undi POS seperti tidak telus dan rahsia, wujudnya pengundi hantu dalam sistem undi pos, undi pos tidak relevan, kesahihan undi pos diragui dan wujudnya ugutan dalam sistem undi Pos yang penuh dengan kontroversi sehingga memberi pandangan negatif orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Kami percaya sekiranya dakwaan-dakwaan tersebut tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kestabilan negara di masa akan datang. Akhirnya memberi imej negatif bukan sahaja terhadap SPR tetapi kerajaan juga turut terpalit sama dengan kontroversi tersebut. Maka adalah sewajarnya SPR bertindak pantas dengan perbetulkan keraguan pengundi terhadap undi pos bagi meminimakan kontroversi Undi Pos itu sendiri.

Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Justeru, kami mencadangkan :

1. MANSUHKAN PERATURAN BORANG 2

Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2))Kami berpendapat peraturan borang 2 ini haruslah di mansuhkan atas sebab-sebab seperti berikut :

1. TIDAK MENJAMIN KERAHSIAAN PENGUNDI POS

Kami percaya peraturan borang 2 menyebabkan undi pos tidak mempunyai aspek kerahsiaan yang kuat. Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah “sine qua non” (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Ini menyebabkan aspek kerahsian pengundi Pos tidak dapat dijamin.

2. PERATURAN BORANG 2 SATU BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP PENGUNDI POS

Kami bersetuju bahawa SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara, sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tidak ada dalam peraturan sekalipun. Namun Borang 2 diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.Kami berpendapat, peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos. Oleh itu, penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa. Malah kami juga beranggapan peraturan borang 2, satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos dalam membuat keputusan untuk membuang undi. Sekali lagi kami, berpendapat SPR perlu mansuhkan peraturan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.

3. KEWUJUDAN PERATURAN BORANG 2 BERTENTANGAN DENGAN AKTA KESALAHAN PILIHARAYA 1954

Kami bersetuju dan beranggapan peraturan borang 2 bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sebagaimana yang kami fahami. Dibawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi. Sekiranya disabitkan dengan kesalahan melanggar undang-undang ini, boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Kami amat yakin bahawa tujuan undang-undang ini digubal adalah bertujuan untuk melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang benar-benar bebas dan adil.

Atas sebab-sebab berikut, Kami menuntut dan menggesa agar SPR TIDAK MELAKSANAKAN atau MENANGGUHKAN PERATURAN BORANG 2 semasa piliharaya kecil Bagan Pinang bagi melihat dan mengkaji secara mendalam apabila peraturan borang 2 terlebih dahulu secara mendalam.

Hasrat Kami hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain, menjadi lebih baik dari yang baik. Perubahan ini harus dilakukan bagi meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi Pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.

Sekian wasalam.

Cadangan kenyataan bersama mengenai undi Pos

Nota : Kepada penulis2 blog yang BERSETUJU SILA TINGGALKAN ALAMAT BLOG ANDA di bahagian komen untuk disenaraikan sebagai salah seorang penyata bersama. Blogger yang bersetuju disarankan agar copy-paste kenyataan bersama ini di blog masing2. Ditakdirkan kenyataan ini mendapat sokongan 50 orang penulis blog.InsyaAllah. kenyataan bersama ini akan dipanjangkan kepada peringkat media dan SPR. Selain itu, penulis blog juga disarankan agar memberi cadangan berkaitan dengan isi kenyataan bersama yang perlu dibuang dan perlu ditambah bagi tujuan penambaikan, sebelum dipanjangkan kepada pihak tertertentu.

Sekian wasalam.

Baca Seterusnya..!

Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya (SPR) Tan Sri Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan disiarkan Berita Harian 7 Sept berkata peraturan Borang 2 tidak akan dimansuhkan. Alasan Pengerusi SPR ialah kerana peraturan tersebut adalah undang-undang. Memang benar, peraturan tersebut adalah undang-undang. Persoalannya apakah peraturan tersebut sememangnya rigid dan tidak boleh diubah lagi atau dimansuhkan? Penulis agak hairan kenapa dan mengapa SPR begitu bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan 2? Penulis mempunyai sebab dan pandangan tersendiri kenapa peraturan Borang 2 perlu dimansuhkan.

Inilah borang yang jadi igauan kepada setiap pengundi Pos yang berlainan ideologi.

1. Borang 2 : Satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos

Apakah alasan SPR untuk mengekalkan Borang 2 dalam sistem undi Pos,selain dari alasan Borang 2 adalah undang-undang? Penulis merasakan tiada sebab kenapa peraturan sedemikian harus dikekalkan. Sebaliknya penulis merasakan SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara,sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tiada dalam peraturan sekalipun.

Tetapi yang peliknya kenapa Borang 2 itu diwajibkan kepada semua pengundi pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi. Pada pendapat penulis, peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi. Malah tidak keterlaluan sekiranya penulis beranggapan tindakan SPR bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan tersebut seperti ada ”ada undang di sebaliknya batu”. Oleh itu, penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa.

2. Borang 2 : Satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos

Tidak kira samaada pengundi Pos atau pengundi biasa. Apa-apa bentuk yang boleh mewujudkan rasa tekanan, bimbang atau tidak selesa dikalangan pengundi haruslah dimansuhkan. Sama ada hal tersebut adalah peraturan atau pun tidak. Pengundi Pos harus diberi ruang keselesaan dan kebebasan untuk membuang undi kepada calon-calon yang benar-benar mereka sokong tanpa sebarang tekanan daripada pihak-pihak tertentu. Dengan peraturan Borang 2,mahu tidak mahu sudah pasti menyebabkan pengundi Pos berada dalam keadaan tidak selesa.

Apa tidaknya, bagi membolehkan pengundi Pos membuang undi, mereka hendaklah mendapatkan pengesahan saksi yang biasanya penyaksi itu adalah dikalangan pengawai atasan yang menjadi bos mereka bagi memenuhi keperluan Borang 2. Tanpa saksi dan tanpa Borang 2 kertas undi Pos adalah tidak sah. Mengapa prosedur begini diwujudkan? Tidakah sebagai orang bawahan akan wujud perasaan sangsi dan bimbang undi mereka bocor dan diketahui bos mereka.Ini kerana Borang 2 jelas dan lengkap mempunyai maklumat identiti pengundi Pos.Lantaran itu, penulis melihat peraturan ini, seolah-olah ada muslihat tertentu yang boleh menimbulkan keraguan. Sekali lagi penulis berpendapat SPR perlu mansuhkan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.

3. Borang 2: Tidak menjamin kerahsian pengundi Pos

Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos tersebut perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2)). Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah sine qua non (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Bagi pengundi pos, kerahsian undi mereka tidak dapat dijamin.

4. Borang 2 : Kewudannya bertentangan dengan akta kesalahan piliharaya 1954

Pengerusi SPR memberi alasan Borang 2 adalah peraturan. Penulis ingin bertanya tidakah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 itu juga undang-undang yang perlu dipatuhi? Tidakah Akta Kesalahan Piliharaya 1954 dengan jelas menyatakan tidak boleh sebarang pendedahan identiti pengundi? Cuba rujuk bawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi.Mengapakah undang-undang ini tidak mahu dipatuhi pula oleh SPR.Tujuan undang-undang ini jelas sekali mahu melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang bebas dan adil. SPR tidak berasa takutkah jika melanggar undang-undang ini dan disabitkan dengan kesalahan boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Penulis amat berharap agar SPR merenung yang mana lebih penting untuk diikuti.Peraturan Borang 2 yang boleh menimbulkan keraguan dikalangan pengundi Pos atau Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang boleh mewujudkan piliharaya yang adil dan bersih?.

Sehubungan itu, penulis sekali lagi menegaskan Borang 2 harus dimansuhkan dalam sistem pengudian Pos. Penulis bukan meminta undi Pos dihapuskan. Penulis hanya menyarankan agar SPR mansuhkan Borang 2 dalam sistem undi Pos. Hasrat ini hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain,menjadi lebih baik dari yang baik. SPR perlu melakukan perubahan ini, disamping dapat meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.

Sumber : Sini dan Sini

The Tree: Nasihat TGNA Kepada Semua RAKYAT Malaysia

Pernahkah anda menonton filem yang dilakonkan oleh YAB Nik Aziz dalam 15Malaysia iaitu "The Tree".

Dalam filem itu, YAB Nik Aziz telah mengambarkan proses kehidupan manusia bagaikan menanam sepohon pokok.

Seseorang yang menanam pokok bukan sahaja dapat menolong orang lain tetapi juga akan membawa pahala kepada diri sendiri.

Penanaman sepohon pokok akan memanfaatkan hidupan yang bergantung kepada pokok itu contohnya burung. Selain itu, buah-buahan yang dihasilkan daripada pokok itu juga dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan. Ini bermakna kita mestilah sentiasa "menanam pokok" sepanjang kehidupan kita, kerana tindakan itu banyak menolong orang lain. Tindakan "Penanaman Pokok" disini bererti kita mestilah membuat perkara yang baik dimana tindakan kita itu akan memanfaatkan orang lain.

Selain itu, penanaman sepohon pokok juga dikatakan membawa manfaat kepada diri kita. Kekayaan yang dipunyai sekarang tidak mungkin dibawa ke akhirat. Wang tidak dapat dijadikan penentu pada akhirat nanti. "Merit" yang akan dijadikan penentu pada akhirat nanti. "Merit" yang dimaksudkan disini ialah pahala yang dibuat oleh seseorang manusia sepanjang kehidupannya.

Selain itu, cara menanam pokok juga perlulah mengikut cara yang halal. Cara yang salah dari undang-undang tidak akan membawa pahala kepada kita. Sebagai contoh memberikan upahan yang tidak berpatutan kepada mereka yang telah menolong anda menanam pokok. Cara yang salah tidak dianggap membawa pahala kepada diri anda walaupun pada akhirnya "pokok" itu berjaya ditanam. Hal ini bererti kita harus menghayati sumbangan orang lain dan tidak cuba menipu, mencuri atau melakukan perkara yang haram sepanjang hidup kita.

Mesej yang dibawa dalam filem itu bukan sahaja kepada warga Islam sahaja bahkan kepada warga bukan Islam dan seluruh RAKYAT MALAYSIA.

Saksikanlah filem itu...

Hasan Ali Kata Beliau Naikkan Isu SELCAT Kerana Hendak Membela Melayu

Itulah alasan yang diberikan oleh Hasan Ali sewaktu Mesyuarat Khas bagi menyokong tindakan beliau baru2 ini di dalam isu SELCAT. Malahan, Hasan Ali member amaran bahawa terdapat banyak lagi isu Melayu yang beliau hendak dedahkan selepas ini yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.

Itulah sebenarnya motivasi Hasan Ali di dalam membawa isu SELCAT ini, yakni untuk membela Melayu dan hak orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan negeri. Tetapi, yang hairannya, Hasan Ali tidak bagitau apa hak orang Melayu yang telah terhakis di dalam isu SELCAT ini?

Apakah membela pegawai2 yang terlibat dalam korupsi UMNO dan Barisan Nasional itu satu bentuk pembelaan orang Melayu? Adakah membela tindakan UMNO/BN menggunakan wang rakyat sewenangnya dalam kempen pilihanraya mereka sebagai satu bentuk perjuangan Melayu?

Tapi itulah sebenarnya asas kepada tindakan Hasan Ali mengikut Hasan Ali sendiri tentang sebab mussabab beliau mempersoalkan SELCAT. Ertinya Hasan Ali menyokong korupsi dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pegawai2 lantikan UMNO ini hanya kerana mereka adalah melayu.

Begitu bengap Hasan Ali dan begitu bodohnya PAS mempunyai pimpinan seperti Hasan Ali ini. Sejak bila Islam mengizinkan umatnya mempertahankan orang-orang yang melakukan kefasadan dan kemungkaran seperti ini? Sejak bila Islam mengizinkan umatnya meletakkan kepentingan bangsa di atas agama?

Alasan lain yang diberikan oleh Hasan Ali adalah kononnya DAP memperjuangkan hak kaum Cina. Apa salahnya beliau memperjuangkan hak Melayu? Soalnya sekarang, bilakah DAP memperjuangkan hak kaum CIna sepanjang wujudnya kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor? Apa bukti DAP memperjuangkan hak kaum Cina?

Setahu saya, kaum Cina di Selangor hanya mahukan apa yang menjadi hak mereka sebagai rakyat Selangor. Itu sahaja. Mereka tidak meminta apa-apa kelebihan berbanding rakyat Selangor yang lain

Memperjuangkan Korupsi Dianggap Memperjuangkan Hak Melayu oleh Hasan Ali

Semua ini adalah cerita karut yang yang dipercayai bulat-bulat oleh Hasan Ali dari perjumpaan "Promis" yang sering diadakan di rumah beliau. Oleh kerana pegawai kerajaan yang disoal itu adalah Melayu, dan Pengerusi SELCAT adalah Teng Chang Kim, seorang berbangsa Cina, maka tindakan SELCAT ini dianggap sebagai tindakan menentang hak Melayu.

Padahal pemikiran macam ini adalah pemikiran UMNO 100%!!!! Pegawai2 ini telah bersubahat memberikan UMNO wang yang banyak dari kantung wang rakyat untuk kegunaan kempen mereka yang mana kempen mereka telah menyebabkan lebih 15 calon PAS kalah dalam pilihanraya baru-baru ini.

Begitu dungukah Hasan Ali apabila beliau tidak sedar bahawa yang menjadi mangsa utama kerakusan dan nafsu binatang UMNO ini adalah PAS dan bukannya parti2 lain dalam komponen Pakatan Rakyat?

Bantuan dari D.O. ini menjadikan PAS sebagai mangsa utama kerana parti2 lain menang dengan gemilang di Selangor? Sanggup Hasan Ali mengkhianati PAS itu sendiri?

Wala' Dicanangkan Lagi, Walaupun Hasan Ali Itu Terbukti Tidak Maksum

Ada juga beberapa YDP lain yang bersuara kononnya perlunya wala’ (ketaatan) kepada pimpinan. Soalnya sekarang, bolehkah kita memberi ketaatan kepada pimpinan yang tidak menghormati keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam?

Dan Hasan Ali dalam kenyataan selepas mesyuarat khas semalam menyatakan bahawa beliau mendapat dokongan padu. PAdahal terdapat suara yang ramai mengkritik serta menentang tindakan Hasan Ali baru2 ini.

Malahan, YDP2 yang menyokong Hasan Ali pun jumlahnya tidak banyak dan YDP yang menentang Hasan Ali lebih ramai. Bagaimana HAsan Ali boleh mendakwa beliau mendapat sokongan dan dokongan padu dari mesyuarat tersebut?

Kita semua mesti bersedia kerana selepas ini Hasan Ali akan terus membuat kenyataan yang berlawanan serta bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat demi untuk membela “Melayu”. Tapi, seperti dalam isu SELCAT ini, Hasan Ali tidak ada bukti menunjukkan bahawa hak Melayu terhakis atau Melayu dikesampingkan Yang adanya hanyalah pegawai2 pro UMNO berpeluh kerana terpaksa membela parti mereka yang sudah semakin rapuh dan bocor itu.

Alasan “wala” juga amat kita kesali kerana adakah semua pimpinan dalam PAS ini maksum? Ada YDP yang tak faham beza “maksum” dengan “wala”? Wala’ tidak bermakna kita kena taat senantiasa. Wala’ bermakna kita mesti menegur pimpinan apabila mereka melakukan kesalahan. Itu yang diajar oleh para sahabat selepas Nabi SAW wafat.

Adakah Saidatina Aisyah berdosa besar kerana menubuhkan bala tentera menentang Ali dalam Perang Jamal? Adakah Saidatina Aisyah tidak mengerti maksud Wala’?
PAS seluruh Selangor wajib bangun kerana kalau tidak PAS akan kalah dalam PRU yang akan datang. Akan kalah teruk.

Hanya kerana impian Pesuruhjaya mereka mahu menjadi MB di Selangor, maka PAS Selangor terpaksa menurut kehendak beliau mengikut apa yang UMNO kehendaki? Adakah itu taraf PAS Selangor, menjadi balachi kepada mereka yang mempunyai kepentingan pribadi dan poket semata-mata?

Tulang Besi

Mengapa UMNO Galak Sangat Mempertahankan Hasan Ali?

Dalam isu SELCAT baru-baru ni, nampaknya yang begitu bersemangat mempertahankan kenyataan Hasan Ali adalah UMNO. Di kala kenyataan dari pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat baik dari PKR, DAP mahupun PAS mengkritik keras Hasan Ali, nampaknya pimpinan2 UMNO begitu galak sekali mempertahankan Hasan Ali.

Pimpinan UMNO yang pertama mempertahankan Hasan Ali adalah Datuk Dr. Maamor Othman yang juga SU Agung, Persatuan Pengguna-Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Beliau pandai mengelat dengan mengeluarkan kenyataan di atas platform PPIM. Beliau sengaja tidak mahu mengeluarkan kenyataan di atas platform beliau sebagai Ketua Bahagian UMNO Ampang.

Dr Maamor, telah meminta supaya SELCAT mencontohi prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini dibawah :

PPIM : Selcat jangan dera mental
Sep 26, 09 4:22pm - Malaysiakini

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) perlu mencontohi cara prosiding Jawatan kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri itu.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma'amor Osman berkata Selcat dan kerajaan negeri Selangor perlu memastikan tidak lagi berlaku sebarang penganiayaan mental dan fizikal terhadap mana-mana individu yang dipanggil memberi keterangan terhadap jawatankuasa itu.

Sedarkah Dr Maamor bahawa prosiding di PAC tidak jauh panasnya berbanding dengan prosiding SELCAT. Mengikut maklumat yang saya dapati, hanya PM dan TPM sahaja yang belum dipanggil mengadap prosiding PAC di Parlimen? Boleh dikatakan semua ketua2 jabatan telahpun mengadap PAC dalam sejarah PAC.

Saya nak Tanya Dr. Maamor, ketua Bahagian UMNO Ampang, apa kurangnya SELCAT berbanding PAC di Parlimen yang SELCAT terpaksa mengikut contoh PAC? Apa yang SELCAT sedang lakukan segalanya selari dan mengikut contoh PAC di Parlimen tanpa ada satu cacat ataupun cela.

Jelas Dr Maamor bersuara kerana takut rahsia UMNO terbongkar. Setakat ini prosiding SELCAT telah memdedahkan kepada rakyat Selangor bahawa UMNO telah sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya.

Sebagai SU PPIM, saya hairan mengapa Dr Maamor tidak bersuara bila Najib Tun Razak luluskan 10 lesen judi sebulan selepas beliau menjadi Menteri Kewangan? Kenapa tidak bersuara apabila Anwar Ibrahim dituduh meliwat tanpa dibawa 4 saksi yang adil? Kenapa tidak bersuara bila ada 3 orang Melayu/Islam yang duduk di Lembaga Pengarah Calrberg?

Jelas Dr Maamor melacurkan NGO beliau bernama PPIM untuk kepentingan UMNO.
Selepas itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO, Noh Omar, juga bersuara menyokong Hasan Ali dalam isu SELCAT ini. Takut sangat ke Noh Omar? Saya nak tanya Noh Omar, apa yang beliau takutkan sangat berkaitan dengan SELCAT ini?

Kudis2 dan Busung2 UMNO Semakin Lama Semakin Terdedah

Semua ini menunjukkan betapa UMNO sedang berpeluh dan dalam ketakutan yang amat sangat. Setelah pendedahan berkenaan Khir Toyo yang dan bini Khir Toyo sebelum ini, UMNO semakin tidak popular dan apa-apa sokongan yang mereka dapati sebelum ini pun, sudah semakin terhakis.

Dengan berlangsung lagi SELCAT bermaksud lagi banyak kudis-kudis dan busung-busung UMNO akan terdedah. Sekarang pun orang ramai sudah mulai tahu betapa UMNO menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka sedangkan rakyat di bawah memerlukan sangat wang tersebut untuk mengurangkan beban hidup yang semakin berat.

Imej UMNO yang korup tidak mungkin dapat dihilangkan bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang sekiranya pendedahan2 yang dilakukan oleh SELCAT ini diteruskan sehingga pilihanraya umum yang akan datang.

Hasil dari prosiding SELCAT ini akan terus menguatkan imej UMNO sebagai parti korup dan UMNO tidak mungkin membuat rakyat melupakan hakikat ini. UMNO memerlukan rakyat Malaysia melupakan bahawa UMNO adalah parti korup kalau mereka mahu memenangi pilihanraya umum yang akan datang.

Dan apa yang berlaku di Selangor akan mempunyai kesan ke seluruh Malaysia. Walaupun UMNO Selangor yang melakukan korupsi, tapi bala dan bahana akan dirasai oleh UMNO seluruh negara.

Itulah sebabnya UMNO takut akan prosiding SELCAT ini. Dan yang lebih menyedihkan Hasan Ali bertindak melindungi kepentingan UMNO, bukannya kepentingan PAS dan Pakatan Rakyat. Prosiding SELCAT ini menguntungkan Pakatan Rakyat dan merugikan UMNO, namun Hasan Ali mahu membela UMNO.

Tulang Besi

Sunday, September 27, 2009

Hasan Ali Meroyan Nak Jadi MB Selangor...

PAS Pusat dipercayai sedang mempertimbangkan 'tindakan lebih keras' kali ini terhadap Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali ekoran pendirian terbuka beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) - negeri diterajui Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan Hasan akan berhadapan dengan tindakan keras itu ekoran pendirian terus-menerus beliau membelakangi semangat dan kesetiakawanan Pakatan Rakyat buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan yang lalu.

Malah, mStar Online juga difahamkan Jawatankuasa Kerja pusat PAS telah memberi 'amaran' secara lisan kepada Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, dua kali sebelum ini termasuk berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini.

Salah lagi isu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya 'mempertikaikan' isu sedekah korban lembu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akhir tahun lalu.

Langkah itu juga dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja PAS, dijadual untuk diadakan 11 Oktober ini tetapi kemungkinan dipercepatkan ekoran pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun beberapa pemimpin yang dihubungi tidak dapat mengesahkan bentuk tindakan disiplin yang kemungkinan diambil.

Difahamkan walaupun beberapa pemimpin dalam PAS mempersoalkan tindakan Hasan, Pesuruhjaya PAS Selangor itu terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

"Saya percaya Jawatankuasa Kerja akan meminta penjelasan daripada Datuk Hasan dalam isu ini. Kami akan mendapatkan penjelasan mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada tindakan disiplin akan diambil ke atas Hasan, Mahfuz berkata:

"Itu saya tidak tahu, tidak boleh pastikan... ia kena tanya pada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Tuan Ibrahim (Tuan Man) (seorang lagi Naib Presiden PAS)."

Ahad lalu, Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mempertahankan kritikan dilemparkan pegawai-pegawai daerah Selangor sambil mengesyorkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula.

Hasan menambah, beliau sangat bersimpati dengan pegawai-pegawai berkenaan yang seolah-olah "dilayan sebagai budak sekolah."

Oleh itu beliau turut berhadapan dengan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari PAS sendiri.

Sebelum ini Mahfuz memberikan pandangan bahawa Hasan tidak wajar membangkitkan isu Selcat, yang dibentuk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor secara terbuka selain tidak memahami soal pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif.

Tiga hari lalu, Hasan mempertahankan pendiriannya itu sambil mahu satu pertemuan tiga penjuru - membabitkan Menteri Besar, Exco dan anggota Selcat diadakan bagi menyelesaikan isu menyelubungi badan itu.

Mengenai spekulasi bahawa PAS negeri mahu menjalin kerjasama dengan Umno-BN Selangor, Mahfuz berkata, perkara tersebut tidak boleh diputuskan oleh kepimpinan negeri, sebaliknya hanya boleh ditentukan oleh kepimpinan pusat.

"Apa-apa bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak, ia perlu diputuskan oleh PAS pusat... PAS negeri tidak hak untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad juga berpendapat bahawa Hasan seolah-olah sudah melampaui batasan sebagai salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kebanyakan pemimpin dalam Jawatankuasa Pusat yang saya hubungi berkongsi pandangan yang sama bahawa beliau harus memberikan penjelasan mengapa kenyataan sedemikian dikeluarkan secara terbuka, lebih-lebih selepas pernah diberikan amaran oleh kepimpinan pusat khususnya dalam isu jualan minuman keras.

"Nampaknya, pendirian-pendirian beliau sudah membelakangi semangat dan kesetiakawanan dalam Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, Hasan sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kemungkinan mempunyai sebab-sebab tertentu mengenai soal kekurangan pada Selcat, tetapi "itu bukan caranya untuk mengeluarkan pandangan beliau."

"Apa bentuk tindakan boleh diambil ke atas Datuk Hasan, ia hanya boleh ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan Naib Presiden," katanya.

Sumber - mStar Online

TPU - Elok gugurkan terus Hasan Ali ni dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor lepas tu serapkan Hasan Ali ke 1 jawatan baru yang dinamakan sebagai PeSURUHjaya UMNO Selangor a.k.a Balaci UMNO Selangor.

Aku tengok sejak akhir-akhir ni Hasan Ali makin gila dah... bila dah dekat je dengan Pilihanraya, ade je Mamat Motivasi 8 ribu ni buat hal... betul-betul balaci UMNO.

Ape je kenyataan dari Hasan Ali sejak akhir-akhir ni dah tak merujuk dahulu ke majlis tertinggi PAS Pusat... apa Hasan Ali ni ingat PAS Selangor tu hak mak bapak dia ke sampai boleh buat apa-apa ikut suka kepala hotak dia je..?

Gila Hasan Ali ni makin menjadi-jadi lepas cita-cita UMNO Selangor nak jatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal 31hb. Ogos, 2009 lepas.

Hasan Ali ni dah makan duit haram UMNO ke..? oi ngok..! nak jadik MB sangat ke..?