Dari malaysiakini - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kejadian kekerasan sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh di mana seorang jurugambar dibelasah, tidak berulang di Kuala Terengganu.
Sehubungan itu, beliau menggesa parti-parti politik yang bertanding, termasuk dari kalangan Barisan Nasional (BN) supaya tidak melakukan kekerasan sehingga mencemarkan perjalanan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.
Katanya, semua pihak perlu mematuhi peraturan dan tidak melakukan tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, lapor Bernama.
"Saya berharap semua pihak, lawan dan juga kita (Barisan Nasional) sendiri tidak melakukan kekerasan yang boleh mencemarkan perjalanan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
"Kita tidak mahu lagi berlaku seperti di Permatang Pauh, seorang jurugambar dibelasah," katanya selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan ketua-ketua cawangan Umno dalam Bahagian Kuala Terengganu di Dewan Tunku Abdul Rahman di Kuala Terengganu hari ini.
Kah kah kah kah kah kah...!!! tu harapan Najib... harapan aku pulak semoga...
1) tak berlaku lagi insiden penyokong parti tonggeng-tonggeng bontot dan berisyarat lucah masa hari penamaan calon macam dekat Permatang Pauh...
2) tak berlaku lagi insiden UMNO tak bayar sewa tapak pondok panas macam yang berlaku dekat Permatang Pauh...
3) tak berlaku lagi insiden penyokong UMNO kena tangkap basah macam yang berlaku dekat Permatang Pauh...
4) tak berlaku lagi insiden Najib kena halau dekat orang kampung macam yang berlaku dekat Permatang Pauh...
5) tak berlaku lagi insiden bangunan UMNO kene pecah dan nak kena bakar sebab UMNO tak bayar upah dekat para penyokong UMNO yang bertugas "dengan ikhlas"...kih kih kih kih kih...
sambung gelak - kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah...!!! diikuti dengan...
Khak Ptuih...!!!®
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
haha UMNO... :)
KIHIIHKAJHKUHKUH...
Ni lagilah komen samdu Al-Mak Andir, tal ilmiah langsung.
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
Jadi kalau nak melihat aksi pelawa taik kucing PAS silalah ke Blog ni..
http://perisik-rakyat.com/
Kihkihkih
Bang, kalau nak komen guna ayat Al Quran..biar betul sikit bang...jgn sampai org kata yang menulis tu yang fasik..Kalau nak komen / bangkang direct to the issue dan mesti ngan bukti nya sekali..jgn komen dibayar bang...
Anon 7.22pm,
Aku pun selalu tak setuju dengan cerita dalam blog ni sebab kadang-kadang macam merapu pun ada, fitnah pun ada, maki-maki orang. Tapi cara kau agak kureng sikit. Kalau kau nak gunakan ayat Al Quran memanglah bagus tapi pastikan disertai dengan penerangan atau dalil akli dan yang penting jangan ada maki-makian. Ini hanya mengundang tanggapan negatif terhadap orang Islam. Berbloglah dengan cara hikmah.
Kita semua ada harapan yang berbeza antara satu sama lain. Jadi tak perlulah nak membezakan harapan kau dengan Najib sebab ia memang jauh berbeza. Harapan Najib secara menyeluruh dan untuk kepentingan semua tapi harapan kau hanya seperti saja nak buat post dalam blog kau ni...
Aku rasa TP cakap yang betui..memang berlaku pun.. tapi apalah depa ni dok merapu sampai baca ayat Quran yang aku nampak macam kena balik sebijik kat muka depa.. ulama mana ler ni.. baca Quran pastu penutup ceramah kata orang taik kucing ler pulak..
Oooo.. maaf lupa.. ulama UMNO
Post a Comment