"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, January 28, 2009

Kes Kugan: Husam Sokong Suruhanjaya Di Raja - malaysiakini

YB Dato Husam Musa, Naib Presiden Pas dan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan hari ini menyuarakan sokongan penuh beliau terhadap gesaan beberapa pertubuhan NGO dan parti-parti politik yang menuntut supaya satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat bukan sahaja kes kematian Kugan Ananthan di dalam tahanan polis baru-baru ini, bahkan juga 1535 kes-kes kematian dalam tahanan yang lain sebelum ini.

Suruhanjaya Di Raja ini penting bagi memastikan bahawa insiden seperti ini tidak berulang lagi. Kejadian kematian dalam tahanan mestilah dihentikan serta-merta.
Suruhanjaya Di Raja mestilah menyiasat :
  • kegagalan sistem sedia ada untuk memberikan perlindungan kepada orang-orang yang berada di dalaam tahanan.
  • kenapa ramai orang mati semasa di dalam tahanan, dan menentukan samada insiden ini disebabkan oleh apa jua bentuk keganasan.
  • budaya kerja di dalam PDRM, bagi menentukan samada budaya kerja sedia ada memang mengizinkan perlakuan keganasan terhadap tahanan polis.
  • siapakah pihak-pihak yang bertanggungjawab di dalam setiap kes kematian tahanan tersebut.
  • samada perlakuan keganasan terhadap orang-orang di bawah tahanan polis dibiarkan berlaku, digalakkan, atau pun diarahkan oleh pihak atasan di dalam "chain of command" PDRM.
Suruhanjaya yang bakal ditubuhkan itu juga mestilah diberikan kuasa untuk mendakwa semua pihak yang telah dikenalpasti bertanggungjawab dalam insiden kematian tahanan-tahanan tersebut. Semua yang bersalah, samada kakitangan bawahan hinggalah kepada pegawai-pegawai atasan, hatta Menteri yang bertanggungjawab, mestilah "accountable" kepada apa yang telah berlaku.

Dato Husam Musa seterusnya menegaskan lagi bahawa suruhanjaya berkenaan juga mestilah mengemukakan perakuan-perakuan yang "binding" kepada pihak Kerajaan bagi menentukan bagaimanakah keganasan terhadap tahanan-tahanan polis dapat dihapuskan.

"Kita hendaklah ingat bahawa tahanan-tahanan yang berada di dalam jagaan pihak polis sewaktu di dalam siasatan, adalah belum ditentukan lagi samada terbukti salah atau tidak. Oleh yang demikian, sebagai manusia, mereka adalah berhak untuk mendapat layanan yang saksama berlandaskan prinsip "innocence until proven guilty", ujar beliau lagi.

-HUSAM MUSA

4 comments:

PAPA GOMO said...

ASALAM....
EMMMM NI KE BLOGG YANG PARA BLOGGER PAKATAN KATAKAN....

ERRRR HARAP KITA DAPAT MEMBERIKAN HUJAH MASING-MASING DALAM SESUATU ISU!!!

AKU TERIMA SAHUTAN ANAK BUAH HANG TU!!!!

ASALAM.....

Anonymous said...

GOMO... IQ ZERO

Anonymous said...

kita jangan buat-buat tak nampak yang ada ahli politik yang cuba ambil kesempatan dari isu kematian Kugan ni dan nampaknya pihak pembangkang menggunakankan isu ini hingga ke full extend.

Unknown said...

takziah diucapkan kepada keluarga Kugan.semoga kematian "misteri" dia akan terjawap nanti didalam mahkamah.harapnya selepas ini tiada lagi kes tahanan mati semasa berada didalam kawalan Polis.

tapi kita jangan lupa pula pada mangsa-mangsa kes curi kereta.siapa pula yang membela mereka?.tahukah pernah terjadi kes di Shah Alam yang mana bukan setakat kereta dicuri tetapi tangan pemilik kereta tersebut telah dipotong oleh pencuri tersebut!!!

jadi siapa yang akan membela mangsa tersebut?