"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, January 26, 2009

MIC Pertahan 2 Menteri - malaysiakini

Reactions: 
MIC akan mempertahankan dua timbalan menteri jika pihak berkuasa mendapati mereka melanggar undang-undang dalam kejadian sekumpulan orang menceroboh bilik mayat Hospital Serdang pada Selasa lepas.

"Kami akan melantik seramai peguam yang boleh bagi mempertahankan mereka jika mereka didakwa di mahkamah," kata Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam bahawa Datuk K. Devamany dan Senator T. Murugiah, kedua-duanya timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, kemungkinan menghadapi tindakan jika mereka didapati melanggar undang-undang dalam kejadian pencerobohan di bilik mayat itu bagi memeriksa mayat suspek curi kereta A. Kugan yang mati semasa dalam tahanan polis.

Presiden MIC itu berkata adalah tidak penting kedua-dua timbalan menteri itu dari parti mana asalkan mereka berketurunan India "kerana MIC mewakili masyarakat India di Malaysia".

Sementara Devamany ialah anggota MIC, Murugiah pula dari Parti Progresif Penduduk (PPP).

Devamany merupakan antara sembilan orang yang disoal siasat oleh polis semalam berhubung kejadian itu. Juga dilaporkan 11 anggota polis yang sedang disiasat atas dakwaan mencederakan Kugan juga tidak akan terlepas daripada tindakan jika mereka didapati menyalahgunakan kuasa mereka.

Kugan, 22, yang ditahan pada 15 Jan di lokap balai polis Taipan di Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam kecurian kereta mewah di Sungai Chua, Kajang, mati semasa disoal siasat pada Selasa.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata bedah siasat mendapati Kugan mati akibat paru-paru berair tetapi keluarga Kugan mendesak diadakan bedah siasat kedua kerana mendakwa kematian Kugan akibat kecederaan.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kemudiannya mengklasifikasikan kematian Kugan sebagai kes bunuh.

Samy Vellu juga menggesa Syed Hamid memastikan siasatan polis terhadap kematian Kugan dijalankan dengan telus.

"MIC akan memantau kes ini tetapi kami yakin polis tidak akan menyembunyikan apa-apa dalam penyiasatan mereka," katanya.

2 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

adakah tahun baru Cina- tahun lembu sama dengan kemasukan Lembu dalam PKR? Siapa yang Anwar hendak sembelihnya? PAS? yang memang jadi lembu pada PKR dan DAP menjadi tuan lembu pada PKR?

manjungmari said...

Abe Mie Terjah.. jadi lembu tak apa lagi.. ni UMNO buat project bela babi, tak sempat siap kalah PRU tuduh kerajaan Pakatan Rakyat yang punya projeck apa cerita..apa pun UMNO dah sampai tahap nak mamposs..kita tungguuuuuuu...jangan sedih abe.. kertas tisu kawe ada...