"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, January 28, 2009

Ramlang Porigi Akhirnya Dipecat Oleh JAKIM..!

kemaskini 6:38pm Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu tidak lama selepas berucap dalam satu kempen politik ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.

Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".

Tindakan itu dipercayai dengan sebab Ramlang dianggap telah "mencemarkan nama perkhidmatan awam" setelah naik pentas politik dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.

Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim mengambil keputusan itu dalam satu mesyuaratnya pada 16 Januari lalu.

azmin ramlang pc 250808 01Ramlang dihadapkan dengan empat pertuduhan - tiga daripadanya kerana berucap di tiga tempat berasingan di kawasan parlimen tersebut pada hari berkenaan.

Peguam bekas imam itu Ahmad Nizam Hamid memberitahu Malaysiakini hari ini, pertuduhan keempat - mengadakan sidang media pada tengah hari 25 Ogos - bagaimanapun tidak benar.

Ramlang mengadakan sidang media bersama Naib Presiden PKR Mohamad Azmin Ali (foto atas) dan beberapa pemimpin pembangkang sejurus selepas tengah malam hari yang sama di pusat khidmat parti itu di Penanti.

Peguam itu menambah, tanpa memberikan sebarang alasan jelas, surat Jakim itu menyatakan "keterangan-keterangan sedia ada telah mencukupi" untuk memecat Ramlang.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808Pada 15 Ogos lalu, Ramlang termasuk antara empat pegawai Masjid Wilayah Persekutuan yang menghadiri majlis sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan (foto, kanan) di masjid tersebut yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR itu dua bulan sebelumnya.

Ramlang kemudian muncul di tiga majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat (foto bawah, kanan) - kira-kira 48 jam sebelum hari pengundian di Permatang Pauh - menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Menurut Wan Mohamad lagi, yang bertindak sebagai pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim, tindakan terhadap Ramlang dibuat mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

ramlang permatang pauh ceramah 250808 02Jakim juga menolak permohonan Ramlang untuk menghadapi satu siasatan dalaman berhubung tindakan disiplin terhadapnya dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Jakim pada November lepas.

Ahmad Nizam menjelaskan, Ramlang yang kini sedang berehat akan mengemukakan rayuan bertulis selewat-lewatnya minggu depan seperti menurut Peraturan 14 dan 15(1) peraturan yang sama.

Pada 7 Ogos tahun lepas, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.

-malaysiakini

10 comments:

Anonymous said...

PKR mesti bertanggongjawab diatas kesusahan yang dialami oleh Ramlang.

Ramlang tampil dihadapan khalayak diPermatang Pauh memberi penjelasan demi menjaga nama baik dirinya dan juga Datok Seri Anuar Ibrahim.

ediannuar said...

anon....

kalau ramlang tak buat begitu, nama ramlang akan terus busuk. mana satu lebih baik....

insya-allah rezeki dia ada dimana-mana.... itu janji allah!

Anonymous said...

Ya la anony...memang perjuangan nak menegakkan kebenaran nie memang banyak cabaran..bukan ramlang saja..ramai lagi dulu ramai penyokong pas di kalangan guru di tukarkan ke daerah yang jauh serta tidak masuk akal...memang BN dan UMNO ramai baruanya....semua kaki ampu dan kaki songlap kebenaran...


Buat Adik Jebat...barua BN lain kali kalu nak kacau blog pakatan rakyat boleh tanya Pondan Cyber dulu....maklumlah...blogger UMNO pun barua macam ko jugak....kami akan pastikan blog pakatan rakyat semakin teguh..manakala blog BPN macam TV 3 suku atau Utusan Meloya sebab tu bloggernya semua sakit jiwa syok sendiri....maklumlah gila meroyan....

Anonymous said...

oit jebat ,yg sebelum ni tu IC sapa??
silap taip ke?? :-P

Anonymous said...

takde la..
sebelum tu aku test je,, tengok camner fauzi ni punya respon,.,

dari respon tu ...aku nampak keangkuhan dia.. ko tengok la siap buat posting cabar aku..

aku dah cakap.. jangan fauzi AKA SABUL fan jangan...

masih kerek ..tengok la ayat kat bawah nanti..posting tu...
cabar orang cam bagus

:D

Anonymous said...

wakaka...

Anonymous said...

Dalam peristiwa angkat sumpah Saiful Bukhari, apa peranan Ramlang Porigi? Bukan dia yang bersumpah, bagaimana pula namanya boleh busuk dan perlu dibersihkan semasa kempen PRK Permatang Pauh?

Yang jelas beliau tampil di pentas kempen hanya untuk membusukkan nama Saiful dan dengan itu merendahkan kredibiliti sumpah Saiful yang dibuat dalam masjid. Tapi untuk siapa? Jelaslah dia dipergunakan seseorang. Apa pentingnya dia (walaupun sungguh untuk membersihkan namanya) menggunakan pentas PRK Permatang Pauh sedangkan bukan dia yang bertanding? Dia boleh buat pengakuan di masjid yang sama tempat berlaku sumpah laknat itu dan buat PC untuk dipetik oleh semua akhbar. Pun sama impaknya. Yang nyata kehadirannya di Permatang Pauh hanya untuk mempengaruhi undi untuk seseorang.

Saya rasa hari ini dia tak kisahpun dipecat.

PAPA GOMO said...

BOLEH KE SEORANG PENJAWAT AWAM BERKEMPEN???

CUBA BUKAK BUKU SIKIT...

JANGAN HENTAM JE...

Anonymous said...

Khas untuk gomo !

Penjawat awam yang mana berkempen..? Datok Bandar Kuala Terengganu ke...?

Kalau kau maksudkan Ramlang Porigi berkempen untuk Anuar Ibrahim, nampak sangat kau bercakap ikut nafsu bukan guna ilmu. Kalau aku kata kau bangang pasti tersinggong tapi cara kau bercakap dalam blog ini kau memang bangang.

Kerana sumpah laknat dalam masjid rakyat dah pandang serong pada imam ini. Sebahagian besar rakyat membuat andaian bahawa dia sudah bersubahat melakukan fitnah pada seseorang kerana saiful melakukan sumpah belum terbukti dia diliwat.

Oleh kerana itu Ramlang Porigi tampil dipentas PKR memberitahu rakyat bahawa dia tidak terlibat atau bersubahat membuat fitnah terhadap Anuar Ibrahim.

Kalau Anuar kalah masa tu, tak timbul penjawat awam berkempen atau tidak. Masaalahnya Anuar menang jadi ahli parlimen permatang pauh.

Gomo aku nak ingatkan kau, Najib tidak ada harapan jadi PM, kau kena sokong Pak Lah...supaya kau boleh bernafas lagi.

Anonymous said...

Betul2..Ustaz tu kena guna pentas PKR untuk menerang situasi sebenar..sebab pentas UMNO/BN rakyat dah tak percaya. Siapa kata penjawat awam tak leh kempen..kat tempat aku...org UMNO/BN yang kuat kempen semua penjawat awam...