"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 30, 2009

Terbukti Pakatan Rakyat Menjunjung Keadilan - malaysiakini

2-3 minggu lepas gamat Negara Malaysia dengan isu tahanan mati dalam lokap semasa sessi soal siasat. PDRM dibelasah teruk oleh Pakatan Rakyat manakala Media Perdana yang mewakili Kerajaan pula menuduh Pakatan Rakyat sebagai cuba memenangi isu tersebut dengan agenda perkauman.

Seolahnya Pakatan Rakyat membela penjenayah dalam hal ini. berbagai pihak menyalahkan Pakatan Rakyat didalam isu ini kerana dikatakan cuba memainkan sentimen perkauman supaya timbul suasana kurang baik diantara kaum majmuk di Malaysia.

Jelasnya apa yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat ialah soal keadilan. kezaliman bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah hatta yang melibatkan orang tahanan.

Tapi ramai yang masih kurang faham atau sengaja menutup mata akan isu sebenar yang cuba diutarakan olek Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tetap dituduh sebagai cuba memainkan sentimen perkauman dalam hal ini.

Tetapi apa yang berlaku semalam telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat konsisten dan jelas dalam perjuangannya menjunjung keadilan tidak kira pada siapa melampaui batas keagamaan dan juga bangsa.

Ini terbukti bilamana seorang ahli UMNO yang ditahan oleh SPRM telah dikasari sepanjang berada dalam tahanan SPRM dan juga sepanjang sessi soal siasat yang dilakukan.

Pakatan Rakyat sekali lagi bangkit membela individu yang dikasari walaupun yang dikasari itu ialah seorang ahli UMNO dan individu itu juga adalah suspek dalam kes rasuah. hari ini pula Dewan Pemuda PAS mengecam tindakan SPRM (rujuk - [sini] ).

Pokoknya ialah KEADILAN. ramai yang tidak jelas. ramai yang menuduh Pakatan Rakyat hanya pandai mengambil peluang.

Hari ini apa kata pencacai-pencacai UMNO/BN bilamana Pakatan Rakyat membela ahli UMNO/BN yang dikasari???

Kalangan komponen Barisan Nasional pula, parti manakah yang bersama-sama mereka ini membela nasib ahli UMNO yang dizalimi??? mana GERAKAN? mana MCA? mana MIC? mana PBS? mana semua rakan-rakan UMNO didalam hal ini?

Aku yakin, kalau mereka-mereka ini mengusul satu demonstrasi membantah kezaliman SPRM, bila-bila masa sahaja Pemimpin-Pemimpin dan Penyokong-Penyokong Pakatan Rakyat akan bersama-sama UMNO turun padang menyatakan bantahan..!

Apa kata pembaca??? aku tetap bersama mereka-mereka yang menjunjung keadilan tak kita dari UMNO atau PKR atau PAS atau DAP atau mana-mana pihak...

DEMI KEADILAN...!!!

5 comments:

add said...

Yang kena pukul oleh sprm ni sebenarnya dah terdesak dah, lepas ni masuk terus puak pakatan rakyat konform. sebab pakatan rakyat sebenarnya diwakili oleh pemimpin,pengikut kecewa kerana tidak dapat tender,projek .itu sahaja sebenarnya.

Mr Joker said...

hmmm... jadi add juga tidak menjunjung keadilan keatas rakan UMNO anda?

malang sungguh ahli UMNO saat ini...

apapun yang berlaku, anda keseorangan... tiada lagi rakan dan "sahabat"...

yang ada hanya mereka-mereka yang "angkuh"...

ampunkan mereka Ya-Allah

muraisenja said...

moh sume kita telanjangkan semua kezaliman di malaysia ni....

Mr Joker said...

salam murai senja... saya cuba tinggalkan komen diblog anda tapi gagal... kenapa ya?

adakah sebab saya menggunakan mac?

salam ziarah... terima kasih kerana menjadi pembaca blog Perisik Rakyat.

Blog anda hebat... banyak informasi tentang dunia IT.

Harap dapat berkongsi maklumat. email saya - poji2ya@gmail.com

Cheguman said...

Nampaknya anda penyokong kuat PKR yg diterajui Anwar Ibrahim. Harap-harap beliau benar-benar dah berubah dan bertaubat.