"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, January 11, 2009

Toyota Camry Untuk PPC - malaysiakini

Post ni khas untuk Panglima Perang Cyber... rasanya tak yah tulis bebanyak... letak gambar je dah cukup... keh keh keh keh keh keh...


Jadi.... mintak tolong jawab lah ye???

Oit... aku dengar Pak Lah pi KT naik V6, Mat Said sambut pakai Merc... betoi ka??? sapa Pi Em oi? Mat Said Ka Pak Lah ???

kah kah kah kah kah kah...!!

34 comments:

Panglima Perang Cyber said...

ok saya jawab...nanti kawan kawan saya dalam BPN akan jawab juga.

PM ARAH EXCO TERENGGANU PAKAI PERDANA

Sementara itu, Perdana Menteri menjelaskan 14 Mercedes E200 Kompressor yang dibeli Kerajaan Terengganu akan digunakan sebagai kenderaan tetamu Kerajaan.

Laporan Bernama: Kabinet memutuskan Kerajaan Negeri Terengganu perlu menggunakan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi anggota Exconya manakala kereta Mercedes Benz yang sudah dibeli hanya untuk tetamu kerajaan negeri itu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jumaat.

"Semalam, saya dan Najib dalam perjumpaan dengan Menteri Besar Terengganu telah membincangkan perkara ini dan telahpun menyatakan bahawa adalah satu perkara yang penting yang sudahpun menjadi keputusan Jemaah Menteri iaitu pihak kerajaan Terengganu jangan menggunakan kereta Mercedes untuk Exco-Exco mereka" - PM.

Laporan penuh: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=348574


nota : tak sampai setahun dah pakai kereta lagi mahal dari perdana..

kalau 10 tahun ? kalau 50 tahun?

ada lagi jawapan nak jawab alasan maintenance mahal seperti PR kata untuk HALALKAN Camry mereka :

“Purata kos selenggaraan bagi setiap unit Proton Perdana milik kerajaan negeri Terengganu yang dihantar ke Proton ialah RM542 setahun, berdasarkan rekod bagi 35 kereta yang diservis di pusat servis Proton yang berdaftar.

“Umumnya, biasanya perbatuan perjalanan sebuah kenderaan bagi penggunaan biasa ialah antara 20,000km hingga 30,000km setahun. Berdasarkan ini, kos purata selenggaraan bagi tempoh itu dianggarkan RM2,300 dan kos ini akan meningkat dengan penggunaan lebih kerap." katanya dalam kenyataan hari Jumaat."

Ini adalah kenyataan Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir

Laporan Bernama: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=348566

macam macam.....apa komen ?

jangan tak siar yer...

berani kerana benar !!

Anonymous said...

ingatkan apa ppc mesej YM aku pagi pagi buta ni...

rupa2nya nak belasah mamat ni.

ok biar aku jawab sikit...ahli bpn yang berkeris mcm aku ni kena bagi kaw kaw kat mamat ni...



Hoiii...apa laa kau ni.

Nape tak hurai panjang2...

Akal guna biar panjang sikit tau.

Time cakap kata nak jimat duit rakyat...

tapi time perintah kata nak jimak maintenance.

mana satu betul ni ?

memang tak leh harap la korang ni.

tak pantut betul.

sudahlahhhhh..pirahhhhhhh

Anonymous said...

aku pun ada juga. sedutan berita di blog aku untuk perisik ( parasit ? ) rakyat ni baca.

Syor biar Pakatan Rakyat diubah jadi Pembelit Rakyat.sebab cakap banyk auta kalah ular.

ni haaa..bacoo betoi betoi

Camry: Kerajaan Perak tidak patriotik

KUALA KANGSAR 13 Dis. - Kerajaan Perak disifatkan tidak patriotik apabila sanggup menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Penggunaan kereta import berbanding kereta buatan tempatan juga bererti kerajaan negeri sanggup mengalirkan wang ke luar negara untuk membeli kereta-kereta berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Manong, Datuk Ramly Zahari berkata, walaupun kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana tinggi, pembelian kereta tersebut menyebabkan mata wang negara mengalir dalam negeri.

“Saya anggap tindakan kerajaan negeri ini sebagai tidak patriotik dan melanggar arahan Kerajaan Pusat sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pejabat Kemajuan Daerah Kinta dan Kuala Kangsar di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Perak (JPP), Datuk Zainal Abidin Omar.

Beliau diminta mengulas tindakan Kerajaan Perak meluluskan pembelian sebanyak 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan.

Mengulas lanjut Ramly berkata, sepatutnya kerajaan negeri lebih mengutamakan penggunaan kereta nasional sebagai satu langkah untuk memartabatkan lagi kereta buatan tempatan.

Sementara itu di KUANTAN, Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) juga menyifatkan kerajaan Perak sebagai ‘mengkhianati’ negara apabila menggunakan kereta buatan luar bagi menggantikan kereta tempatan sebagai kenderaan rasmi.

Presidennya, Mohd. Firdaus Abdullah menegaskan, tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlekehkan kereta buatan tempatan yang dianggap tidak layak menjadi kenderaan rasmi kerajaan negeri.

“Kerajaan Perak telah membelakangkan kemampuan kereta tempatan apabila memilih Toyota untuk menjalankan urusan rasmi kerajaan,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Firdaus berkata, pemimpin kerajaan di Perak sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat dengan menggunakan kenderaan buatan tempatan.

“Apabila pemimpin kerajaan menggunakan kenderaan buatan luar, ia juga mendorong rakyat untuk tidak menggunakan kenderaan buatan tempatan,” katanya.

http://www.utusan.com.my/

Disember 14, 2008

Anonymous said...

den raso nak cari alasan ni memang mudah sebab kalau dah nak cakap apa pun da xdengar cam anak teruna nak anak dara le .. tak kira la da tebuk ke penuh kurap ke kalau ati da berkenan faham faham sendiri la .. so lu pikir la sendiri perasit rakyat

Arjuna said...

maleh yeop nak cakap bebanyak bukan kome paham pun..
yang nak tuko kepada camry tu sape?
ngeh ke nizar?
nizar ni bukan tau apa2 pun dia tu ngikut bontot ngeh je...
kat perak ni DAP yg berkuasa dari PAS sahabat yeop oiii...
nampaknya NGEH blh bergaya dgn camry baru le raya cina ni....

Anonymous said...

Beritamalaysiakini,

Kalo ko baca news pakai utusan meloya, berita hairan dan sewaktu dgnnya... takyah cerite la. Mmg ko satu spesies... tak guna akai sendiri ka, pikir logik aje pun bebudak sekolah lebih bijak dari spesies UMNO ni.

berape ramai le tetamu kerajaan ganu yg pakai merc tu... disebat dek exco ade le kalo tak tebio karat je le...

Ali Ketam bagi Dato kat Bangla Hindustan tuu... patrioktik ke?. Bepaedah lagi bagi kat ko sbb bagi sokongan bebal kat KERAjaan BN (baca Bebal Negara)

Anonymous said...

Topeng perak,

Sebenarnya aku amat menyokong penuh pemakaian kereta proton v6 sebagai kereta resmi kerajaan. Tapi disebabkan pembuatannya kurang bermutu maka orang yang membaikpulih dan tuan punya kereta ambil kesempatan dengan mengenakan bayaran diluar dugaan. Harga barang RM120.00 bertukar jadi RM12000.00. Duit dari mana yang membayar bil tersebut...? Sudah tentu duit rakyat.

Kerajaan negeri Terengganu memulakan boikot barang keluaran proton Malaysia. Kenapa..? Cara pembuatannya tidak bermutu, kos baikpulih terlalu tinggi dan proton tidak selamat digunakan. Kereta Mercedes Benz lebih jimat, selamat dan bergaya.

Begitu mudah, Menteri Besar Terengganu memberi alasan bagi menghalalkan dia menukarkan v6 kepada mercedes.

Kenapa Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) tidak menyifatkan kerajaan Terengganu sebagai ‘mengkhianati’ negara apabila menggunakan kereta buatan luar bagi menggantikan kereta tempatan sebagai kenderaan rasmi...?

Itu sebenarnya komen dari pencacai yang kerjanya mengesat najis pemimpinnya.

Sekarang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pula ikut jejak langkah Kerajaan Negeri Terengganu. Semua orang pro UMNO cuba beri komen seolah-olah Kerajaan Negeri Perak dan Selangor lebih teruk dari Kerajaan Negeri Terengganu.

Kesimpulannya: Hanya orang yang bodoh saja cuba menegakkan benang basah.

Generasi Pejuang Bangsa said...

aku rasa kerajaan BN lebih utamakan kereta tempatan berbanding Pakatan Rakyat .. dahulu pakatan kata BN membazir duit rakyat kini Perak lagi perabis duit ...aku rasa mereka beli kereta camry ini maybe ada geng depa dalam toyota...boleh makan komisyen ke ..kereta mewah spt toyota komisyen tinggi ..

Pemimpin kerajaan Perak kini tentu senyum lebar terutama Ngeh dan Nga ..dapat merasa naik Camry ..Nizar bg tau kereta camry dia paling last akan sampai ..fuh semakin BERLAGAK DAN SOMBONG LAGI SI NIZAR BONEKA NI

Ali Abdullah said...

Tak payah nak berlagak kununnya pakatan perompak itu lebih prihatin dengan wang rakyat. Kalau kerajaan pusat nak bergaya dengan duit rakyat, tak perlulah keluar kenyataan larang ahli exconya daripada menggunakan Merc yang serba mewah itu.

Kerajaan negeri itu dah cukup elok ke, dalam perancangan budget diorang tu? Belum jadi pemerintah pusat lagi dah berani main cilok sikit-sikit pastu tenyeh kerajaan dengan Merc, sambil-sambil tu pulak teguk sikit duit kerajaan negeri beli kereta mewah yang murah sikit daripada tu.

Dah biasa sikap pakatan perompak, kalau BN dikata curi rm100, Pakatan lak curi rm80 (boleh curi tapi biar kurang sikit dari BN). Nasib baiklaa.... kalau pemimpin BN itu naik heli, agak2 pemimpin PR tu naik Bentley ler agaknya.
Hahaha, lawak perisik rakyat ni.. buat humor awal pagi - Cermin tu takde kat umah ke?

Anonymous said...

aku sokong tindakan kerajaan perak beli camry.

selagi proton tak ubah dasar mereka yg buat2 endah tak endah hal quality kenderaan yg mereka keluarkan...layan customers mase hantar kereta g service cam anjing....berkomplot supaya customers tukar alat ganti mereka walaupun still alat ganti tue bleh pakai...selagi bende2 nie berleluasa dlm proton, selagi tue aku akan cakap.....STOP BUYING PROTON!!!

tak perlulah nak perbodohkan rakyat malaysia kata kereta proton tue kereta nasional...kami tahu kereta apa yg betul2 original, kereta mana yg just tukar badge, kereta mana yg just make up design je.

Panglima Perang Cyber said...

bengkel naikkan harga bukan sebab salah kerajaan atau PROTON...

tu lah tak baca Utusan Meloya dok baca harakah suara keadilan saja..

berita basi jer korang baca macam mana nak tahu..

mgkn ni sebab ramai tak faham dan dok sokong membabi buta sehingga babi babi pun orang pakatan dah start suka..

tak suka mcm mana kalau sokong ternak banyak2...

memang pandai sapa sapa planning buat melayu jadi suka babi babi ni..


huhu

Anonymous said...

ehh...orang cakap pasal kereta...dia ubah topik cakap pasal babi....nampak sangat takde hujah bernas nak lawan anonym.

mmg bengong dan sombong tak bertempat betul panglima perang cyber.

kami mmg tak baca utusan meloya yg kuat menipu & putar belit fakta....kami baca autotrader, autocar, kami tgk show & subscribe magazine top gear.

Anonymous said...

KORANG SIBUK NAPE?
LANTAK R NK PKAI PER PUN..
NNT X JD MENTERI X DPAT PKAI...
BUDAK2 KETA PUN BLI PERDANA,TP ENJIN TKAR GAK..
X LH BLAH KETA PROTON..HAHAHAHAHAHA
LEMBAB.

Anonymous said...

aku memang x pakai kete proton. body tin susu.

Panglima Perang Cyber said...

nampaknya lepas tak dapat jawab dia bagi saya kata kata kesat..

ok. no problem.

thank u

itu tanda mentaliti yg bersuara di sini dan bagaimana hati dia..

Anonymous said...

sapa x dpt jawab sbnrnya?? PPC ke atau anon (yg berkaitan)??

rasanya PPC yg x dpt jawab hujah anon tu.

isu babi perlu dijawab kat artikel berkaitan. rasanya dah ada isu babi kat blog perisik rakyat ni dan sudah pun diulas panjang.

so, cermin lah diri tu wahai PPC.

AbgTuah said...

Aku tak mahu cerita banyak kerana semua fakta telah dihuraikan satu persatu oleh ahli BPN.

Yang aku nampak nyata ialah belum ada lagi pembangunan yang berjaya dibawa oleh Pakatan Rakyat ni selain dari berangan untuk memandu kereta Camri 2.4 cc.

Fardzuan Hatta said...

Salam Abg Tuah..klu kita tak setuju mmg dgn seseorg mmg kita tak nampak kebaikannye..btol??
tp klu kita setuju..
bende buruk pn bleh jd baik..hahaha..

Anonymous said...

muhahahaha.

yang aku nampak nyata tiada pembangunan di perlis sepanjang pemerintahan bawah umno.

Anonymous said...

Ooooh Abg Tuah,
Pakatan Rakyat pegang belum cukup haul... blum setahun pun, ko dah tuntut pembangunan! Tu BN yg ko puja-puja dah 50 tahun... ko tak nampak ke?

Aku admit byk pembangunan BN... esp bila ade MP yang mati so byk la projek kat tpt arwah tu sbb nak pilihanraya cth mudah... Ijok, pastu terkini KT.

So kalo nak Perlis,Sabah,Sarawak Pahang, NS tu byk pembangunan, agak-agaknye perlu tak MP BN tu ......

Duit rakyat... tiap projek yg BN buat, 10% projek; 20% sub-con; 20%contractor; baki aku yg punya... ckp byk aku C4 ko.. HAHAHAAHA.. bukan rakyat yg punya... kroni yang punya HAHAHAHAHAHAHAHA...

Unknown said...

panglima cap ayam n co ameno cari mkn,

Betul piem ckap cam2...ke nak sedap hati hangpa jee..kita kan tak tau..sapa yg nak pantau tetamu kerjaan yg pakai kee hehe..

tgk le kat kedah nu..ada lagi manuasia idup kat kubur cina dh 20thun lak.tu..sapa yg perintah..B.end n karat ameno hang lee..kalau 100thn perintah silap2 dlm kubur la orng melayu kie yopp..

setakat beli camry mcm nk gegar malaysia ooo..hangpa beli helkopter kat expo..kapal selam cap ayam..billion2 tak lak membazir...ada ka beli brng perthanan kat expo..tau la musuh negara bodo piang tul lee...hehe

Anonymous said...

kalau korang nak tahu....hehe harga kete camry tu lagi murah...mungkin sekitar rm100 ribu je....kalau kerajaan BN tak kenakan cukai banyak2....apapun ....kete tu utk wakil rakyat kita...maka tak sepatutnya ada cukai...bukan kete persendirian.jikalau kerajaan negeri berubah......rasa2 kerajaan baru BN kena gak pakai camry.....maka tu cakap jangan jadi mcm INDON yg dtg ke tanah melayu sekitar 40an...hehe dapat jugak naik camry....suatu hari nanti...

Fendy2177 said...

Agaknya, MB Terengganu pakai keta apa sekarang? Mercedes yang dibeli tu depa simpan mana? Tolong jawab.

ISU BABI BPN,

Ni la kalau terlalu sondol pemimpin yang berhati busuk. Ko tau ke tujuan kandang berpusat dan cara moden tu. Ko tau ke apa kebaikannya. Dengan teknologi yang ada, kandang tersebut akan menempatkan babi-babi dalam bentuk berpusat (BUKAN BERSEPAH). Sistem pembuangan najis (kitar semula) dan sebagainya akan menyelamatkan Alam Sekitar dari pencemaran. wabak penyakit juga mudah dikawal. Ada otak pikir dengan waras. Bukan ikut sedap HAWA NAFSU konon PAKATAN RAKYAT buat kerana tunduk dengan DAP dsbnya.

ISU BABI KAT MELAKA korang tak komen. Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Dalam korang kecoh tuduh Pakatan dengan Isu Babi, Allah timbulkan ISU BABI DI MELAKA. Cuba ambil iktibar apa yang berlaku. BERFIKIRLAH WOIII. Itulah akibatnya kalau Allah bagi Akal untuk fikirkan kaedah terbaik, kurangkan pencemaran tetapi DIPOLITIKKAN. Terus Allah bagi contoh akibat kebodohan pengurusan.

Jangan Politikkan Isu sebegini. Tau la Babi tu sensetif pada orang Melayu, sebab tu puak korang POLITIKKAN habis-habisan. Politik menimbulkan kebencian dan perkauman memang dijurai oleh umNO, BN dan BPN akan menjadi tali barut. Teruskanlah.

Anonymous said...

aku pakai kereta Proton Persona macam sial..beli bulan 12 tahun lepas..x pernah miss servis di Proton servis cheras.Setiap kali servis bukan sikit keluar duit..memang Proton ni suka mem'babi'kan orang yang beli Proton...masalah sama berulang..sistem brek...bila jalan berbunyi sana-sini...gear macam hampeh..jadi aku rasa memang patut PR pakai camry..menyesal ikut cakap isteri aku beli Persona..ingat nak angkat Vios..aku ingan nak jadi Patriotik tapi macam celaka je Proton khianati rakyat.

Anonymous said...

kome ni semua bodoh bebeno. Nizar tu bagi mesej pada BPR dan org2 UMNO yg bodoh dan bangang. Kalau dah penyelenggaraan kereta zaim (adun belanja) setahun ratusan ribu..yang exco lain pun beratus-ratus ribu juga...apa ke jadahnya. kalau tak masuk poket sendiri. Lepas ni kalau penyelengaraan camry tu rendah-serendahnya..apa kome nak cakap..? Heran juga..pasai apa BPR kata, perdana kat terengganu tak ada kes..pelik..malaysia ni. Ganti gearbox je ratusan ribu..pastu tak ada kes..OOooo..dolah yg suruh tutup kes kot.kalau tak mat said akan bukak seluar dalam dia sampai nampak kemalua..

Anonymous said...

pusat servis eon dan proton milik sapa???....

Anonymous said...

PERHATIAN!!!!!:polis malaysia dh pakai kete mitsubihsi evo lancer....apa komen parti pemerintah lak....negara tengah tenat kewangan.....proton tak bagus ker.....khikhihkikih,,,,,,PLAT NO:WSB9554

Anonymous said...

Kena jelaskan dulu.. Ni Perdana V6 Eksekutif tau... yang byk problem memang model ni. Perdana V6 yang biasa agak kurang skit problem nyer. Kat parlimen pun penah bincang hal Pedana V6 Eksekutif ni.

Polis? Bukan EvoX jer, Nissan Murano pun ada, Volvo S80 pun ada.

Anonymous said...

kalau aku gantung kepala babi kat depan pintu rumah ppc nak tak.......heheheheehhe
bodoh macam babi
nak bagi moden dia nak bela cam apek kampong
lagi satu ppc makan ke babi niyang dok kecoh sangat tuhhh
barang buatan malaysia ni lah bukan nak kata semua pun low standard.kalau export ikut standard antarabangsa.tak caya tanya sapa yang jaga qc dengan production kat kilang multinasional macam panasonic atau sony.kilang proton tu macam kilang kicap jer la.entah lagi baik kilang kicap.

Panglima Perang Cyber said...

Ramai yang komen pakai anonymous macam tak ada 'telur' jer..

bagus lah ramai sokong pakai Camry..bagus sebab dah berjaya orang nak jatuhkan nama baik proton yang sedang naik sekarang ni...

Nanti sokong lagi dan sokonglah nizar nak pajak tanah 999 tahun tu...

nanti sokonglah nak buat apa sahaja..

tapi dalam banyak2 komen tu tak ada pula yang jawab pasal janji janji pakatan rakyat, yang nak jimat duit rakyat..

kesian, korang dah lupa ke atau malu nak sebut..

bagi yang tohmah dan kutuk tu, aku doakan biar mati dengan eloklah..

jangan dekat mati mengucap dok sebut BABI BABI BABI..

sebab apa ?

sokong orang nak ternak BABI banyak banyak.

Aku kalau BN pun nak ternak BABI banyak2 pun, aku yang akan pertama sekali yang akan bantai..

Terutama jika aku orang Kedah..

kerana aku dengar Pulau Pinang tak nak ternak BABI tapi MB Kedah sanggup pulak nak buat.

Aku tahu malu nak kutuk parti sendiri tapi janganlah macam tu..

Jika tak setuju korang kena bagitahu pemimpin desak...

jangan jadi 'boneka' orang lain saja.

Kirim salam lah kat hj hadi tanya dia bila nak cabut lari.

kesian dia tersepit..diluah mati PAS ditelan mati DAP...

PKR ? tak mati sebab memang tak hidup pun..

cuba kira ahli dia ? boleh bilang dengan jari.

atau dia nak tunggu Jun depan baru nak larikan diri ?

cuma aku puji satu jer blog ni, dia tak tapis komen.

Itu aku bagi markah 70 persen...

Hihihi


Salam..

Pesan aku :

kita tak nak lawan

kita mahu kawan..

Anonymous said...

dh mmg btul xde telur nk wt cane lg?
org tganu lbh phm psl ameno.....hampeh

Anonymous said...

proton mmg berkualiti bangsat.any objection?

Anonymous said...

Pembelian Camry tidak jejas projek kebajikan di S'gor
Jan 13, 09 7:10pm
Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat memandang serius isu pembelian kereta Toyota Camry untuk kegunaan exco serta pegawai kanan kerajaan negeri Selangor yang didakwanya telah diputarbelitkan oleh sesetengah pihak.

Merujuk kenyataan Datuk Dr Mohd Khir Toyo dalam beberapa akhbar baru-baru ini, setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan ia mencerminkan keperibadian ketua pembangkang di Selangor itu serta kepimpinan Umno yang menurutnya, masih berfikiran cetek.

nik nazmi selangor pkr 100 days seratus hari pc 120608 02"Keputusan Pembelian Kereta Toyota Camry dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri minggu lalu dan bukan tahun lalu kerana belum ada peruntukan ketika itu," katanya dalam satua kenyataan hari ini.

Nik Azmi (foto) berkata, keputusan kerajaan Selangor membeli Toyota Camry sebenarnya dibuat berdasarkan sebut harga yang dihantar syarikat kenderaan dan bukannya menerusi tender terbuka kerana harganya telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

"Pembelian kereta Toyota Camry ini sebenarnya tidak menjejaskan langsung projek-projek kebajikan "merakyatkan ekonomi Selangor" yang telah dirancang kerana kerajaan negeri sudah mempunyai bajet untuk kesemua program berkenaan," katanya.

Nik Azmi berkata, segala kecaman yang dikeluarkan oleh ketua pembangkang langsung tidak berasas, memandangkan kerajaan Pakatan Rakyat - yang baru sahaja menerajui kerajaan negeri - telah berjaya melakukan pelbagai program bagi "merakyatkan ekonomi Selangor" dengan cukup memberangsangkan.

"Lebih jelik lagi apabila beliau sewaktu memegang jawatan menteri besar sebelum ini telah meluluskan pembelian kereta Mercedes S350L menggunakan peruntukan KDEB selaku pengerusinya yang berharga RM917,214 semata-mata untuk kegunaan peribadi.

"Adakah beliau lupa akan kos besar yang ditanggung kerajaan negeri dan anak-anak syarikat kerajaan negeri akibat masalah pengurusan waktu itu?

"Adakah beliau lupa berapa banyak keuntungan dikaut pihak pemaju swasta dalam projek-projek usahasama sedangkan Kerajaan Negeri dibelakangkan," tegas Nik Azmi.

Beliau juga berkata, rakyat Malaysia juga sudah mulai sedar dan faham dengan mainan politik murahan BN.

"Ketua pembangkang seharusnya membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan agar segala komen itu dilihat lebih membina daripada menfitnah dan tidak terkena ke mukanya sendiri," tegas Nik Azmi.

Anonymous said...

kerajaan ganu beli merce,boleh..bekas mb selangor beli merce,lulus..aku syor kerajaan selangor ngn perak beli merce baru x jadi isu kot..bingai punya umno