"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 02, 2009

Ugut: Bekas menteri Kabinet Sabah dipenjara 6 bulan

Bekas menteri Kabinet Sabah, Datuk Conrad Mojuntin dihukum penjara enam bulan atas tuduhan menyebabkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah terhadap dua lelaki pada 23 Oktober 2003.

Conrad akan merayu ke atas hukuman yang dikenakan sebentar tadi.

Pada Mac lalu. Mahkamah Majistret Kota Kinabalu melepas dan membebaskan Conrad dan anak saudaranya, David Mojuntin daripada tuduhan menyebabkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah terhadap dua lelaki.

Bagi tuduhan pertama, Conrad, 61, didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu mengancam mencederakan Doughty Disimon, 32, di luar SJD Cafe & Sport, Pekan Donggongon, dekat Kota Kinabalu.

Conrad dan anak saudaranya, David, 45, juga dituduh secara bersama menyebabkan kecederaan Chee He Fatt, 46, pada pukul 4 pagi di belakang Public Bank, Pekan Donggongon, Penampang.

Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

3 comments:

Anonymous said...

buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.

sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah.

jangan ingat bila kita ada kuasa kita akan terlepas dari segala-galanya.tidak.bukan begitu.lambat laun pasti kita akan menerima hukuman yang setimpal.

Unknown said...

jangan ingat bila ada dan pernah ada kuasa politik maka boleh terlepas dari tindakan mahkamah.di Taiwan pun baru-baru ni bekas PM dah dikenakan tindakan mahkamah berhubung kes rasuah.

Anonymous said...

ada power dan title sikit dah nak tunjuk berang.
Kalau salah memang tak kan lari kemana pun..