Maka berkatalah Mohammad Fairus Khairuddin tentang blog Alahai… seperti disiar Sinar Harian apabila ditanya wartawan Suzalizaa Juhar.
“Pada saya blog itu dibuat oleh orang yang tidak berjaya mencapai agenda peribadinya, dan cuba memburukkan saya melaluinya (blog).
“Semua isi kandungan blog itu hanya fitnah semata-mata dan blog begini hanyalah blog-blog nyamuk yang tidak mempunyai asas.
“Penulis blog ini mungkin tidak ada kerja lain, selain berusaha menjatuhkan saya dan menabur fitnah.”
Selain mendakwa dirinya difitnah, Fairus menuduh ada pihak tertentu yang cemburu dan mahukan kedudukannya.
Sejarah tidak pernah menipu, sejarah baru juga boleh berulang.
Justeru, mari kita singkap kembali jawapan Mohd Saiful Bukhari Azlan, apabila blogger Najwan Halimi ( teman Saiful di UNITEN ) mendedahkan ‘Siapa Sebenarnya Saiful’ dalam blognya Riwayat Hayat pada 11 Mac 2008 iaitu 3 hari selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.
Najwan Halimi (foto ?) adalah juga aktivis Anwar Ibrahim Club (AIC). Najwan mengibaratkan Saiful sebagai musang berbulu ayam, ketika dia mula berjinak untuk menjadi 'pegawai Anwar.'
Tiga siri pendedahan Najwan berkaitan Saiful bertajuk : Awas ! Musang Berbulu Ayam boleh dibaca di sini --> Siri 1 , 2 dan 3.
Ini jawapan hipokrit Saiful :
"Assalammualaikum.. Masyaallah Najwan, sampai bila saudara nak berhenti memfitnah.. Cukuplah saudara dah malukan saya, jatuhkan (saya), sampai saya terpaksa tarik diri dari Universiti.. Hidup dalam kegelapan tanpa arah tuju….”
Jangan memfitnah sembarangan saudara Najwan. Saya memberi tenaga secara ikhlas demi membantu seorang rakan ( Rahimi Osman – bekas pembantu Anwar) semasa beliau dalam kesusahan.
Bukan menjadi penyokong fanatik yang kononnya menyokong tetapi hanya sokong sahaja, buat kerja tak ada. Najwan, berhentilah menfitnah dan buangkanlah perasaan hasad dengki ko tu. Tak ke mana Najwan. Tambahkan dosa sahaja.
Sementara itu, seorang pengunjung blog Najwan yang dikenali sebagai H yang dipercayai kenalan Saiful juga telah memberikan amaran dan pandangannya :
Buat DSAI,
Kalau tuan baca blog ini dan tuan baca komen-komen ini, saksikanlah tuan, inilah dia orang yang nak berdampingan dengan tuan.
Kalau si Saiful ni mintak nak kerja dengan tuan, saya nasihatkan janganlah ambil dia! Memang punahlah keADILan dengan tuan sekali jatuh terduduk. Silap-silap tuan masuk jail balik nanti….
Namun, suara blogger yang ikhlas mendedahkan siapa Saiful sebenarnya tidak mendapat respon positif dari Anwar, mungkin kerana beliau terlalu bersangka baik dengan semua orang. Ini berdasarkan komen Rahimi Osman dalam blog Najwan.
Sdr Saiful memang banyak membantu saya dan DSAI sepanjang kempen pilihanraya lepas. DSAI dengan jujurnya pun amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Sdr Saiful. Termasuk juga staf-staf yang berkhidmat di pejabat DSAI.- Rahimi Osman
Oleh itu Saiful terus diberi ruang di pejabat Anwar Ibrahim sehinggalah dia membuat laporan polis 28 Jun 2008, mendakwa dia ‘diliwat’ Anwar selepas tiga bulan siri pendedahan oleh blogger Najwan.
Manakala itu, Anwar apabila ditanya blogger sya-reformis dari blogger @ networkperak, yang membangkitkan isu TKM 1 dalam blog anwaribrahim.com pula memberikan jawapan berikut :
Jazakallah..dan kami menerima baik teguran saudari. Kami juga dihujani dengan pelbagai kritikan dalam hal yang sama, sebahagiannya dianggap munasabah tetapi terdapat juga tohmahan melulu.
Permasalahan tersebut ditangani sebaiknya, namun harus adil dan berhikmah. Tanpa kecuali semua pemimpin akan dipertanggugjawabkan. Maka inshaallah kami akan bertindak seandainya terdapat bukti sahih salahlaku atau kecuaian siapa saja.
Ramai berpendapat kes fitnah Saiful boleh dielakkan sekiranya Anwar mengambilkira suara blogger yang lebih rapat dengan suara akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan.
Justeru dalam isu Fairus tidak keterlaluan kami katakan, jika Anwar lambat bertindak tidak mustahil ‘pisang akan berbuah dua kali.’
Harus diingat, Fairus juga mempunyai ciri-ciri perwatakan Saiful-apabila bercakap dia berbohong, apabila bersumpah, bersumpah palsu !
Mungkin Anwar sepertimana dalam isu Saiful mempuyai cara tersendiri, akan menghadapi isu Fairus secara adil dan berhikmah …..
Atau mungkin..pandangan sinis pengunjung Alahai, sdr Jamaludin boleh 'diambilkira' :
Pasai Fairus dan Yusmadi di Penang yang sekarang ni tengah 'HOT'... baik Dato' Seri biarkan sahaja depa2 ni pegang jawatan masing2.. tak payahlah ambik apa2 tindakan...depa ni sebenarnya 'DIFITNAH' dan diperburukkan saja imej oleh orang yang tak puas hati..biarkan jer..buat mcm takder ape-ape yg berlaku...
'Comfirm' la next election Penanti & Balik Pulau, malahan tempat-tempat lain akan 'BUNGKUS & AKAN DITONG SAMPAHKAN' oleh pengundi-pengundi yang dah meluatttt...
( Catatan : Renung juga Siri 1 : emel beracun, yang ditulis oleh bekas boss Fairus sekitar Mac 2008. )
Dia ni ‘ex-staff’ aku ni...aku ni boss dia dulu. PKR ni betul ke tidak pilih orang ???? Mana ahli PKR kat sini ?..meh sini...bahaya ooo budak nih....
Aku ‘still’ tak puas hati pasal Timbalan KM tu...aku kenal sangat ngan budak tu... dia tu dinasihatkan berhenti kerja dari company aku.
-Alahai... FAIRUS TKM 1 Penang !
TP - Gambar Pak Lah aku dah terbalikkan...
Gambar Najib aku dah terbalikkan...
Gambar Teressa Kok pun aku pernah terbalikkan...
Paling akhir gambar TKM 1 Fairus aku terbalikkan jugak...
Semua tu diterbalikkan sebab depa "songsang"..
Bila aku baca komen DSAI yang ni - Jazakallah..dan kami menerima baik teguran saudari. Kami juga dihujani dengan pelbagai kritikan dalam hal yang sama, sebahagiannya dianggap munasabah tetapi terdapat juga tohmahan melulu.
Permasalahan tersebut ditangani sebaiknya, namun harus adil dan berhikmah. Tanpa kecuali semua pemimpin akan dipertanggugjawabkan. Maka inshaallah kami akan bertindak seandainya terdapat bukti sahih salahlaku atau kecuaian siapa saja.
maksud aku "sebahagiannya dianggap munasabah tetapi terdapat juga tohmahan melulu."
apakah maksudnya DSAI cuma ambil berat yang "melulu" sahaja manakala yang "munasabah" pula DSAI tak ambil berat sebab cuma "sebahagian"???
Bila aku baca koemn yang tu aku rasa nak sangat terbalikkan gambar DSAI jugak sebab ini bukan kali pertama DSAI salah buat pertimbangan.
Kelemahan DSAI ialah - the result will come from the "last person" he meet.
Siapa "last person" tu???
Orang yang DSAI tak pernah kenal lah selalunya... apa punya turrr...!!!
Lepas PRK P-036, kalau masalah TKM 1 masih tak selesai, kalau DSAI masih tak ambik tindakan, kalau tindakan DSAI cuma "amaran" (dari bulan jun dok bagi amaran je la...) maka aku tak akan teragak-agak untuk terbalikkan sekali gambar DSAI...!!!
Simpan kata-kata aku sebagai janji aku dan AMARAN (pada DSAI). sblm ni aku pernah kena herdik dek penyokong PKR dalam isu "replika" dan bagi aku, aku tak kan berganjak dengan keputusan aku semata-mata diherdik oleh rakan seperjuangan yang berselisih pandangan.
Lepas ni jugak aku tak kan berganjak dengan keputusan aku kalau aku terbalikkan gambar DSAI.
Herdiklah aku, aku tetap aku. itu pegangan aku.
Untuk DSAI, biar parasit lain merosak Pakatan Rakyat aku boleh terima, tapi kalau kerosakan itu datang kerana ke"alpa"an DSAI.
TIADA MAAF BAGIMU..!
ur the leader, every single good things should come from you but not a bloody stupid things..!
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Bro, jangan le buat DSAI macam tu, sy tau anda mmg pejuang, tp DSAI menangani perkara2 tu dgn mungkin berhikmah, mcm citer Rasulullah SAW yg didatangani sorang wanita yg mengaku berzina , face to face wanita tu kata dia berzina tp , Nabi berkata " ko baliklah dulu " sampailah kali ketiga baru kena tindakan.
Mgkn DSAI tahu benda ni dan berhati2,
dan satu lagi kita mesti taat ULUL AMRI...... selagi tidak berlaku zalim. ALLAHuAKBAR
seorang reformis kawan baik aku yang memang bdk baik adalah kenalan rapat gak dgn fairus. aku dah lama x jumpa dia, kalu kwn aku yg tak suka kutuk org ni pun ckp fairus teruk aku akan belasah dia habis2an
TP..
AKU SETUJU KAU TERBALIKAN GAMBO DSAI SEKALI KERANA AKU PUN SAMA PRINSIP MACAM KAU...YANG BENAR TETAP BENAR...
..............AV................
Topeng perak,
Anda sungguh emosi, sebagai anak muda anda perlu banyak bersabar mengawal kegarangan nafsu yang sedang bergelora.
Jika anda tidak cukup ilmu maka nafsu akan menguasai akal. Maka terlaksana lah apa yang anda katakan.....
"Lepas ni jugak aku tak kan berganjak dengan keputusan aku kalau aku terbalikkan gambar DSAI."
Lihat anonymous 11:36 menyokong dan sedang mencurahkan minyak petrol dalam api supaya anda terbakar.
Apabila keadaan kembali tenang nanti, bila akal dapat berfikir semula, ketika itu anda akan rasa menyesal diatas perbuatan yang telah anda lakukan. Pepatah mengatakan "terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padanya".
Kita telah bincangkan tentang Fairus dalam blog, tapi ramai yang keliru tentang orang ini.
Ada diantara pengkritik yang mengatakan Fairus ini tidak layak jadi TKM1 mesti dipecat. Masaalah yang timbul adalah atas alasan apa Fairus ini patut dipecat...?
Kebanyakan pengkritik menunjukkan kelemahan dan keburukan yang remeh dan tidak kukuh untuk menumbangkan Fairus.
Oleh kerana itu DSAI menjawab "Kami juga dihujani dengan pelbagai kritikan dalam hal yang sama, sebahagiannya dianggap munasabah tetapi terdapat juga tohmahan melulu."
Ini menunjukkan bahawa DSAI telah mengetahui apa yang berlaku dan apa yang disuarakan oleh topeng perak dan rakan-rakan yang lain.
Kita perlu lihat diri kita ni siapa... Tugas kita mengingatkan mereka. Dan mereka yang dingatkan itu mesti membuat analisa, mencari keputusan untuk bertindak. Mereka mesti adil.
Kita tidak boleh mendahului mereka, kerana mereka adalah orang politik yang dipilih oleh rakyat dan kita adalah rakyat yang menyokong parti.
Jika anda ada bukti yang lojik kumpulkan,kemudian tunjukkan pada pada mereka yang layak membuat keputusan.
Salam bro,
Ape yang tau, pertukaran ne susah jgk sebenarnya..Calon yang paling layak ialah Malik Kasim, ADUN Batu Maung utk ganti tempat Fairus..
Masalahnya sekarang, tempat Fairus tu khusus utk wakil rakyat dari Seberang Perai. Malik Kasim orang pulau..Wakil rakyat Melayu yang ade kat Seberang pulak hanya wakil tunggal PAS je+si mangkuk Fairus ne..
So, kita cume bergantung pada Arif Syah je la skarang ne...Doa cpt2 die lompat parti, mudah cket kerja Anwar..
ELOK LA, ORANG PKR LOMPAT PARTI LAIN, MARAH, KALAU LOMPAT PARTI PKR SEMUA OK. MUNAFIK..
Post a Comment