"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 02, 2009

Himpunan Aman Palestin di Masjid Negara lepas solat Jumaat ini - malaysiakini

Pemuda PAS akan menganjurkan perhimpunan aman Palestin di Masjid Negara selepas menunaikan solat Jumaat. Perhimpunan ini akan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Perhimpunan ini bagi menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati umat Islam terhadap kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin yang mana kejahatan dan kekejaman Israel tidak boleh dibiarkan begitu sahaja malah seluruh umat Islam wajib mempertahankan negara di mana terletaknya kiblat pertama umat Islam itu, demikian kenyataan yang dihantar ke Harakahdaily baru-baru ini.

Sementara itu di Pahang Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim memaklumkan bahawa Gabungan NGO-NGO Islam Pahang dan Pakatan Rakyat turut akan mengadakan Himpunan Aman Intifadah selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh.

No comments: