"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 02, 2009

Umno naik angin pasal anugerah tanah - malaysiakini

Langkah kerajaan negeri Perak memberikan tanah hak milik kekal kepada penduduk kampung baru dua hari lepas, dilihat oleh pembangkang (baca Umno/BN) sebagai mencabar Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tanah Negara.

Beliau berkata tindakan itu bercanggah dengan ketetapan dalam Klausa 76 (aa) Kanun Tanah Negara yang menetapkan hak milik tanah kekal hanya diberikan bagi maksud tujuan penggunaan Kerajaan Persekutuan untuk tujuan awam dan tujuan tertentu yang terhad.

Jadi saya harap Jabatan Peguam Negara meletakkan status tidak sah sekiranya ia (hak milik kekal) itu telah dikeluarkan ataupun (letak status) tiada hak milik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ramly Zahari mengulas tindakan kerajaan negeri Perak yang mula mengurniakan tanah hak milik kekal kepada penduduk kampung baru dua hari lepas di sini.
  • Sementara itu, Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, langkah berkenaan diambil selepas pihaknya mendapat pandangan sekurang-kurangnya sepuluh orang peguam berpengalaman.
  • ‘‘Mereka yang dirujuk termasuklah seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan,” katanya tanpa mendedahkan nama hakim tersebut.
Tindakan kerajaan Perak itu dilihat sebagai memenuhi janji dan meraih sokongan rakyat.

Penganugerahan tersebut adalah satu kewajiban kerajaan ke atas rakyatnya. Mana-mana kerajaan yang bermaruah, bertanggungjawab akan berusaha menjaga dan memberi perlindungan kepada rakyatnya tanpa mengira bahasa dan dilek percakapan. Apabila janji itu dibuat ia harus dilakukan tanpa mengira apakah ianya memberi implikasi lain atau tidak.

Tanah merupakan keperluan asas kehidupan manusia.Kerajaan mana pun perlu menyediakan tanah dan tempat tinggal.Ianya milik semua dan bukan sahaja milik umno dan kroninya sahaja.

Kenapa anugerah seperti itu tidak diusahakan oleh kerajaan pimpinan Tajol sebelum ini? Bagaimana pula tanah yang bioleh terlepas kepada MCA seperti di Kampar itu?

Ramai orang Melayu sendiri bertanya : Masih adakah lagi tanah untuk orang Melayu setelah Umno memfaraidkan tanah dinegeri Perak kepada kroni-kroninya selama 50 tahun memerintah Perak?

Kenapa kerajaan sebelum ini tidak mengambil berat soal perlindungan dan kebajikan rakyat? Jelas langkah yang diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak ini semata-mata berlandaskan kepada ‘Negeri Berkebajikan’ sebagaimana manifesto pilihanraya yang lalu.

Langkah yang diambil oleh MB Nizar menepati kehendak dan aspirasi rakyat semua kaum. Bahawa Rakyat Perak telah membuat pilihan yang tepat dan betul.Syabas Perak negeri ku!

-PerakDAILY.com

3 comments:

Anonymous said...

tahniah PErak...

Anonymous said...

Harap-harap kes ni Suratkhabar Cina ada menyiarkan berita ni... Bukan apa sekurang-kurangnya masyarakat Cina Kuala Terengganu dapat memikir UMNO ka OK atau PAS.. mereka semua ni bijak bila nak mengundi..

kekwa66 said...

ya, suratkhabar cina buat laporan lebih adil dan telus, tak macam akhbar berbahasa melayu yg berat sebelah tu!