"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 02, 2009

Jom berdemo laknat Israel: Di Masjid Negara dan Kedutaan Palestin - malaysiakini

Pemuda PAS akan menganjurkan perhimpunan aman Palestin di Masjid Negara selepas menunaikan solat Jumaat hari ini manakala Pemuda UMNO pula mengadakan perhimpunan yang sama di depan Kedutaan Palestin di Jalan Ampang.

Perhimpunan tersebut merupakan siri bantahan rakyat Malaysia terhadap kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin yang mana kejahatan dan kekejaman Israel tidak boleh dibiarkan begitu sahaja malah seluruh umat Islam wajib mempertahankan negara di mana terletaknya kiblat pertama umat Islam itu.

Tentera Israel terus melancarkan serangan ke atas penduduk Palestin tanpa mempedulikan kesengsaraan mereka sewaktu kemeriahan sambutan tahun baru di seluruh dunia, hari ini.

Serangan terbaru oleh pesawat pejuang Israel awal pagi ini memusnahkan bangunan Parlimen Palestin serta dua bangunan kerajaan lain dan 25 penduduk awam dilaporkan cedera.

Rejim Zionis turut melepaskan tembakan ke atas kedudukan Hamas di tepi laut bagi melumpuhkan kekuatan mereka.

Letupan kuat turut menggegarkan kawasan penyeludupan bawah tanah di kawasan sempadan Gaza dan Mesir.

Serangan terbaru itu turut mengorbankan seorang pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan apabila rumahnya di Jabaliya dibom oleh tentera Zionis.

Arwah merupakan pegawai tertinggi Hamas yang terbunuh sejak Israel melancarkan serangan pada Sabtu lalu.

Sementara itu, rumah pemimpin Ezzedin al-Qassam iaitu sayap kanan Hamas, Abu Anas Chabana turut menjadi sasaran tentera Israel, malam tadi.

Serangan itu mengorbankan tiga penduduk Palestin termasuk seorang wanita berusia 35 tahun dan mencederakan lapan yang lain.

Bagaimanapun Abu Anas tiada di rumah ketika kejadian.

Pegawai Hamas menganggarkan seramai 399 orang terbunuh setakat ini dengan lebih 180 merupakan orang awam.

Hampir 2,000 lagi cedera dalam kekejaman tentera Yahudi ini yang dilengkapi peralatan peperangan canggih berbanding pejuang Palestin.

Tentera Israel semalam turut menambah jumlah tentera di sempadan Gaza sebagai langkah berjaga-jaga untuk melancarkan serangan darat dalam waktu terdekat.

Mereka turut dilengkapi dengan kereta kebal dan pelancar roket canggih dan dilihat berlegar-legar di luar Gaza dan komander mereka bersiap sedia untuk melancarkan serangan pada bila-bila masa.

Langkah untuk mengadakan gencatan senjata juga dilihat semakin sia-sia dengan Kabinet Israel menolak sebarang usaha untuk memulihkan keadaan.

3 comments:

Anonymous said...

majlis ke masjid tu?

Anonymous said...

Sebagai orang Islam kita harus mengambil iktibar dari apa yang berlaku di negara saudara kita. Jika kita tidak berhati-hati, negara kita pun boleh jadi macam tu, apabila bangsa Melayu semakin lemah dan tunduk di kaki bangsa lain, apabila ketuanan Melayu disanggah dan dipertikaikan oleh bangsa lain, apabila Anwar dengan relanya menyerahkan negara untuk dipimpin oleh bangsa lain... Maukah ini semua terjadi?

Anonymous said...

Salam sejahtera blogger,

Saya cukup heran juga dgn para pemprotes-pemprotes ttg kekejaman Israel ni terutamanya di Malaysia ni,

Kenapa saya kata begitu:-
1: Kita duk berdemontrasi ke US MbC tu nak buat apa sbb dah kita tau US ni mmg talibarut Zionis ni.So US ni hanya masuk tinger kanan n kuau tinger kiri..TuRrr!

2: Kita SEMUA sepatutnya berdemonstrasi ke Kedutaan Kingdom of Saudi Arabia dan TEKAN mereka kerana bersekongkol dgn pewaris zionist tadi.

3: Sekiranya Malaysia BERANI MENEGUR secara terus terang terhadap Arab Saudi, pasti dunia akan AMAN.

4: Ekonomi US pelabur ARAB yg paling besar, jadi sekiranya Pak Arab ni MENEKAN si US pelobi zionist tu, tentu kisah suka duka Yahudi bunuh org Islam takkan berlaku..

MORAL OF THE STORY
==================
Siapa berani TEGUR Kingdom of Saudi Arabia - KSA, siapa????

arghhhhh... Jom esok TP lu mulakan Gerakan Tekan Saudi Arabia ni.