"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 02, 2009

Biodata Abdul Wahid Endut calon PAS Kuala Terengganu

"Usah sekali-kali mencari musuh, tetapi jika musuh datang kita akan menghadapinya."

Begitulah prinsip calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, 52 yang diumumkan oleh Presiden PAS Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu Majlis Perisytiharan Calon yang diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu, malam semalam

PAS Terengganu menaruh harapan serta keyakinan yang tinggi mampu memenangi Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari ini dengan melatkkan calon yang berkaliber dan berwibawa.

Beliau merupakan Adun Wakaf Mempelam, iaitu salah satu Adun dalam Parlimen Kuala Terengganu. Wahid juga adalah Adun sejak lima penggal dari tahun 1990 lagi memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.

Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada tahun 1982.

Beliau dilahirkan pada 29 September 1957 di Kampung Pulau Rusa dan kini menetap di Kampung Seberang Baruh Kiri, Jalan Kelantan, Kuala Terengganu.

Mempunyai seorang isteri bernama Wan Fatimah Wan Abdullah bersama 9 orang anak yang terdiri dari dua lelaki dan tujuh orang perempuan. Isterinya, merupakan seorang warga pendidik yang gigih di sebuah sekolah kerajaan di negeri ini.

Wahid mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai Pegawai tadbir di UPM, menjalankan perniagaan berasaskan pertanian, pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan (Exco) negeri Terengganu dari tahun 1999-2005.

Kini, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam sejak dari tahun 1990 hingga sekarang. Selain itu, pengalamannya dalam parti PAS pernah memegang jawatan Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ketua Pemuda PAS Terengganu dari tahun 1991/ 1993.

Wahid masih lagi sebagai Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terenganu.

1 comment:

broooo... said...

sapa pn calon yg diletakkan PAS aku tk kisah.... janji bn tumpas!!!!!!!

tapi aku sikit terkilan kerana Pakatan Rakyat - PAS tk belajar dari kesilapan.
kalau sebelum ini bn di Permatang Pauh dikecam kerana mengambil calon yg telah bergelar ADUN... sekarang apa dah jadi?????

walau apa pun aku tetap yakin PAS pasti menang... sebab komitment dari semua cabang dlm Pakatan RAkyat dpt dilihat jelas dgn kehadiran wakil dari PKR & DAP. ini memusnahkan semua tohmahan media perdana yg mengatakan pakatan sedang bermasaalah.

lawan tetap lawan!!!!!