"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 13, 2009

Wak Raden : Berita 'happy' pagi ini..! Wakakaka..

..kita blogger miskin. Tak ada peruntukan. Komputer rosak repair sendiri. Kalau dah tak boleh repair. sepuk celah katil. Pinjam kat kawan. Yeah .. masih ada kawan yang kesian. Dapat komputer bodoh tahun 1996 dulu. Kalau kereta model tahun tu, Finance dah tak mau bagi loan.
"Sorry Encik loan encik tak lulus, Encik kena beli kereta baru.", kata pegawai pinjaman. Hello adik .. kalau aku ada duit memang aku nak beli keta baru. Tapi kalau tak der duit, camana? Nko nak aku jual bontot ke? ", aku bagi tau budak keje bank tu.
Tapi komputer ni tak payah bayar loan. Kawan bagi pinjam, Peduli taik dengan kemodenan. Yang penting, di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. Dimana ada komputer, di situ aku tekan. Bila blogger dok berkumpul ramai ramai, buat perjumpaan, kita tengok sedih. Amboi Bloggernetwork@Malaysia ... syok nye korang !!!

Tak per ... aku blogger solo. Bloggeralone@home.

Laptop pun tak der. Nak gi cybercafe, kena cari yang boleh hisap rokok. Kalau "No Smoking Zone" tu sekejap je. Setakat masukkan komen. Lebih dari itu, kepala jadi bengggg.... !!!

Baru nak kuar kan rokok ... "Bang tolong jangan hisap rokok. Kami pening." Eleh ... budak kecik ni, aku sekeh kang. Dia belasah duit mak bapak main cyber ingat bapak korang tak pening ke? Cheettt !!!

Bila pilihanraya tiba, rasa gian mula datang. Nak baca je, kadang kadang jari tergerak gerak. Bila tengok tv, kepala putar, jari menekan nekan. Bini tanya, "Dah gian ke?"

Phang !!! Hentak meja, hentak kaki .. "Bodoh bodoh bodoh !!!" Marah betul aku dengan TV3 ni. Diorang ingat kita ni robot, bodoh dan tak tau nak guna otak. Cerita bodek bodek ni tak main la. Semua nya sama macam zaman dulu.

Anak pulak tanya, "Abah dah tak gi internet lagi ke? Bil internet tak payah bayar bulan ni bah"

Aisshhhh budak kecik ni, nak kena sekeh agaknya. Aku dulu masa kecik tak berani pandang muka bapak, tapi budak sekarang siap perli lagi. Abah kau ni pendam rasa, gian tak karuan. Tapi marah tak boleh nak di simpan. Kalau simpan lama lama, lintar pintas kat urat kepala, boleh jadi gila.

Tangan dah semakin gatal,

"Mah !! Tolong buatkan abang kopi", aku jerit.

Jari di letakkan di atas keyboard, mata mencari cari huruf 'R' dan seterusnya ....

"Mari kita mulakan sekali lagi !!!"

Hello kawan kawan. Radenjowo kembali...wakakaka..[klik] seterusnya !

-al-banjaro online 2009

1 comment:

Anonymous said...

Ini le rupanya orang yang nak bertanggungjawab atas negara, budak2 kecik pun nak di sekeh asalkan dapat merokok dan berinternet..

bodohnya kumpulan pakatan rakyat yang sentiasa bengong dan bongok..

hahahahaha