Sebagaimana dijanjikan semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan tiga bukti dalam Dewan Rakyat yang menunjukkan BN memang berusaha dengan pendekatan rasuah dan ugutan untuk menarik Adun Pakatan menyertai BN.
Ketiga-tiga bukti itu adalah rakaman CCTV, peluru hidup dan penculikan. Namun, Anwar mendakwa, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat dengan bukti-bukti ini.
Anwar berkata demikian ketika membahaskan ucapan titah Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam kes CCTV, Anwar berkata, pihaknya dengan kerjasama SPRM telah memasang CCTV untuk merakam perbualan antara Adun Kulim, Lim Soo Nee dari PKR dengan bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahatzir Khalid.
Rakaman itu dibuat di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang menunjukkan Mahatzir dan Adun itu.
Kata Anwar, agen kepada Mahatzir telah menawarkan Lim Soo Nee RM5 juta untuk melompat parti dan menyertai BN.
Lim, kata Anwar, telah menolak tawana itu dan membuat laporan polis kemudiannya tetapi tidak ada tindakan sehingga kini.
Anwar mendakwa, Adun Bukit Selambau, V Arumugan telah diugut dengan bermacam cara termasuk ugutan bunuh sebagaimana yang dialami oleh bekas Adun Lunas, Joe Fernandez yang mati dibunuh jika kekal dengan aktiviti politiknya.
Anwar mendakwa, semua laporan ini tidak diambil tindakan oleh polis dan SPRM selepas mendapat tekanan dari pemimpin atasan BN.
-SIASAH
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Thursday, February 19, 2009
Anwar kemuka bukti BN ugut dan ancam Adun Pakatan agar lompat parti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
ni nuar ni tak habis-habis dengan 'bukti' dari zaman che det lagi...
jika nuar kata : polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat dengan bukti-bukti ini.
itulah yang sepatutnya polis dan sprm buat...buat bodo je.
polis dan sprm kena utamakan kes terkini seperti ini :
IPOH 19 Feb. — Pemuda Umno Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah memintanya menyiasat tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir bersama enam Exconya daripada menghadiri sidang dewan itu berkuatkuasa serta merta....
hak...hakkkk.hakkkkkk
komen dari seorang yg bodoh dan tak dak sapa nak layan.....
hakk.hakk..hakkk...khtui
Aku rasalah kalaulah tuhan berperangai seperti manusia UMNO, dah ramai umat manusia tu masuk syurga sebab dosa yang bertimbun tu dihitung yang zaman sekarang je. Yang dosa dahulu perap je. Nasib baik Allah tu Maha adil sampai sebuntil zarah amalan pun dikira.Mengapa kita tidak boleh mengamalkannya? Bodoh punya Zali
Zali oh Zali..
Pecacai UMNO membuta tuli
Asal dapat upah betul salah apa peduli..
PR dah repot berkali2..
SPRM/PDRM tak ambik port tak peduli..
Kalau UMNO repot terus bertindak cekap sekali..
Abih dicekup anak bini sekali..
Kunun adil ditangkap UMNO yang kuli2..
Yang tokey besaq buat2 tuli..
Lalu diupah orang macam Zali..
Nak perbetui bos tapi orang dah lali..
Zali oh Zali...
Hang ni betui laa bangang punya kuli
Bodoh bongok bahlol bengong semua ada kat Zali..
Hang dok merepek apa pun orang tak peduli..
Lebih baik ambik upah cuci kuali..
Mamak Zambie pun nak bukak restoran lepas PR kembali..
AKU CADANGKAN POLIS NGAN SPRM NI MASUK JE LA UMNO. HABIS CITER. BODOH PUNYA POLIS. BODOH PUNYA SPRM. AJAK SEKALI MUFTI PERAK MASUK UMNO. HAPRAK KORANG NI. POLIS YANG BOLEH DIPERCAYAI AKU RASA SKUAD KHAS DALAM CERITA YUSOF HASLAM JEK.
yang ko orang nie pun satu, asal ada org wat laporan jer polis nak kena amik tindakkan ker? betul ker bukti tu? kalau camtu laporan polis pasal karpal derhaka polis lom amik tindakkan gak...xder pun korang bising??? ni la lagi satu contoh sokongan buta tuli...asal anwar ckp jer terus korang percaya...telan bulat2...
eleee.....kalau dah fakta pung nak di spin tak gunalah nak pakai istilah adil....tu baru tadi .....sprm kata banyak yang cangah ....tulah suka spin nak bagi rakyat pening...niat tak baik dok pakat=pakat tipu rakyat.....entah=entah sumpah laknat dah turun satu persatu....alo bib....ingatan-ingatan demi ingatan dah turun...taubatlah....nanti bala pula ....jangan pakat tipu rakyat
Post a Comment