Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat pula dilanda masalah dengan tersebarnya gambar berkeadaan "bogel" Elizabeth Wong, salah seorang exco negeri itu.
Malam tadi, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Bukit Lanjan telah membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung gambar-gambar "bogelnya" yang kini disebarkan menerusi internet dan MMS.
Maklumat-maklumat awal menunjukkan gambar-gambar beliau berada dalam keadaan "berbogel" - ketika sedang tidur di atas sofa, diambil tanpa pengetahuannya.
Difahamkan gambar itu diambil menggunakan telefon bimbit sebelum pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.
Komen MB Selangor
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan membincangkan isu itu di peringkat parti dan mesyuarat exco negeri, Rabu ini.
Khalid berkata, adalah penting untuk mendengar penjelasan daripada Wong berhubung isu tersebut dan membiarkan siasatan dijalankan terhadap laporan polis yang telah dibuat Wong semalam.
"Kita akan adakan perbincangan mengenainya dan saya rasa, adalah penting memberi mangsa (Wong) ruang untuk memberi penjelasan kepada kita.
"Adalah tidak adil untuk kita buat kenyataan sekarang tanpa penjelasan yang sesuai. Mana tahu jika ada orang yang mahu memerangkap beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Khalid berkata, pihaknya terbuka untuk menghadapi sebarang kemungkinan berhubung insiden yang menimpa Wong.
"Bagaimanapun, perkara yang terbaik adalah memberi peluang kepada mangsa hak untuk didengar dan kita akan mendengar penjelasannya.
"Kita akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri," katanya.
Khalid berkata, Wong telah berjumpa dengan beliau dan menerangkan mengenai insiden itu.
"Beliau dah mengaku dan telah buat laporan polis. Sebab itu saya bagi masa kepada beliau untuk mengambil tindakan apa yang perlu," katanya.
Wong merupakan salah seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Khalid pula ialah Pengerusi PKR Selangor.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Monday, February 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
ada ka? tak da pun?? tak sapa berani atau menjadi orang pertama meletakkannya dalam blog...
biar polis buat siasatan dulu.. jangan ganggu tugas polis..
sama ada benar atau tidak.. kita tunggu statment dari pihak yang berkuasa...
Sekian,
Kalau pihak pembangkang punya kes, dan -dan tu juga suruh pihak berkuasa siasat dan jangan kacau urusan polis.. tapi kalau tuduhan kepada pihak kerajaan atau agensi kerajaan fuh,,,, tak senang duduk,tak makan pun tak apa ,,,janji provok sana provok sini....
jangan salahkan sesiapa dalam hal ini, cari boy friend YB tu..tanya dia apa yang dibuatnya, bila..tapi kata YB, mungkin gambar itu diambil waktu dia tertidur, letih kot, buat apa agaknya..he.he.he..
ingat ini kerajaan sabul ker???
kah kah kah...
mahaii....
ishhh.. bahaya wooo tido bugil ni.. jgn buat lagi dah.. letih mcmana pun.. berapa round pun.. pakai le baju balik.. ishhh.. bahaya woooo...
ishhh.. bahaya wooo tido bugil ni.. jgn buat lagi dah.. letih mcmana pun.. berapa round pun.. pakai le baju balik.. ishhh.. bahaya woooo...
Woooooooo....dasyat wo gambaq tu...banyak rerambut...wooooooo
Email sini teman nak letak dalam blog bagi semua orang tengok kualiti pemimpin PKR yang mewakili PR. Selama ni asyik duduk kata pemimpin Umno je yang banyak skandal. La ni Tuhan dah nak tunjuk satu demi satu bala Tuhan bagi pada PR.
Bahagian atas blog ini ada maksud Alquran yang jelas dan terang ertinya tetapi setelah membaca blog ini ternyaata akhlak penulis tidak selaras dengan ayat quran itu. Bertaubatlah. Berikan kebenaran dalam blog anda. Kebenaran adalah ilmu dan ilmu itu ibadah. Jangan terjerat dengan emosi kerana ianya akan dibawa ke hari mati.
Menjatuhkan maruah seseorang itu memang seronok kalau orang itu tidak dapat menangkis apa saja tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Begitu juga dengan ahli exco Selangor itu. Sesiapa saja boleh bercakap tentang moralnya.
Kalau kita ikut cakap Khir Toyo, sememangnya dia mahu semua ahli exco Selangor letak jawatan dan beri balik kuasa mentadbir kerajaan negeri Selangor pada dia… Itu adalah kehendak sebenar orang yang bernama Khir Toyo yang kita kenali. Tapi jangan harap angan-angan itu menjadi kenyataan.
Tapi yang lucunya hanya beberapa keping gambar bogel saja maka Eliza exco Selangor mesti letak jawatan…? Begitu mudah…? Bagaimana rupa gambar tu atau Khir Toyo sudah melihatnya,..?
Kita sudah tahu niat BN cuba jadikan gambar yang tidak kita ketahui itu sebagai senjata untuk membunuh kerjaya Eliza sebagai ahli exco Selangor. Persoalannya mengapa pemimpin Pakatan Rakyat mesti mendengar arahan dari mereka supaya menyingkirkan Eliza dari jawatannya hanya sekeping gambar yang tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap parti atau keselamatan dalam Negara…?
Nampaknya semakin hari semakin terdesak ahli UMNO untuk mencari publisiti murah bagi mendapatkan undi untuk melayakkan mereka untuk merebut jawatan dalam mesyuarat Agong UMNO bulan mac 09 nanti.
Pemuda pelapis ni dah sewel agaknya..takde keje lain ke...tobatlah cepat sebelum terlewat...mintak maaf cepat2 kat org2 yg kau fitnahkan...ajal akan menjemput tanpa diundang...jgn kerana dapat beberapa sen sanggup buat cerita yg terang2 fitnah...kalau org UMNO bolehlah kau kelentong...sumenya sama dgn IQ kau yg rendah tu...kesian...
apa la korang ni pembangkang....tu la banyak sangat nak cai kesalahan oarang lain...tang tang tu juga pecah tembelang sendiri....nak tido bogel pun biar la berpada2 nanti ada orang ambil kesempatan....satu lagi kawe nak pesan...kalau kerajaan perak tumbang disebabkan ada orang lompat parti korang beria-ria marah samapaikan dalam harakah korang sebut muka depan tu KERAJAAN HARAM.....meh sini kawe nak bagitau biar terbuka mata dan kepala otak korang yang dungu tuu...cuba korang fikir logik....kalau korang ambil alih kerajaan dengan kononnya 31 orang nak lompat parti adakah korang akan kata tu KERAJAAN HALAL..kawe jaminya korang kata itu pengajaran bagi BN la..Rakyat dah tak percaya BN la..tapi bila perak diambil alih oleh BN dengan idea bodoh korang tau pula nak buat pilihanraya la ...kata kerajaan zalim la....tengok korang ni nak kata bodoh pandai nak kata dungu memang sewel sebab asyik nak menang je....kalau korang sebut LAILLAHAILLALLAH masa protes ari tu pun tak guna sebab tuhan tu maha adil dan maha kaya...apa guna korang bertasbih kalau korang sendiri yang merancang idea bodoh lompat parti...kawe rasa kesian kat orang2 yang terlibat dalam perhimpunan haram tu....JAHIL dalam agama.....buat malu ISLAM je....dan pesan kawe kepada penulis blog yang sewel agaknya hna orang....pergi tukar kerakyatan la jangan jadi warganegara yang tak tau bersyukur....tau hina orang je....
Ni apesal plak citer lompat parti? Kerajaan Malaysia tk berubah pun. anwar saja bikin panas puak2 ameno supaya diorg tk senang duduk. Yg gelabah pun ameno jgk. Nasib baik kerajaan Malaysia tk tukar. Kira bijak jgkla anwar ni, play save. Tak mcm najib, dungu.. kan dh dpt kerajaan haram. Dah ada ke 31 org yang lompat tu? wei, kalau org ajar merompak pun, yg akan kena hukum si perompak, bukannya org yg mengajarnya. Sekalipun anwar mengajar org tukar kerajaan dgn lompat parti, Saper yg jd penyudahnya. Pandai2la korang berpikior yer...
bugil...bugil...bugil...bugilll... apahal la minah tu bugil.. lupa ke nak sarung balik... alamak.. apa sudah jadi.. ishhh... naya la dia.. sapa la kaki ranjo tu..
Sebenarnya bukan masaalah besar yang susah nak diselesaikan berkaitan dengan isu telanjang atau bogel atau terkangkang atau apa saja....
Pakatan Rakyat di Selangor, nampaknya tidak begitu berminat untuk menyorokkan kes salah laku moral pemimpin nya.
Malah dilihat mereka membuka ruang untuk pihak pembangkang melepaskan perasaan untuk mengutuk dan mengosok sepuas-puasnya. Mungkin sehingga ketitisan air yang terakhir...?
Tuan punya badan sudah mengaku gambar yang aku tidak tengok tu gambar dia... Apabila sudah ada pengakuan, tugas seterusnya terletak pada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat untuk menentukan nya.
Soal letak jawatan adalah soal kedua. Tapi tindakan yang harus diambil adalah moral seorang pemimpin.
Oleh kerana DAP sebelum ini telah menolak hukum hudud, maka mereka tidak belajar betapa pentingnya menjaga maruah diri dalam masyarakat islam.
Oleh kerana itu pemimpin DAP tidak sepatutnya bukan menolak hukum hudud tetapi belajar dan faham apa itu hukum hudud yang ditakuti oleh UMNO.
Apa yang kita ketahui UMNO amat takut melaksanakan hukum hudud dalam Malaysia adalah kerana mereka tergulung orang yang melanggar peraturan dan undang-undang agama islam, sama seperti Elizabert Wong.
Tanpa maruah diri bukan saja mengintai orang bertelanjang tetapi ia berkaitan dengan tidak amanah dan mengamal rasuah seperti yang berlaku dalam UMNO.
Oleh kerana itu, dengan ada kes seperti ini semuga semua parti dalam gabungan Pakatan Rakyat sentiasa jaga maruah diri agar mereka sentiasa berada didalam kelas yang mulia dan dihormati oleh pengundi.
Post a Comment