"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, February 12, 2009

Kajian Universiti Malaya: 97 peratus (%) Rakyat Perak Mahu DUN diBubarkan

Reactions: 
Sebanyak 97 (%) peratus rakyat Perak mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan iaitu sebagai cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka 'meraikan' demokrasi.

Demikian hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.

Abu Hassan menjelaskan, peratusan tersebut yang menunjukkan:
  • Desakan rakyat Perak yang merupakan natijah gerakan massa rakyat yang merasa tertekan,

  • Penghidupan terganggu serta seluruh sistem ekonomi, politik dan sosial yang sudah punah.
Kata Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah:
  • "Bagi mereka, rakyat harus bangkit semula memperbetulkan keadaan bagi memberi peluang kepada rakyat memilih tokoh-tokoh politik yang mereka inginkan. Rakyat mengatakan bagi peluang kepada kedua-dua pihak.
  • Jika rakyat memilih salah satu pihak, maka pihak itulah pilihan rakyat Perak. Kata mereka, sebagaimana sebuah acara kematian, begitulah acara demokrasi.
  • Dun Perak sekarang ini dianggap sebagai telah 'mati'. Kedua-dua pihak mempunyai ruang dan juga tanggungjawab untuk mempertahankan apa keadaan sekalipun.
  • Sebagaimana dilihat pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan, maka sekaligus SPR menggunakan ruang pilihan raya ini untuk mengadakan pilihan raya di seluruh negeri Perak dengan andaian kedudukan Dewan Undangan Negeri adalah tidak sah.
  • Internet adalah media yang tidak berpihak berbanding akhbar. Jika Harakah ia akan melihat daripada sisi PAS, jika Suara KeADILan daripada sisi KeADILan, Utusan Malaysia dan Berita Harian akan melihat daripada sisi Barisan Nasional.
  • Maka bagi rakyat tidak ada medium lain yang mempunyai pelbagai sisi dan tidak berpihak ialah media baru iaitu internet.
  • Blog merupakan kewartawanan individu di mana mereka meluah perasaan individu sebagai ahli masyarakat bukan seperti sebuah akhbar yang mempunyai ramai pengarang. Jika ada 5,000 blog rakyat di Perak, mereka dapat membaca 5,000 blog daripada sisi orang Perak. Ini berbeza dengan media sekular yang satu arah."Beliau berkeyakinan kehadiran media baru yang dikenali sebagai 'kewartawanan sukarelawan' akan terus menjadi medium yang paling berpengaruh dan paling berpengaruh sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Selambau.
Jelasnya media tradisi seperti akhbar merupakan media yang sangat berpihak yang mana hanya bersifat satu sisi dan satu arah.

Sehubungan itu beliau tidak meragui bahawa media baru ini akan menguasai aliran informasi sehingga ke skala 86 peratus yang akan menguasai dan membentuk pilihan raya di kedua-dua Dun dan Parlimen itu.

-Malaysian Unplugged Unsencored

20 comments:

Anonymous said...

http://waxs-seenbelieve.blogspot.com/2009/02/sape-derhaka-dulu.html

pisau kontot said...

so 97% rakyat perak menderhaka kepada sultan Perak?
abih la rakyat perak...semua kena buang negeri...
negeri mana nak terima ni?
wakakakakaka...

3% jek sokong BN...lol
kah kah kah..
keh keh keh..

zali said...

kontot...

aduh...daif nya conclusion tu...

dari pasir salak ke kuala gula...berapa orang yang dia jumpa dan dia tanya?...dah tentu beberapa orang saja...

itu pun mesti yang ditanya tu orang-orang kat markas pas/pkr...

senang-senang je cakap 'rakyat perak' ya...

kalau la saya jalan dari kedah ke johor dan tanya satu negeri satu orang di bilik gerakan bn...dan lepas tu keluar statement 'rakyat malaysia' menolak pr...

boleh ke?boleh?boleh?

zali said...

mungkin ini dapat membantu mereka yang ber'pentium 2' dalam pr...ke semua pentium 2?

FAHAM KE TAK FAHAM ATAU BUAT-BUAT TAK FAHAM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.
Hung Parliament
“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?
Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.
Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?
Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.
Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.
Salin bulat-bulat dari http://kerispusakamelayu.wordpress.com/

Anonymous said...

Hek Elehh!!..yang susah2 explain panjang lebor ni apa ke hei nyee..
Senang cakap UMNO/BN takut nak buat pilihanraya.. abih citer..sah bungkuih kome..
Susah nak polish mamat Zali nih.. dah tebal sangat karat UMNO melekat.. lantak kome ler..

Anonymous said...

3% jek sokong BN?.. abih ler deposit..

Anonymous said...

Aku juga dah buat kajian masa "Himpunan Rakyat Taat Setia" pd 9hb.Feb 2009 di Padang Sultan Abdul Jalil Ipoh, yg dihadiri oleh kira2 10,000 rakyat Ng Perak Darul Ridzuan.

120%(ada org undi 2x nie,.hehehe)berdiri teguh dan menyatakan taat setia xberbelah-bagi pada DYMM Paduka Seri Sultan Perak,Sultan Azlan Shah,..

"DAULAT TUANKU"

mohd said...

10000 je yg berkumpul kat Padang Sultan Abd Jalil tu... yob? muakakakakaka rakyat perak ada berapa juta yop?

parang kontot said...

muahahahaha...
mmg arr dia tanya kat markas pas/pkr
sbb kan org bn tgl 3% jek..
cari celah pokok x jumpa..
selak2 jumpa org pr jek..

kah kah kah
keh keh keh
koh koh koh

Anonymous said...

jgn nk tipu la yeop, pdg jalil bsr mane sgt? nk isi 1 ribu pun mmg tk th dpt tk... woi zali, hang tu baghal, dia ade la method kajian dia. hang tu blaja smpai mane nk pertikai? ade pgkt prof?

Anonymous said...

10,000 tuh,..lebih kurang la,..

Nak panggil lebih lagi x dapat la,. sbb ramai penyokong PR belum balik dari Batu Caves dan Gunung Churoh,..

whale!!whale!!

KAH!!!KAH!!!KAH!!!

Anonymous said...

10,000 tuh,..lebih kurang la,..

Nak panggil lebih lagi x dapat la,. sbb ramai penyokong PR spt si kontot n mohd belum balik dari Batu Caves dan Gunung Churoh,..

whale!!whale!!

KAH!!!KAH!!!KAH!!!

Anonymous said...

betul ka 10000 yang datang kat padang sultan abdul jalil aritu..ke korang mimpi?/buat zali..ko mmg umno totok..jumpe ko mmg aku terajang

tongkat kontot said...

lol...abaikan jek...
main stream media ni pakar math...
1,000 pon leh jadi 10,000..
50,000 pon leh jadi 5,000...

kah kah kah
keh keh keh
koh koh koh..

whale~~ whale!!

zali said...

tak bernama 4:51 PM

ko terajang saya kilas pakai 'buah umum sepak minang'

kemudian saya melancarkan 'sendeng atas'

sendeng atas : 95% tak dapat dihindari kerana datangnya bukan dari depan atau tepi,tapi dari bawah.

macammana ko nak sambut?

Anonymous said...

hmmm.. boleh la tu... jgn guna `buah DSAI' udah le.. hahaha

puteh said...

BN la yg cakap tubuh kerajaan pakai adun lompat tak bermaruah,tak bermoral tak beretika bagai.BN kutok anwar mcm2.skrg ni sapa tubuh kerajaan pakai adun lompat? Bukan BN jilat ludah korang sendiri ke?
lagi satu... dok melalak kat sini lagi wat pa? pi la tlg BN buat keja.terima kenyataan la korang ada kerajaan Haram.

Anonymous said...

Sebanyak 97% itu adalah kata dari orang yang buat tinjauan.

Kalau anda rasa itu adalah tipu atau berat sebelah... bermakna anda yakin bahawa UMNO masih ada power!

Untuk memudahkan cerita, anda yang pro UMNO suruh Najib Razak buat pilihan raya DUN diPerak ni, selesaikan masaalah yang ada supaya rakyat negeri perak boleh hidup seperti biasa... ada berani...?

Anonymous said...

pemimpin umno...dan dosanya
pemimpin pas ...dan dosanya
pemimpin keadilan dan dosanya
pemimpin dap kapiaq laknat dan dosa nya
dan kesemua penyokong2 parti dan dosanya...tiada yg maksum kecuali nabi..oleh itu muhasabah lah diri anda samada nak kutip banyak dosa atau pahala..adakah apa yg anda lakukan itu diredhai Allah dan rasulnya..berbaliklah kpd quran dan sunnah..sebaik2 peninggalan untuk umat manusia terutama yg di panggil islam....lebih baik ada pemimpin yg islam walaupun berdosa daripada mempunyai pemimpin yg kapiaq laknat.....pandai je tak cukup kalau tak de cerdiknye...lu pikir le sendriiiiiii...

Anonymous said...

APA LAGI P LAA ANTA REPORT NI KAT SULTAN....