"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, February 12, 2009

Video: Sidang Media MB Nizar Bersama Perak BlogNet - malaysiakini

Reactions: 

Klik [sini] untuk muat turun.
*rakaman video ihsan dari BloggersNetwork@Perak.

Berita dari Malaysiakini.
  • Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi.
  • Bercakap dalam satu sidang akhbara di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut.
  • Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut.
  • Beliau juga mengumumkan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry.
  • Menurut Nizar beliau akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok.
  • Di samping itu, beliau juga menggesa rakyat berkumpul secara aman sebagai tanda sokongan, tetapi meminta mereka menghormati undang-undang.
  • Beliau berkata, mengikut satu tinjauan, didapati 96 peratus rakyat Perak mahu Pakatan terus memerintah negeri itu.
  • Manakala SMS yang diterimanya pula menyokong beliau untuk terus memegang jawatan menteri besar. Minggu lalu, Barisan Nasional menubuhkan kerajaan baru di Perak selepas empat wakil rakyat Pakatan keluar parti. Seorang daripada mereka kembali semula ke pangkuan Umno manakala tiga lagi menjadi calon bebas dan menyokong BN.
  • Ekoran itu, Sultan Perak telah menitahkan kepada Nizar supaya melepaskan jawatan menteri besar tetapi beliau enggan berbuat demikian.
  • Sebaliknya, beliau terus tinggal di kediaman rasmi menteri besar yang juga menjadi pusat pentadbirannya.

3 comments:

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah,..akhirnya Nizar sedar,.

Buat ape nk jadi "hidung xmancung pipi tersorong-sorong",..

Tapi aku harap tindakan bijak Nizar nie dtg dari hatinya,..bukan krn mengikut arahan Ngeh atau DSAI

kafe kenyalang said...

HEHE..SSAH BILA ORG X FAHAM DGN KONSEP PILIHANRAYA..NIZAR DIPILIH RAKYAT,ZAMBRY NI LANUN..OOPPSS..LUPA PLAK YANG ZAMBRY TU DUK TEPI LAUT(PANGKOR)..PADAN LA PRANGAI PUN MCM LANUN..

Anonymous said...

ahahahahaha...lanun...2 la psal kulit pun gelap smcm je...sbb bnyak bjmur tgah laut....ahahahah