"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, February 08, 2009

Konspirasi Ir.Nizar & DSAI

Reactions: 
Dubai merupakan kayu ukur yang telah diterima oleh dunia untuk mengetahui ekonomi dirantau Teluk, kerana ia merupakan Bandar yang paling moden. Untuk sekian lama, peniaga berpusu-pusu kesana untuk mencari kekayaan terutamanya dalam sector hartanah.

Tetapi pasaran hartanah sudah merudum akibat kemelesetan ekonomi dunia dan melibatkan banyak syarikat-syarikat dari Malaysia. Banyak projek-projek digantung atau dibatalkan. Dan salah satu syarikat yang menerima tempias ialah Gamuda Berhad, syarikat terbesar di Malaysia dimana tumpuan utama mereka adalah dalam sector pembinaan, air, tol dan hartanah. 7% daripada pendapatan Gamuda datang dari Dubai. Gamuda menghadapi masalah selepas projek dibawah WCT Berhad dan Meydan LCC untuk membina padang lumba kuda di Dubai yang bernilai RM4.6 billion dibatalkan. Pengarah Urusan Gamuda,, Lin Yun Ling, baru-baru ini telah menjual sahamnya menyebabkan saham Gamuda jatuh merudum.


Satu lagi fakta menarik tentang Gamuda ialah – pemegang saham terbesarnya juga merupakan wanita kedua terkaya di Malaysia. Beliau adalah Raja Datuk Seri Elena Raja Azlan Shah, anak Sultan Perak, Raja Azlan Shah. Beliau bernilai RM773 juta pada tahun 2007 dan mendapat tempat ke 25 daripada 40 orang terkaya di Malaysia. Tetapi kekayaanya merosot kepada RM510 juta pada tahun 2008 dan turun ketangga ke 35 daripada senarai 40 orang terkaya diMalaysia. Berdasarkan kepada nilai saham RM1.91 sesaham hari ini, kekayaan beliau telah jatuh kepada RM287.46 juta…berdasarkan pegagangan beliau sebanyak 7.5% didalam Gamuda menerusi Generasi Setia (M) Sdn Bhd. Oleh itu, keengganan bapanya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sudah pasti mengundang pelbagai spekulasi.

Politik di Malaysia mungkin yang terkotor tetapi kita tak boleh menyalahkan rakyat apabila mempunyai persepsi bahawa kerajaan persekutuan mengugut Sultan. Dan kita tidak memerlukan pakar untuk menilai bahawa sebenarnya Gamuda adalah dibawah ihsan Kerajaan Persekutuan. Apabila peruntukan dibekukan oleh kerajaan persekutuan terhadap Selangor, Perak dan Pulau Pinang, Gamuda merana dan merayu diberikan projek. Negara mempunyai wang, malah lebih daripada sebelum pilihanraya March 2008 kerana BN tidak tahu kemana wang yang sepatutnya disalurkan kepada lima negeri Pakatan rakyat dibelanjakan.


Dalam masa yang sama, Gamuda tertekan kerana projek landasan berkembar menghadapi banyak masalah. Terutamanya di Pulau Pinang dan Perak. Dan kemelut ini menyebabkan Gamuda terpaksa melutut kepada Najib, sebagai Menteri Kewangan, untuk membantu Gamuda yang semakin kesempitan.


Bakal Perdana Menteri akan menjadi Perdana Menteri pada March 2009 dan pastinya beliau akan membuat beberapa pengumuman popular. Suntikan pertama sebanyak RM7 billion mungkin sudah dibelanjakan. Dr. Mahathir telah memberikan ‘clue’ bahawa suntikan kedua sepatutnya berjumlah RM35 billion ataupun 5% daripada KDNK Negara. Bersedia lah untuk mendengar pengumuman ini. Sama ada RM35 billion ini akan masuk kepasaran saham ataupun projek, semuanya sudah menunggu – termasuk Gamuda. Najib akan mengumumkan bahawa negara kita bebas dari kemelesetan, dan sudah pasti..pasaran saham akan melonjak semula. Dan salah satu saham tersebut ialah Gamuda.


Mari kita bayangkan tentang satu teori konspirasi…dan apa yang berlaku diPerak hanyalah ‘the tip of an iceberg’.


Andaikan….Anwar akan mengambil alih kerajaan Persekutuan tetapi beliau sedar, kalau itu yang dilakukannya, rakyat sudah pasti akan menentang beliau sepertimana rakyat menentang Umno hari ini.


Anwar cuba memulakanya dengan mengumumkan pembelotan Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, riuh dengan 916 dan sebagainya. Selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Anwar tahu Najib perlukan sesuatu untuk menunjukkan bahawa beliau juga mampu berbuat sesuatu, lantas Anwar bersedia mengorbankan Perak.


Anwar menerima umpanan Najib yang dibuat melalui Datuk Nasarudin. Satu strategi menarik, untuk menyingkir wakil rakyat PKR yang tidak berkemampuan dan bermasalah, dan dalam masa yang sama..menggantikan dengan mereka yang berwibawa, maka Perak perlu ‘diserahkan’ kepada Umno/BN.


Sekarang Najib sudah mendapat Perak untuk ditunjuk kepada ahli-ahli Umno dalam Perhimpunan Agung Umno nanti dan mengatakan bahawa Anwar memulakannya skandal pembelotan ini dan beliau hanya menyudahkannya. Episod seterusnya ialah…Anwar akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan bersama ‘pembelot-pembelot’ nya dan berkata..” Najib memulakannya dan beliau hanya menyudahkannya’.


Kalau rakyat menerima rampasan kuasa di Perak oleh Najib dan diperkenankan oleh Sultan, mengapa rakyat perlu menolak sekiranya Anwar merampas kuasa Kerajaan Persekutuan dan diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong?


Satu perkara menarik…dalam episode rampasan kuasa di Perak ini, kemarahan dan penghinaan ditujukan hanya kepada dua EXCO PKR, Jamaludin dan Osman, tetapi tidak kepada Dato Nasarudin! Mengapakah kepimpinan PKR tidak menyalahkan Nasarudin, sebaliknya menyalahkan dua EXCO ini? Apakah Dato Nasrudin benar-benar mahu kembali kepada Umno…ataupun beliau telah disuru
h?


Aku percaya..Nasrudin memang benar-benar ‘trojan horse’. Tetapi untuk tunggangan siapa? Najib atau Anwar?


Semalam pun, aku masih mencari jawapan. Mengapa Nizar sanggup bertahan walaupun mengingkari arahan Sultan? Dan sejak peristiwa rampasan kuasa Najib ini berlaku, aku masih belum melihat Nizar berwajah sedih..sebaliknya sentiasa ceria dan relax..Begitu juga Anwar…bila ditanya tentang rampasan kuasa ini, dia masih boleh melawak..”hangpa tok sah ghafla la. Buat kerja hangpa..yang ni semua bagi kat kami.”


Bila ditanya berapa lama Nizar akan bertahan diKediaman Menteri Besar, Nizar menjawab dia akan keluar beberapa hari lagi, tetapi dengan sinis dia berkata..” kita keluar kejap…bulan depan kita masuk balik.”


Perancangan Anwar dan Nizar ini hampir berjaya, sekiranya Sultan bersikap berkecuali dan adil, kerana itulah persepsi yang ada dikalangan rakyat dan kepimpinan PR. Apa yang mungkin tidak diketahui mereka, Raja Nazrin memainkan peranan utama untuk memaksa Dato Nasrudin kembali kedalam Umno. Malah Dato’ Nasarudin menangis kerana dipaksa kembali kedalam Umno.


Dan semalam, aku mendapat beberapa rakaman perbualan telefon diantara orang kita dengan Jamal, Osman, Dato Nasarudin dan isterinya yang dirakamkan secara rahsia. Kami akan siarkan rakaman telefon ini secara berperingkat dan belum pasti sama ada ianya akan disiarkan di Perakexpress. Mungkin di blog Sya-reformis, Albanjari, Cyberboron, Cenangau… kerana kami semua sedang diekori oleh SB dan MIO.

-PerakExpress.com

14 comments:

Anonymous said...

Kalau ditinjau secara teliti tiada sesiapa dalam Malaysia ini samada dari bangsa melayu, cina, india atau lain-lain kaum yang akan menghina raja melayu tanpa sebab.

Setiap peristiwa yang berlaku pasti ada punca kejadiannya. Sila siasat apa puncanya. Kenapa nak salahkan rakyat tidak menghormati raja...?

Semua orang boleh memberi komen yang hebat-hebat namun tidak seorang pun yang menghuraikan keadaan sebenar.

Segala kejadian yang berlaku dalam politik negeri perak adalah berpunca dari rasuah. Dan rasuah inilah yang membunuh demokrasi serta menjadikan negeri perak berkeadaan huru-hara.

UMNO menggunakan rasuah terhadap 3 ADUN PKR agar keluar parti untuk merampas kuasa dari Pakatan Rakyat. Tetapi dalam masa yang sama UMNO tidak mampu bertarung dalam pilihanraya untuk menang.

Oleh kerana itu UMNO terpaksa berlindung dibelakang sultan untuk mendapat kemenangan percuma.

Dalam pada itu Sultan Perak juga memerlukan UMNO untuk menyokong mengekalkan kuasa rajanya sehingga ketangan Raja Muda Nazrin.

UMNO dan Sultan Perak adalah dua lembaga sedang melakukan rasuah antara satu sama lain untuk menjaga kepentingan diri masing-masing. Rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan !

Persoalannya siapa yang menghina raja melayu...?

Orang yang menghina raja melayu adalah
DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri),
MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO),
DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri),
JAMALUDIN YUSOF (Presiden Pekida),
IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa),
FERIZ OMAR (Presiden Prowaris),
Utusan.

Anonymous said...

Salam Bro,

Aku sebenornya bukanlah penyokong mana2 parti a.k.a pengundi muda atas pagar.Disini aku nak berkongsi pendapat bersama bro2 sekalian.

Antara komen2 aku tentang politik Perak sekarang ada terlalu banyak hikmah yang perlu kita renung dan fikirkan:-

1. Kuasa Sultan

Bagi aku Sultan ni adalah manusia biasa saja seperti umat manusia yg lain. Tidak terlepas dr kesilapan.Tetapi...btul juga cakap bro...Sultan2 ini adalah lambang,payung atau simbol Perpaduan khasnya untuk survival Melayu dan pelbagai bangsa amnya di Malaysia ni.

Persoalannya disini adalah adakah Sultan ni bersikap adil utk rakyatnya dalam membuat keputusan?Bagaimana Tuanku menunjukkan keadilan kepada rakyatnya?Adakah Tuanku meminta padangan rakyatnya utk dia bersikap adil?Apa buktinya anaknya tidak ada sebarang kepentingan perniagaan dengan segolongan dr Parti Pemerintah?

Dalam situasi di Perak sekarang aku lihat Kuasa Sultan di buat dengan tergesa2 tanpa mendengar,melihat dan memahami hasrat dan harapan rakyat dibwah payungnya.Malah kelihatan seolah2 dia berat sebelah/tidak adil/zalim dlm membuat keputusan yang ternyata dengan tindakan olehnya dapat merosakkan institusi Raja itu sendiri.Aku kecewa dan sedih sekali.

Hikmahnya disini, dengan tindakan DS Nizar yg sembah derhaka harap dapat membuka mata sekalian kerabat Raja2 diseluruh negeri bahawa Sultan adil Sultan disembah,Sultan Zalim Sultan Disanggah oleh Rakyatnya sendiri.Kuasa Allah Yang Maha Agung.

2. Kuasa BN

parti BN yg ditunjangi oleh UMNO adalah parti pemerintah Pusat.Mereka mempunyai Kuasa,Pangkat,Harta dan Nama.

Persoalannya disini adakah Kerajaan pemerintah ini betul2 jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat yg melantik mereka?Bagaimana mereka menunjukkan kejujuran mereka?Apa buktinya?Bagaimana dengan pelbagai skandal yg tidak dibersihkan oleh undang2?

Hikmahnya disini adalah Kuasa Rakyat mengatasi segalanya.Bagaimana rakyat melantik mereka begitu juga rakyat dapat memijak dan membaling selipar jamban kemuka mereka.Golongan2 ini sentiasa memikirkan kepentingan diri sendiri dr kepentingan rakyat.Percayalah cakap aku bro...

3. Kuasa PR

PR adalah pakatan dr pelbagai parti pembangkang yg mempunyai ideologi berbeza tetapi terhasil atas titik persamaan cabang yang boleh diperjuangkan bersama.

Persoalannya disini, Bagaimana plot krisis ini berlaku?Adakah mereka ini tidak berhak bertahan?Adakah majoriti rakyat yg menghukum mereka?

Sebagai sebuah kerajaan yg berkuasa di suatu negeri sahaja sudah tentu pelbagai sekatan dibuat,dinafikan oleh Parti pemerintah.Mereka2 ini sentiasa berusaha untuk menjadi kerajaan yg amanah,jujur,ikhlas dlm memperjuangkan rakyat mereka.Haruskah mereka dihukum sedemikian rupa?

Hikmahnya adalah utk memberi mesej kepada Sultan dan Parti Pemerintah bahawa mereka ini akan terus bertahan untuk rakyat hingga cahaya kebenaran bersinar melampaui Kuasa Sultan dan Parti Pemerintah.

Hikmah dr Kuasa PR ini juga aku dpat lihat bahawa pegangan dan istiqamahnya Adun2 dr PAS dalam mempertahan maruah diri dr mudah disogok atau dibeli.Aku percaya hingga mati pun mereka ini akan pertahankan.Ini adalah kerana pegangan mereka yg kuat dlm agama Islam yg sentiasa menekankan konsep amanah, pahala dan dosa.Contoh jelas diKerajaan kelantan pada 2004 hanya majoriti 1 undi kerusi.Bagaimana dengan PKR dan DAP?...sudah ade rekod.

4. Kuasa Rakyat

dengan kembalinya kepada Kuasa Rakyat lah krisis di Perak ini dapat selesai.Sultan mesti bubarkan DUN.Dengan bubarkan DUN, rakyat bebas pilih semula kerajaan yg mereka mahu.Dengan bubarkan DUN, nama baik Istana tidak tercemar.

Hikmahnya disini, jangan sesiapapun, malah SUltan sekali pun memperbodohkan rakyatnya.Dalam Islam setiap amanah yang diberikan mesti dipertahankan hingga nyawa bercerai dr badan...Ini kerajaan woii..bukannya kedai yg senang lenang nk tukar.

Bro, secara peribadi aku amat respect dengan org2 PAS ni dengan kejujuran mereka...hingga UMNO nk beli pun tak makan. Oleh itu...klau nk tengok kerusi Melayu banyak di Perak...sokonglah PAS...

Nak Harapkan POLIS...UMNO PUNYA, Harapkan SPRM...UMNO PUNYA, Harapkan HAKIM...UMNO PUNYA, Harapkan SULTAN...MACAM TU PULAK....,Sekarang ni Hanya DUIT yang boleh HARAP...HAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

GOMO said...

TAKDO APONYO LAGI...

HANGPA TUNGGU LAH 16 SEPT TU..

TAHUN NI???
TAHUN DEPAN????
TAHUN DEMI TAHUN???

HANGPA KENCING LAH RAKYAT...

Sedeey said...

Entah lahh....semakin berbelit belit...

Pada saya, eloknya buat pilihanraya semula lah....baru gentlement dan cool.

Allah Yang Maha Mengetahui Apa Yang Dirancang Dan Apa Yang Berlaku

Kita Merancang Allah Juga Merancang tetapi ingatlah Rancangan ALLAH adalah yang Maha Lengkap

Anonymous said...

anwar ngan nizar tu tgh main chess tu..... sabar ye

dan-ash said...

najib cakap anwar tak demokratik,sebab berniat mengambil kerajaan melalui pintu belakang/ahli parlimen melompat.

najib sekarang salahkan anwar sebab dia yang mulakan idea melompat ini,yang menyebabkan ideologinya diguna oleh ADUN PR untuk melompat keluar dari PR,dan najib menemui kemenangan.

maka,apabila najib mengambil alih kuasa dari pak lah,dan insyaAllah lompatan nasional itu berlaku(mungkin ya mungkin tidak),najib tak boleh melatah dan kata anwar tak demokratik.sebab ideologi dari anwar,tapi pelaksana awalnya ialah najib.

saya sebagai sesama rakyat Malaysia,menyeru rakyat Perak Darul Ridzuan,tunjukkan reaksi anda dengan tegas dan teguh.tunjukkan siapa sebenarnya pemimpin yang anda mahu.tunjukkan bahawa pemimpin ini dilantik oleh RAKYAT UNTUK RAKYAT.

saya bukan bias bila mengatakan tunjukkan reaksi anda sebagai rakyat.jika anda semua menyokong BN,tunjukkan sokongan anda kepada BN.jika anda penyokong PR,tunjukkan sokongan anda kepada PR.tunjukkan persetujuan atau bantahan.tunjukkan suara mana sebenarnya adalah majoriti.tunjukkan kepada Malaysia kuasa RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN.

insyaAllah kebenaran bakal terserlah jua kepada rakyat Perak.

Anonymous said...

kah kah kah....
juak ameno bersuka ria lah sekarang.....
nantii.....
lu pikir la sendiri.... :-P

sufi mustika said...

kemas susunan batu bata binaan sebuah kerajaan baru. suatu plot politik yang kompleks dan sukar disebut atau dihujah. barangkali kalau taktik ini berjaya maka suatu strategi politik alaf baru akan tersenarai dalam buku-buku pemikiran strategi. menggugah jiwa namun masih gagah berdiri.

ibngharib said...

Ingat dunia dan kematian..... kalau syurga dan neraka tu tak ada mungkin kita boleh senyum panjang tapi dalam Rukun Islam dan Rukun Iman kita dan yakin dan percaya ....maka hati-hatilah dengan segala tindakan dan kata-kata. Mulut di dunia boleh putar belitkan fakta tapi bila dah berdiri di Yaumul mahsyar nanti....cuma semua anggota kecuali lidah yang jadi saksinya.....Ingatlah.

sivvisa said...

salam...
saya antara ribuan penyokong yg ada di kediaman MB,mlm Khamis..
situasi politik di perak ni,da banyak yg mengulas..cuma satu saja yg saya fikir mungkin terlepas pandang..taktau la mungkin ada di blog lain..

Unit amal PAS @ tentera merah PAS (kalau tak silap saya)

saya x jumpa lagi blog@individu yg mmberi@menulis penghargaan kpd unit ini dalam situasi politik di perak..
saya pohon penghargaan di berikan kpd mereka ni..
Unit ni sentiasa berkawal di kediaman MB. demonstrasi lepas jumaat,(melalui malaysiakini on youtube),unit ni berada di barisan depan mengawal penyokong .

dlm situasi di perak,unit amal ini antara yg menjaga keselamatan pemimpin dan penyokong PR..

tok iskandar said...

Ketika lanun-lanun yang diketuai Zombie D' Pangkor menjarah harta kekayaan negeri Perak,tetiba je Karpal Singh mendesak Anwar letak jawatan sebagai pemimpin De Facto Pakatan Rakyat.

Apa ke halnya Karpal Singh ni....Don't jump the ship right now ok.Pelik juga Tok dengan kelakuan buang tabiat Karpal tu.Kalau Samy Vellu,Ong Tee Kiat,Keng Yaik dan Koh Tsu Koon yang cakap macam tu taklah heran tok.

Eloklah perselisihan ini kita selesaikan macam adik-beradik.ok....Tok harap bloggers semua tak payah ulas kenyataan Karpal ni,eloklah kita fokus pada usaha kita untuk merampas semula Perak daripada lanun-lanun Zombie D'Pangkor ini.Anggaplah Karpal tu tengah merajuk

Kerajaan haram biasanya tak kekal lama.Teruskanlah bantahan dan demo,lakukan hari-hari sehinggalah Sultan Azlan akur dengan kehendak rakyatnya dan bukannya atas arahan Najib.

Penyokong DAP setiap malam nyalakan lilin sebagai tanda matinya demokrasi di Perak.Penyokong PAS,PKR dan DAP juga boleh berkawal di kediaman MB,lakukan demo dan pengundi-pengundi di Behrang,Changkat Jering dan Jelapang datanglah beramai-ramai menandatangani petisyen desak 3 DUN katak korang letak jawatan agar pilihanraya kecil dapat diadakan.

Tok nak cadangkan kita juga tumpukan usaha untuk merampas Negeri Sembilan dan cuba curi seorang ADUN BN di Pahang agar Najib terus tumbang tak bangkit-bangkit lagi.

Bloggers semua boleh memainkan peranan dengan membentuk kesatuan yang kuat sesama rakan-rakan bloggers.

Pemimpin Pakatan Rakyat juga perlu berikhtiar menanggung perbelanjaan makan-minum dan lain-lain lagi di kediaman MB Perak.Berilah juga sedikit sumbangan kepaad rakan-rakan bloggers kita yang siang malam bertungkus lumus update blog masing-masing untuk defend Nizar sebagai MB Perak.

Tok juga cadangkan PAS tambahkan lagi unit amal yang berkawal di kediaman MB Perak keraan tok ada dengar khabar angin Nizar akan ditahan di bawah ISA dan dipaksa tandatangan surat perletakan jawatan MB Perak.Setiap penjuru rumah MB Perak kita jaga bergilir-gilir.Penghargaan Tok berikan kepada mereka kerana berkawal menjaga keselamatan pemimpin Pakatan Rakyat dari bermulanya trajedi rampasa kuasa di Perak.

Tok masih belum berputus asa kerana tok sangat yakin kerajaan haram BN yang diketuai oleh Zombie D'Pangkor akan tumbang tidak berapa lama lagi.

sebelum mengundur diri Tok nak cadangkan Khalid Ibrahim tukarkan SUK selangor yang totok UMNO tu.Kalau dia enggan ditukarkan,beri dia tugas bancuh kopi,photostat,hantar dokumen dan taip surat.Tok gerenti,dia sendiri akan mintak tukar.

Mulai hari ni biarlah orang kita berada di pejabat MB agar segala kerahsiaan kita terpelihara dan tidak akan berulang lagi peristiwa MB Perak diusir SUK Perak keluar dari pejabatnya.sampai hari ni tok panas hati kat SUK Perak tu.

Anonymous said...

DARI ANAK JATI PERAK..

SEKARANG BACA YANG NI PULAK

'PERJUANGAN YANG TAK ADA MATLAMAT DAN MENGHANCURKAN BANGSA..SEDARLAH'.

FIKIRKANLAH SEBELUM MEMBALAS PENDAPAT INI...

SEBENARNYA KEADAAN DI DALAM DUN/AMMK PERAK ADALAH BERAT SEBELAH.
OLEH KERANA MAJORITI KERUSI DAP ADALAH BANYAK , KEADAN DS NIZAR
DIIBARATKAN SEBAGAI ANAK PATUNG BONEKA DAP DIDALAM KERAJAAN PERAK..

SETIAP KEPUTUSAN DAN AGENDA UNTUK PEMBANGUNAN MELAYU AKAN DI SANGGAH DAN DI BANGKANG OLEH DAP.
YANG MENJADI PERKIRAAN ADALAH KEPENTINGAN DAP, DAN KAUM TERTENTU SAHAJA.
OLEH KERANA KEADAAN INI BUKAN SAHAJA ORANG MELAYU, MALAH ORANG INDIA SENDIRI TURUT TERPINGGIR..
BUKANNYA APA, CUBA BAYANGKAN EXCO KERAJAAN BERBANGSA MELAYU HANYA MEMEGANG BAHAGIAN YANG TIDAK
PENTING DAN TIDAK DAPAT MEMBANGUNKAN BANGSA MELAYU DI PERAK. MANAKALA EXCO PEMBANGUNAN, EKONOMI,
YANG PENTING-PENTING ADALAH DIBERIKAN KEPADA BANGSA/KAUM TERTENTU.

YANG HANYA DIBINCANGKAN DI DALAM DUN PERAK 80% HANYALAH BERKAITAN PERLOMBONGAN DAN TANAH..
JADI APAKAH GUNANYA BENDA INI UNTUK BANGSA MELAYU ? INI KERANA BENDA YANG DIBINCANGKAN INI ADALAH
BAGAIMANA NAK DAPATKAN TANAH, DIMANA NAK BUKA LOMBONG BIJIH...
UNTUK KAUM TERTENTU(HARAP PAHAMLA)...

SELAMA 11 BULAN MEMERINTAH APA YANG DI BERI KEADILAN OLEH KERAJAAN PERAK(PR) KEPADA RAKYAT??
TAK ADA LANGSUNG..

SATU LAGI PERKARA ADALAH KES GERAN TANAH 999 TAHUN.
DI DALAM PERAK INI KAMPUNG BARU BERJUMLAH 120-125 BUAH (LEBIH KURANG)
DAN DARI JUMLAH ITU HANYA 11 KAMPUNG BARU ADALAH KAMPUNG ORANG MELAYU..CUBA BAYANGKAN 11/120 HANYA
8-10% ADALAH AKAN DIBERI KEPADA MELAYU DAN 90% ADALAH BUKAN MELAYU..BAYANGKAN LAH.

SAYA BERASAL DARI MANJUNG..TAK JAUH DARI RUMAH DS NIZAR...6 MINIT PERJALANAN JE..
PERNAH DUDUK SEMEJA MINUM...KEKADANG DIA PENING DI DALAM PENGURUSAN NEGERI PERAK..
DIA HANYA DI IBARATKAN BONEKA YANG HANYA BERGERAK APABILA DIGERAKKAN OLEH ORANG LAIN..

OLEH ITU...BUKANYA SALAH APABILA PR NAK JADI PEMERINTAH MALAYSIA..CUMA DIHARAPKAN NANTI
JANGANLAH DS ANWAR ADALAH PERDANA MENTERI MELAYU TERAKHIR.

OLEH KERANA NAK SANGAT SOKONGAN RAKYAT..SAMPAI KEADAAN KELEBIHAN BANGSA MELAYU SENDIRI HILANG..
SEPERTI SINGAPORE..INI KERANA TIDAK ADA LAGI PERBEZAAN DI ANTARA CHINA, INDIA, DAN MELAYU...
SAMA SAJA TAK ADA KELEBIHAN MAKSUD KUOTA BUMIPUTRA..

SEDANGKAN PAS SENDIRI INGIN MEMBANGUNKAN NEGARA ISLAM...TETAPI DAP SENDIRI MEMBERI PENDAPAT SUPAYA
MELANGKAH MAYATNYA DULU KALAU PAS NAK WUJUDKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM...BAYANGKANLAH..
SAYA SENDIRI ADALAH PENYOKONG DS NIZAR..CUMA KEKADANG TAKUT DENGAN AKAN PERKARA INI...
PIKIRKANLAH APA AKAN TERJADI NANTI APABILA KITA TIDAK LAGI BERGELAR MELAYU BUMIPUTRA...

SIAPAKAH NANTI AKAN MEMPERTAHANKAN KITA SEBAGAI ORANG MELAYU BUMIPUTRA..KALAU DAH JADI MACAM SINGAPURA..

PIKIRKANLAH SINGAPURA...PEMERINTAHNYA AKAN TETAP BANGSA PPP(LEBIH KURANG DAP)...DAN TAK BERUBAH...
DARI BAPAK DAN DI TURUNKAN TERUS KEPADA ANAKNYA...

KALAU SETERUK RAJA PERAK PUN ..WALAUPUN DI BAGI KEPADA ANAKNYA NAZRIN..MEREKA TETAP ISLAM DAN MELAYU...
DAN KEJADIAN BARU-BARU INI PUN ADALAH DI ATAS KEPENTINGAN MELAYU...
WALAUPUN SANGGUP DI BALING BATU, DI LUDAH OLEH RAKYATNYA SENDIRI..

DAN..KEJADIAN KUCAR-KACIR DI KUALA KANGSAR TU PUN..ADALAH SATU KEADAAN BERCANGGAH DENGAN AGAMA..
MELAUNGKAN KEBESARAN ALLAH DEMI MEMPERTAHANKAN KEADAAN KEKAFIRAN DAP DI DALAM PERAK..
DIMANAKAH KAUM-KAUM LAIN SEMASA KEJADIAN TERSEBUT? CHINA DAP, INDIA PKR, MAKKHAL SHAKTI, HINDRAF..
DIMANAKAH MEREKA?

SAYA SENDIRI BERADA DI SITU DAN TURUT SAMA MEMPROTES...TETAPI SAYA SEDAR
SAYA JUGA BERDOSA PADA HARI JUMAAT TERSEBUT..KERANA SELEPAS MENGAMINKAN DOA KEPADA PEMERINTAH TEMPAT SAYA BERNAUNG
TETAPI MELAWANNYA PULAK..YANG ADA..HANYALAH..GURU-GURU SEKOLAH AGAMA, MURID-MURID SEKOLAH AGAMA,
ORANG MELAYU YANG HANYA MEMBUTA TULI MEMBUAT PROTES ...RAKYAT INDONESIA YANG SENGAJA MEMPORAK PERANDAKAN LAGI KEADAAN..
DAN ORANG-ORANG YANG DATANG DARI LUAR PERAK ADALAH RAMAI DARI ORANG PERAK SENDIRI YANG DATANG MEMPROTES.

OLEH ITU..KEPADA SAUDARA SEBANGSA...PIKIRLAH SESUATU ITU UNTUK KEPENTINGAN BANGSA ...DAN JANGAN TERGOPOH-GAPAH.

SEKARANG KITA DAH JUMPA DENGAN BETUL-BETUL ORANG YANG BENCI ISLAM...SIAPA? SINGH YANG NAIK KAPAL...SEDARLAH DAN

PIKIRKANLAH DAHULU...

Anonymous said...

AKU BUDAK TROLAK...

Aku rasa orang melayu masih berbelah bahagi nak pangkah PAS, PKR atau UMNO. Sekarang apa dah jadi... tengok lah sendiri.

Anonymous said...

Salam kepada semua.

Saya teringat satu soalan ujian oleh TGNA kalau tak silap yang berbunyi: "Nabi Adam tu bangsa apa?" dan saya teringat salah satu soalan dalam kubur ialah "Man ikhwaanuka?", tapi tak ada soalan "Man qaumuka?". Untuk itu, utamakan pegangan agama dan persaudaraan sesama manusia. Lagipun kita tak pasti agaimana akhirul kalaam kita nanti. Poltik hanya di dunia, tapi agama yang memperbtulkan politik perlu jadi pegangan kita. Sesiapa yang menzalimi diri sendiri dan orang lain akan rugi di akhirat kelak. Fikirkanlah.(Kaswiratua)