"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, February 08, 2009

Pesan Tok Iskandar - malaysiakini

Reactions: 
-tok iskandar

Ketika lanun-lanun yang diketuai Zombie D' Pangkor menjarah harta kekayaan negeri Perak, tetiba je Karpal Singh mendesak Anwar letak jawatan sebagai pemimpin De Facto Pakatan Rakyat.

Apa ke halnya Karpal Singh ni... Don't jump the ship right now ok. Pelik juga Tok dengan kelakuan buang tabiat Karpal tu. Kalau Samy Vellu, Ong Tee Kiat, Keng Yaik dan Koh Tsu Koon yang cakap macam tu taklah heran tok.

Eloklah perselisihan ini kita selesaikan macam adik-beradik. ok... Tok harap bloggers semua tak payah ulas kenyataan Karpal ni, eloklah kita fokus pada usaha kita untuk merampas semula Perak daripada lanun-lanun Zombie D'Pangkor ini.Anggaplah Karpal tu tengah merajuk

Kerajaan haram biasanya tak kekal lama. Teruskanlah bantahan dan demo, lakukan hari-hari sehinggalah Sultan Azlan akur dengan kehendak rakyatnya dan bukannya atas arahan Najib.

Penyokong DAP setiap malam nyalakan lilin sebagai tanda matinya demokrasi di Perak. Penyokong PAS, PKR dan DAP juga boleh berkawal di kediaman MB, lakukan demo dan pengundi-pengundi di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang datanglah beramai-ramai menandatangani petisyen desak 3 DUN katak korang letak jawatan agar pilihanraya kecil dapat diadakan.

Tok nak cadangkan kita juga tumpukan usaha untuk merampas Negeri Sembilan dan cuba curi seorang ADUN BN di Pahang agar Najib terus tumbang tak bangkit-bangkit lagi.

Bloggers semua boleh memainkan peranan dengan membentuk kesatuan yang kuat sesama rakan-rakan bloggers.

Pemimpin Pakatan Rakyat juga perlu berikhtiar menanggung perbelanjaan makan-minum dan lain-lain lagi di kediaman MB Perak. Berilah juga sedikit sumbangan kepada rakan-rakan bloggers kita yang siang malam bertungkus lumus update blog masing-masing untuk defend Nizar sebagai MB Perak.

Tok juga cadangkan PAS tambahkan lagi unit amal yang berkawal di kediaman MB Perak keraan tok ada dengar khabar angin Nizar akan ditahan di bawah ISA dan dipaksa tandatangan surat perletakan jawatan MB Perak.Setiap penjuru rumah MB Perak kita jaga bergilir-gilir.Penghargaan Tok berikan kepada mereka kerana berkawal menjaga keselamatan pemimpin Pakatan Rakyat dari bermulanya trajedi rampasa kuasa di Perak.

Tok masih belum berputus asa kerana tok sangat yakin kerajaan haram BN yang diketuai oleh Zombie D'Pangkor akan tumbang tidak berapa lama lagi.

Sebelum mengundur diri Tok nak cadangkan Khalid Ibrahim tukarkan SUK selangor yang totok UMNO tu.Kalau dia enggan ditukarkan, beri dia tugas bancuh kopi, photostat, hantar dokumen dan taip surat. Tok gerenti, dia sendiri akan mintak tukar.

Mulai hari ni biarlah orang kita berada di pejabat MB agar segala kerahsiaan kita terpelihara dan tidak akan berulang lagi peristiwa MB Perak diusir SUK Perak keluar dari pejabatnya.sampai hari ni tok panas hati kat SUK Perak tu.

3 comments:

Anonymous said...

mat asan dah terimo surat miintak lotak jwtn dari yam tuan baru tuanku mukhriz. nantikan episod baru krisis rakyat-kerajaan-raja terbaru di n9 nanti.

Anonymous said...

Jagalah Karpal mu tu, sekarang di dah mula gila babi,tengoklah nanti...mana boleh berkawan dengan kafir dap

Si Tampok Manggis said...

Salam semua.

Hebat kesah Tuah dan Jebat di Perak seminggu dua ni..

Aku kesal dgn yang mereka yg bermain aci lut di koridor kuasa. Tanpa memperdulikan nasib dan kebajikan kita, rakyat. Asal saja dapat habuan untuk temolok sendiri, persetanlah apa pun nak jadi pada negara, bangsa dan masa depan anak2 kita.

Bayangkan lah kalau Tuanku Sultan boleh memberi perkenan kepada Najib merampas kerajaan Perak dgn cara yang telah dipertontonkan minggu lepas, apa akan jadi kepada negara kita?

Apakah kalau aku ada RM 15 juta aku boleh pulak menyogok ADUN2 di Negeri Sembilan dan membentuk kerajaan aku di sana. Atau aku mintak bantuan US untuk USD 20 bil supaya boleh aku beli 40 MP BN melompat ke PR supaya Anwar pujaanku boleh jadi PM. Sorang MP tu aku kasi USD 500juta. Banyak sangat tu!!! Rasanya USD 5 juta (RM 20 juta) sorang pun dah cukup. Jumlahnya baru USD 200 juta. Woww USD 200 juta (RM 700 juta) untuk sebuah negara. Untung Petronas tahun lepas pun tak kurang dari RM 70bil. Nanti aku suruh Anwar trade off jer Petronas untuk bayar balik USD 200 juta tu. Tapi kalau nilai sebegitu tak payah nanti US, Singapore yang tak der minyak tu pun pasti berminat.Mak datukkk. kecik dan murahnya nilai negara kita. Ehhh sekejap. Kalau beli satu Dewan Parlimen dengan YB Pendikar Speaker tu sekali baru USD 1 bil jer. Yer lah aku beli semua 200 kerusi parlimen, tiap satu berharga USD 5 juta. Mamat yang beli team EPL Man City hari tu pun mampu beb..

Inilah yang disebut orang bahawa 'hilang maruah hilang segala'. Analisis di atas menunjukkan betapa maruah dan harga diri lebih berharga dari segala-galanya. Dalam hal ini aku heran mengapa orang yang bukan Islam, atau kadang2 tiada pegangan ugama pun lebih mementingkan maruah dan integriti dari kita orang melayu Islam. Kita dengar pemimpin di US, Jepun Korea dan negara bukan Islam lain letak jawatan, atau kadang2 bunuh diri bila di tuduh rasuah. Tak gaduh nak pertahankan atau tunggu sampai 'provent guilty' oleh mahkamah. Ini kita, sogok menyogok, terima dan amal rasuah di buat terang-terangan tanpa sedikit pun rasa malu atau bersalah. Rendah benar harga diri dan maruah kita.

Kalau ADUN Behrang tu aku tak heran. Mungkin kesempitan hidup, hutang, ugutan dan sebagainya menjadikan dia rela menggadaikan maruah dirinya. Tapi aku cukup takut, apa akan jadi kalau orang yang akan bergelar Perdana Menteri Malaysia kurang dari dua bulan lagi pun sanggup menggadai maruah demi keangkuhan kuasa. Lebih teruk dari itu aku kesal kerana pasti nantinya tak ada lagi manusia yang berintegriti dan bermaruah, kalau manusia bernama DYM Tuanku Sultan Azlan Shah termakan atau memperkenankan tindakan Najib. Bukankah Baginda Sultan Azlan ini mahsyur seantero dunia kononnya sebagai orang yang tinggi pekerti, bermaruah, berpendidikan, komited dengan prinsip keadilan sejagat? Orang yang mempertahan dan memelihara Rule of Law? Bukan ker selama ini ini yang dijaja kemana perihal Baginda. Itu yang aku baca. Atau semua itu sekadar bahan baca-bacaan tidak lebih sebagai 'bedtime story' untuk anak-anak aku sahaja. Selama ini sebagai rakyat Perak, aku berbangga dengan raja aku ini. Kalau Baginda pun boleh diperlaku begitu, alamatnya negara kita akan dijual beli macam team bolasepat di liga EPL atau liga Spanyol aje ler

Ayuh kenkawan! Bila keadaan dah jadi begini, kitalah yang bertanggungjawab membetulkannya. Pada diri kita tekatkan bahawa kita akan mempertahankan maruah dan harga diri kita. Biar kita terhina kerana tidak berharta, jangan kita terhina kerana tak punya maruah dan harga diri. Semaikan nilai yang sama kepada anak-anak kita. Mereka nanti akan merencanakan masa hadapan negara kita. Ajak dan nasihati rakan taulan dengan cara yang paling berhemah. Katakan kepada mereka ini bukan perkara parti aku Parti Pakatan Rakyat, Parti engkau Parti Barisan Nasional. Perkara ini untuk masa depan kita bersama. Ini melibatkan maruah negara dan bangsa. Sebelum terlambat kitalah yang kena berusaha merubahnya. Mari kita sama2 tolak pemimpin yang walau dari parti mana pun kalau mereka memberi dan menerima rasuah. Kita hindarkan diri dari manusia yang tidak bermaruah. Biar pun manusia itu dari golongan istana yang telah berkurun berdaulat kononnya. Ini bukan mohon derhaka, tetapi harga diri dan maruah kita sebagai manusia.

Jika tidak !. Tunggulah masanya bila nanti negara kita tergadai. Masa itu harganya dijaja dengan nilai di sebut dollar, dinar, yen, rupee, won atau dolar Singapura. Masa itu kita tak mampu lagi menyebut 'hangpa buat ler aper pun, asal aku boleh cari makan'. Kerana masa itu anda tidak lagi kisahkan pasal cari makan, tapi anda melihat anak-anak anda lari mencari perlindungan dari hujan dan ledakan peluru. Masa itu segala yang anda bina semasa MENCARI MAKAN dulu telah berkecai semuanya menjadi abu.

Ooooh apa ni? Hang merapu sampai kemana? Tak percaya? Tengoklah buktinya ada di depan mata. Jengok ke kiri kanan melihat Palestin, Afghanistan, Iraq dan banyak lagi. Tidak ker peristiwa terbaru di Gaza menjadi cermin dan mengingatkan kita supaya kita jangan lagi jadi manusia yang 'aku buat hal aku, hang buat ler ikut suka hang'