"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, February 08, 2009

PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK: UMNO TIPU ISTANA - malaysiakini

Reactions: 
Perlembagaan Malaysia:
  • Article 43 (4): "If the Prime Minister ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet."
Perlembagaan Negeri Perak:
  • Article XVI(6): "If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council".
Perbezaan susunan perkataan dan perbezaan penggunaan bahasa antara peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Perak berhubung status 'hilang majoriti' seorang Perdana Menteri dan Menteri Besar, telah menyebabkan kekeliruan Istana Perak hingga memutuskan bahawa Perlembagaan Negeri menghendaki MB Nizar meletak jawatan.

Kenyataan Pejabat DYMM Sultan berhubung keputusan memperkenankan perlantikan Menteri Besar baru yang dikemukakan oleh BN jelas memperlihatkan kekeliruan pihak Istana.

Petikan Kenyataan Media Pejabat DYMM Sultan Perak:
  • "Selepas bertemu dengan semua 31 ADUN tersebut, DYMM Sultan berpuas hati bahawa YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri."
Kenyataan ini boleh dianggap sebagai tafsiran perlembagaan yang betul sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Perdana Menteri oleh Yang DiPertuan Agong. Tetapi ia jadi sebaliknya iaitu sebagai 'tafsiran yang salah' sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Menteri Besar oleh Sultan Perak.

Di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan, 'hilang sokongan majoriti' merujuk kepada 'ahli-ahli Dewan Rakyat' manakala sebaliknya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri, ia merujuk kepada 'Dewan Undangan Negeri' dengan tiada perkataan 'ahli-ahli' bersama dengannya.

Ini bermakna 'hilang sokongan majoriti' bagi kes peringkat persekutuan melibatkan Perdana Menteri, penentuannya boleh dibuat di luar sidang Parlimen (seperti dengan kehadiran majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat mengadap Yang DiPertuan Agong).

Hal ini berbeza bagi kes di peringkat Negeri Perak kerana peruntukan perlembagaan menghendaki penentuan 'hilang sokongan majoriti' itu dibuat di dalam sidang Dewan Undangan Negeri melalui undi tidak percaya kepada Menteri Besar.

Kenyataan Media DYMM Sultan menyebutkan perkataan 'hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri' sedangkan Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak menyebutkan 'hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri'.

Kekeliruan timbul antara "the confidence of the majority of the members of the House of Representatives" dalam Perlembagaan Persekutuan dengan "the confidence of the majority of the Legislative Assembly" dalam Perlembagaan Negeri Perak.

Oleh itu pendirian Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah adalah menepati kehendak Perlembagaan Negeri Perak. Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar hanya patut berundur setelah usul undi tidak percaya terhadapnya dibawa dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan berjaya mendapat sokongan majoriti.

Tiada kaedah lain yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negeri Perak untuk penentuan 'hilang sokongan majoriti' bagi seorang Menteri Besar.

-jeritan minda politik malaysia

5 comments:

noel said...

Sultan Perak ingat dia masih jadi Agong kot?

Almaklumlah.. dah senja :-)

Anonymous said...

Ini menunjukkan Bekas Hakim Besar pun boleh silap membuat keputusan. Pemerintah negeri seperti Sultan dan Raja sepatutnya tahu selok belok Perlembagaan Negeri di negeri sendiri..

Anonymous said...

Dah 25 tahun memerintah cukup ler.. patutnya lepaskan jawatan Sultan tu supaya dapat bersihkan kembali maruah Kesultanan Negeri Perak.

Pengajaran buat Sultan2 dan Raja2 dinegeri lain. Pahamkan Undang-Undang Perlembagaan Negeri sendiri.

Anonymous said...

DARI ANAK JATI PERAK..

FIKIRKANLAH SEBELUM MEMBALAS PENDAPAT INI...

SEBENARNYA KEADAAN DI DALAM DUN/AMMK PERAK ADALAH BERAT SEBELAH.
OLEH KERANA MAJORITI KERUSI DAP ADALAH BANYAK , KEADAN DS NIZAR
DIIBARATKAN SEBAGAI ANAK PATUNG BONEKA DAP DIDALAM KERAJAAN PERAK..

SETIAP KEPUTUSAN DAN AGENDA UNTUK PEMBANGUNAN MELAYU AKAN DI SANGGAH DAN DI BANGKANG OLEH DAP.
YANG MENJADI PERKIRAAN ADALAH KEPENTINGAN DAP, DAN KAUM TERTENTU SAHAJA.
OLEH KERANA KEADAAN INI BUKAN SAHAJA ORANG MELAYU, MALAH ORANG INDIA SENDIRI TURUT TERPINGGIR..
BUKANNYA APA, CUBA BAYANGKAN EXCO KERAJAAN BERBANGSA MELAYU HANYA MEMEGANG BAHAGIAN YANG TIDAK
PENTING DAN TIDAK DAPAT MEMBANGUNKAN BANGSA MELAYU DI PERAK. MANAKALA EXCO PEMBANGUNAN, EKONOMI,
YANG PENTING-PENTING ADALAH DIBERIKAN KEPADA BANGSA/KAUM TERTENTU.

YANG HANYA DIBINCANGKAN DI DALAM DUN PERAK 80% HANYALAH BERKAITAN PERLOMBONGAN DAN TANAH..
JADI APAKAH GUNANYA BENDA INI UNTUK BANGSA MELAYU ? INI KERANA BENDA YANG DIBINCANGKAN INI ADALAH
BAGAIMANA NAK DAPATKAN TANAH, DIMANA NAK BUKA LOMBONG BIJIH...
UNTUK KAUM TERTENTU(HARAP PAHAMLA)...

SELAMA 11 BULAN MEMERINTAH APA YANG DI BERI KEADILAN OLEH KERAJAAN PERAK(PR) KEPADA RAKYAT??
TAK ADA LANGSUNG..

SATU LAGI PERKARA ADALAH KES GERAN TANAH 999 TAHUN.
DI DALAM PERAK INI KAMPUNG BARU BERJUMLAH 120-125 BUAH (LEBIH KURANG)
DAN DARI JUMLAH ITU HANYA 11 KAMPUNG BARU ADALAH KAMPUNG ORANG MELAYU..CUBA BAYANGKAN 11/120 HANYA
8-10% ADALAH AKAN DIBERI KEPADA MELAYU DAN 90% ADALAH BUKAN MELAYU..BAYANGKAN LAH.

SAYA BERASAL DARI MANJUNG..TAK JAUH DARI RUMAH DS NIZAR...
PERNAH DUDUK SEMEJA MINUM...KEKADANG DIA PENING DI DALAM PENGURUSAN NEGERI PERAK..
DIA HANYA DI IBARATKAN BONEKA YANG HANYA BERGERAK APABILA DIGERAKKAN OLEH ORANG LAIN..

OLEH ITU...BUKANYA SALAH APABILA PR NAK JADI PEMERINTAH MALAYSIA..CUMA DIHARAPKAN NANTI
JANGANLAH DS ANWAR ADALAH PERDANA MENTERI MELAYU TERAKHIR.

OLEH KERANA NAK SANGAT SOKONGAN RAKYAT..SAMPAI KEADAAN KELEBIHAN BANGSA MELAYU SENDIRI HILANG..
SEPERTI SINGAPORE..INI KERANA TIDAK ADA LAGI PERBEZAAN DI ANTARA CHINA, INDIA, DAN MELAYU...
SAMA SAJA TAK ADA KELEBIHAN MAKSUD KUOTA BUMIPUTRA..

SEDANGKAN PAS SENDIRI INGIN MEMBANGUNKAN NEGARA ISLAM...TETAPI DAP SENDIRI MEMBERI PENDAPAT SUPAYA
MELANGKAH MAYATNYA DULU KALAU PAS NAK WUJUDKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM...BAYANGKANLAH..
SAYA SENDIRI ADALAH PENYOKONG DS NIZAR..CUMA KEKADANG TAKUT DENGAN AKAN PERKARA INI...
PIKIRKANLAH APA AKAN TERJADI NANTI APABILA KITA TIDAK LAGI BERGELAR MELAYU BUMIPUTRA...

SIAPAKAH NANTI AKAN MEMPERTAHANKAN KITA SEBAGAI ORANG MELAYU BUMIPUTRA..KALAU DAH JADI MACAM SINGAPURA..

PIKIRKANLAH SINGAPURA...PEMERINTAHNYA AKAN TETAP BANGSA PPP(LEBIH KURANG DAP)...DAN TAK BERUBAH...
DARI BAPAK DAN DI TURUNKAN TERUS KEPADA ANAKNYA...

KALAU SETERUK RAJA PERAK PUN ..WALAUPUN DI BAGI KEPADA ANAKNYA NAZRIN..MEREKA TETAP ISLAM DAN MELAYU...
DAN KEJADIAN BARU-BARU INI PUN ADALAH DI ATAS KEPENTINGAN MELAYU...
WALAUPUN SANGGUP DI BALING BATU, DI LUDAH OLEH RAKYATNYA SENDIRI..

DAN..KEJADIAN KUCAR-KACIR DI KUALA KANGSAR TU PUN..ADALAH SATU KEADAAN BERCANGGAH DENGAN AGAMA..
MELAUNGKAN KEBESARAN ALLAH DEMI MEMPERTAHANKAN KEADAAN KEKAFIRAN DAP DI DALAM PERAK..
DIMANAKAH KAUM-KAUM LAIN SEMASA KEJADIAN TERSEBUT? CHINA DAP, INDIA PKR, MAKKHAL SHAKTI, HINDRAF..
DIMANAKAH MEREKA?

SAYA SENDIRI BERADA DI SITU DAN TURUT SAMA MEMPROTES...TETAPI SAYA SEDAR
SAYA JUGA BERDOSA PADA HARI JUMAAT TERSEBUT..KERANA SELEPAS MENGAMINKAN DOA KEPADA PEMERINTAH TEMPAT SAYA BERNAUNG
TETAPI MELAWANNYA PULAK..YANG ADA..HANYALAH..GURU-GURU SEKOLAH AGAMA, MURID-MURID SEKOLAH AGAMA, ORANG MELAYU YANG HANYA MEMBUTA TULI
MEMBUAT PROTES ...RAKYAT INDONESIA YANG SENGAJA MEMPORAK PERANDAKAN LAGI KEADAAN..DAN ORANG-ORANG YANG DATANG
DARI LUAR PERAK ADALAH RAMAI DARI ORANG PERAK SENDIRI YANG DATANG MEMPROTES.

OLEH ITU..KEPADA SAUDARA SEBANGSA...PIKIRLAH SESUATU ITU UNTUK KEPENTINGAN BANGSA ...DAN JANGAN TERGOPOH-GAPAH.
PIKIRKANLAH DAHULU...

SEKARANG NI PON BARU MUCUL MUSH ISLAM SEBENARNYA....APA TINDAKAN PAS YANG MELAUNGKAN AGAMA ISLAM??
TAKKAN NAK SEKONGKOL LAGI DENGAN MUSUH ISLAM INI???

KEPADA DATUK SERI NIZAR...YANG ADA DISITU(SEKIRANYA ADA) SILA JAWAP MASALAH INI..BETUL ATAU TIDAK....

AKU PUN DAH BERTOBAT DAH NAK MENDERHAKA RAJA NI....

Anonymous said...

bagi saya
'majority of the Legislative Assembly'

tidak semestinya bermaksud majoriti di DUN.
ia boleh jadi majoriti daripada DUN.
so, mungkin DUN itu lebih dari satu. Mungkin 3 dun. jd sapa dapat 2 dun, dia la majoriti.
kalu majoriti daripada dun, istila DUN itu masi lagi bole dipertikai kerana dun itu terdiri daripada ahli dun.
jd
majority of the Legislative Assembly
apa sebenarnya?

saya rasa penggubal terdahulu yng buat silap di sini kot...