"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 10, 2009

Pembela Melayu...??? - malaysiakini.

Reactions: 
-Si Tampok Manggis

Pagi tadi bersembang dengan Tronge di kedai mamak di Sec 13, di Shah Alam. Tronge ni orang Pendang. Jadi aku pun tanya dia berkenaan Adun Bukit Selambau yang letak jawatan exco dan Ahli Dewan Undangan Kedah. Tak banyak sangat cerita pasal Kedah yang nak dikongsi. Tapi katanya ini lah orang yang ada prinsip. Aku kata tunggu dulu. Sehari dua ni mungkin keluar cerita lain.

Selebihnya bercerita pasal Perak. Kata Tronge cerita Perak jauh bezanya dengan cerita Kedah. Katanya, dari 28 ADUN tu 27 Melayu UMNO. Kata orang UMNO, peralihan kuasa memerintah tu dari Bukan Melayu ke Melayu. Tu yang DYMM Sultan Azlan perkenankan rampasan kuasa Najib tu.

Bab ni memang buat aku panasss. Aku rakyat Perak, umur dah nak masuk setengah abad. Dengan jelas aku boleh rasa apa yang Kerajaan PR buat 11 bulan lepas berbanding yang Kerajaan BN buat sejak 50 tahun dulu. Cukung-cukung yang dapat manfaat dari kerajaan BN Perak di kampong aku semuanya kaki jilat dan ampu UMNO. Bukan orang kebanyakan pun.

Ada orang tak percaya kat kampong aku ada orang yang kena lap ( dgn guni beras ) pokok getah untuk menorah selepas hujan semalam. Ini kata ayah aku pernah berlaku dulu di awal tahun-tahun 70an. Dia pun kesal lepas 50 tahun merdeka perkara yang sama masih berlaku. Orang ni sebelum ni tak dikesahkan walaupun kampong aku tu dalam DUN YB Ramli Ngah Talib lepas tu YB Dato' Ainon. Sejak lepas kerajaan PR memerintah di Perak, ( YB Dr Noor Ashikin, menantu Dato' Ainon, UMNO) orang yang lap pokok getah ni berubah sikit hidupnya. Dapat bantuan dari PAS kawasan untuk baiki rumah, dan dapat modal untuk kerjakan tanah sawahnya yang dah sekian lama terbiar.

Pagi tadi tinggal aku sorang-sorang bila Tronge kena jumpa orang pasal business dia. Aku nak cari jawapan pasal hujah dia peralihan kuasa di Perak dari bukan Melayu ke Melayu. Cehhh tak habih-habih politik perkauman. Orang kulit hitam dah boleh jadi Presiden Amerika Syarikat, kita masih lagi cakap pasal Melayu dan Bukan Melayu. Sapa pun yang memerintah bukan ker tanggung jawabnya tolong rakyat yang susah, buat pemerintahan yang adil dan saksama tanpa pilih bulu dan rupa Tak kira lah Melayu ke bukan Melayu. Kalau tak jalankan tanggung jawab ni kerajaan cap apa pun wajib kita tukar. Ini asal nama Melayu kita terima jer. Biar pun dia ni jenis makan babi jer tidak, tapi duit haram dia balun semacam jer…

Aku betul-betul hangat hati kerana orang melayu masih lagi termakan dengan buah ranum ketuanan melayu ni. Sebenarnya ini buah yang telah sekian lama memabukkan kita. Membuatkan kita mengiyakan saja perlakuan pemimpin politik selama ini. Apa yang nak di tuan-tuankan sangat.Pada aku mudah saja. Pasal aku Melayu aku dapat tanah, kalau tak diusahakan aku dok kat situ jugak ler. Pasal aku Melayu aku dapat project, kalau sekadar ambik komisen, tak ke mana jugak ekonomi orang Melayu. Yang pastinya ketuanan Melayu ni yang jadikan kita makin layu. Tak mampu bersaing.

Kalau nak kata UMNO pembela orang Melayu dan Raja-raja Melayu, dan Raja-raja Melayu pembela orang Melayu elok ler korang baca posting berikut.
Tapi biasa ler, orang Melayu cakap ler kita sampai berbuih mulut.

Dia tetap kata ' Takkan UMNO nak tipu Melayu, Kan UMNO tu parti orang Melayu '

10 comments:

Anonymous said...

Lantak pi le dengan Melayu, ALLAH tak tanye pasal melayu, yg DIA tanye nanti ialah pasal ISLAM...

paloi bin mulau said...

biarkan amno dgn melayu depa. yg depa tak nampak bangsa lain ngeri tgk kerajaan amno perak.

komponen deme pun soh pehane. amno masih ingat bangsa lain nak ngundi deme lagi lepas ni.

hik hik hik bior le amno terojon dgn labu2 deme

paloi bin mulau said...

teman nak tambah cakap kawan mike pasal amno tak tipu melayu tu.

hehehe memang amno tak tipu melayu cerdik yg rajin membaca. tapi amno sayang spesis mcm kawan mike tu.

senang kena kelentong. sbb amno tau spesis jenis mcm tu suap dgn tv3suku dan kasi muntah utusan meloya sepa akan angguk dan salakkan benda yg sama.

Anonymous said...

aku pun sama pendapat mcm penulis la.. tak tau kenapa penting sgt melayu tu... masalahnya india muslim pun jadi melayu... patutnya UMNO jadi parti islam, india masuk islam bleh jadi PM... kan???

Anonymous said...

Kalau orang dah lupa daratan, cakap pakai logik kepala lutut je..
Karang dah kena jajah, baru menggelabah nak bersatu..
Ingatlah siapa yang memperjuangkan kemerdekaan..

Mintak² Malaysia ni jadi macam Singapore..
Baru puas hati kalian kot..

paloi bin mulau said...

teman nak komen pasal amno membawa kemajuan ni. dulu kat kt wan parid cakap amno baik bina sekolah masjid hospital. ini le modal amno pada org takde otak.

itu semua tanggungjawab asas sesebuah kerajaan. sama mcm mak bapak hantar anak pi sekolah bg pelajaran bagi makan.

teman rasa semua mak bapak boleh buat tu. tapi tak semua mak bapak boleh memberikan pendidikan dan makanan yg berkualiti utk anak2 mereka.

ada yg ala kadar je. ada yg tunjuk perangai tak baik depan anak2. hebat tidak mak bapak tu lihat mcm mana mereka membesarkan anak itu.

tidak kira mak bapak tu kaya ke miskin ke. tapi semua boleh memberi yg terbaik jika mereka mahu. teman cakap begitu sbb ramai mak bapak kaya tapi anak tunggang langgang.

begitu juga kerajaan. kalau negara tu kaya tapi urus harta negara mcm sial memang tunggang langgang le jawabnya. tu pasai baru bina jalan hospital sekolah masjid pun deme dah bangga giler.

paloi bin mulau said...

cik anon sapa nak jajah malaysia?

Topengperak_Xinwugi® said...

hehehe... anon tak tau lagi ke umno/bn dah 50 tahun jajah pemikiran rakyat malaysia?

pasai kene jajah dekat umno/bn la ghamai rakyat malaysia jadi bodoh...

ada kepala otak, tapi x leh nak guna semaksima mungkin...

pikir x sampai lima minit, amik buah dadu...

blh ke camtu?

kalau sembang - kita kene syukur dekat kerajaan umno/bn...

ape umno/bn tu Allah ke?

paloi bin mulau said...

hehehe konsep syukur kat amno ni mahathir yg cakap. tapi biasa la org amno akan anggap mahathir cakap ja memang betoi abis.

depa lupa patut pemimpin syukur pada rakyat yg ngundi depa. 50 tahun amno berkuasa rakyat malaysia mcm mana? pemimpin amno mcm mana? sapa yg hidup lg mewah?

Anonymous said...

Saya dulu penyokong PAS. Tetapi setelah saya bekerja beberapa tahun di syarikat bukan bumiputra, saya bertukar sokong UMNO. Bukan saya sahaja. Ramai kawan saya juga begitu. Perkara ni agak sukar diterangkan dalam penulisan.