"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 10, 2009

Waran tangkap ke atas ADUN yang berpaling tadah!

Reactions: 
Hari ini selain hari EXCO-EXCO BN Perak "pintu belakang" mengangkat sumpah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, adalah juga hari pembicaraan kes rasuah yang melibatkan dua orang bekas EXCO Pakatan Rakyat yang telah kini menjadi Bebas dan menyokong BN Perak "pintu belakang".

Kedua-dua mereka iaitu ADUN Changkat Jering Kapt (B) Osman Jailu dan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, telah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos lalu kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Menurut laporan kedua-dua tertuduh telah tidak hadir di mahkamah pagi tadi. Jamaluddin melalui peguamnya telah mengemukakan surat sakit (MC) manakala Kapt Osman tidak memberikan alasan dan mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau.

Dimana Osman?

Dalam keadaan orang PAS saban malam mengerjakan solat hajat terhadap beliau kerana telah berpaling tadah dan memungkiri janji terhadap para pengundi dan parti, Osman tidak diketahui berada dimana. Malam tadi saya difahamkan lebih 1,000 orang menghadiri majlis solat hajat di kawasannya.

Sementara itu seorang rakan wartawan memaklumkan yang Osman kini terlantar di wad CCU salah sebuah hospital di Lembah Kelang, betulkah?

Memang dari pengalaman kita melihat sesiapa sahaja yang berpaling tadah dan memungkiri janji terhadap rakyat, biasanya berkesudahan dengan kesudahan yang hina dan dicemuh masyarakat. Tambahan pula jika rakyat mengadu kepada Allah swt. Seorang bekas calon PAS suatu ketika dahulu yang berpaling tadah sebelum hari mengundi, rasa saya boleh mengiakan kesengsaraan dan penghinaan yang diterima beliau akibat tindakannya dahulu.

Apa pun kepada Allah swt kita berserah, mereka yang ingkar dan menjual maruah kerana kepentingan habuan dunia jika tidak pun dihukum secara tunai di dunia pasti tidak terlepas azab di hari kemudian.

-Roslan SMS Corner

4 comments:

tunlim80 said...

Kemerdekaan yg lama tetapi sia-sia,kemajuan yg nyata tetapi berapa kerat yg rasa,perpaduan yg di pinta iake?retorik belaka............

Anonymous said...

Huhuhuhuhu.. Gaduh la hangpa semua... porak peranda kan negara... biar berterabur sana sini... biar huru hara... baru semua puas hati... Bodohnye org melayu ni.. x malu... x bertamadun... ketinggalan zaman... last skali.. dpt kat org lain yg memerintah... haaa... masa tu baru tau.. langit tinggi ke rendah...

Baru la demam x kebah2... padan muka... gigit jari la korang... tengok muka kit siang ke... guan eng ke... Karpal singh ke.. x pun abg samy ke.... hari2 kluar tv.. jadi perdana menteri... lawat sana..lawat sini...

bermulalah episode bagi tanah kat bangsa lain... kampung kita... hapah pun tarak... org melayu.. tu haaa... pi duduk kat tepi hutan... tanam sayur... jd nelayan... kalau kat area pekan... yg paling power pun kat area mcm puduraya.. pasar seni.. haaa.. tu je lah tempat org melayu masa tu...

PADAN MUKA org MELAYU... bangsa yg x tau syukur pada tuhannye.. ALLAH S.W.T....

Org melayu terlalu emosional... konon mcm hebat sgt... gebang sana..gebang sini.. rusuhan sana...rusuhan sini.. itu x betoi.. ini x betoi... tp sbenarnya.. kenyataannya.. dalam poket habuk pun tarak...

Korang ingat suara korang ni klua ke kat parlimen... tu yang merusuh tu.. apa korang dapat... korang caci, maki Sultan... tahan kereta sultan... x malu ke... bangsa lain tengok... org melayu buat mcm tu kat sultan sendiri... esok bila bangsa lain buat... korang jgn marah...

Ni.... UMNO pun boleh tahan bangang jugak... dulu elok2 perintah... bongkak, lupa diri.... habih semua hasil rakyat nak bagi kat anak bini makan... berlagak mcm org lain x boleh jatuhkan dia... sekali kena lempang ngan PR... haaaa baru nak gelabah...

Org PAS pun boleh tahan gak talam 8 muka... dulu punya la benci kan DAP... sbb DAP benci ISLAM... konon nak buat hudud & qisas.. skang dah jd geng pulak... dah jd girlfriend DAP pulak...Hudud dan qisas dah x boleh jalan pulak katanya... apa punya pendirian la....

MALU...MALU...MALU... semua kerja org MELAYU.... Org MELAYU mmg x tau MALU... Elok bagi je negara ni kat bangsa lain... bila dah susah esok baru la agaknya melayu ni boleh bersatu...

Mmg boleh kira berapa kerat sgt bangsa lain masa rusuhan kat Istana KualaKangsar hari tu.. Saya ada kat sana... Melayu semua berjuang... tp dapatkah anda pastikan... perjuangan tu atas nama ISLAM atau nama POLITIK semata mata....
Ingat lah sedara woi... xde melayu kat bumi malaysia ni korang ingat ISLAM boleh kuat ke... Xde sokongan Tuanku sultan... korang ingat korang boleh laung azan kuat2 ke...

Sorry le bebanyak wahai org melayu... bukan tujuan nak menghina.. tp mmg melayu ni x sedar diri... Doakanlah sedara sekalian.. satu hari nanti biar bangsa lain amik alih kerajaan... biar ALLAH S.W.T uji kita org MELAYU dengan siksa dan derita.. mudah2han kita semua dapat bagun dari lena....
SEDIH OOOOOOO... MELAYU DAH NAK HANCUR.. ISLAM HAMPIR BERKUBUR... BILA MELAYU SEMUA GILA KUASA... TAKBUR... MASING2 NAK TUNJUK HERO... SEDIHHHHHHHH SGT2

Anonymous said...

sori tumpang menyampuk... nak tanya sikit... salah seekor katak yang lompat tu kurang sihat ke asyik2 MC jeee.. ari tu masa adegan missing in action tu MC.. ni hari perbicaraan pun MC jugak.. lepas ni bila la pulak nak MC.

Bagus la katak yang bervirus tu dah lompat ke tempat lain. Tak payah lagi nak cegah penyakit yang dibawa oleh virus yang ada pada katak tu..

Biar la dia bawa virus tu ke dalam kapal lain, biar semua penghuni di kapal tu terkena jangkitan virus tu.

Pssst..MC beli kat mana?

yobpeghrak said...

sikatak tu hanya sehat apabila berada dan di kelilingi pemimpin BN ( Barisan Najis ) yang diketuai 'Tan Seri' ( guna panggilan oleh YAB Dato Seri Abdullah Badawi masa ucapan dalam TV3 malam tadi - dah turun pangkat gamaknya ) Najis. Bila pergi sesorang tanpa mereka(BN)di samping, sebab kekawan baru deme tu berada di istana Bukit Chandan, mulale deme ketak lutut, so jatuh sakitle dan dengo cerite yang sorang tu masuk ICU. Saya doakan mereka sehat sejahtera, pertahankan dirimu dari tohmahan yang dibuat sebagaimana yang diperkatakan oleh MB Nizar bagi mempertahankan maruah kamu berdua. Masih ke kome berdue ingat!!!