"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 10, 2009

Pencuri Mati Tersepit Di Lantai Rumah - malaysiakini

DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.

Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.

Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.

"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.

Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.

Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.

Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.

10 comments:

zali said...

hudud yang di jalankan oleh tuhan sendiri.

maha suci allah dari memerlukan sesuatu.

Fazrulls said...

Salam,

Balasan terus..tanpa perlu dibicarakan....

Sekian,

Anonymous said...

TU BARU PENCURI JUNIOR...KALAU PENYANGAK@PEROMPAK@PENYAMUN TAK TAHU LAA MCM MANA DIAORG MATI NANTI....

Anonymous said...

agak-agak perompak/penyamun/penyonglap negeri perak camana la bentuk hukumannya ye....

Nor Amran Abdullah said...

CERITA LAMA NI ............

AKU DAH TENGOK KAT ISUHANGAT

Anonymous said...

citer ni dh lama kuar paper

iam_khufu said...

Betul citer lama beb.

kelate said...

betul cita lama..tapi ni 1st time aku dapat tgk muko dio..banyak yg tunjuk bhg bawah rumah je...

Anonymous said...

Suspen je...ingatkan kepala Najib tadi

Anonymous said...

Anon 9:12pm ingat kepala tu kepala Najib. Saya pula ingat kepala tu kepala Anwar..Hahaha...
Apapun, ini adalah peringatan kepada mereka yang suka sangat buat dosa, tak kiralah dosa macam mana pun, dosa mencuri ke, dosa menyebarkan fitnah macam orang PR buat ke, apa saja lah, dunia ni dah tak lama dah... Tanda-tanda nak Kiamat dah banyak berlaku... Allah selalu juga bayar 'cash' sekarang ni... Masih tak takut ke?... Peringatan tu!!!