"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 24, 2009

Pergi Dengan Bermaruah... - malaysiakini

Pagi Ahad lebih kurang jam 10:00 pagi berlangsungnya majlis penghargaan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar kepada Unit Amal Pas, Bloggers dan Media di kediaman rasmi Menteri Besar Perak. majlis tertutup tersebut adalah sebagai menghargai peranan dan kehadiran ketiga-tiga pihak tersebut sepanjang Dato' Seri Ir Nizar menghuni dan menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak di kediaman rasmi tersebut.

Sebelum itu, cara bermula dengan kawat hormat oleh Unit Amal sebelum majlis berlangsung. untuk pengetahuan korang, unit amal adalah satu-satunya pihak yang terlibat secara langsung didalam menjaga keselamatan dan mengatur kelicinan sesuatu majlis sepanjang tempoh bermulanya krisis politik di Perak.

Hadir dengan uniform lengkap berwarna merah darah dan juga barret tertulis Unit Amal, para petugas dilihat amat berdisipilin sepanjang bertugas. tahniah buat Unit Amal yang sentiasa bersedia tak kira walau didalam apa juga krisis.

Sepanjang para bloggers bekerja dibilik media Biro Penerangan Pakatan Rakyat Perak juga, unit amal telah banyak membantu didalam soal menjaga keselamatan peralatan-peralatan para bloggers ketika ditinggalkan untuk tugasan luar.

Untuk itu, jutaan ucapan terima kasih dari para Bloggers.

Tepat jam 10:00 pagi Dato' Seri Ir Nizar melangkah keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar menuju kekawasan para jemputan khas berkumpul.

Majlis kemudian dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil dari Unit Amal, kemudian diteruskan dengan ucapan khas wakil Bloggers iaitu Al-Banjari ("sayalah Al-Banjari..!"), ucapan dari lain-lain pimpinan yang hadir dan diakhiri oleh ucapan dari YB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar.

Dalam ucapannya, beliau meluahkan setinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sepanjang berlaku krisis politik di Perak.

Dalam masa yang sama juga Dato' Seri Ir Nizar mengingatkan para media agar sentiasa menyaurkan maklumat yang tepat supaya rakyat mendapat berita yang benar. beliau juga menyelar sikap sesetengah media perdana yang kerap memutarbelitkan isu-isu yang berbangkit dan sentiasa bersikap berat sebelah.

Majlis seterusnya diterusan dengan acara makan-makan. semua tetamu khas dijamu dengan makanan ringan pengalas perut iaitu bihun goreng, goreng, kuih-muih dan juga minuman sirap kenduri-kendara.

Selepas selesai melantak, diadakan pula sidang akhbar khas untuk para media yang hadir untuk menjawab berbagai soalan-soalan yang diajukan oleh par wartawan yang hadir.

acara terakhir ialah keberangkatan Dato' Seri Ir Nizar ke kediaman barunya yang dirahsiakan tempatnya (buat sementara). dengan rasminya pada hari ahad bersamaan dengan bla bla bla bla bla (korang carik la sendiri tarikh... tak kan semua aku nak sodok...) maka rasmilah Dato' Seri Ir Nizar meninggalkan kediaman rasminya.

Aku dah malas nak taip... hangpa tengok gambar je la...


Alah Bisa, Tegal Biasa... itu je...

24 comments:

zali said...

ada dengar tapi tak ambil tahu
langsung pasal unit amal nih...

apa itu unit amal?

pasukan polis pas?
tentera pas?
pengawal keselamatan pas?
samseng pas?

apa saja itu unit amal...

adakah ia perlu didaftarkan
sebagai pasukan beruniform?

adakah ianya sah di sisi undang
undang?

harap-harap pas tidak lah
mempelopori satu unit haram atau
satu unit samseng dan
membelakangkan pdrm.

Anonymous said...

Syabas kepada Unit Amal yg banyak berjasa.Teruskan dengan ikhlas menjalankan tugas demi untuk rakyat yg cintakan keamanan.Kami rakyat Malaysia sentiasa menyanjung tinggi pengorbanan anda semua...sekali lagi..SYABAS

Anonymous said...

ada-2 je la zali ni .... ?

Anonymous said...

sekurang-kurangnya ada la jugak unit yg buat menjaga keselamatan.. dah polis sibuk jaga MB BN...nak kata samseng tu mmg tak patut la..dah ko kata ko tak ambil tahu, mmg patut la ko tahu zali oiii...-neo

Anonymous said...

Zali tu sayang kat PAS dan Pakatan Rakyat..saja je nak cari glamour tu...Sebenarnya dalam2 diam2 dah minta borang PKR tu haaaa....

Tok Sidang said...

Syukur,..

Akhirnya,..tamat sudah drama satu kumpulan haram kecil yg menduduki rumah MB secara,..eerrr,..HARAM,..

Kumpulan haram kecil ini mendakwa mrk pemerintah sah,.wpun tidak direstui oleh RAKYAT terbanyak,..

Oleh krn perasaan syok sndiri menyangka msih diterima oleh rakyat mrk menubuhkan pasukan polis sndiri(penamaa,.???unit amal??)dan pasukan media yg sebenarnya lebih byk menabur fitnah dan khabar angin dari berita sebenar.

Kumpulan kecil haram ini juga mgkin x diiktiraf oleh kepimpinan tinggi parti mrk sbb tu tiada pemimpin tinggi PR pusat yg hadir

Mrk mendakwa mrk dipilih oleh rakyat bukan sultan,.tpi mrk lupa 28 kerusi UMNO/BN dan 3 kerusi BEBAS juga dipilih oleh rakyat.

Kump haram ini juga lupa bhw rakyat memilih ADUN tetapi SULTAN yg memilih MB

Akhirnya, haq tetap haq,.bathil tetap bathil,.benang basah terbukti xdpt ditegakkan.

Tahniah ex-MB Nizar,.wpun kesedaran agak terlewat. Kmbalilah kepangkuan masyarakat di DUN anda.

Anonymous said...

Assalamualaikum tok sidang pe habaq..saya rasa tok sidang la manusia yang paling happy apabila bn merampas kuasa macam cerita pirate Carri-bean lagipun orang macam tok sidang ni dah lama tak ada kerja masa pakatan rakyat memerintah maklumlah jkkp maka gaji buta guna duit rakyat lak tu haaa macam mana nak jawab dengan Allah...tapi teman tahu yang menulis dalam blog ni pun tok sidang jadian he he he...macam kerajaan bn jadi -jadian di Perak.

DMP KEDAH said...

Kesian kat ko zali, tinggal tulang engko... harapkan UMNO bagi makan tapi tak dapat makan...
Balik ke pangkal jalan je la...nak kiamat dah... Dah isi ke borang PKR tu...cepat sikit, takut kapal karam engko tak sempat nak selamatkan diri...

Tok Sidang said...

nak tmbah skit lagi,..tertinggal fakta,.

Nizar pergi tinggalkan jawatan dgn hati yg maha berat krn dia tahu PAS TAK AKAN berkuasa lagi di Perak.

DAP tlah menyediakan calon "MELAYU DAP",.. sbg persediaan jika DUN Perak dibubarkan. Besar kemungkinan "bakal MB DAP" pengkianat bangsa melayu ini(lancar bertutur cina)akan bertanding dan menang di DUN Pasir Pinji yg 95% pengundi cina.

Sultan Perak yg berpandangan jauh tlah nmpak perkara ini sbb tu baginda xrestu bubar DUN

"DAULAT TUANKU" (3X)

Anonymous said...

zali, kau macam ade pengalaman kene tendang jer...

Anonymous said...

betul tok sidang cakap
aku pun ada dengar cerita ni,. lepas ni klu PR menang jgn harap PAS/PKR nak jadi MB

zali said...

jebat...
tanya pun di katakan cari glamour ke?

dah la pr pun tak daftar
lagi...tubuh pulak kumpulan
samseng...

pdrm...tolong la jangan pejam
mata...kalau perlu ISA...ISA kan
saja semuanya...

mie said...

erm..
apa citer ngan fatwa hj hadi?


" Dulu punye Fatwa ambo cancel....Dulu ambo kecek sapo2 dok sekongkol dengan oghe kafir....kito jugok samo2 kafiq....tu dulu....karang ni dok paka lagi fatwa tu ..."
huhuhu....( dalam dialek Kelate )

Anonymous said...

haha..rmai gk puak2 umno duk melepak kt blog PR ni...
haha....

Anonymous said...

Tok sidang,
MB-Hitam yang dilantik sultan tu dah tak sabar nak masuk rumah resmi ke..? dengar cerita dari orang perak kononnya MB-Hitam yang dilantik sultan tu masih terkial-kial mencari sokongan rakyat supaya dia diikhtiraf sebagai MB yang sah.

Betul bila MB-Hitam melawat kawasan dalam negeri perak, rombongannya lebih ramai polis dari pada penyokong...?

Kenapa rakyat negeri Perak tak mahu mendekati MB-Hitam tu, boikot ke atau polis tak bagi rapat...?

Tolong bagi penjelasan tok sidang !

Anonymous said...

2-3 org melayu masuk DAP mmg bangsat,. depa nmpak peluang mudah jadi MB jika jadi ahli DAP.

Dlm masa yg sama DAP sedang giat rekrut org melayu jadi ahli. Soal siapa org melayu yg mahu jadi pengkianat bangsa sendiri,..???

Anonymous said...

aku ingat nak masuk DAP la..

Anonymous said...

mengapa nik aziz tak nak pencen dr berpolitik bukan ke baik bagi dia membuat ibadah khusus utk diri dia menunggu masa yg pasti tiba,mengapa harus membuat dosa memecah belah kan umat islam,kafir mengkafir sesama islam dan mengatakan pas saja jalan benar....pas atau islam........... sebab pas bukan islam dan islam bukan lah pas sesuatu yg berbeza tu.........adakah nik aziz mengejar pangkat dunia,adakah nik aziz suka didewa2kan sebagai tuan guru atau beliau bangga dgn pangkatnya yg tertinggi sebagai mursyidul pas..........adakah nik aziz nak menjadi tuan guru yg disanjungi ahli2 pas yg dianggap ahli itu sebagai anak muridnya.....tidak ke ini boleh membawa kpd riak dan sombong lagi angkuh bukan ke ini dilarang dlm islam utk menjadi pemimpin ugama yg mahu disanjungi dan didewa2kan...........tidak ke anda sedar lakonan baik boleh mengaburi mata penonton tetapi tidak pada Allah yg mengetahui hati hambanya.........


mengapa nik aziz bersekongkol dgn puak kafir utk menentang pimpinan islam yg sedia ada.....mmg pemimpin itu banyak dosanya......adakah nik aziz tiada dosa sesunggunya nik aziz tidak maksum dia hanya manusia biasa tidak boleh lari dari salah dan silap begitu jugak pemimpin negara itu dia jugak manusia biasa spt nik aziz............

sekira nik aziz bergelar ulamak dia sepatut nya memihak kpd pemimpin dan dia harus menyeru semua pengikutnya utk patuh pada pemimpin,dia harus MENASIHATI pemimpin itu dan bukan berpakat dgn puak kafir utk menjatuhkan pemimpin islam yg sedia ada itu.............


ini membuat aku tidak boleh menghormati nik aziz walaupun di kata dia MENGAJI...tapi dia telah melakukan kesalahan yg amat besar....sebab kata2nya yg disebut walaupun dia tahu itu salah dia tak sanggup mengaku kesalahannya kerana MALU dgn pangkat tok guru nya itu.........nanti apa kata org tok guru boleh buat salah..........

nik aziz manusia biasa yg tiada beza dgn org lain kecuali ilmu nya yg membezakan sekira ilmunya itu menghijab dirinya maka terhijab juga lah mereka yg mendewa2kannya dan yg menjadi pengikut setia nya..

wahai nik aziz yg kurang budiman mu baca quran tu utk diri mu biar mu paham dulu sebelum mu royak kat orang...kalau mu baca quran utk org nanti mu yg tak paham sebab sibuk nak taruh je org...syok kan guna kalimah suci utk kepentingan diri dan parti ada backing lagi hehehe.......tapi mu kene ingat surah Al Maidad 44.............DAN JGN LAH KAMU MENJUAL AYAT AYAT KU DGN HARGA YG SEDIKIT(kerna pangkat,puji pujian dunia dan segala keuntungan dunia)

mu nik aziz dan kesemua kunco2 mu ni patut bertaubat dan hentikan kesemua perpecahan yg korang lakukan ni.......tahukah engkau sekira nya ada pemimpin islam yg mentadbir haram bagi puak islam lain berpakat(pas) utk menjatuhkan pemimpin itu....sejarah islam telah membuktikan yg tiada umat islam yg menderhaka pada khalifah nya kecuali mereka yg bersekongkol dgn puak khawarij yakni suku sakat yahudi....dan sapa yg mengikut sesuatu kaum itu maka mereka tergolong dalam kaum itu..........kata nabi kalau nampak puak khawarij bunuh saja mereka...........kerana mereka puak yg suka perpecahan dlm islam.......

sedarkah bahawa pemimpin2 pas sudah mula gila kuasa,pangkat,nama,sehingga sanggup melakukan apa saja utk kepentingan dunia mereka............sanggup sekongkol dgn puak kafir sanggup menjadi boneka puak kafir apakah ini perjuamgan islam sejati.......tidak kah anda merasa MALU dalam diri anda MALU dgn perbuatan anda yg sanggup menipu pengikut2 anda dgn fatwa yg boleh diubah2 mengikut selera pemimpin anda......tidakkah anda MALU kerna ditipu oleh pemimpin2 anda yg berlakon mengikut masa utk kepentingan duniawi mereka............

tidakkah anda merasa MALU diperalatkan,digelar samseng jalanan,digelar pengamal ilmu songsang,digelar boneka kafir,digelar puak pelampau ugama,semuanya ini sebab pemimpin anda yg melampaui batas..........sedangkan malu itu separuh dari iman..........kpd org2 pas dan semua pemimpin pas aku nak pesan keje hangpa buat pecah belah ni salah,keje hangpa nak jatuh kan pemimpin islam ni slah,keje hampa nak islam pas saja betul islam org len x betul pun salah jugak...............kalau tak tahu malu hangpa buat la(kata rasul tu)...............tapi ingat iman hangpa x sempurna sebab separuh dah rosak............bila separuh tu rosak rosak lah semua iman hangpa tu sebab iman tak leh men sekerat2 kene lah penuh.............baik bertaubat sebelum terlambat........

Anonymous said...

baguih tu anon 3:54,.

silap2 bleh jadi calon,.menang terus jadi MB

tapi kena blajo ckp cina dulu sbb org cina ni ckup respek org melayu yg bleh ckp cina,.cam ex-MB tu

Anonymous said...

kalau ko boleh ganti nik aziz aku rasa dia dengan senang hati bagi kat ko tapi kalau takat ngaji pon gagap tak payah nak kondem la orang tua tuh..satu malaya merujuk dengan dia pasal ugama be end pon sama cuma dalam diam kot hhehe malu kot.satu ayat dia cakap kalau takat orang ilmu paras lutut cam ko anon 4.39 tak payah borak la..contoh TNGA kata tuhan itu maha zalim.....nko yg otak bengap komen cam ner....heheheheheh
Pasal MB hitam dan haram lagi mengharamkan tu la MB bee end..orang tak namapak pon kalau dia jalan sebab keadaanya itu.Sekarang pon tengah tergantung MB ada KERAjaan tapi tak der rakyat.Jadi kERA sumbang hohohohohoh..bunuh diri lagi baik....aku rasa tak sampai 2 bulan si hitam ni hanguuih terus.....hehehehe jgn maraaaa

Anonymous said...

Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri. (surah ar rum ayat 9)


Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia tanpa pengetahuan?" Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #144)



Al-Maidah:51,"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."

As-Syura:42,"Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih."


dalam surah ar rum Allah sendiri mengatakan yg dia tidak zalim.............sebaliknya Allah melarang manusia dari berbuat kezaliman.......jelaskan!!!

banyak lagi ayat2 dlm quran yg menceritakan yg allah tidak zalim pada makhluknya sebaliknya melarang keras makhluknya dari berbuat kezaliman..........paham!!!

tapi anon 759 kata nik aziz mengatakan tuhan maha zalim...itu aku tak tahu lah sebab aku tak dengar dari mulut dia........sekiranya benar bagai dikata maka kemungkinan nik aziz menceritakan atas bahasa yg dia faham mengikut lorat dia atau lorat kampaung dia........kalau mengikut bahasa terjemahan adalah spt yg tertera diatas..........jadi pikir2lah sendiri supaya tidak mudah terpesong................

Anonymous said...

bagi aku tn guru nik Aziz ni alim orangnya..makbul doanya ..tengokla pilihanraya di Kelantan beliau berdoa sambil menangis..Allah makbulkan doanya Umno ranap kalah walaupun rasuah pengundi bawak bas percuma penuh dengan pengundi Umno tapi tup tap depa semua ngundi Pas...hehe kalau aku sejahat mana pun aku ni aku tak berani la nak caci tuan guru..ni pasal masa dia doa tu aku ada dan tengok sendiri burung-burung kat tempat tu banyak seolah-olah mengaminkan doa tok guru..aku rasa sapa dalam blog ini yang berani hina dia...korang tengok la dalam sikit masa nanti korang akan di balas Allah sebab menghina dan memfitnah orang Alim HEEEE HHEEEE jangan sampai korang kena ke Kelantan cari dia mintak maaf.....hui tak berani aku wooiiii

Anonymous said...

jgn lah mendewa2kan sesama manusia boleh menbawa kpd kesyirikan wahai sahabat...........

ingat lah yg Allah itu esa lagi berkuasa dan hanya kredhaan Allah lah yg patut dipohon dan bukan pada manusia dan takutlah kamu pada Allah dan bukan pada hambanya jgn ungkapan kata mu itu membawa pada kesesatan wahai sahabat

dan ingatlah pada akhir zaman akan timbul banyak ulamak2 jahat sebagai ujian pada umat manusia yg ada............jadi berhati2 lah

Anonymous said...

bukan niat nak mendewa-dewakan manusia tetapi di dalam Al Quran jelas menceritakan ada diantara manusia yang Allah pilih sebagai walinya..dan antara ciri-cirinya doanya makbul..brader kalau tok kenali dikenali dengan taraf ibadah dan zuhudnya..menolak dunia cuba ko pegi tengok umah tok guru tak macam pemimpin umno mewah dan besar...tak salah kita menyanjung ulamak yang korang fanatik dengan mawi sapa pun tak bising