Gambo lain hangpa skodeng dekat [sini].
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
ni apa pulak nih?
ceramah ke majlis pengkebumian ke?
tengok gambar kedua...pak cik yang
pakai baju kuning kopiah pas tu...
haa tu mesti teringat mak cik kat
rumah tu...
Kenapa kita org Islam tidak boleh mengundi Umno-BN?
Kenapa kita tidak boleh undi UMNO/BN ? kita tak pernah terfikir apakah kesannya ke atas diri kita seandainya kita memberi undi kita kepada Umno-BN dan menjadikan Umno - BN terus berkuasa dan mengekalkan segala sistem, amalan, peraturan dan perundangan yang sedang dilaksanakan di negara.
Pastinya kita lihat dari perspektif seorang Muslim yang mempunyai tanggungjawab ke atas Penciptanya, dan tanggungjawab ini mengatasi segala-galanya.
Sebagai seorang Muslim, kita beriman dengan rukun iman yang enam, dan berusaha menyempurnakan rukun Islam yang lima . Salah satu dari rukun iman yang enam ialah beriman kepada kitab. Sebagai umat akhir zaman, kitab panduan dan pegangan saya ialah al-Quran. Dalam al-Quranlah terkandungnya segala petunjuk.
Beriman dengannya adalah dengan cara mempelajari, memahami dan mengamalkannya. Tidak percaya dengan apa yang terkandung di dalamnya akan menjadikan seseorang itu kufur, yakni kafir sesudah beriman dan tidak melaksanakan mana-mana perintahNya akan menjadikan seseorang itu bermaksiat kepada Allah dan tergolong sebagai fasik.
Dalam al-Quran ada ayat-ayat yang menyatakan perintah Allah kepada manusia agar melaksanakan segala peraturan dan perundangan Allah di bumiNya ini. Antaranya:
"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat" (an-Nisa: 105)
"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir" (al-Maidah: 44)
"Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (al-Maidah: 45)
"Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik" (al-Maidah: 47)
"Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu, dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (Surah An-Nisa: 60)
"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan tidak (pula) bagi wanita yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka ..." (Surah Al-Ahzab: 36)
Dari ayat-ayat Al-Quran di atas jelas menunjukan bahawa melaksanakan undang-undang, peraturan dan hukum-hukum Allah di atas muka bumi ini adalah perintah Allah. Tentu saja begitu kerana bumi ini kepunyaan Allah. Allah Pencipta dan Penguasanya. Saya ini milik Allah, segala yang ada pada saya adalah kurniaan Allah.
Patut dan taat
kita hambaNya, maka sebagai hamba, patuh dan taat sajalah kepada segala perintah Allah tanpa sebarang hujah atau alasan. Siapa kita nak berhujah dengan Allah? Jika kita tidak mahu melaksanakan peraturan Allah maka perlulah kita mencari bumi atau planet lain yang bukan milikNya, barulah kita bebas mencipta peraturan sendiri!
Maka, di sini adakah segala perintah Allah itu dilaksanakan oleh Umno - BN? Jika tidak laksanakannya apakah hukumnya? Apabila jelas sesuatu perintah Allah tak dilaksanakan, sekurang-kurangnya seseorang itu termasuk dalam golongan fasik dan bermaksiat kepada Allah, kalau mengingkarinya maka jatuh kafir.
Umno - BN tidak mempunyai niat untuk melaksanakan undang-undang Allah di negara ini. Lebih teruk lagi, para pemimpinnya baik yang mengaku Islam, lebih-lebih lagi yang bukan Islam, ada yang menghina, mempersendakan dan memperlekehkan hukum-hukum Allah dan al-Quran itu sendiri.
Kita semua tahu bahawa tiada sebarang dasar dalam Umno sendiri yang menjadi paksi perjuangan bagi menjadikan hukum-hukum Allah yang terkandung dan termaktub dalam al-Quran sebagai undang-undang utama di negara ini.
Apabila ini sudah jelas maka jelas juga bahawa melaksanakan hukum dan peraturan ciptaan manusia, mengatasi hukum dan peraturan Tuhan adalah perbuatan maksiat terhadap Allah malah ia membawa syirik dan kufur. Maka dalam hal ini, haram hukumnya untuk taat kepada pemimpin yang menyeru kepada hal bermaksiat kepada Allah. Tiada lagi kewajipan dan ketaatan ke atas pemimpin dalam perkara ini.
Dari Ibnu Umar dari Nabi s.a.w., baginda bersabda: 'Wajib atas seseorang Muslim untuk mendengar dengan patuh dan mentaati baik dalam hal yang ia senangi dan yang ia benci, melainkan jika ia diperintah untuk sesuatu kemaksiatan. Maka apabila ia diperintah - oleh penguasa pemerintahan - dengan sesuatu kemaksiatan, tidak bolehlah ia mendengarkan perintahnya itu dan tidak boleh pula mentaatinya.' (Muttafaq 'Alaih)
'Setiap Muslim wajib mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahu pun dibenci. Tetapi apabila diperintahkan dalam hal kemaksiatan, maka tidak boleh mendengar dan taat'. (Hadis Riwayat Muslim 3/1468. Tirmizi 1707 dan Ibnu Majah 2864 dari jalur Laits bin Sa'ad dari Ubaidillah al-Umari dari Nafi' dari Ibnu Umar)
Oleh itu, apabila kita mengundi Umno/BN dan menjadikan Umno/BN terus memerintah negara ini dengan hasil undi kita, dan terus mengekalkan undang-undang dan peraturan yang bertentangan dengan perintah dan kehendak Allah, maka kita turut sama berlaku maksiat kepada Allah kerana kita yang memberi undi dan kemenangan kepada Umno - BN untuk terus berkuasa dan bermaksiat kepada Allah. Maka, dengan itu jelas sebabnya kenapa kita tidak boleh mengundi Umno/BN kerana kepatuhan dan tanggungjawab yang utama adalah melaksanakan segala perintah Allah dan RasulNya.
'Sesungguhnya solatku dan ibadahku dan hidupku dan matiku kerana Allah, Tuhan sekalian alam'. :)
ok...sekarang fikirkan lah pula
siapa yang kita mahu undi?
parti melayu/islam yang dominan dalam
parti campuran yang di panggil bn
atau
parti melayu/islam yang minoriti dalam parti campuran yang di panggil
pr?
yang nyatanya penguasaan
melayu/islam dalam pemerintahan
m'sia mesti dikekalkan.
melayu/islam tak perlu jadi boneka
sedangkan pemerintahan sebenar di
pegang oleh puak kufar
Parti itu jd minoriti sebab pengikutnya masih bangang menjadikan UMNO itu parti dominan. Kalaulah semua org Islam masuk PAS, apakah PAS tidak akan jadi dominan. Maka Zali adalah salah seorang yg mendominankan UMNO dan bertanya plak soalan yang menampakkan kebangangan kamu...
Lebih baik undi kufar yang tidak menentang islam daripada bertopengkan melayu islam tapi menentang Tuhan. Ketua Wanita UMNO sibuk mengatakan Eliza Wong tidak bermoral, tetapi amat malang dia yang beragama Islam melanggar perintah Tuhan terang-terang dengan tidak menutup kepala(aurat) yang jelas haram. Bukan setakat tidak bermoral tapi BERDOSA MENDERHAKA PERINTAH TUHAN. Quran yang hanya diletak didepan sebagai hiasan bukan ikutan atau amalan. Salah orang dia nampak. Inikah yang kau sanjung-sanjung zali?
en cili
tak tutup aurat tapi dia masih mengucap dua kalimah syahadah...
ustazah elizebeth yang awak jilat tu bergambar bogel yang tak tau langsung syahadah...
haa...mana satu yang awak nak pertahankan?
oooppp!tak payah jawab...awak ikut je la cakap nuar dan nik ajis sebab saya tau awak memang suka jadi pak turut...
Zali.. bangang & baghal tak abis2, YB Eliza tu mmg tak tahu syahadah sbb dia bukan Islam... entah2 ilmu ttg islam dia pun lebih baik dari ngko dan Makcik Pidah ko...
Ape taknye Ummul Kitab depan mata, jadi pegangan konon... tapi kepala masih telanjang... tak ikut hukum!
Sesuatu yg biasa bagi juak UMNO termasuk si Zali Bingai ni... kokok berdegar-degar memperjuangkan Islam tapi sayang ekor bergelumang taik...!
Itu baru sikit tu... nak aku cerite sume. Semoga dgn penglibatan ko dlm komen2 di blog ni akan membuka pintu hati ko... menunjukkan kejahilan yg ada dlm UMNO tu.... insyaallah!
En Anonymus,
Mintak saudara sekolahkan sikit zali ni tentang fiqh siasah pemilihan pemimpin yang melibatkan pemimpin islam yang zalim dengan bukan islam yang zimmi. Mudah-mudahan Tuhan bukakan pintu hati zali yang masih tadika lagi sebagaimana Nabi mendoakan Umar untuk menerima hidayah. Amin.
org yg gelap hati mcm zali tu cuma Allah je yg dapat bukak pintu hatinya. Usah dilayan sgt kebengapannya tu
bagi aku selagi orang tu mengucap dua kalimahsahadah orang itu tetap orang Islam. Allah juga melarang hambanya mengata dan mencerca sesama Islam.
Zali...,
Antara title yg ko dapat hari ni adalah... BAGHAL, BANGANG, BINGAI, BENGAP, JAHIL, ..GELAP HATI macam segelap ZAMBRY KUTEY... (yang ni aku tambah)
kalo dah ramai mendoakan... bawak2 la bertaubat!
nak tau...11 bulan perintah nampaknya indah khabar dari rupa...ekonomi makin merundum....sosial budak-budak makin teruk...semuanya hasil dari ayor liur penipu rakyat memutarkan rakyat...tapi kini rakyat udah tahu...mana permata dan mana kaca....tak akan aku pangkah penipu rakyat...Perosak Rakyat....
anon 1.44
kalau nak tulis firman pun kabor lah dgn jelas lengkapkanlah ayat tu nape amek sekerat2 ko pilih mana yg ko syok je ke,utk kepentingan ko je ke...
ko tahu tak dlm ayat 44 surah al maidah tu ada firman Allah.....DAN JGN LAH KAMU MENJUAL AYAT2 KU DGN HARGA YG SEDIKIT(utk rasuah,pangkat dan lain lain kepentingan dunia) yg ko laku kan ni pun untuk kepentingan ko dan parti jugak........sebab banyak tok lebai pas guna kan ayat quran utk kepentingan parti mereka....tak gitu
jadi renti kan lah perbuatan jahat ko tu......jgn peralatkan kalimah yg suci ni utk kepentingan jahat ko tu........kalo nak sebut , sebutlah dgn lengkap ayat tu tak yah le separuh2......nape ayat tu ko tak lengkap kan,ko takut kene batang hidung ko.........rentikan lerrr
Itu lah sja kje yg PR tahu,..
CERAMAH & BERBOHONG@TABUR FITNAH
Rumah resmi MB dh jadi markas parti,..
Nasib baik PR xlama memerintah,.
"SYUKUR ALHAMDULILLAH"
Post a Comment