"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, February 27, 2009

Tol Naik? Ambulan Tiada "U-Turn" - malaysiakini

Anonymous February 27, 2009 10:03 AM (Ambulan Tiada "U" Turn)

Apabila kenaikan kadar tol diumumkan, HANYA satu sahaja yang dijadikan alasan - semuanya berdasarkan Perjanjian Konsesi dengan pengendali Lebuhraya.

Tetapi, dimanakah 'perjanjian konsesi' dengan rakyat yang mahu rakyat hidup sempurna, terjaga, tidak rasa beban lebih-lebih lagi di dalam media memberitahu mengenai puluhan ribu yang telah dibuang kerja akibat krisis ekonomi dunia.

Tidak perlu kita memberi alasan dengan memberikan contoh kadar tol di negara luar. Contoh di dalam negara sendiri tak habis untuk dikaji.

Saya merupakan pengguna jalanraya dan lebuhraya yang menghabiskan kira-kira RM200 sebulan untuk tol dan menjangkau antara 5000km sehingga 8,000km perjalanan sebulan.

Tahukah anda?

Jalanraya bertol diwujudkan untuk memberi pilihan kepada pengguna samada untuk mendapatkan keselesaan atau menggunakan jalan biasa/persekutuan yang biasanya kurang penyelenggaraan/sesak dan sempit.

Tetapi, sedarkah anda?

Banyak laluan bertol sebenarnya pengguna tiada pilihan dan terpaksa melaluinya kerana samada laluan alternatif memang tiada, atau laluan alternatif adalah laluan "tinggalan zaman penjajah" dan berada di lokasi yang langsung tak lojik untuk dijadikan laluan seharian.

Tahukah anda?

Laluan bertol memang selesa, ada sehingga 4 lane, sehinggakan jika meter kenderaan ada sampai 300km/jam, anda mampu memecut sehingga 290km/jam (kalau kancil turbo boleh pecut sampai meter berpusing 2 kali..!)

Tetapi, sedarkah anda?

Keselesaan itu bukan bermakna kita akan berkampung, berkelah atau membuat kenduri kahwin di tepi lebuhraya. Apa makna dalam laluan bertol adalah selesa, tetapi sebaik membayar tol, anda mengalami kesesakan yang amat kronik.

Contoh 1: Pengguna yang menggunakan Jalan Duta akan tahu betapa peritnya setiap pagi, sebaik membayar tol, mereka akan terpaksa menanggung kesesakan untuk masuk ke pusat bandaraya.

Contoh 2 : Pengguna lebuhraya Metramac setelah membayar di dua pondok tol, juga mengalami masalah yang sama untuk masuk ke bandaraya.

Contoh 3 : Lebuhraya DUKE yang baru dibuka kira-kira dua bulan lalu, juga seolah-olah teraniaya apabila papan tanda elektronik memberitahu, hanya beberapa minit untuk tiba di Ampang, tetapi sedarkah bahawa untuk turun dari lebuhraya di persimpangan Hillview, mengambil masa lebih 10 minit kerana pertembungan dengan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2.

Tahukah anda?

Memang ada jalan alternatif iaitu jalan lama,jika tidak mahu menggunakan jalan bertol.

Tetapi sedarkah anda?

Ada jalan yang asalnya tidak bertol, tetapi setelah perjanjian konsesi, ianya terus dijadikan jalan bertol dan akhirnya kerana tiada pilihan, pengguna terpaksa melaluinya.

Contoh 1 : Lebuhraya Karak dari Gombak ke Bentong.

Adakah laluan alternatif yang dimaksudkan ialah Jalan Gombak Lama iaitu laluan sempit, bergaung, berbukit, sunyi, selekoh tajam, tiada lampu jalan, dalam hutan belantara dan jika anda ditimpa kemalangan, alamatnya tengkorak anda hanya akan ditemui 3 bulan kemudian, itupun kebetulan ditemui oleh orang asli yang kebetulan ternampak tengkorak anda di dalam gaung ketika mencari petai..?

Contoh 2 : Lebuhraya Persekutuan

Untuk ke Kelang dan sebaliknya, anda terpaksa melalui dua plaza tol. Apakah jalan alternatifnya? Anda terpaksa melaluinya dan membayarnya. Jika anda nekad, anda boleh tidak membayarnya semasa palang dibuka, tetapi siren akan berbunyi dan nombor kenderaan anda dicatatkan.

Dan tahukah anda, betapa siksanya melalui Lebuhraya Persekutuan setiap hari apabila ianya tidak boleh dikategorikan sebagai lebuhraya kerana langsung tiada ciri-ciri lebuhraya malah laluan yang betul-betul nampak macam lebuhraya hanya dalam jarak lingkungan satu kilometer dari plaza tol.

Tahukah anda?

Lebuhraya di negara ini cantik dan digahkan sebagai antara yang terbaik di dunia dengan laluan lurus, banyak lane, banyak kawasan rehat dan rawat.

Tetapi sedarkah anda?

Ada lebuhraya memaksa anda menghabiskan minyak dan masa terutama masa kecemasan kerana tiadanya laluan keluar atau pusingan u.

Contoh 1 : Lebuhraya KL-Putrajaya.

Lebuhraya ini menawarkan dua Plaza Tol. Di Bukit Jalil RM1.50 dan Putrajaya RM2.00

Tetapi, jika anda telah memasuki Plaza Tol Bukit Jalil, anda tidak boleh berpatah balik atau mencari mana-mana susur keluar kecuali anda terpaksa memandu sehingga Putrajaya, membayar tol RM2.00 kemudian U-turn dan bayar sekali lagi RM2.00 untuk berpatah balik.

Jaraknya melebihi 10 kilometer, (nanti saya ukur balik jarak tu...)menyebabkan banyak kes-kes kecemasan mengalami kelewatan untuk dibuat pusingan balik.

Contoh 2 :
Jika anda melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 MRR2 dari Kepong ataupun sebaliknya, sebaik sahaja anda menaiki laluan bertingkat, anda akan mengalami trauma yang amat hebat kerana hampir saban hari laluan ini sesak di laluan bertingkat itu, lengkap dengan gegaran kuat jika lori atau kenderaan berat lalu di laluan sebelah. Lokasi inilah yang menjadi kontroversi sejak sekian lama akan isu retak pada rasuk/tiang lebuhraya dan sepanjang anda berada di atas laluan bertingkat yang sentiasa bergegar ini, tiada laluan kecemasan/susur untuk turun. Jika anda dah memasukinya, anda terpaksa berada di atasnya sehingga berhampiran susur Manjalara.

23 comments:

zali said...

dalam hal ni...saya amat setuju dengan
penulis.

kerajaan memang bongok dalam hal
perjanjian konsesi yang rata-rata
mencekik darah rakyat...

separuh dari gaji rakyat habis dekat
tol je untuk urusan pergi balik kerja
dan balik kampung.

menteri,orang kanan kerajaan tak apa
la...dah la gaji banyak,minyak...tol
semua kerajaan bayar...brengsek!

dalam keadaan ekonomi yang buruk
ni...jangan la asyik fikir pasal
bontot menteri dan bontot tokeh
lebuhraya tu je...

fikir juga pasal bontot rakyat ni
sekali...jangan sampai bontot rakyat
ni melekat kat muka awak tu semua...

cukup la dengan cukai pintu,cukai
jalan,cukai pendapatan dan segala
macam cukai yang di peras dari
rakyat...HAPUSKAN TOL!

ke nak suruh rakyat langgar je palang
tol tu semua?

Anonymous said...

hai dah bersuara dah ke zali ni....ingatkan ko kaya sangat...cess...dasar kutu haprak juga la ko ni..tak de duit nak bayar tol..ingatkan lawyer ke ..doktor ka...he..he...baru la aku tau sapa kau ni..masih nak minta duit kat mak bapak bayar kan tol mhuahhahahah......sebab tu la sokang UMNOngok tu..apasal plak ko kutuk KERAjaan ni bukan ko ke paling fanatik..patutnya ko beterima kasih la..lagi tinggi KERAjaan naikkan tol ni....

ephol said...

sokong... contohnya dari kalo tinggal kat kajang.... kalo nak pegi KL, jalan mana yg takde tol...?? sumer ada tol... kecuali kalo redah masuk taman perumahan, tu pon berpusing-pusing... dah la highway grand saga tu asalnya jalan lama, upgrade terus jadi lebuhraya bertol... dah tu tol dekat-dekat lak tuh... baru jalan tak sampai 5 minit dah jumpa tol kedua... sama la macam SILK... tol dekat-dekat...

Anonymous said...

tu le teman tak gemor pegi KL..

Anonymous said...

nasib baik eden dok kek Seromban. nak gi KL pikir banyak kali...tu pun lalu semenyih...tapi kesan kenaikan tol tu kita kena ingat bukan hanya yg dok lalu lebuhraya je tapi yg dok kat hujung dapur ceruk banat kampung pun terasa tau!!! tengoklah sikit hari lagi barang2 naik harga...HU!HU!HU! sedih dok kat Malaysia ni, ingatkan pemimpin berjiwa rakyat rupenyo berjiwa lanun!

Anonymous said...

Kita berharap semua ahli UMNO keluar saja dari parti itu. Tak perlu bersusah payah menyokong parti yang menyusahkan anak cucu kita.

Parti UMNO hari ini adalah parti yang penuh kecelakaaannya. Para pemimpinnya tak ubah seperti ketua lanun baru mendarat dari selat melaka.

Cuba anda lihat satu persatu wajah ahli UMNO yang menawar diri jadi calon dalam perhimpunan agong bulan mac09...tahukah anda bahawa kesemuanya mereka itu mempunyai rekod peribadi yang buruk...? Mengapa mereka juga yang anda pilih sedangkan UMNO mempunyai jutaan ahli...? Apakah UMNO sudah ketandusan pemimpin...?

Percayalah, orang inilah yang mencadangkan harga tol naik, harga minyak petrol naik, harga barang dapur naik dan berbagai pekara yang membebankan rakyat.

Hari ini kita lihat Pakatan Rakyat bersungguh untuk memberi keselesaan pada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama mahu pun budaya. Pakatan Rakyat mempromosikan "kesamarataan" menikmati kekayaan negara bersama semua warganegara.

Tapi kesamarataan yang dimaksudkan seperti diatas bukan bererti hak dan keistimewaan bangsa melayu akan disamaratakan dengan bangsa lain. Kesamarataan itu lebih tertumpu pada rezeki, kekayaan dan keselamatan diri dalam negara.

zali said...

anon 5:22

apa pasal pulak nak keluar umno?
kalau tak setuju luahkan saja dan tak
perlu la sampai nak tukar parti
kerana...

parti yang kononnya nak menggantikan
kerajaan yang ada sekarang ni
pun...bukan la betul sangat malah
lebih teruk dari bn!

kesamarataan yang nak di beri hanya
akan me mampuskan melayu/islam...

lihat saja tuntutan perkataan
allah...siapa di belakang yang mintak
kesamarataan pengunaannya?

siap hadir dalam majlis arak masa depa
mula mintak pengunaan allah tu...

Abu Amirul said...

memang bangang sebangang bangannya umno/bn ni.

www.askamakalikada.blogspot.com

Anonymous said...

Hang dok ckp kt cni depa bknnya ambik port pn ape hang dok ckp.. Hahahaha, kerana kewujudan org mcm hang la yg buatkn UMNO/BN bebas nk buat ape. Yela, selagi ade org skg, slagi tu la dia wujudkan??

zali said...

pak lah memang prihatin masalah rakyat...

zali said...

IPOH 27 Feb. - Setelah mengosongkan
kediaman rasmi Menteri Besar pada Ahad
lepas, Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin bagaimanapun enggan
menyerahkan kereta rasmi jenis Toyota
Camry dengan alasan kenderaan itu adalah
simbol "kerajaan negeri yang sah"

kesian nizar...
bagi je la dia pakai 'simbol kerajaan
negeri yang sah' tu...nak cakap pun dah
tak sampai hati dah...

kembara putih said...

Aku selalu melalui Lebuhraya Persekutuan, melalui tol Sg Rasau & Tol Batu 3. Sejak seminggu ni dua2 tol ni selalu sesak ketika tengahari & menghampiri jam 5. Biasanya tak macam ni. Aku agak ini mungkin ada kaitan dengan tuntutan kenaikan tol. Macam yang dibuat tauke gula la, sorok bekalan untuk mencapai tuntutan naik harga mereka.

Anonymous said...

Saya kecewa. Di saat bangsa lain henyak maruah MELAYU. Di saat bangsa lain memperbodohkan MELAYU. Menghumbankan darjat MELAYU dan Merendahkan maruah MELAYU, masih ada bangsa MELAYU sendiri yang mendewa-dewakan bangsa asing. Ada bangsa MELAYU lain yang bertepuk tangan melihat bangsanya sendiri dipermainkan. Bangkitlah MELAYU. Bersatulah MELAYU. Darah kita serupa. Agama kita sama. Lupakan sengketa politik. MELAYU mesti tetap membela MELAYU. MELAYU sendiri mengagungkan SINGH kenapa? Dia tidak kata BN celaka. Dia kata MELAYU celaka. Dia kata bapak kita celaka. Dia kata mak kita celaka...! Sebarkan... Takbir!

Anonymous said...

Nak bangkit ape lagi..Melayu dah takde ape dah...50 tahun Ameno memerintah apah pun takde kate nak bagi kaya bangse sendiri...bedeah aje...bohong yang kaye ketue bahagian Ameno dan menteri-menterinye..Teman kenal dengan sorang kontraktor Cleaner yang ambik tender cuci bangunan kerajaan..katenye kalau takde kabel dalam Ameno susah nak dapat tender..heaaa itule kome orang Ameno..buruk kelaku...menjatuhkan bangse sendiri...banyak tanah orang melayu di Perak tergadai deme le yang menjualnye pade orang cine...sedap aje kate pakatan rakyat di Perak boneka cine...woii ...!!Yob..mari le datang ke Perak dan kome akan dapati hampir Semua tanah,kedai,pasaraye...semuanye dikuasai oleh orang cine sejak zaman sape lagi..?Zaman Ameno le tengin..!!!habih tanah-tanah dijual deme..pade orang bukan Melayu...Sape boneka cine sebenonye ha..?

Anonymous said...

woi zali bangang...dah lah...ko x yah lah nk bersuara nk sibuk2 komen hentam kerajaan pasal tol ni...ko tu dah lah barua kuat umno...kalau posting bab lain kemain sibuk ko nk back up umno bangang ko tu....skrg ni br terase pedas nk hentam umno ke....weh mat.ko ni bkn pe...pintu ati ssh nk terbukak....mmg bangang x bertempat...ramai org dh lame tinggalkn umno tapi ko masih lagi di takuk lame mcm katak bawah tempurung...ko x yah lah nk komen hentam kerajaan pasal tol....ko sendiri yg pilih diorg wt pe ko nk hentam BODOH!!!!!!!!....sokong jer...kalau x sokong x pat plak nk ampu pak lah.....

Anonymous said...

Mana KONSESI puaka tu...kenapa rakyat tak boleh nampak/tahu..???
Haprak punya perjanjian....Mesti ada yg perkara sial dalam tu...

zali said...

anon 4:43

hentam kerajaan tu hentam sayang...

seperti yang diperkatakan...pak lah
memang prihatin...bila feedback
mengatakan tol membebankan...
sertamerta beri arahan tangguh,kaji
semula.

anon 8:53

tak ada puakanya konsesi tu...cukup
telus...buktinya awak tengok la
sendiri part mana yang tak di ambil
peduli hinggakan awak kencing pun ada
yang tukang cuci...

tukang cuci tu buat kerja sukarela ke?

Anonymous said...

duit yg kte byr tol tu pun include utk byr cleaner jgk en zali...

IBAN MUSLIM said...

Kerajaan tidak berpandangan jauh. Pemimpin kerajaan yang bertanggungjawab memeterai perjanjian konsesi ini pada awal2 kewujudan lebuhraya di malaysia adalah orang yang tidak berfikiran kehadapan. Kesannya apa yang kita rasai hingga ke hari ini, mungkin berterusan hingga ke generasi akan datang.

Naik sahaja lebuhraya, bersedialah untuk dirompak ala moden. Siapa yang rompak? Orang yang memeterai perjanjian konsesi. Siapa dia? Kerajaan pemerintah. Siapa???? "BN"

Anonymous said...

salam..... sekadar berkongsi maklumat. Lebuhraya Putrajaya Link kadar tolnya dari Putrajaya ialah RM2.50 dan tol satu lagi di Salak South dengan kadar RM1.50 dan bukan diBukit Jalil seperti dilaporkan.

Anonymous said...

ape kate....kalau keme tak gunakan jalan bertol....

chot said...

jali

hehee...wa cayak lu le...

wa suka style baru luk....

tp jali...ko tetap geng kuda longkang


jali...hang p tanya pak lah sat
(hang kata paklah perihatin)

awat masa si si zin umumkan kenaikan tol...sapa bg permision??

pak lah atau najib atau sapa????

tp kan aku rasa banyak rakyat malaysia yang dah tau gimik bangang niii...

how come they dont know the effect to the people....ari ni umum...lusa batal...konon2 perihatin...padahal...semuanya...untuk
pilihanraya...

mana boleh sesuatu yang sepenting ini terlepas pandang oleh semua Menteri dan lebey2 lg sorang PM

dah cam citer katun....cuma aku tak tau sapa si ucop ??

hahaha...

dasar geng kudo longkang!!!!!!!

Anonymous said...

Aku pun nampak macam tu jugaklah.asal pukul 4 keatas jalan jem teruk samapai nak bayar tol .lepas bayar tol ok plak jalan.aku perhatikan dia orang tutup kaunter tol dia orang tulis di tutup.lepas tu plak kalau nak topup touch n go dari kul 9 pagi smpai pukul 4 petang jer sbb tulah kaunter tol semakin tak cukup.lepas tu plak kalau kemalangan lambat bertindak sampai berjam-jam ambulan nak sampai.dia orang pun plain macam tauke gula jugaklah.