"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, March 11, 2009

Anti PPSMI: Yang Ni Aku Setuju - malaysiakini

Buat pertama kali aku bersetuju dengan 1 artikel dari salah satu ahli BPN (Blogger Pembela Negara).

Aku ciplak sikit artikel asal untuk bacaan korang. kalau nak baca artikel penuh, korang masuk dekat blog dia dekat [sini] dan dekat bawah sekali aku bagi sikit cadangan aku untuk menyelesaikan isu ni.

Baca dulu sikit hujah ahli BPN (Blogger Pembela Negara) -

1) Istilah matematik - istilah matematik dalam bahasa inggeris memang terlalu banyak dan sebenarnya tidak membantu pun dalam meningkatkan bahasa inggeris pelajar kita..

Mengapa saya berkata demikian?? contohnya istilah seperti 'SQUARE ROOT' , 'TO THE TEN POWER OF' tidaklah membawa apa2 maksud dan makna dalam bahasa inggeris itu sendiri..ia cumalah istilah matematik yang mana di dalam bahasa melayu kita pun sudah ada iaitu 'PUNCA KUASA DUA' , 'SEPULUH KUASA '

Adakah dalam percakapan seharian pelajar2 ini perlu menggunakan istilah2 'alien' ini dalam kehidupan mereka?sudah tentu tidak! JADI DI MANA PERLUNYA SEMUA INI?

2 ) MENYUKARKAN - ini masalah paling utama dan lebih merbahaya.. cuba anda bayangkan, bagaimana pelajar itu hendak menguasai matematik yang asas sedangkan bahasa yang digunakan tidak difahami? kita bukan menyelesaikan masalah malah kita menambah masalah yang sedia ada menjadi semakin rumit iaitu pelajar2 tadi tidak faham bahasa inggeris dan juga tidak faham matematik seterusnya menyumbang pula kepada gejala lebih teruk iaitu kepada ponteng sekolah kerana merasa bosan kerana apa yang diajar di sekolah tidak difahami dan sering mendapat keputusan yang teruk..

3 ) BEBAN PADA GURU - guru sepatutnya berusaha mengajar matematik atau sains namun kini mendapat lagi beban apabila terpaksa mengajar dalam bahasa inggeris di mana guru2 tersebut mengalami kesukaran untuk menerangkan istilah dan konsep matematik dan sains ditambah pula denagn istilah bahasa inggeris yang pelik2 .. maka guru pub terbeban, pelajar pula lagi la teruk..

4) TIDAK PERLU - perlukah kita malaysia hendak semua pelajar kita bertutur dalam bahasa inggeris?? perlukah kita malaysia even tukang sapu sampah pun nak pandai bertutur dalam bahsa inggeris? mmg betul bagus jikalau dapat bertutur dalam bahasa inggeris namun iu cumalah sebagai bonus.. tidak lah perlu beriya - iya sampai kan kita anak melayu hendak disuruh bercakap bahasa inggeris sampai bunyinya mengalahkan mat saleh siap dengan slang2 UK pula..

baca artikel dan pandangan penuh di[sini].

Cadangan aku yang berharga seposen pulak macam ni...

Bagi je kebebasan kepada guru-guru untuk mengajar mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa yang senang difahami oleh murid-murid. bahasa inggeris bukan penyelesaian.

Kalau murid-murid selesa dalam bahasa perancis, ajar je dalam bahasa perancis. yang penting pemahaman. yang penting ialah supaya murid-murid faham apa yang cuba disampaikan.

Disamping itu, tingkatkan lagi standard pembelajaran bahasa inggeris ke peringkat yang lebih tinggi. tekankan lagi kepentingan bahasa inggeris.

Perlu jugak diwajibkan supaya tahap kelulusan bahasa inggeris yang lebih tinggi diperolehi oleh pelajar-pelajar untuk membolehkan mereka pergi keperingkat seterusnya. kalau dulu cuma mata pelajaran bahasa Malaysia dan Matematik je dah boleh naik ke peringkat yang lebih tinggi, untuk masa akan datang, masukkan juga mata pelajaran bahasa inggeris sebagai mata pelajaran WAJIB lulus untuk membolehkan pelajar-pelajar naik keperingkat yang lebih tinggi.

Bukan susah sangat pun...

19 comments:

Anonymous said...

napa nak kecoh2 ni..benda kecik je tak de hal punye,bukan ke bak kata perpatah org melayu bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian,jadi biar le org melayu berkorban sikit lama2 berjaya lah meke,bagi yg gagal jadikan pedoman utk berjaya dimasa hadapan.bukan ke islam mengajar arti pengorbanan pada umatnya.

kata nak kesamarataan bagus le tu,tapi kalu anak melayu ketinggalan dalam penggunaan bahasa cam na nak sama dgn anak2 bangsa lain yg cekap berbahasa inggeris cam na nak bersaing,belum beradu dah ngaku kalah sedangkan manusia itu sebaik2 kejadian, akal yg ada pada anak melayu sama jer dgn akal yg ada pada kaum lain,cuma perlu asuhan yg baik jer.jika anak bangsa lain terdidik akal meke napa anak bangsa kita susah nak didik sedangkan perkembangan minda berada proses yg tinggi pada tahap kanak2 lagi........kalau ngaji mukhadam cepat khatam,cepat penghafalan meke hehehe.........

utk bekerja disektor koperat yg bisnesnye sampai keluar negara pengunaan bahasa antarabangsa amat le penting jadi para siswazah melayu yg pegi interview banyak yg terkandas jadi peluang meke diganti dgn bangsa lain.........ini keje standard le,mau juga lihat anak bangsa maju.

jika anak melayu yg hendak berbisnes hingga keluar negara sudah mesti mengetahui bahasa antarabangsa selalunye inggeris atau perancis le kalu tidak cam na dia nak silat kuntau dgn mat salleh tu utk buat closing bisnes dia ,semahunye dia melantik anak melayu utk bekerja dgn nye tapi kalu anak melayu pun layu bahasa bangsa lain yg dapat keje.......siankan

kita kata napa org jepun tak tahu omputeh pun boleh maju tapi kita kene le sedar kalu jepun nak buat bisnes deal dgn mat saleh tu dia pun pakai penterjemah bahasa dan sekarang ni banyak jepun yg fasih berbahasa omputeh dan kalu diikut kan sejarah jepun selepas pengaruh shogun emperor meiji pun membuat reformasi supaya org jepun menghala kebarat utk mendapat teknologi barat bukan ke meke juga harus belajar bahasa barat utk kepentinggan meke sehingga russia dikalahkan jepun dlm peperangan 1905.

walaupun begitu harus diingat jepun dan malaysia tidak sama dari segi kaum nye..........

harus diingat org jepun tiada persaingan kaum yg ada hanya org jepun (majoriti)mahu tak mahu kene le org jepun yg meke lantik utk bekerja..............tetapi bagi org mesia ni kita mempunyai berbagai kaum kalau kaum melayu lemah jawatannye akan dikebas oleh kaum lain atas dasar persaingan.

jadi aku tak mahu lihat anak bangsa ku lemah dan tak boleh bersaing atas dasar yg tidak membina kemajuan meke.apalah guna anak bangsa kita hebat didalam negeri saje tapi dipersada dunia didominasikan oleh bangsa cina,india dan dll.

penguasaan bahasa cukup hebat sehingga kita sanggup pertahankan bahasa kita dgn berdemontrasi dijalanan ini jelas menunjukkan bahasa itu penting,jelas juga menunjukkan semua bahasa itu penting termasuk bahasa inggeris walaupun ia dipanggil bahasa penjajah kerana semua bahasa itu datang nye dari Allah dan Allah mengetahui kesemua bahasa ciptaan nye,dapat ke kita berdakwah pada org inggeris sekira nye kita tidak mahir berbahasa inggeris sedangkan tabligh itu adalah sifat utama yg ada pada rasullulah..........

kenapa harus dicelakakan ibubapa yg menyokong penguasaan bahasa inggeris(ppsmi)adakah ilmu ini haram dari segi syarak bukan ke tuntutan ilmu itu wajib,sedangkan terdapat banyak ilmu2 songsang dan kurafat mengapa tidak dicelakakan mengapa tidak didemontrasikan mengapa tidak dinyahkan dari bumi malaysia ini,kalu mengikut saidina umar akan dipancung sesiapa yg mengamal ilmu kurafat ini.........mengapa tidak diproteskan, bukan ke ia lebih baik pada pandangan syarak,mengapa perkara bahasa ini harus dijadikan isu sedangkan ia dapat memberi banyak manafaat pada anak bangsa kita dan perkara ini dapat diselesaikan dgn mudah mengikut peradaban islam.

akhir kata kalu ada cara yg lebih baik utk anak bangsa kita maju teruskan dan kalu ada cara nak melingkupkan anak bangsa kita renti kan ler..............sekian salam........

Anonymous said...

apa susah sangat ni...

dah sah kualiti pelajar sekarang kurang kerana tak mahir bahasa inggeris. Tapi kesian pulak bebudak tu nak belajar sains dan maths dalam bahsa inggeris...

Jadi penyelesaiannya adalah...ajar sain dan maths dalam BM, tetapi gandakan masa untuk pelajaran english.

abih cerita...win-win situation.

Anonymous said...

Tu la pasal, tak semestinya nak maju kne ajar Math dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Mcm Topengperak ckp, ajar dalam bahasa yang diorang paham. Dan Perlembagaan pun dah tertulis; Bahasa Pengantar=Bahasa Malaysia. Kaum India dan Cina dah dok kat Negara Malaysia, kenala paham Bahasa Malaysia... I

------------------------------
E-book ini mengandungi hujah-hujah bagi memansuhkan PPSMI. Adalah didapati bahawa dasar PPSMI ini tidak sah dari segi undang-undang. Sekiranya dilaksanakan juga, maka kesan negatif terhadap bangsa dan budaya Malaysia khasnya adalah sangat serius.

Penyusun: Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Download link:

http://rapidshare.com/files/206652690/Ebook_Mengapa_Kami_Bantah_PPSMI.pdf

Anonymous said...

PERHATIAN:BUAT YANG SETUJU DAN TAK SETUJU.......
1/.TASKA/PUSAT ASUHAN....ADAKAH GURU2NYA PANDAI BERBAHASA INGGERIS.
2/.TADIKA SWASTA/KEMAS....ADAKAH GURUNYA PANDAI BERBAHASA INGGERIS.
3/.SEKOLAH RENDAH.....ADAKAH GURUNYA FASIH BERBAHASA INGGERIS.
4/.SEKOLAH MENENGAH....ADAKAH GURUNYA FASIH BERBAHASA INGGERIS.
5/.KOLEJ/UNIVERSITI...ADAKAH GURUNYA FASIH BERBAHASA INGGERIS.


#PASTIKAN KOMEN ADA BERLANDASKAN HUJAH2 DI ATAS....KITA BUAT KAJI SELIDIK...SEBELUM DI LAKSANAKAN.

EQUILIBRIUM said...

teman dah banyak kali cakap kalau nak budak2 menguasai english utk memudahkan mereka berhadapan dgn dunia pekerjaan, ajarkan mereka bahasa inggeris yg sebenar.

tingkatkan cara pembelajaran bahasa tersebut. bahasa inggeris utk sains dan math takde kena mengena dgn memudahkan mereka berhadapan dunia sebenar.

kalau boleh bahasa inggeris utk sains dan math dibuat sebagai satu subjek tambahan sbg pilihan kepada pelajar yg berminat. di universiti pun cara begini yg diterima pakai.

teman dulu pun masuk u belajar sains dgn english spm setakat 6 je. takde masalah juga utk membuat rujukan dgn buku2 english.

bila dah abis belajar english yg teman pakai utk membaca buku2 kimia teman tak pakai pun dlm waktu bekerja apabila berkomunikasi. cuma bila melibatkan teknikal dan membuat rujukan akan berjumpa le dgn istilah2 kimia tersebut.

bahasa hanyalah medium utk belajar. tidak ada teori yg mengatakan jika pandai bahasa inggeris maka pandailah sains dan matematik pelajar itu.

dgn penguasaan bahasa inggeris yg sederhana pun sudah cukup memudahkan pelajar membaca buku rujukan dlm english. istilah teknikal dlm bahasa apa pun semuanya perlu penjelasan dan pemahaman.

Anonymous said...

Kalau teman cakap, teman ni asal dari Elephant Village yang terletak dalam Silver State kome paham x? Ade yg biasa dengan Kampung Gajah, Negeri Perak, x jadi masalah. Bagi yg x biasa, orang2 kat KL mesti tanya balik, Elephant Village tu kat mane?

Itulah rupanya jika perkataan asal di terjemahkan kedalam bahasa lain. Kampung Gajah adalah nama Khas, kalau cakap dalam bahasa Inggeris, tetap Kampung Gajah. Begitu juga Negeri Perak, Jangan ubah jadi Silver State.

JWW Birch yg mampos kat Pasir Salak dulu pun x panggil Kampung Gajah ni sebagai Elephant Village.

Maksud teman disini, kalau nak ngajar, biarlah yg mengajar dan yg belajar tu faham. Istilah tetap istilah, jangan ditukar, hanya ahasa pengantarnya, mengikut bahasa yang difahami oleh yg belajar.

Contoh, belajar ilmu komputer, boleh dalam bahasa melayu, x semestinya belajar dalam bahasa Inggeris, malah istilah bahasa komputer pun banyak yang bercanggah dengan bahasa inggeris. Maka istilah itu dikekalkan jika nak guna bahasa melayu, kalau tidak buruk beno bunyinye yop.

contoh:

playlist - senarai main
joystick - batang gembira
plug & play - cucuk dan main
server - pelayan

ada ayat dalam kitab komputer berbuyi begini, Connect your joy stick into the server port, you should find little problem with the joy stick as the server has plug and play mode.

Maknanya dalam bahasa melayu:

"Masukkan batang gembira anda ke dalam lubang pelayan, anda sepatutnya tidak mempunyai banyak masaalah dalam memasukkan batang gembira anda kerana pelayan ini mempunyai fungsi cucuk dan main."

Ape ke makne ni yop???

Sepatutnya:

"Masukkan joysick anda ke dalam server port, anda sepatutnya tidak mempunyai banyak masaalah dalam memasukkan joysick anda kerana server ini mempunyai fungsi plug & play."

Jadi teman cadangkan, belajarlah math dan sains dalam bahasa melayu, istilah dikekalkan supaya bila bebudak ni belajar di peringkat lebih tinggi, x jadi masalah lagi.

Nak mahir bahasa inggeris, kena belajar dalam bahasa inggeris, x boleh ajar dalam bahasa melayu. Ada terjadi disebuah sekolah di Kuala Luumpur, seorang cikgu ngajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu loghat kelantan. Apa nak jadi...fikirkanlah.

Anonymous said...

Pening! Pening! ngajor inggeris pun pening, murid2 lagi fenin lalatlah...kalau kat ceruk kampung banat sana ada perkataan2 yang sangat difahami oleh murid2; Yes! No! Alright! Good! No Good! Cannot 'Go'! Same-same! I! You!

lain2 tu ontahlah?
nak komen pun tak sampai hati, bini Teman ngajor M&S, pening Teman bila dengo Dio ngajo murid2 yg kelas agak belakang tu...melopong!

Anonymous said...

mcam ni lah saya pun nak cerita.Isteri saya ustazah di sebuah sekoolah dekat dengan ttdi jaya shah alam.di sekolah sana ramai budak boleh bercakap bahasa inggeris.sekolah elite katakan.boleh dikatakan budak² sekolah ni semua boleh bercakap bahasa inggeris hatta nak mengajar bahasa arab pun kena terjemah kat bahasa inggeris.tapi masalah yang timbul apabila nak menagajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris budak² ni tak faham matematik dalam bahasa inggeris.boleh dikatakn blur.tak tahu langsung.tapi yang heran nya perbualan harian boleh pulak bercakap bahasa inggeris.memang tidak sesuailah nak belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris.

Anonymous said...

macam nilah
yang sebenarnya semua orang ada jawapan bernas masing-masing
tapi korang semua tak tahu atau buat tak tahu yang sebenarnya projek PPSMI ni menguntungkan kroni dan kementerian kewangan berapa juta dah keluar duit.untuk beli laptop,untuk bayar gaji fasilitator dan buku-buku untuk mengajar,berapa plak harga toner yang dihantar untuk semua sekolah.dan berapa ramai plak mereka-mereka yang terlibat dengan rasuah yang menelan juta-juta ringgit.dan tak cerita lagi dengan makmal komputer diselruh malaysia yang menelan juta-juta ringgit.dengna makmal nya yang nak runtuh dan banyak pc rosak.2 tahun lepas denganr cerita BPr telah menahan sykt2 bumi yang terlibat dengan rasuah tapi sekarng tak keluar lagi berita tu mungkin dah diam.sedangkan duit juta-juta tu boleh buat benda lain yang boleh memberi menafaat kepada murid-murid dengan memberi pelajaran percuma.aku pun pernah terlibat buat tender untuk ppsmi.tapi aku tak menang dalam tender tu sbb ada orang minta rasuah.aku tak bagi.last2 meniaga air kelapa tepi jalan lagi selamat dari rasuah tapi kadang2 kena kejar dek majlis bandaran plak hehe.dok rok dok malay

Anonymous said...

tak pandai BI, ajarlah BI.. mantapkan pengajaran & pembelajaran BI tanpa perlu libatkan subjek lain, apatah lg kalau menjejaskan nilai bahasa kebangsaan... bukan semua pelajar ni akan bekerjaya dalam bidang sains dan teknikal... seingat saya dalam beberapa kali temuduga kerja yg dilalui, kebanyakan soalan2 yg ditanya wpun dlm BI tapi bukannya soalan S&M pun... itu utk jawatan dlm bidang kejuruteraan, kalau bidang lain mungkin soalan 'paling' matematiknya "how long have you worked at company X?" maksud saya,tidak perlu ada suatu pengkhususan dalam penguasaan BI di peringkat sekolah..ajari anak-anak ini BI yg boleh digunapakai untuk mereka meneroka dalam semua bidang...

Anonymous said...

senang aje..bahasa inggeris ni bahasa penjajah. lagi bagiuh belajar jawi ke bahasa arab ke. mana ada quran dlm bahasa inggeris... dalam kubur esok tanya dlm bahasa inggeris ke?....siapa yg pertahankan bahasa inggeris serupa mempertahankan umno dan penjajah. umno ni lbh kurang penjajah juga. yg umno nak mempertahankan sgt bahasa inggeris ni knp...x ada yg kebulur kalau x tahu bahasa inggeris.

Lin said...

Salam

tungaklangit setuju sangat dgn bodik ni, fikirannya bwawasan khasnya utk anak beranak dan keturunannya..

inilah jadinya kalau otk kita hanya pandang satu arah... baik kalau ada perbezaan pendapat tapi jgnlah sampai mengutuk org yg tak bsependapat dgn kita.. bagilah hujah yg boleh diterima pakai utk kebaikan anak bangsa..

pada hemat tungaklangit.. baik bagi mpekenalkan PPSMI ni, cuma kita perlu bsabar melihat buah yg bakal dituai..

smlm tungaklangit pergi ke 7 eleven nak beli barang.. cakap inggeris dgn budak kaunter tu.. dia jawab ok aje.. so tungaklangit tanya skrg buat apa.. dia jawab tunggu keputusan spm.. tungaklangit tanya pasal PPSMI.. aa masalah ke dlm pelajaran nya.. dia kata ok dan bagus sebab zaman uncle dulu dah belajar lepas tu stop pekenalkan BM resultnya ramai garduan yg x boleh berbahasa BI dan skrg dia tak mahu jadi macam tu.. dia kata baik sekurang2nya ada peluang nak belajar BI dan susah kalau harap subjek BI sahaj di sekolah

Dia kata yg dok sibuk ni org tua2 yg tak tahu pentingnya BI dalam dunia gobal skrg.. dia kata BM dia ok dan jawi ok boleh baca al quran sebab mak bapaknya perihatin hantar ke kelas tambahan..

Tungaklangit nak tanya org2 yg dok bantah tanpa usul periksa ni.. dah tanya ke bebudak yg terlibat dlm permasalahan PPSMI.. kalau ianya ada kelemahan perkukuhkan bukannya tolak terus.. sampai kaitkan bahasa yg digunakan dalam kubur.. apa ni

saya tetap menyokong perlaksanaan PPSMI dan jika perlu pengubahsuaian maka elok kita bincang dgn mrk yg terlibat dan buat sedapat yg mungkin bukan menyalak dan berarak .. sampai bila umat nak maju abg oii.

salam

PARPUKARI said...

PERKARA 1
salam untuk semua sahabat bloger dan pembaca. apa yang gap akan dedahkan ini merupakan satu bukti sahih dan benar,perancangan jahat anwar untuk melakukan apa sahaja cara untuk menyesatkan umat islam di malaysia.


sebelum ini kita umat islam telah banyak didedahkan akan beberapa sikap liberal dan munafiknya anwar bin ibrahim memperkuda/merosakkan islam demi mengejar cita-citanya kemaruk kuasa untuk menjadi perdana menteri.


anwar bin ibrahim pernah menyanjungi salman rushdie dalam komentarnya memuji buku satanic verses, anwar bin ibrahim tidak pernah menyatakan BANTAHAN dalam persoalan murtad lina joy, hudud yang selama ini diperjuangkan oleh parti pas kini sudah menjadi bahan cacian karpal singh, kumpulan artikel 11 dan pejuang-pejuang IFC ( INTER FAITH COMISSION) kini sudah kembali 'bertenaga dan bersemangat' setelah anwar secara komited memberikan HARAPAN BARU untuk mereka menyamarata kan hak ISLAM DAN BUKAN ISLAM.


ini adalah beberapa contoh betapa 'terdesaknya' anwar bin ibrahim untuk 'mengejar saki baki masa' yang ada untuk MEROSAKKAN SECARA TOTAL HAK AGAMA DA BANGSA DEMI MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU UNTUK BERKUASA MENJADI PERDANA MENTERI KE 6.


dalam keadaan yang cukup menyesakkan nafas anwar ini, hari ini kita telah digemparkan dengan cerita dan gambar pertemuan anwar dan paklah di hulu langat. anwar bin ibrahim adalah pengamal kaedah 'political animal' . kepala munafik ini sanggup bersekongkol dengan sesiapa sahaja untuk memerangkap musuh politiknya, walaupun dengan menggunakan kaedah agama.


hari ini anwar telah memerangkap paklah untuk bertemu dengan seorang tua bernama mahmud bin hj abd rahman (pengasas ajaran aurad ismailiah) yang telah difatwakan sebagai SESAT oleh bekas mufti negeri selangor, almarhum dato' ishak baharom. orang tua ini telah dijadikan medium perantaraan untuk anwar bertemu dengan paklah dan digunakan sebagai 'agenda pemula' anwar untuk kembali menjadi pejuang islam dan ikon perpaduan melayu. sayang perangkap anwar bin ibrahim ini TELAH DAPAT PIHAK KAMI KESAN.


sila baca 2 perkara dibawah sebagai rujukan. gap mohon kepada anda semua baik dari pihak bloger dan pembaca untuk MENYEBARKAN BERITA GEMPAR INI kepada seluruh umat islam di malaysia. sebarkan ia melalui rangkaian blog,website BN dan PEMBANGKANG, email dll cara supaya berita ini sampai.


AYUH DEMI ISLAM,BAIK UMNO,PAS,PKR SILA SELAMATKAN AKIDAH ANDA ! KITA TOLAK PERBEZAAN POLITIK DALAM HAL PENTING INI ! SELAMATKAN AKIDAH KITA DARIPADA DI SESATKAN OLEH ANWAR BIN IBRAHIM !


PERKARA 2
INI ADALAH SALINAN FATWA DARI ALMARHUM DATO' ISHAK BAHAROM YANG TELAH MENGISTIHARKAN AJARAN ISMAILIAH YANG DIBAWA OLEH MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN ADALAH SESAT !



NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 48
23hb November 1995
TAMBAHAN No. 23
No. 24
PERUNDANGAN
Sel. P.U 48.

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989

PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989
FATWA ON AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN

En. 2 / 1989
IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussion with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in Schedule.

JADUAL/ SCHEDULE

( 1 )
Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

( 2 )
Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.

Dibuat pada 25hb Oktober 1995
Made the 25th October 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Sel.AGM/0007.]

DATO' HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
Mufti Negeri Selangor




PERKARA 3
INI ADALAH ARTIKEL YANG DIPETIK DARI BLOG MSO BERKENAAN DENGAN PERTEMUAN DAN PERANCANGAN JAHAT ANWAR IBRAHIM UNTUK MENYESATKAN PAKLAH/UMNO SERTA SELURUH UMAT MELAYU !

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.

Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap.

Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.

Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dilihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.













KOMEN SAYA:




LIHATLAH SAUDARA SEISLAMKU BETAPA DAJJALNYA MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....DEMI CITA-CITA POLITIK AGAMA PUN DIPERDAGANKANNYA...ASTAGFIRULLAH...YA ALLAH YA TUHANKU, KAU SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI DARI MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....

http://parpukari.blogspot.com/

Anonymous said...

Selalu aku tengok kerja anak aku. Yang harunya dalam pelajaran sains sekolah rendah meninggeriskan pokok pokok tempatan sepeti bird's nest fern (langsuyar/langsuir), water convolvulus (kangkung) dll. Aku rasa omputih pun tak tahu benda ni dalam bahasa dia. Tapi kita bangga betul guna istilah inggeris benda yg tak ada di negara depa

Mrkolumpo said...

tu belum lagi kalau umno nak suh wajibkan belajar agama,tajwid,fardhu ain pakai bahasa inggeris...lagi pening dan jahanam anak2 bangsa kite...bodohnye umno dan penyokong ppsmi

Anonymous said...

parpukari celaka

org tgh dok sebok pasai PPSMI yg hg pusing crita anwar tu buat apa?
mampuih p la dia ngan paklah nak begomoi ka apa ka. mangkaq tak bejenih!!

Anonymous said...

tungaklangit, itu le ngko....x paham2!!!. mcm ni lah org umno suka sgt nak mengagung agungkan bahasa inggeris. dulu umno nak mansuhkan jawi. skg ni nak letak bahasa inggeris sbg bahasa utama...apa cerita ni tungaklangit!!!

Anonymous said...

Peringkat awal ppsmi dulu saya sokong sebab rasanya boleh meningkatkan penguasaan English anak2. Dan saya hairan kenapa ada yang anti ppsmi.
Satu hari saya melihat satu wawancara dengan seorang seniman yang turut serta dalam bantahan..Saya tertarik dengan kata katanya.."Kenapa bahasa melayu tidak boleh menjadi bahasa ilmu? Kenapa mesti mengagungkan bahasa asing? Banyak lagi yang dia sebut tapi itu yang melekat di kepala saya.
Ya..apakah bahasa melayu tidak layak menjadi bahasa ilmu?..sedang jepun,cina,korea.perancis bangga
menggunakan bahasa sendiri..
Sepatutnya UMNO lah yang berada di barisan depan mempertahankan bahasa melayu kerana mereka selalu melaungkan "Hidup Melayu"
Fikir fikirkanlah...

Anonymous said...

parpukari, ngko ni sama aje dgn puak2 umno. ngko jgn nak perlekehkan org, kutuk dulu pemimpin umno yg hina islam.